Hantu Bermain Pintu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca fiksyen syasya. Terima kasih kepada admin sekiranya cerita ini disiarkan. Namaku cempaka dan kisah ini dicerita oleh sepupuku di mana kejadian ini berlaku selepas raya tahun ni juga. Terlebih dahulu saya ingin saya beritahu semua nama watak dalam cerita ini saya beri nama samaran dan mereka semua merupakan guru di sebuah tadika di Selangor. Banyak cerita seram yang telah sepupu saya, Lisa ceritakan sejak dia mengajar di tadika tersebut tetapi bagiku yang ‘ekstrem’ adalah cerita yang ini kerana ramai yang terlibat saat kejadian ini berlaku.

Cerita bermula sekitar jam 3 petang di mana pelajar- pelajar yang ibu bapa hantar jemput selepas mereka habis bekerja sudah tidur di surau. Jadi tinggallah guru-guru menyiapkan apa-apa kerja yanag sepatutnya diselesaikan kebetulan pengetua tidak hadir hari itu. Kak Sya (guru senior) menggunakan pc di ofis kecil (merangkap bilik pengetua) di tadika tersebut. Di situ juga ditempatkan mesin printer. Sepupuku dan rakannya Siti dan Kak Zira menunggu giliran untuk ‘print’ bahan kerja mereka.

Lisa: Alaa Kak Sya cepatlah orang nak guna pulak printer ni.

Siti: Ntah Kak Sya ni lambatlah.

Kak Sya: Iye kejapnya korang tunggu sikit lagi.

Lalu Lisa, Siti dan Kak Zira ke bilik kelas yang bersebelahan dengan pejabat untuk tunggu dan mereka menutup pintu. Setelah beberapa ketika dan mereka rasa telah agak lama menunggu mereka keluar untuk ke pejabat…..

Lisa: Eh kenapa tutup pintu. Kak Sya bukaklah dah ke belum??
(sambil pulas tombol pintu)

Siti: Da kenapa kunci- kunci pintu pulak ni.

setelah beberapa ketika tetap diam Lisa dan Siti serentak mengintai dari bawah pintu. Nampak kaki mundar mandir dalam bilik buat kerja.

Lisa: (sambil pandang Kak Zira) Haa betullah nampak kaki Kak Sya tu kan Siti (Siti menggangguk).

Kak Zira: Bukaklah pintu apa pulak kunci-kunci orang nak buat kerja ni.

Setelah beberapa ketika tidak bersahut mereka bertiga ke belakang surau untuk memanggil rakan kerja yang lain Kak Lili dan Kak Dayah untuk cuba bukakan.

Kak Lili: (cuba ketuk- ketuk pintu) kenapa kunci pulak ni.

Sementara yang lain bercakap- cakap sesama sendiri Kak Sya tiba-tiba turun dari tangga sebelah pejabat kerana kelasnya di tingkat atas. Semua diam seketika.

Kak Sya: apa yang kecoh-kecoh ni. kenapa pulak tu.

Lisa & lain-lain: Eh bukan Kak Sya ke dalam ni bila masa pulak naik atas. Ni haa kunci pintu ni kitaorang nak print ni banyak kerja. Kenapa pergi kunci pintu.

Kak Sya: Eh akak da lama siap kerja. Ya Allah tadi mana ada akak kunci akak biarkan je terbuka semua.

Kunci tiada dan hanya pengetua yang pegang. Kemudian mereka memanggil Ben (satu-satunya guru lelaki di situ) di tingkat atas untuk bukakan.
Ben memulas. Kemudian menggunakan bahu. Setelah tidak berjaya dia mencuba lagi dengan mengambil jarak dan merempuh pintu dengan tenaga lelakinya tetapi tetap hampa.

Ben: tak bolehlah. ni bukan terkunci . Ni ada orang sengaja main-main tak bukakan tahan pintu ni (lalu terus naik ke atas).

Kak Sya: Eh kenapa pulak?

Semua terdiam dengarkan jawpan Ben. Namun masing- masing tetap tak mahu mengalah ingin melawan. Siti yang agak berisi cuba juga merempuh. Kak Sya menggunakan pisau dan sebagainya untuk mencungkil-cungkil. Tetapi semua tidak berhasil.

