Hajat Tak Kesampaian

Assalamualaikum,
Nama saya dalam bahasa Arab ertinya Kurnia. Sebelum saya memulakan pengisahan cerita saya ini, saya ingin memberitahu bahawa cerita ini agak panjang.

Kisah yang ingin saya ketengahkan ini baru sahaja berlalu dalam 6 bulan yang lalu. Sebenarnya dahulu saya ni ialah seorang pengamal ilmu hitam. Huraikan/Namakan sahajalah daripada susuk, peliharaan jin, sihir, santau dan sebagainya telahpun saya lalui.
Ianya bermula pada tahun 2002 bila baru-baru saya ‘berkecimpung’ dalam ilmu-ilmu sebegini untuk kekebalan, kekuatan & sebagainya (kononyalah, d***h mudalah katakan).

Ilmu saya ini dibawa dari tahun 2002 sehinggakan 2014 sehinggakan pada 1 hari itu, saya mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT, . Alhamdulillah Syukur ke hadrat Illahi yang tak pernah sia-siakan ketulusan dn keikhlasan hamba-hambanya.

Pada satu hari tu, saya nekad nak balik kepangkal jalan dan bertaubat Nasuha daripada masa silam (kejahilan) saya. Pada waktu itu juga, saya sedang mengalami masalah dengan kes kriminal saya dimana saya harus menjalani hukuman penjara selama 5 tahun dan sebatan. Jadi sebagai permulaan, sebelum saya dijatuhkan hukuman, saya nekad untuk buang segala apa yang telah membuat saya terpesong daripada akidah Islam… Insya Allah dan Alhamdulillah segalanya…OR, so i thought. Saya dah alpa dalam kehidupan lampau dan saya lupa bahawa benda ini dah sebati dalam diri saya.

Pendekkan cerita, selepas saya dibebaskan dari penjara pada tahun 2017, saya telah dimasukkan ke Pusat Permulihan dan daripada situlah bermulanya detik hitam dalam hidup saya. Sewaktu menjalani program di Pusat Permulihan, saya dapat mengenali seorang gadis bernama ‘Aisyah’ yang berumur 18 tahun ketika itu (Aisyah ertinya ‘Cantik’ dalam bahasa Arab). Tetapi malangnya, hubungan kami tak direstui keluarganya lagi-lagi bila keluarganya mendapat tahu yang saya ni bekas banduan yang baru dibebaskan.

Ingin saya maklumkan, Aisyah ini datang dari keluarga yg baik2, asal usulnya ialah dari kaum Baba Melaka. Arwah Ibunya seorang Thailand Islam manakala bapanya pula berketurunan Baba Melaka. Jadi bayangkanlah, Masya Allah, betapa manis dan lawanya Aisyah ini. Kami mendapat ketentangan hebat kerana pada masa itu, Aisyah masih bersekolah lagi di Singapore Polytechnic.

Aisyah selalu cakap dengan saya bahawa dia tidak kisah siapa saya dahulu, asalkan jika betul saya mahu berubah, dia akan sokong saya habis-habisan. Indah sungguh hati mulia gadis ini. Demi Allah, memang saya nak ubahkan hidup baru dan saya rasa sungguh beruntung dapat mengenali Aisyah.
Tetapi malang tak berbau. Pada suatu hari Aisyah memberitahu saya bahawa neneknya hendak menjodohkan dia dengan seorang duda anak 1 yg berumur 37 tahun , dari keturunan Baba tetapi Aisyah taknak kerana dia hendak berkahwin dengan saya kerana Aisyah ni sebenarnya tidak pernah ada teman lelaki seumur hidupnya.Dia ialah satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya dan hidup dia terkongkong dan tidak bebas. Sayalah yang pertama untuknya.

Dari situ, saya bersumpah atas nama Allah bahawa sekiranya jodoh saya dengan Aisyah, saya tidak akan persia-siakan hidup dia dan kalau boleh saya akan elakkan dia daripada bergaul dgn org yg ‘negatif’. Satu lagi yang membuat saya kagum dan hormat kepada Aisyah ialah dia tidak pernah tinggalkan solat dan selalu membaca Al-Quran bersertakan Surah Yasin setiap kali selepas solat.

Pada masa itu,saya sangkakan yang Allah telah memberi saya peluang untuk berubah dan memperbaiki kehidupan saya dengan mengenali gadis sesuci ini. Syukur Alhamdulillah!

Pada suatu hari,Aisyah telah memaklumkan pada saya bahawa duda dari Melaka itu telah datang utk melamarnya tetapi dia telah menolaknya dengan cara baik. Tetapi,duda itu sempat berbisik kepadanya…”Kalau aku tak dapat kau, tiada siapa yang akan dapat engkau. “Saya sungguh terperanjat kerana saya faham maksud lelaki itu…tetapi saya taknak berburuk sangka/serkap jarang dan membuat Aisyah risau.

