Hantu Almari

Hi admin dan warga fiksyen shasha. Hari ni aku ada sedikit masa terluang yang akhirnya aku gunakan untuk ceritakan pengalaman aku.

Aku orang Selangor dan suami aku orang Sabah. Kami kenal pun melalui kawan.Mulalah dia minta nombor aku dan sebagainya.Okey kita lompat yang itu. Aku dan dia baru lagi bergelar suami isteri. Tak sampai 1 tahun pun lagi. Sebelum kami berkahwin, kebiasannya kami akan ‘on call’ setiap malam. Almaklumlah cinta jarak jauh…nak jumpa selalu tak dapat sebab dia jauh nun di Tuaran,Sabah sana…mampu on call jelah setiap malam.

Kejadiaan pertama terjadi bila kami sedang on call.Jam sudah melepasi pukul 12 malam dan kami masih sibuk bergayut. Sedang kami bersembang, telinga aku menangkap suara seorang perempuan.Apa yang dia katakan aku tak pasti. Dalam hati aku dah terbit rasa marah, aku fikir suami aku ada betina lain. Aku terus tanya dia.

” awak bawa perempuan masuk rumah awak ye?. ” Aku menyoal dengan nada marah.

Laju suami aku membalas. ” Awak cakap apa ni?.”

Aku makin bertambah panas. Aku fikir dia cuba tipu aku.Nak menangis pun ada.Lagi tiga bulan nak menikah dia buat hal pulak…

” saya dengar suara perempuan tadi,awak jangan tipu saya!.”

Suami aku terdiam di talian.

Makin berapi lah aku memikirkan yang dia diam sebab dia dah kantoi dengan aku.

” kejap saya nak keluar kejap…”

Aku dengar bunyi suami aku buka pintu dan derapan tapak kaki menuju entah kemana.

” Awak dengar apa tadi?.” suami aku menyoal kembali.

” Saya dengar suara perempuan!awak curang eh?… ” Aku menyoal dengan nada yang sama.

” Sayang…saya dekat bilik tu sorang je…mama dengan yang lain keluar pergi pekan…awak jangan buat saya takut. ”

Berkerut sekejap dahi aku dibuatnya. Aku tahu suami aku bukan penipu dan tak pandai menipu.

” Awak tak tipu saya?. ” Aku menyoal inginkan kepastian.

” Ya Allah, buat apa saya nak tipu awak? Sumpah demi Allah saya sorang je dekat rumah…tadi saya baring-baring atas katil sambil borak dengan awak, memang saya ada rasa macam ada yang perhati tapi saya biarkan sebab saya fikir tu perasaan saya je… sekarang saya dekat luar.. .tak berani nak masuk bila awak kata ada suara perempuan tu. ” suami aku menerangkan apa yang terjadi.

Aku pun apa lagi, terus meremang jugalah bila terbayangkan gerangan pemilik suara tadi.

….

Tiga bulan kemudian, sahlah aku bergelar isteri. Kami menikah di Selangor dan majlis resepsi berlangsung di Sabah, 3 hari selepas nikah. Kami buat satu pihak je. Nak jimat bajet sebab dua-dua pun muda lagi…baru hidup. Kenalah berjimat sikit.

Selepas kenduri, aku dan suami terus masuk ke dalam bilik bagi membersihkan badan. Lepas ni nak tolong orang kemas apa yang patut pulak.

Aku masuk terlebih dahulu, selangkah je kaki aku menapak ke dalam bilik, kulit muka aku diterpa dengan angin yang datang entah dari mana. Aku mengendahkan.

Aku lompat lagi supaya cerita tak terlalu panjang….

Mak mertua aku larang aku dan suami dari tolong mereka mengemas. Katanya berehat sajalah.J adi aku pun terus ke ruang tamu yang riuh dengan gelak tawa kanak-kanak. Aku melabuhkan duduk di sebelah seorang budak yang menyandar di dinding sambil memandang ke bilik suami aku. Aku lihat matanya semacam ketakutan.

” Tengok apa tu? .” aku menyoal sambil tersenyum kepada budak yang aku kira berumur 10-12 tahun itu.

Budak tu seakan terkejut bila aku menyapanya. Dia laju memandang aku lalu bangun dan berlari ke arah kanak-kanak yang sibuk bermain itu.Aku tengok budak tu mengajak rakan-rakannya untuk duduk di luar, di bawah khemah.

Budak tu duduk di tengah-tengah dan aku lihat dia mula bercerita, tangannya seakan sedang menggambar sesuatu.

Terus aku melangkah keluar. Aku berdiri berdekatan sekadar untuk mencuri dengar perbualan mereka.

Budak tu bercakap dengan slang sabah dan ada sedikit  yang aku tak berapa  faham. Yang aku faham budak tu kata mata merah, rambut panjang duduk atas almari dalam bilik suami aku.

Fuh berderau aku mendengar kata-kata budak tu.

Malam tu aku tak dapat tidur lena memikirkan kata-kata budak tu. Kalau boleh aku nak tidur je dekat ruang tamu, tapi ruang tamu dah penuh dengan ahli keluarga dan saudara aku yang datang jauh dari selangor untuk meraikan kami, ada sebahagian yang tidur di hotel. Jadi aku tiada pilihan selain dari tidur dalam bilik suami aku tu.