Sekitar jam 4 petang lebih Ben turun untuk bergegas balik. Semua pelik kerana Ben biasanya balik pukul 5 lebih tetapi harini dia balik awal.
Ben: korang panggillah pakcik sebelah suruh bukakkan. Itu dia sengaja tak nak bukak tu.

Semua sudah takut. dan mereka menghubungi pakcik rumah sebelah untuk minta tolong datang bukakan pintu. Masa terus berlalu sehingga jam 5:30 petang murid- murid sudah ke luar bermain taman mini di hadapan tadika sementara menunggu ibu bapa balik kerja menjemput pulang. Dan Pakcik Isa (tinggal sebelah tadika dan memang diamanatkan untuk menjaga tadika) datang bersama isterinya.

Pakcik Isa: maaflah lambat datang. ada hal sikit.

Kak Sya: oh takpe pakcik. ni haa pintu tiba-tiba je terkunci kenapa tah.

Hanya Kak Sya, Siti dan Lisa mengekori Pak Isa dan isterinya ke dalam tadika. Guru- guru yang lain sudah sedia di luar tadika mengawasi murid – murid. Mereka menunggu di ruang tamu tadika hanya Pak Isa dan Isterinya berdekatkan pintu pejabat

Pak Isa memulas- mulas pintu.

Isteri Pak Isa: boleh ke bang bukak?

Pak Isa: (menggeleng) Iyekeni tak boleh bukak. Dia saja je ni nak mengusik. (memandang ke arah Kak Sya, Lisa dan Siti dan mereka dah menunjukkan riak muka cuak)

Isteri Pak Isa: Ish abang ni apalah takut budak- budak tu (memandang ke arah Kak Sya, Siti dan Lisa dan bergerak ke pintu pejabat laku cuba pula memulas2)

dan sementara itu Pak Isa pula menyampuk

Pak Isa: Dah-dah la tu kuncinya. Buat apa duduk dalam tu lama- lama.

mulut Isterinya sambi memulas terkumat kamit membaca sesuatu ayat namun perlahan hanya dia yang dengar. Dan seketika kemudian bila dipulas lagi terus pintu sudah terbuka. Kak Sya, Siti dan Lisa berpandangan sesama sendiri dan cepat- cepat keluar.

akhiri kata lisa kepadaku “Weh kiteorang beria cungkil-cungkilah, pakai pisau la. Kau bayangkan Siti yang sado badan dia tu pun rempuhlah hentak-hentak tak boleh ni makcik tu dia pulas sekali je lepastu boleh.

Aku rasa benda tu agaknya da gelak-gelakkan kitaorang da kecoh-kecoh dekat luar. Da bukak tu memang kitaorang tak buat kejela tutup lampu semua kunci pintu duduk je luar tunggu sampai budak semua balik. Esok tu cerita dekat Ben dia sengih je sebab dia tu memang malas nak layan sangat dia pun senang rasa jugak bila ada benda-benda lepastu boleh sakit”.

  • Walaupun mereka tidak dapat melihat rupa makhluk tersebut tetapi disebabkan mereka ‘bermain’ pintu dengar makhluk ini jadi rasanya tak perlu lihat pun dah cukup takut.
  • banyak peristiwa di mana guru-guru mendengar nama mereka dipanggil rakan guru yang lain ketika datang kerja hari cuti ataupun setelah murid-murid sudah beransur pulang. Yang menakutkan bila ada suara yang jenis lelaki garau dan besar memanggil nama guru atau mengajuk bila guru yang menanggil nama pelajar. Sampaikan mereka terus cepat-cepat2 pulang ke rumah dan ada demam keesokkannya.

Kawasan tadika ini memang keras. Bukan satu tetapi banyak penunggunya. Aku sendiri yang pernah ke tadika tersebut apabila masuk sahaja ke kawasan itu bulu roma meremang dan sentiasa rasa diperhatikan.
Sebelum ini mereka tidak mengganggu hanya bermain bunyi-bunyi dan ketukan tetapi sekarang sudah pandai mengeluarkan suara. Selepas ini adakah dia akan ???? Semestinya ada ustaz dipanggil untuk ‘membersihkan’ tempat itu tetapi persoalannya siapakah tuan asal tanah itu sebelum diteroka?

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Cempaka

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.