Selepas lelaki itu balik ke Malaysia, habis teruk Aisyah dipukul neneknya tanpa pengetahuan keluarganya dan Aisyah enggan memberitahu keluarganya kerana Aisyah taknak salahfaham antara bapanya dan neneknya kerana neneknya itu, ibu kepada bapa Aisyah.

Ada satu hari tu, Aisyah telah memberitahu saya bahawa dia telah tidak makan selama 2 minggu…cuma minum susu sahaja setiap hari. Saya berasa musykil dan bertanya kepada dia kenapa dia berbuat begitu dan dia telah berkata dengan saya bahawa ‘maid’ dia pernah bilang dia jangan makan masakan neneknya kerana neneknya ada membubuhkan sesuatu dalam lauk yang dimasak tersebut. Astagfirullahalazim.

Aisyah juga pernah terdengar perbualan neneknya dengan seseorang di handphone bahawa dia nakkan barang yang ‘power’ supaya Aisyah tunduk dengan kehendak neneknya suapaya Aisyah berkahwin dengan lelaki Baba Melaka itu. Ni semua kerana harta kerana duda itu seorang yang berada dan m**i-m**i dia mahukan Aisyah.

Pendekkan lagi cerita,neneknya telah mengorganisasikan supaya Aisyah berpindah ke Melaka dgn alasan belajar di sana. Ikut hukum akal, Singpura dikategorikan mempunyai pelajaran dan edukasi yang terhebat, kenapa pula neneknya hendak dia berpindah ke Melaka pula. Nampak sangat ada udang di sebalik batu, kan?

Saya mula dapat menghidu sesuatu yang buruk akan terjadi tidak lama lagi. Jadi, pada 1 hari Aisyah berpindah juga ke Melaka…terus terang, saya marah atas tindakan keluarga Aisyah ibarat lembu dicucuk hidung yang langsung tidak menghalang permintaan neneknya.

Tapi bila saya fikirkan semula, mungkin..nenek Aisyah telah pun menyihir ahli keluarganya terlebih dahulu kerana itu, mereka turutkan kemahuan neneknya itu.

Keadaan menjadi lebih huru-hara lagi bila Aisyah disana. Dia ternampak neneknya menanam sesuatu di kebun luar rumah dan neneknya pernah menyuruh Aisyah bersenam dan tolong menyidai kain di ‘taman kecil’ tersebut sedangkan mereka mempunyai pembantu rumah. Saya dapat rasakan sesuatu dan telah melarang Aisyah, selain jangan makan masakan neneknya, saya taknak dia melangkah masuk ke taman itu.

Sangkaan saya betul, pada 1 hari saya ‘instruct’ Aisyah untuk panggil abangnya dari Singapura untuk datang dan menggali tempat yang dia nampak neneknya menanam sesuatu di situ. Sangkaan saya betul, dorang menjumpai..sebungkus kain hitam yang berwafak dan didalamnya ada seekor anak burung yg dah m**i serta serpihan kaca. Ianya tidak berakhir di situ ya…selain itu juga, Aisyah sering bermimpi buruk tiap-tiap malam serta dengar tangisan perempuan. Dia mula ‘sleepwalking’ pada waktu malam bila orang sedang nyenyak tidur dan selalu cakap yang badannya lemah lagi-lagi di bahagian kakinya.

Daripada pengalaman saya sebagai seorang yang mempraktisikan ilmu hitam dahulu, duda ni bukan hendakkan Aisyah tetapi dia hendak mennyakitikan Aisyah dgn cara sihir/ghaib, kerana menolak pinangannya.

Tetapi apakan daya, kita merancang…Allah jua yang menentukan segalanya. Pada 1 hari, Nenek Aisyah telah membuat plot kononnya nak buat family gathering dan BBQ di taman itu dan kerana terpaksa jaga hati keluarganya, Aisyah telah melangkah masuk ke taman itu. Ianya bertambah lagi teruk bila tiba-tiba Aisyah muntah d***h semangkuk dan terus pengsan sejurus selepas nenek Aisyah memberi Aisyah pudding untuk makan. Maaf cakaplah, saya sudahpun buat yang terbaik untuk Aisyah, ni hanya dijadikan sebuah sebab untuk pemergian Aisyah nanti.

Kasihan Aisyah, selama 2 minggu berturut-turut, dia bermuntahkan d***h hari-hari sehinggakan berat badannya jatuh dari 47kg sampai 31kg sahaja. Allah sahajalah yang tahu penderitaan yang Aisyah lalui. Saya tidak pernah berputus asa dan selalu berdoa sehinggakan perawat Islam di sana sendiri suruh Aisyah dibawakan ke Thailand secepat mungkin kerana sihir tu sudah meresap keseluruh badan Aisyah.

