Guard malam : Sekolah di Wangsa Melawati

Assalamualaikum wbt kepada Admin FS dan pembaca sekalian. Semoga kita semua dalam lindungan dan rahmatNya senantiasa.

Kali ini saya nak berkongsi kisah guard shift malam di sebuah sekolah yang terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Ada beberapa kisah pengalaman pendek yang berlaku ketika saya kerja part time disekolah ini. Selamat membaca semua.

Kisah 1: Salam perkenalan “dia”

Hari pertama saya lapor tugas untuk shift 8mlm-8pagi. Setelah lapor tugas daalam buku laporan, aaya labuhkan diri di kerusi. Saya dan partner nama Zamri bukan nama sebenar, berkenalan dan kongsi kisah hidup masing2.
Zamri yang sudah 7 tahun menjadi guard disini berkongsi macam-macam kisah seram dan pelik yang berlaku padanya. Dia sempat berpesan biasanya hari pertama orang baru akan dapat salam perkenalan dari ‘dia’.

Saya pun cakap inshaa ALLAH tiada apa2 kot. Malam tu selepas kami habis ronda, layan surya sebatang sebelum rondaan seterusnya pd pukul 4 pula.

Sedang kami tidur2 ayam, tiba2 saya terbangun dan depan saya berdiri seseorang menyerupai Zamri sambil senyum2. Saya lihat disebelah Zamri masih tidor2 ayam.

Lantas sy kejutkan Zamri dan cakapa tu siapa depan pintu. Zamri bangun dan ckp, haaa itulah salam perkenalan ‘dia’. Nak tunjuk yg ni tempat dia.

Apa yang kami berdua lihat, makhluk tu berdiri tersenyum sambil jalan dengan pinggang ke bawah tiada. Sambil berjalan dalam kegelapan malam dan hilang begotu saja.

Saya masih x puas hati sebab makhluk tu kacau waktu rehat saya. Lantas saya buka bacaan Al Quran di hp utk test tahap mana kekuatan makhluk ni.

Sedang berkumandang alunan suci ayat Al Aquran, tiba2 muncul sebiji kepala wanita dengan lidah terjelir di seblah hp yg diletakkan atas meja.
Kepala itu mengejek dan mengajuk bacaan Al Quran yang dipasang sambil jelirkan lidah selama beberapa ketika.
Jadi sy daj faham tahap kekuatan makhluk2 ni tidak terkesan dgn bacaan yg tiada ROH.

Saya pun membaca Ayatul Kursi dan beberapa ayat dari Al Ankabut. Dengn mata tertutp dan badan agak berpeluh sedikit sb pertembungan aura, kepala itu menjerit dan hilang dlm kepulan asap.
Alhamdulillah malam itu gangguan berakhir.

Kisah 2: Bilik pengawas ‘HIDUP’ malam hari.

Sedang kami meronda mcm biasa. Semua kelas dan bilik akan gelap kecuali pejabat sekolah.
Kami meronda dan melalui kawasan kelas di blok B. Tiba2 kami nampak bilik pengawas lampu menyala, lalu kami naik dan off kan lampu kipas dan turun semula.

Kami meronda lg pada pkul 2 di kawasan blok sama. Kami ternampak lampu dan kipas bilik pebgawas menyala dengan suara riuh rendah seperti ada orf dalam bilik.
Kami berpandangan sesama sendiri dan berlalu pergi. Sejak itu jika menyala lg lampu, kami biarkan saja, maybe itu saja waktu ‘dia’ nak berjimba dgn rakan2

Untuk pertanyaan dan pengubatan : Email: [email protected]

Hantar kisah adna : fiksyenshasha.com/submit

Sywd As Siddiq

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 29 Average: 3.9]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.