#hans_pp: Sekolah Baru ‘Dia’ Menunggu

Cerita ini memang terjadi depan mata ayah dan adik lelaki aku. Ayah aku seorang pemandu lori. Oleh kerana keadaan dia yang tidak sihat pada ketika itu, adik lelaki aku teman dia pergi buat kerja.

Pada suatu hari, ayah dapat panggilan dari customer dia iaitu seorang guru dari sekolah berdekatan dengan rumah kami. Dia order batu tar yang dah dikorek semula selepas buat jalan. So ayah aku pergi la nak ambil batu tar tu dekat highway utara selatan. Masalahnya batu tu tidak dibekalkan pada waktu siang. Sebab kalau operasi membuat jalan di highway dibuat pada siang hari, takut jalan jam. So nak ke tak nak kena buat jalan tu pada malam hari supaya tak jam la. So nak ke tak nak, ayah aku tetap kena pergi ambil lepas maghrib dalam pukul 8.00malam camtu.

Untuk pengetahuan sahabat, operasi buat jalan tu start pukul 10 malam. Jalan yang hendak dibuat baru, kena korek batu tar yang lama. Lepastu barulah boleh letak batu tar baru. Sedangkan nak korek batu tar lama tu pon makan masa, tambah la nak buat jalan. So ayah aku sampai situ dalam pukul 9.30malam lebih kurang,so boleh bayangkan la jauh ke tak tempat tu. Lupa nak bagitau sekolah tu mintak 8 lori untuk buat tapak parking kereta kalau tak silap.
Isi batu tar tu dalam lori and adik aku pun tutup kanvas lori and dah siap semua, baru ayah aku gerak.

Sampai sekolah tempat nak tambak batu tar tadi dalam lingkungan jam 11.30malam. Dah setel tambak batu tar tu kat dalam kawasan sekolah, ayah aku gerak menuju tempat ambil tar tu lagi sekali untuk second trip. Oleh kerana hari dah lewat malam, kurang kenderaan atas jalan, so ayah aku dapat la pecut laju sikit lori dia. So sampai sekolah untuk second trip dalam lngkungan jam 1.30 pagi camtu. Jangan argue sal masa sebab aku tak yakin sangat ketepatan masa untuk kali kedua. Macam biasa, adik aku akan turun lori and dia akan jaga belakang lori untuk memudahkan ayah aku undur lori dia. Waktu ayah aku ambil lajak nak undur lori, ayah aku terperasan ada satu lembaga putih sedang berdiri tegak dihujung jalan. Jauh lembaga itu dengan lori ayah aku dalam jarak 50 meter camtu.

Ayah aku just abaikan tapi waktu tengah undur, tiba-tiba makhluk tu duduk kat pondok pengawal (sekolah baru nak buat, pengawal takde lagi), jarak dalam 20 meter camtu, ayah aku dah naik cuak, tapi dia abaikan lagi. Yang paling kesian ialah adik aku sebab dia tak nampak lagi. Ayah aku diam ja sebab tak nak adik aku terkejut. After dah undur, adik aku naik atas lori nak bukak kanvas. Lepastu dia turun semula sebab nak bukak pintu lori. Waktu tengah bukak pintu lori, makhluk tadi ada di belakang dia tapi jauh la jugak dalam 10 meter gitu. Lepas adik aku nampak je makhluk tu, laju je panjat lori and suruh ayah tuang batu tar tu and terus ajak keluar dari kawasan sekolah tu. Adik aku ajak ayah balik sebab tak larat katanya. Waktu perjalanan balik, baru dia tanya,”Ayah nampak pocong tak kat belakang lori tadi?” Ayah pun cakap,”Nampak ja, kenapa?”. Adik pon bagitau ayah, tu first time pengalaman dia.

Baru 2 lori, masih ada 6 lori lagi.

Pada keesokan hari, adik aku ni nak tolong ayah lagi sebab kesian kat ayah. Tapi kali ni dia prepared, sebelum pergi dia dah baca ayah ruqyah. Alhamdulillah kehebatan Allah takde makhluk yang boleh tanding. So untuk malam ni ayah and adik tak jumpa makhluk tu dan dapat hantar 4 trips.

Masih tinggal 2 trips.

Hari terakhir, macam biasa adik and ayah pergi lagi untuk melaksanakan jual beli batu tar tu. Tapi kali ni adik terlupa baca ayat ruqyah sebelum pergi. Trips pertama masih tak jumpa sebab mungkin awal lagi. Tapi trip kali kedua lebih kurang 1.45pagi, pocong yang sebelum adik and ayah jumpa, muncul semula. Kali ni ayah dan adik nampak sekaligus(masa yang sama). Waktu tengah undur, adik dah nampak pocong tu macam sedang menunggu ayah and adik aku. And lebih malang, kali ni ayah aku kena tambak batu tar tu di depan kantin sekolah tempat pocong tu tengah berdiri. Adik aku terpaksa pergi juga buka pintu lori untuk tuang tar tersebut. Padahal jarak adik dengan pocong tu tak sampai 5 meter. Dekat sangat wei sampai adik aku leh nampak setiap inci muka pocong ni. Adik aku ni kadang-kadang kuat juga sebab dia akan takut untuk pertama kali sahaja, kalo kali kedua dia dah macam rileks sikit. Lepas selesai trips yang kelapan, ayah and adik aku pun balik la.

Keesokkan harinya baru dia dengan ayah cerita satu persatu pasal kejadian tiga hari tu. Kata adik, selalu orang gambarkan hantu ni mata merah la tapi dari apa yang dia tengok sendiri, depan mata dia, pocong tu lebih kepada mayat yang dah hampir-hampir nampak tengkorak, takde isi and kulit kerepot. Aku tanya lagi, waktu adik aku bukak pintu lori tu, dia tengah watpe? Adik aku cakap tak buat apa-apa tapi dia goyang diri dia kekanan kekiri sampai kami belah dari sekolah tu. The end.

Ps: pintu lori tu pintu yang digunakan untuk jet supaya batu boleh keluar.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Hans

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

28 thoughts on “#hans_pp: Sekolah Baru ‘Dia’ Menunggu”

  1. “Hati kau memang keras Roy…” pinjam dialog filem gila2 remaja.. aku rs dlm bnyk2 spesies hantu.. hantu pocong la yg pling seram lg angker.. seumur hdup aku ni, tk pnh lg jumpa pocong.. tp bila tngok gmbr/ video or bc psl kisah pocong, scr membabi buta akn tegaklh sgala mcm bulu2an kat bdn aku.. tk trmasuk bulu hidung, bulu kening dn bulu2 yg tk spatutnya ok…

    Reply
  2. kussss semangat,.

    eh nak tanya, pocong2 ni takde ke kat negara2 matsalleh?

    hantu2 mat salleh tak ade ke kat tanah melayu?

    atau hantu2 ni mmg ikut kepercayaan di setiap negara?

    Reply
  3. jelas… cerita simple tapi menarik…pengalaman yg xkn dpt dilupakan..x semua org berani berdepan si gula gula ni…..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.