Saya ingat lagi Aisyah tanya saya…”Sayang, adakah saya akan m**i tak lama lagi, seolah-olah tahu ajalnya sudah dekat”Saya suruh dia memperbanyakkan istighfar dan jangan pernah putus berdoa pada Allah dan rahmatNya.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan apa jua yang terjadi mesti bersebab. Dia akur tapi dia bilang saya,”sekiranya kalau kita tak dapat bersama di dunia, saya akan tunggu awak di atas nanti ya, kalau Allah tanya bidadari mana awak nak, cakap nama saya..Insya Allah.”Itulah kata2-kata terakhir yang saya dengar dari Aisyah. Terus terang kata…Saya nangis, saya dapat rasakan Aisyah akan pergi dan takkan kembali tak lama lagi. Keesokan harinya,Aisyah dikejarkan ke Thailand dan setibanya di Thailand,dia terus koma.

Perawat Traditional di sana memaklumkan kemungkinan besar, Aisyah mungkin tidak dapat diselamatkan kerana telah termakan minyak ilmu hitam yang dipanggil, ‘minyak dagu mayat bayi yang m**i d*****h dengan kejam’….dgn tujuan siksa dsn m**i apabila termakan. Dia juga kata ramai orang-orang dari Singapura, Malaysia dan Indonesia beli minyak ini dgn tujuan siksa orang tu hingga m**i.

Ini semua kerana Aisyah taknak berkahwin dgn duda Baba Melaka tu dan dia berdendam kerana malu apabila dia ditolak sedemikian depan keluarganya. Ada 2 kali Aisyah tersedar dari koma…pertama tu bila dia sedar, dia panggil nama saya dan arwah ibunya. Kedua kali tu, dia cuma boleh buka kelopak matanya tetapi tanpa boleh bercakap….hanya linangan airmata sahajalah yang menitis daripada matanya.

Saya dapat rasakan ajal Aisyah sudah dekat. Akhirnya,pada 1 hari saya mendapat khabar buruk yang telah sekian lama, kalau boleh saya taknak dengar!!!
Aisyah telah pun meninggal dan pulang ke rahmatullah pada hari Jumaat dan selamat dikebumikan di Patani, Thailand…di kampung tempat asal arwah ibunya. Masya Allah yang lebih mengetahui baiknya.

Untuk keluarganya pula ,dah tak guna nak menyesal sekarang. Bila dulu saya nasihat, dorang pandang saya serendah-rendah dan hinanya…sekarang setelah satu-satunyanya anak/adik kesayangan perempuan mereka telahpun pergi menghadap Illahi…dah tak berguna lagi meratap atas susu yang dah tumpah.

Saya redha atas ketentuan Illahi dan berpegang teguh pada Surah Al Baqarah Ayat 216: “Mungkin sesuatu yang kamu suka itu tidak baik untuk kamu dan mungkin jua sesuatu yang kamu benci itu ,baik untukmu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya sedangkan kamu tidak” dan Ayat 286: “Allah tidak akan menduga hambaNya melainkan sesuai dengan kesanggupan dirinya.”

Selepas Aisyah meninggal, 3 hari berturut-turut saya terbau susu selepas Isyak dan sepupunya Aisyah (Lina) juga kata bahawa ada berapa kali, pada waktu malam…dia terdengar macam ada org mandi dalam bilik air yang Aisyah selalu gunakan. Dia juga terdengar bisikan suara Aisyah, “Lina,boleh amikkan susu tak. Aisyah haus. “Selain daripada itu juga Lina beberapa kali ternampak lembaga putih berkeliaran di taman dimana neneknya tanam barang itu.

Saya percaya ini ialah Qarinnya Aisyah dan mungkin juga ia hendak menunjukkan dan memberitahukan sesuatu. Tetapi Lina takut dan akhirnya dia diamkan diri sahaja. Untuk neneknya pula, sekarang dia m**i-m**i mahu keluar rumah itu kerana dia kata rumah tu berpuaka dan berhantu.

Pesan saya kpd neneknya, kifarah itu ada. Mungkin jua, ini kifarah saya kerana mengamalkan ilmu hitam dahulu tetapi saya sudahpun bertaubat.
Bertaubatlah engkau wahai manusia yang kubur dah memanggil sebelum ajal menjemputmu kerana harta dunia ni tak boleh dibawa sampai m**i.

Kepada duda itu pula, saya mendapat berita bahawa dia juga telah m**i selepas d*****h di Malaysia, mungkin dengan cara ghaib (ilmu hitam yang memakan dirinya pula), wallahualam bisawab…itu apa yang saya tahu, itu bahagian dia kat dunia…di akhirat nanti, semoga Allah membalas engkau setimpal dengan apa yang kau dah lakukan dgn menduakan Allah SWT. Dia lupa,what goes around,would definitely comes around,kita tkle percaya pada karma tetapi kifarah itu ada…

sekian Wassalam & Selamat Malam…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Apostle_DJati

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.9]

3 thoughts on “Hajat Tak Kesampaian”

  1. Allahu akbar….saya menangis mendengar kisah ini…Semoga Allah perjodohkan Anta dari kalangan org2 yg solehah..Aminn…Al-fatihah buat Aisyah….Allah lebih sygkan dia..syurga Insha Allah Aminn

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.