Assalamualaikum,harap sangat admin post cerita ni…nama ak HY, aku tinggal dekat ipoh. Sebenarnya aku keliru dengan apa yang jadi dengan hidup aku, ada orang berilmu cakap aku ada saka, saka harimau putih..tapi aku jugak ada simptom-simptom depression, aku dapat diberitahu aku ada saka lebih kurang 7-8 taun lepas…
Selepas aku dapatkan rawatan akibat ada makhluk yang menumpang belakang badan aku, ustaz tu cakap dia peluk aku dari belakang dengan posisi tangan benda alah tu sebelah peluk dada aku, sebelah lagi cekik leher aku..akibatnya aku tak boleh bernafas dan makan, kalau makan pun aku kene sulam dengan air walaupun aku Cuma makan agar-agar. Aku jugak tak boleh bernafas, dada rasa sempit sangat.
Masa tu aku sampai dibawa ke hospital, lepas scan segala macam doc Cuma cakap aku sakit urat, hospital Cuma bagi aku ubat sapu jer, HAREY!!!oh lupa, masa tu aku kat tmpat kerja, yang bawak pon masa tu kalau tak silap kawan aku atau drive valet lupalah, balik dari hospital aku balik lagi ke tempat kerja dan ada sorang kakak ni dia macam tak peliklah, nafas dah hujung nyawa takkan sakit urat, jadi akak ni cadangkan nak bawak aku berubat bukan cara medical lah, dia bawak aku ke tempat perubatan islam yang mana ustaz tu pakcik akak ni….
Masa sampai jer dekat tmpat tu nafas aku terus pulih, tapi alang-alang dah sampai aku teruskanlah berubat, ustaz tu suruh aku membelakangkan dia dan pejam mata. Ustaz tu pon bacalah apa yang patut selesai semua dia tanya aku ada nampak apa-apa tak dan ye masa aku pejam mata aku nampak seekor harimau putih dalam posisi nak menyerang, so aku pon bagitau lah ustaz tu dan ustaz tu cakap itulah saka aku, aku pon macam hah???? antara percaya tak percaya jelah sebab masa lepas habis sekolah aku yang jahilnya pernah lah belajar ilmu persilatan ghaib ni, tujuan aku Cuma satu untuk perubatan atas satu sebab, tapi tak payah citerlah yer..
Alhamdulilah selesai semua aku terus pulih, tapi yang tak bestnya aku dapat rasakan sesuatu yang ikut aku, rimas sebenarnya sebb aku bukan jenis yang boleh nampak benda2 ghaib ni, macam aku cakap lah rimas, dengan berbekalkan ilmu dan ayat seru2 yang aku belajar tu aku cuba seru “benda” tu dan aku cuba berinteraksi dengan benda tu melalui gerak hati, selesai semua soalan aku tanya yang aku ingat dia akan ada dengan aku bila aku merantau keluar dari kampung dan benda tu ada jugak bagitau nama orang sebelum aku, tapi aku tak kenal, pernah dengar nama tu disebut tapi aku lupa.
Bila selesai sesi soal jawab aku baca ayat penutup tapi benda tu tak nak pergi dan jari2 aku dah keras terasa dikawal, sampai satu tahap aku azan untuk lepaskan diri, habis jer azan aku dengar bunyi harimau mengaum, dah lah time tu aku sorang2 kat rumah apa lagi tidurlah, aku jugak ada mimpi macam satu bayangan campak satu bunjut warna kuning tapi aku tak tau apa dia, sebb dalam mimpi tu muka aku sakit sangat2…aku ada terbangun dari mimpi tu bila sedar pon muka aku still sakit, disebab kan takut aku sambung tidurlah balik, sebenarnya aku pon 50-50 jer untuk percaya sebab belum pernah lagi aku ada insiden yang betul2 buat aku percaya, walaupon kadang2 aku berinteraksi dalam hati, aku tak percaya sangat yelah kadang mainan syaiton kan.