Aku tengok suami aku lena je tidur, aku pula yang cuak tak habis walaupun aku tak ada pula nampak apa-apa sepanjang aku berjaga tu. Tak lama lepastu aku terlelap…oh tak, tak terus habis…aku terjaga secara mengejut bila telinga aku dihembus dan hembusan tu datang dari arah kanan. Dan kanan aku ada almari yang dimaksudkan tu. Alahai menyesal tak tidur sebelah dinding tadi. Aku memandang ke segenap bilik sebelum mata aku menangkap kelibat satu lembaga berambut panjang dan bermata merah persis yang dikatakan budak tu di atas almari sedang senggih sambil memandang ke bawah (pandang aku lah tu)

Aku pejamkan mata rapat-rapat sambil merapatkan badan ke arah suami aku. Peluh dingin merembes keluar kerana ketakutan yang amat sangat.Tak lama lepastu aku terlena.

Malam berikutnya selepas aku solat maghrib berimamkan suami aku, aku terus duduk di atas katil sementara suami aku ke tandas yang berada di dapur. Aku buka telefon lalu menyemak whatsapp yang dah berhabuk sejak 3 hari lepas.

Berlambak mesej yang aku terima mengucapkan tahniah dan ada juga yang kirim salam dan sebagainya. Aku mula mengetik untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka. Aku rasa katil dihenyak seperti ada orang yang berbaring di sebelah. Tempat suami aku tidur semalam. Jadi aku lantas fikir yang itu suami aku. Aku terus pusingkan badan untuk memandang suami aku.

” sayang, ini diaorang..”

Sekali lagi meremang bulu roma aku bila sebaik sahaja aku berpaling… katil itu kosong, tiada siapa yang berbaring di sebelah seperti yang aku sangka.

Rasa macam nak menangis waktu tu bila tiba-tiba pintu bilik suami aku tertutup dengan sendiri.

(Dekat Tuaran waktu petang memang panas gila, waktu malam pula memang sejuk sampai ke tulang)

Punyalah panas tanpa ada angin dengan kipas yang dipasang ke arah katil, macam mana pintu tu boleh tertutup kan?

Aku terus membaca ayat kursi dalam hati sambil pejam mata mengharapkan suami aku sampai dengan segera.

Tak tahu berapa lama aku pejam mata (sebab waktu tu, sesaat pun rasa macam sejam). Aku rasa bahu aku dipegang.

” Arghh!!!.” aku menjerit sekaligus menepis tangan yang menyentuh bahu ku itu.

” Hei…sayang?kenapa ni?. ” Terus aku angkat kepala bila aku dengar suara suami aku menyoal dengan penuh kerisauan.

Terus aku bangun dari katil dan berlari keluar dari bilik tu. Membiarkan suami aku yang tengah hairan tu di dalam.

( waktu sorang-sorang tadi memang kaki semua dah tak mampu nak bergerak dah, bila ada suami aku baru berani sikit haha)

Lepastu barulah aku ceritakan semuanya dekat suami aku termasuk apa yang budak tu ceritakan.Disebabkan aku dah terlalu takut dan kami masih ada lagi 5 hari sebelum pulang ke Selangor. Mak saudara suami aku arahkan kami berdua untuk tidur di rumahnya yang hanya terletak bersebelahan dengan rumah mak mertua aku selepas mendengar cerita dari suami aku. 5 hari aku tidur di rumah mak saudara suami aku ni. Pagi hingga sebelum maghrib je aku duduk di rumah mak mertua aku.

Okey itu jelah kot yang aku nak ceritakan. Mungkin tak seram bagi korang tapi bagi aku…ingat pun boleh meremang bulu roma.

Disebabkan kejadian tu aku dah takut untuk beli almari yang pendek. Aku gigihkan untuk cari almari yang cecah dinding bilik kami di selangor tu sebab takut kejadian sama berulang kembali.

Bulan lepas kami balik Tuaran sebab adik perempuan suami aku menikah. Aku tengok almari tu dah selamat tersadai di belakang rumah. Nanti aku akan ceritakan kenapa almari tu tersadai disitu. Kenapa tak terus dibuang?…

Terima kasih dan assalammualaikum

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Wan's wifey

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

21 thoughts on “Hantu Almari”

  1. Mlm tu lps kenduri brapa round awk main? Mesti hantu tu skodeng tgk..syok dia tgk show free..pastu dah main penat..cipap pun x basuh trus lelap kan..tu yg dia kacau..tah2 dia jilat awk tak sedar pun..

    Reply
    • Sorry , xjadi lah nk submit sambungan..xde idea nk karang..anyway,mak mertua i ckp almari tu kayunya dh dinakan anai2 la..last2 diorang campak je blkang rumah..dh beli almari baru.

      Reply
    • jahatnya awak ni😅yang alami saya atau awak?😅benda tu kami dah tahu punca nya pun😅Cuma saya tgh tunggu feel nak sambung je😅

      Reply
  2. Perghhh….yg duk komen mcm org xde iman tu ad masalh ap ea? Pastu bila org tegor ko maki blk org yg tegur tu. Org peduli ap klau ko senior skali pun. Mulut serupa org kapiaq. Dh salah tu ngaku ja la. Toksah nk cover lebih2.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.