Grab

-GRAB-
Rose adalah seorang wanita yang kuat semangat. Masih bujang berumur awal empat puluhan. Berpewatakkan sedikit kasar tapi masih ada kelembutan dan kewanitaannya. Rose tinggal bersama makchiknya sejak kecil. Tetapi rose tidak lupa akan ibunya yang melahirkannya kedunia ini. Rose amat gigih mencari Rezeki untuk diri sendiri juga untuk menyara makchik dan ibunya. Dengan pelajaran yang tidak setinggi mana hanya perkerjaan pemandu grab menjadi pilihannya.

Rose sedikit pun tidak gentar dengan persaingan didalam perkerjaan pilihannya. Perkerjaannya itu majority dikuasai oleh kaum lelaki. Tetapi Rose tidak pernah patah semangat untuk terus bersaing secara sihat untuk mencari Rezeki yang halal. Setiap hari Rose membawa penumpang tidak mengira lelaki atau perempuan. Jauh atau dekat juga tidak dihiraukn selagi daya dia terus berusaha. Sebagai pemandu grab wanita berbagai cabaran yang dia telah lalui. Ada penumpang lelaki yang seperti ingin mengambil kesempatan keatasnya. Namun semua itu dapat diatasi oleh Rose dengan baik tanpa perlu bertegang urat dengan penumpang.

Personality Rose yang pandai mengambil hati juga adalah satu tarikkan buatnya. Rata rata penumpang yang pernah mendapat atau menggunakan khidmat grabnya berpuas hati dengannya. Pemanduannya yang cekap dan mementingkan keselamatan juga keselesaan penumpang. Keramahannya juga disenangi pelanggan. Rata rata penumpang akan memanggil dan tidak serik menggunakan khidmat grabnya.

“Kau jangan ke kawasan tu kalau lewat petang. Apatah lagi malam hari. Jalan tu memang ramai yang dah terkena.”Rose terdengar rakan rakan sekerjanya berbual semasa makan tengahari. Rose juga turut terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbualan rakan rakan seperjuagannya.”Assalammualaikum, rancaknya berbual pasal topik apa ni.” Rose memulakn pertanyaan.” Pasal Jalan Bukit Batuk nak ke Kampung Siamang tu lah. Memang keras sepanjang jalan tu. Ramai yang dah terkena .Hati hati jika membawa penumpang lalui jalan tu.” Panjang lebar Pak Mat orang lama diantara mereka memberi tahu disamping memberi nasihat pada yang lain.

Sepanjang minggu itu Rose memandu grab seperti biasa. Disebabkan musim tengkujuh perkhidmatan grabnya tidak selancar seperti hari hari biasa.Kerana itu Rose terpaksa berkerja lebih masa untuk mendapat target yang dia inginkan. Kadang kadang sehingga tengah malam dia masih mengambil penumpang. Rose tidak kisah tentang itu asalkan dia masih mampu untuk mencari Rezeki halal.

Petang itu Rose mendapat panggilan bahawa ada penumpang dari Bukit Batuk ingin ke Kampung Siamang. Sememang dari Bukit Batuk ke Kampung Siamang mengambil masa sekitar satu jam setengah. Rose menerima panggilan itu dan bersetuju mengambil penumpang dari Bukit Batuk ke Kampung Siamang. Memandangkan jam didash box menunjukkan pukul tiga dua puluh petang ,masih awal untuk Rose.

Rose menuju kedestinasi.Sesampai dihadapan rumah yang sederhana besar Rose memberhentikan kenderaannya. Rose menelefon penumpang memberi tahu akan ketibaannya dihadapan rumah. Sebentar kemudian terlihat seorang wanita keluar dari rumah dengan berpayung hitam.Sementelah waktu itu hujan masih turun agak lebat. Wanita itu berjalan perlahan lahan menuju kekenderaan Rose. Wanita itu masuk kedalam kenderaan di tempat duduk belakang. Jelas dimata Rose seorang wanita cina berbaju hijau.