Lepas dari kejadian tu aku pindah tmpat kerja dalam negeri kelahiran aku, dan ada satu kejadian aku pernah cuba untuk ditarik tukar agama aku oleh bunian yang beragama kristi4n (bukan rasis ye) masa tu aku takut gila sebab hati aku tak henti sebut nama tuhan kristi4n, Walaupun dalam solat pon angkat takbir hati aku tetap menyebut, sentiasa menyebut..
Dipendekan cerita aku dibawa ke rumah sorang pakcik ni untuk berubat dia bagitau ada bunian yg berkenan nak bawak aku ke agama dorang, ada 3 kanan kiri depan, lepas berubat pakcik tu ada tegur pasal harimau tu, aku yang tak nampak benda tu Cuma yekan jelah.
Pernah jugak ada sorang kawan aku tegur dia tnya aku “yang depan rumah tu ko punya ke” dia kata dia nampak sosok sorang lelaki yang berserban dan jubah putih, aku Cuma mampu jawab entah jer sebab aku pom tak pasti, ada bnyak lagi scene tapi aku terus masuk ke main point…firasat, sebelum arwah abah aku meninggal mungkin normal orang yang terdekat dapat rasa, sehari sebelum abah aku meninggal, satu malam aku tak dapat tidur teringat pasal arwah abah aku, menangis sorang2 dalam bilik sebab tiba2 aku rasa loser, anak tak boleh harap sebab aku tak mampu nak senangkan dia, esok paginya dalam pukul 2-3 pagi kakak aku call bagitau arwah abah aku tenat sebab komplikasi usus, dan esoknya lagi abah dijemput illahi.
Masa tu aku agak down sampai satu tahap aku tak nak hidup lagi, betul2 giveup, kosong, passion aku hilang dekat semua benda walaupun nak hidup. Aku pernah cuba cederakan diri aku tapi hati aku selalu berbisik halang dari buat semua tu, berbisik untuk solat, istighfar dan baca ayat2 suci dan surah tu semua terdetik dari hati, aku tak pasti apa dari siapa.
Lepas kejadian aku dapat rasakan arwah abah aku akan pergi firasat aku makin kuat bila ada orang terdekat nak meninggal dunia, aku jadi takut dengan semua ni, aku makin depresi, tapi hati aku selalu nasihatkan diri aku sendiri, kata2 nasihat diri seseorang ke seseorang lah…ayat2 klise, sabar segala macam, aku pernah tanya kawan2 aku tapi jawapan dorang Cuma “tak ada apalah, mainan perasaan jer”, lagilah aku stress.
Aku jugak pernah tanya sorang ustaz ni tapi jawapan dia tak menjawab persoalan aku, so aku give up dan biarkan jer, Cuma mampu menangis dalam takut sorang2, bukan sekali yer tapi berkali2 sampai aku cabar, kalau betul apa yang aku rasakan aku akan dengar berita orng meninggal, pagi tu aku rasa sebak, sayu tanpa sebab dan aku tunggu berita, malam tu aku betul2 kakak aku whatsapp yang atuk sedara aku meninggal..MENGGIGIL WEHH..
Pernah jugak jadi bulan ramadhan dalam tahun yang sama sebulam tulah aku tak dpat tidur, tidur pon selepas pkuk 6pagi, kalau kerja pagi sehari suntuk tak tidor, mental aku betul2 breakdown, macam2 cara aku cuba untuk tidur, still tak boleh, pernah pejam mata dari pkul 9malam tapi still tidur lepas 6pg, nampak byangan dekat hujung kaki, rasa mcam2 benda mengerikan.
Seminggu sebelum raya aku mintak tolong kawan aku bawa pergi berubat, so kawan aku pon bawak sorang laki ni dtang rumah untuk ubatkan aku, tapi rasa nak halau jer balik, bukan sebab jin ke ape, sampai2 dia duduk depan aku dia mengeluh “sebenarnya saya penat ni baru balik kerja, kalau bukan sebb kawan aku ni dia tak dtang,” kawan aku ni perempuan dia duda, fahamkan? aku bukanlah tak bersyukur tapi dengan mental breakdown, perlukan sangat2 pertolongan last2 dia cakap macam tu..ralatlah rasa macam aku ni menyusahkan dia, dahlah time tu aku dah giveup dengan hidup sendiri.
