Hantu Bomoh Pukau bahagian 2

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan yang lalu..

Sampailah ke kalimat akhir ayat qursi

Secara tiba-tiba! Bomoh tu hilang!

Tempatnya berganti asap nipis..

Dan entah dari mana muncul kucing berwarna hitam, dengan mata yang bersinar didalam gelap!

Kucing hitam melompat naik ke pondok di belakang, mengiau dengan kuat, dan hilang secara tiba-tiba!

Pak seli cuit bapak dan imam!

“moh kita balik! Kita berseteru dengan iblis nampaknya kalini! Bukan jin atau setan!” katanya gusar

Kami melangkah meninggalkan pondok di tengah hutan tersebut!

10 langkah kemudian, dari jauh kami dengar suara batuk dan ketawa bercampur baur datang dari pondok tersebut!

Seolah sedang mengejek kami!

Aku nak menoleh, tapi ditegah pak seli!

“jangan tengok! Nanti kita tak boleh balik!” kata pak seli serius!

“HAHAHAHAHAHAHA” Suara tu berbunyi lagi dari sebelah kiri kami!

“KAMU TAKUTKAH???”

“abaikan apa yang kamu dengar! Jalan terus dan jangan menoleh ke sana sini, berat ujiannya nanti!” kata pak seli perlahan

Sampai ke motorkar bapak di pinggiran hutan, kami bercadang berkumpul di rumah imam sahak..

Dalam perjalanan, Semasa bapak sedang memandu keluar dari hujung kampung, kereta ditahan oleh wanita tanpa pakaian..

“jangan lihat, arip! Permainan iblis semua ni!” getus pak seli

Ketika membelok masuk ke kampung, ada kawanan lembu di tepi jalan, di atas rumput membelakangkan sebatang parit

Saat bapak melepasi kawanan lembu tersebut

Motokar kami dilanggar dari sisi belakang!

Lembu bermata merah mendengus-dengus di sebelah tingkap imam sahak!

Sambil menghempas-hempas badannya disisi kereta, cuba menterbalikkan kereta bapak

Nyaris bapak terlepas imbangan dan masuk ke dalam parit!

Pak seli nampak sangat marah!

Bergerak-gerak daun telinganya dengan wajah yang naik merah padam!

“memang dia nak musnahkan kita habis-habisan, nampaknya! Cilaka punya iblis!” kata pak seli marah

Setengah jam untuk kerumah imam sahak dirasakan terlalu panjang!

Sesampai di perkarangan rumah imam sahak, dari jalan raya, kami nampak susuk di atas bumbung!

“bah! Abah tengok tu atas bumbung!” kata aku

“aku nampak! Nampak! Jangan tegur!” kata bapak!

Tiga ekor jembalang bersayap dan berbulu lebat bagai mawas, berdiri dalam jarak tiga kaki jarak antara satu sama lain di atas bumbung rumah imam sahak..

Imam sahak, aku nampak beberapa kali beristighfar melihat jembalang-jembalang tersebut!

Motokar diletakkan didepan anjung rumah imam sahak, dan pak seli arahkan turun dengan kaki kiri, melangkah membelakangkan rumah hingga sampai ke tangga anjung yang pertama!

Pesannya lagi, jangan ditegur apa yang dilihat, dan abaikan saja apa-apa yang kami nampak atau dengar sebelum masuk ke rumah!

Perintah ni dilaksanakan dengan berhati-hati!

Susah sebenarnya berjalan mengundur ni, nasib baik laman rumah imam sahak ni bertanah disapu bersih!

Kalau berbatu-batu, mungkin boleh terlentang ke belakang, dek kerana tak dapat melihat kebelakang!

Naik kerumah, saat imam sahak membuka daun pintu..

HOIIIIIIIIIIIII!!!!!

Suara jeritan dari luar, bunyi seperti di tengah laman imam sahak!

“jangan toleh! Biarkan! Biarkan!” kata pak seli

Kami masuk kerumah imam sahak..

Isteri imam sahak dah lama beradu, kami dihidang air kopi yang dibancuh sendiri oleh imam sahak..

Bila kami berempat mula duduk di meja ruang tamu, pak seli memulakan bicara

“aku belum pernah lagi jumpa yang sekuat ini!” katanya

“tak terlawan kederat aku, nyawa galang gantinya nanti!” katanya lagi

“patutlah bomoh dulu tu ada yang lari masa tengah menurun!” tambah bapak aku!

“kita perlukan rancangan yang teliti, iblis tak akan musnah hingga akhir zaman, itu sudah janji dari Allah!” kata pak seli

Malam yang panjang dihabiskan dengan muzakarah yang panjang lebar antara imam sahak, bapak dan pak seli. Aku lebih banyak mengangguk dan tersengguk-sengguk menahan mata mengantuk..

“kalau kamu mengantuk, tidurlah dulu, rip!” bapak dah bagi aku green light

“susah sebenarnya cuba lelap dalam keadaan perut lapar. Tadi petang janji ke warung mak siti, sampai ke sudah, bumbung warung pun tak nampak!”
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku dibangunkan dengan kasar pagi tu..

“bangun! Bangun! Tidur macam anjing mampus! Azan dah berkumandang! Malu aku dengan pak seli!” kejut bapak

Bangun terkocoh kacah, berlari ke tandas cuci muka, berwuduk dan berkejaran dengan yang lain, memang memenatkan..

Kami berjemaah disurau pagi ni, dengan tazkirah ringkas mengenai rukun sunat mu’akad dalam solat..