Wanita itu mungkin dalam awal tiga puluhan dan muda dari Rose sendiri .Rambutnya disanggul rapi memperlihatkan lehernya yang jinjang. Rupa wanita itu amat manis sekali tidak seperti kaum tinghua yang rata rata bermata sepet. Wanita itu bermata besar dan bundar. Menjadikan wanita itu lebih manis lagi dengan hidungnya yang sedikit mancung dan kecil. Kulitnya juga putih kemerah merahan.

“Hello Cik nak ke Kampung Siamangkan.” Rose bertanya untuk memastikan lokasi yang ingin dituju oleh penumpangnya.” Ya saya nak ke Kampung Siamang.” Wanita itu menjawab ringkas. Hujan yang semakin lebat membataskan penglihatan. Rose terpaksa memandu perlahan dan dengan berhati hati. Keselamatan penumpang adalah tanggungjawannya. Rose membuka radio memecah kesunyian suasana.

“Sudah lama kamu bawa grab.” Tiba tiba wanita itu bertanya. Seakan tersentak dari lamunan Rose gugup sebentar.” Sudah lebih kurang tiga tahun cik.” Rose menjawab setelah gugup seketika.” Kamu tidak kekokkah bersaing dengan lelaki.” Rose tersentak dengan soalan wanita itu.” Tidak sama sekali.Malah saya rasa lebih selesa berkerja begini.” Sememangnya Rose amat selesa dengan perkerjaannya.

“Nama saya Lilian. Panggil saja saya Lily.” Wanita itu memperkenalkan dirinya. Dia memberitahu bahawa dia baru saja sampai dari Johor Baharu dua hari lepas. Dia singgah dirumah kawannya di Bukit Batuk kerana ingin menghadiri percutian keluarga di Resort Damai yang terletak diKampung Siamang. Sememangnya wanita itu agak peramah juga orangnya.Rose amat menyenangi keramahan wanita itu menemaninya berbual sepanjang perjalanan. Berbagai topik yang mereka bualkan.

Sesampai di kampung Siamang wanita itu meminta Rose menghantarnya terus ke resort. Jalan sepanjang menuju keresort amat sempit sekali. Hanya boleh dilalui dan boleh memuatkan sebuah kenderaan saja dalam satu masa. Dikiri kanan jalan pula dipenuhi pokok getah dikanan jalan dan pokok kelapa sawit dikiri jalan. Untuk keresort tersebut harus melalui bukit yang bertanah merah. Rose merasa bimbang jika kenderaannya tidak lepas untuk keatas. Tetapi wanita itu menyakinkannya bahawa saudara maranya telah pun berada diatas puncak bukit dimana terletaknya resort itu.

Hendak atau tidak Rose terpaksa juga meneruskan perjalanan kepuncak bukit. Dipertengahan jalan terlihat seorang wanita yang berjalan seorang diri ditepi kebun sawit. Rose memberhentikan kenderaannya. Tingkap dibuka,”Assalammualaikum.Boleh tumpang tanya.”
“Ya saya ada apa yer. Akak nak kemana?”. Wanita itu tanpa menjawab Salam menjawab. Wanita itu pada anggapan Rose adalah perkerja resort terbabit berdasarkan uniform yg dipakainya.” Saya ingin keresort diatas bukit ni. Adakah kenderaan boleh naik keatas sana.” Rose bertanya ringkas.” Owh boleh jer akak. Naik jer keatas tu.” Terang perkerja resort tersebut.

Sememangnya sepanjang naik keatas bukit tersebut Rose tidak melihat walau satupun kesan tayar kenderaan. Adalah amat mustahil diatas tanah merah yg berlumpur tidak berturap dan becak selepas hujan, tidak ada satu pun kesan tayar kenderaan. Jika seperti kata Lilian sanak saudaranya telah pun berada diatas resort sana. Lilian memberitahu yang sanak saudaranya itu kepuncak bukit sana dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Jadi sememangnya mustahil tiada satu pun kesan tayar.