Dia scan semua dia cakap belakang aku ada kak ponti, jujur aku tak rasakan apa2 pon time tu, meremang ke takut ke tak da, hati dah mula berbisik yang dia ni bukan betul2 nak tolong, so ape dia cakap aku ye kan aja, dia ada ajar cara2 nak pendinding diri dan mandi limau…tapi aku buat jugak semua tu tanda ikhtiar..penyudahnya aku gunakan ubat tidur baru boleh tidor, aku tak guna sebab ada effect kan…settle masalah tu, aku ada beberapa kali mimpi didatangi seorang lelaki muda berserban dan berjubah putih, dia dtang Cuma senyum, hilang. Dan masa tu hati aku selalu tergerak untuk buat solat sunat dan wajib, aku mengaku solat aku kelaut kadang2, ada satu hari tu aku betul2 penat balik kerja mandi nak tidur, tapi hari ni tergerak nak solat, badan tak nak kerjasama, aku trus tidur…
Tengah tidur2 ayam tu aku betul2 dengar suara sorang lelaki, suara dia lembut, lunak bila dengar trasa tenang dan sejuk jer hati ni, sumpah aku tak pernah hati aku sejuk dan tenang macam tu seumur hidup aku dia cakap “h.y bangun h.y.. solat dulu”..pendek tapi menenangkan dan sejuk jer hati ni..tapi tu first n last aku dengar..aku pon bangun dan solat dulu baru tidor..yer tau crita aku tak seram, aku bersyukur satu jer, sepanjang aku kene hadap depression ni, tak pernah lagi terdengar suara berbisik untuk buat yang bukan2, mostly bila dlam moment aku betul2 down akan ada ayat2 al quran yang terdetik,aku selalu google untuk cari maksud, dan selalu berkaitan dengan persoalan aku..
Ada yang cakap aku ni tertekan, sebab kan aku tak nak percaya benda2 ghaib ni aku cuba percaya hal psychology. Aku memang dari dulu ada simptom2 depression sebab aku selalu kene hina sebab aku ni lembut, biasalah tapi makin teruk lepas kehilangan abah aku, aku tak pernah cuba dpatkan rawatan sebab aku ni ada overthinking, takut aku tunggu masa bila aku nak gila walaupon sikit2 dah ada..bila aku ada rasa tak percaya akan ada orng yang mention pasal harimau putih tu..belum lagi ada kawan yang jauhkan diri aku bila aku cuba bercerita benda ni, yelah kan, ada masa aku betul2 tak tahan untuk pendam, tup2 esoknya dia mengelak dari jumpa aku…haihh..life aku banyak berubah sekarang, aku tak tau tujuan hidup aku, mana hala yang aku nak pergi, passion aku hilang..
Aku dah fedup nak share lagi2 bnda berkaitan ghaib ni, kebanyakan akan cakap aku ni terlalu ikutkan permainan syaiton ni…entahlah, kadang aku dapat rasakan dorang anggap aku ni mereka2 crita cari perhatian jer…sampai saat ni aku still persoalkan apa benda semua ni, betul ke apa yang aku rasakan pasal benda ghaib ni atau aku Cuma pengidap penyakit mental..buntu!!giveup!! lagi2 bila fikir soal jodoh dengan umur sekarng, sekali pon aku tak pernah bercinta, ada sorang kkak ni bagitau yang aku ni bnyak benda kotor bila orng tengok atau ada rasa suka, perasaan tu akan bertukar menyampah..
Cerita pasal aku dengan akak ni pon ada jugak, tapi nanti panjang pulak, dan baru2 ni aku beberapa kali mimpi yang pelik..bila aku cerita kat kawan aku dia Cuma cakap “tak ada apa2 lah” sekali lagi fedup..aku rasa nak menangis tapi tak kluar air mata, stress…aku crita kat sini pon sebab aku keliru prasaan ni bekaitan benda ghaib atau msalah psychology?? tu jelah harap admin boleh share crita tak seram aku ni, mana tau ada nasihat atau pendapat dari readers kat page ni… Sekian terima kasih..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Hyart, saya rasa elok Hy ikhtiar jumpa pakar psychiatrist dan perawat islam. Cuba juga perhatikan diri, adakah simptom depresi tu datang serentak dengan gangguan ghaib atau tidak.