Usai tazkirah, gempar seketika kisah usin! ada jemaah bercerita usin dah hilang dari rumah, ada yang lain pulak kata nampak usin makan ayam hidup yang diambil dari reban orang.

Pak seli mengajak bapak untuk ke rumah usin, dan kami mengisi perut yang lapar akhirnya, setelah berlapar sepanjang malam..

Kami bertolak setelah puas menjamu selera

Sesampai ke laman rumah usin, bapak berhentikan motorkar didalam perkarangan laman.

Kosong dan gelap! Segala tingkap, daun pintu dibiarkan terbuka..

Salam diberi, takde siapa yang menyahut!

Bapak dan pak seli naik kerumah!

Aku diperintahkan untuk tunggu di beranda!

Lima minit kemudian bapak keluar..

“kosong!” katanya sambil mengerutkan kening seolah sedang berfikir secara mendalam..

Pak seli pulak keluar, juga kelihatan sedang memikirkan sesuatu..

“cuba tanya jiran sebelah rumah, mungkin mereka tau?” cadang bapak pada pak seli..

“mari..” tak tunggu lama pak seli bersetuju..

Salam diberikan kerumah jiran si usin, dan pak hasan keluar..

“kelmarin aku nampak dia menuju ke bukit yang berhutan belakang tu! Dia memang biasa keluar masuk hutan cari ayam, jadi tak pelik lah kalau dia kehutan semula, tapii…..” pak hasan diam

Tapi apa? Waduh… Penasaran gue! Kata aku dalam hati..

“tapi masa dia masuk hutan kelmarin, keadaan dia pelik!” sambung pak hasan

“pelik macam mana tu?” tingkah pak seli

“pelik, sebab dia tak berbaju, dan dia tak bawak perkakasan yang biasa dia bawak untuk menangkap ayam hutan! Kepala nya diikat kain merah! Bila aku tegur, dia cuma menjegilkan mata dengan senyum yang mengerikan!” sambung pak hasan..

“takpe, kalau dia masih tak balik lagi petang ni, kita buat laporan polis!” cadang bapak!

Kami bergerak pulang ke rumah, dan pak seli siapkan syarat tertentu untuk dipatuhi, selama 3 hari kami takkan bertemu sesama sendiri, dan akan berpuasa putih..

Tempoh tiga hari yang panjang, aku habiskan dengan aktiviti yang aku dah rancang dari minggu lalu, memancing di parit belakang kebun bapak..

Masa yang ditunggu tiba, kami berempat aku, bapak, pak seli dan imam sahak bertolak selepas asar, masuk ke hutan berbukit tu, setelah malam tadi kami berjaya mengesahkan yang usin benar-benar tak pulang ke rumah.

Antara kami berempat, aku dan bapak bersiap dengan keris, pak seli membawa parang, dan imam sahak membawa kayu sepanjang sehasta!

Katanya ini raja kayu! Kiriman dari kawan secara ghaib dari kelantan! Yang juga dihubungi secara ghaib!

Kayu ni, dah diisi dengan Kallamullah dan asma ul husna!

Warna nya aneh, seolah dicat dengan cat minyak, warna hitam berkilat!

Orang kampung masih lagi berikhtiar mencari usin dimana-mana, masih juga belum ketemu, laporan polis juga telah dibuat sebelum memulakan usaha pencarian.

Kami berjalan kira-kira sebatu kedalam, hingga ke kaki bukit, lantai bukit yang lembab dan dedaun kering berguguran, pada kiraan aku, agak merbahaya jika terjerumus ke sarang ular..

Kami berpusing-pusing disekitar kaki bukit, tapi takde tanda kesan atau jejak ditinggalkan usin..

“moh kita panjat!” kata pak seli, sambil mengarahkan ke atas bukit.

Imam sahak mengeleng-gelengkan kepala, menandakan dia dah kepenatan berjalan kaki sebatu ke dalam hutan, kopiah yang dipakai dibuka dan dikipas-kipas ke badan, sambil duduk diatas banir pokok..

Kami sambung kembali perjalanan mendaki bukit lepas berehat setengah jam. Agak menghairankan, bapak dan pak seli, tak kelihatan seperti penat walau sedikit pun. Macam dah hari-hari berlatih berjalan dan memanjat bukit..

Kami mendaki dengan berhati-hati..

Tak lama kemudian pak seli perintahkan untuk berhenti, seingat aku di pertengahan pendakian..

“mahat, azan!” katanya jelas

Aku terpinga-pinga, apa yang dah berlaku?

“kita dah melalui jalan sama dua kali! Patutlah aku nampak bebayang mengejar dari kaki bukit tadi!” tak perlu pertanyaan, pak seli sendiri menjawab persoalan dalam kepala aku.

Bapak memulakan azan..

Jelas dan padu laungannya di pertengahan bukit!

Azan tamat dan kami diminta untuk diam sejenak!

“baik! Mari kita teruskan!” kata pak seli memecahkan kebuntuan!

Aku dongak ke langit, aku anggarkan waktu dah mencecah masuk ke waktu maghrib.

Kami berjalan lagi selama sejam, sebelum pak seli arahkan untuk berhenti dan bersolat di jeram kecil di pertengahan bukit.

“kita berlabuh hingga isyak, sebelum kita mula naik ke atas semula!” jelas arahan yang diberikan.

Nantikan sambungan berikutnya gais!…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Arif Yahya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.5]

6 thoughts on “Hantu Bomoh Pukau bahagian 2”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.