Rose berpaling kembali kepada perkerja resort tadi kerana ingin bertanya lebih lanjut. Tetapi perkerja itu telah pun tiada ditempatnya berdiri tadi.Rose terus memandu kepuncak bukit menuju keresort. Dengan susah payah akhirnya kenderaannya sampai juga kepuncak. Diatas sana kawasannya rata dan sedikit gelap dilindungi pokok pokok. Rose melihat banyak kenderaan yang diletak dihadapan resort. Walaupun kenderaan terlihat banyak disitu tetapi satu kesan tayar pun tidak kelihatan. Resort itu juga kelihatan tidak berpenghuni. Suasana senyap sunyi menyelubungi. Resort itu kelihatan seperti sudah lama tidak terjaga dengan lumut yang menghijau didindingnya. Rose seolah olah terpukau dan terpegun dengan suasana itu.

“Terimakasih yer sudah hantar saya kesini. Saya hargai sangat susah payah awak untuk kesini.” Bila masa Lilian keluar dari kenderaan Rose tidak perasan. Tau tau sudah ada ditepi tingkap pemandu.”Sama sama Cik Lilian. Cik Lilian masuklah dulu keresort kerana hari sudah hampir gelap.” Rose masih ingin memastikan keselamatan penumpangnya itu.” Tidak mengapa sebentar lagi saya masuk. Awak pergilah dulu saya ingin lihat awak pergi dengan selamat. Berhati hati yer. Awak seorang yang baik hati.” Lilian berkata sambil tersenyum dan melambaikan tangan.

Perjalanan Rose untuk turun ke bawah amat lancar sekali tidak seperti permulaan. Sampai dijalan besar cuaca masih cerah menderang walaupun hujan masih renyai renyai. Jam didash box menunjukkan angka empat. Tidak berpuas hati Rose melihat jam dipergelangan tangannya. Angka yang sama iaitu empat membuatkan Rose bingung. Tidak mungkin jam baru empat petang. Perjalanan dari Bukit Batuk ke Kampung Siamang memakan masa satu setengah jam.Sementara jalan menuju ke resort yang terletak dipuncak bukit amat mencabar sekali.

Sepanjang perjalanan pulang itu Rose sentiasa berfikir peristiwa yang baru saja dilaluinya. Rose menghubungi sahabatnya dan menceritakan semua pengalaman yang dilaluinya hari itu. Sahabat Rose menyatakan kemungkinan Rose telah diuji oleh makhluk halus yang menghuni dipuncak bukit itu. Sememang diatas bukit itu ada sebuah resort yang telah lama ditinggalkan kira kira 70 tahun yang lalu. Resort itu ditinggalkn kerana satu tragedi berdarah. 70 tahun yang dulu seorang perempuan cina yang amat cantik telah berkahwin dengan seorang lelaki inggeris. Lelaki inggeris itu telah membina sebuah resort yang besar diatas bukit itu. Namun kerana hasad dengki dan cemburu lelaki inggeris itu telah m**i d*****h. Isterinya pula telah diperkosa beramai ramai sebelum di b***h dengan kejam.

Sejak itu resort itu ditinggalkn sepi tanpa penghuni.Malah ramai yang mendakwa terserempak wanita cina yang cantik minta dihantar ke puncak bukit tersebut.Kebayakkan mereka yang menghantar wanita cina itu kepuncak tidak akan bertemu jalan keluar dan sesat berhari hari dikawasan itu.

Namun Rose bernasib baik tidak diapa apakan.Mungkin Rose seorang yang baik hati juga ikhlas membantu sesiapa saja.Sesungguhnya perbuatan baik akan dibalas baik.
TAMAT

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Awin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

6 thoughts on “Grab”

  1. Cerita menarik.. Tp cite ni kisah benar ke x? Kalo bnr nk gak tau penumpang tu msti bg duet tambang kn.. Duet tu ok x or btkr jd daun ke ape ke????

    Reply
  2. Aku pun tertanya jugak ni cerita betul ke rekaan? Best jugak. Aku pun tertanya kalo kita sewa grab bayar atas talian ke bayar cash? Dalam cerita ni langsung tak kabo pasal duit tambang ye

    Reply
  3. WoW kak rose seorang yang berani…sye ni acah ii berani bole la kak…setakat g bilik air pukul 12 malam berani la kak rose humm …😙🤣kalau nak g resort atas puncak tu lambet lagi…hihihi

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.