Maaf ya, saya cuma boleh katakan yang mungkin Hy ada isu dalam both aspects ni. Dan saya faham jika Hy susah nk dapatkan rawatan atas stigma org sekeliling. Saya seorang pesakit depression dan panic disorder, yang juga ada isu gangguan ghaib. Mulanya mmg fedup juga sbb org keliling asyik katakan saya lemah sbb sakit mental ini jadi makhluk ghaib pun ganggu, sedangkan gangguan ghaib tu akan ketara bila mental saya okay, stabil. Jadi tak serentak lah.
Selepas 3 tahun baru family faham yg 2 perkara ini, gangguan ghaib dan mental ini berbeza. Jadi alhamdulillah saya lega sbb dapat rawatan dari 2 aspek, sehingga sekarang masih berubat islam utk isu ghaib.
Untuk depression Hy, Hy cuba ya dptkn rawatan. Mudah saja, hanya ke klinik mana2 minta referral letter utk nk jumpa pakar di hosp. Nnt Hy akan dpt rawatan yg bagus, dpt jumpa psychiatrist dan dapat therapist yg kita boleh ceritakan semuanya. Jika Hy rasa lost, tak tahu apa caranya atau tak ok, Hy boleh call saja helpline befrienders/ miasa malaysia. Mereka sgt membantu.
jgn hepi sgt ckp masalah depression xda kaitan dgn ghaib ya🙂 👉🏽
https://fiksyenshasha.com/lembertanduk-dengan-kemurungan/baga-
assalamualaikum writer . tqsm , ceritanya menarik . sy ada saudara yg ada pengalaman mcm writer juga . Dia ada pendamping islam yg mcm writer (x tau nak sebut saka atau x) . Pendamping tu akan bangunkan untuk solat dan ingatkan tentang agama . walau mcm mana pun , teruskan beribadah kpd ALLAH ya . stay safe writer dan semua .
#SalamDariSabahan
Awak kena cari teman berbual…jumpa pakar atau kawan yg boleh mendengar masalah awak.jgn annfap diri gila.kalau awak percaya begitu, nanti betul2 gila.dalami ilmu agama lagi.baca terjemahan.fhm kn maksud kehidupan.buat aktiviti, memancing, berenang, bersukan atau apa yang boleh menarik minat awak ni dan elak dari termenung dan berfikiran kosong.insyaallah awak boleh sembuh..cuma perlu fokus kepada apa yg perlu..
Saya doakan awak jumpa pengubat yang betul-betul ikhlas. Awak doa setiap hari. Don’t give up. Allah maha Mendengar. Allah takkan uji awak dengan sesuatu yang awak tak mampu nak tanggung. Mungkin awak boleh lazimi sedekah setiap hari walaupun 50 sen, seringgit, sambil tu awak berdoa. Saya yakin awak akan jumpa jalan penyelesaiannya. Sentiasa sangka baik dengan Allah. Setiap kesusahan mental atau fizikal yang awak alami, ada pahala besar di sisi Allah.
dik….ko taip jer luahan ko kat sini at least apa yg ko pendam dapat ko lepaskan…ramai jer org dlm ni suka benda2 mistik ni dan maybe ader yang boley tolong…..takper taip jer aper ko nak kat sini…ramai jer nak baca
salam bro, nak percaya ke x nak ikut masing2, tapi nak ikhtiar carilah orang2 kampung yang betul2 faham, tanya habis2. x kisahlah mental illness or ghaib, ade hikmahnya….ko xde kuasa utk tidakkan sesuatu, hidup macam biasa, spend time ngan family, jgn biar otak kosong
keep strong brotherr!!! Ni smua ujian Tuhan:) kuatkan smngt ya.. awak sgt kuat smpai awak dh berada dlm thp ni:) kuatkn smngt rjinkn solt dh prcya pd tuhan ap2 yg jdi ni ad hikmahnya;) keep strong yaa!!!