Hantu bungkus pak asit

Asalam pembaca fiksyen syasha..terlebih dahulu ,sebelum aku mulakan aku kenalkan diri,nama aku syarifuddin aiman..
Aku ada satu kisah,kisah ni pernah berlaku di kampung aku sewaktu aku baru habis SPM dalam 2 3  tahun lepas dan pernah juga berlaku pada aku..

Ceritanya bermula, Dekat kampung aku dulu pernah kecoh pasal gangguan hantu pocong atau nama popular dekat kampung aku hantu bungkus…tapi kejadian gangguan hantu bungkus ni hanya berlaku dekat kebun getah pak asit je..kebun tu terletak betul betul di laluan keluar masuk kampung..tambah pula seberang jalan berhadapan kebun pak asit tu tanah perkuburan

jadi kebanyakkan orang kampung situ takkan keluar lepas je waktu maghrib sampai lah belum waktu pagi..Kalau ada jugak yang keluar, mesti balik tu kene kacau dengan hantu bungkus pak asit tu…

Sebab apa aku cakap hantu bungkus  pak asit..dulu aku pernah dengar, kata orang kampung pak asit ada membela … dia letakkan hantu bungkus dekat kebun getah dia tu, untuk jagakan kebun tu dari orang tak pecah masuk

Tambah pulak dekat kampung aku kes curi getah kerap berlaku..Yelah,sebab dekat kampung tu kebanyakkan orang tanam getah tak macam sesetengah kampung yang penuh dengan pokok sawit ,nak pulak harga getah tengah naik masa tu..

Jadi sesiapa saja yang berhenti dekat kebun pak asit tu saja saja atau pun ade kerosakkan kenderaan,mesti kene ganggu dengan hantu bungkus tu..

jangan kata berhenti hanya lalu saja pun kadang kadang pasti akan nampak kelibat satu sosok putih bertenggek atas satu batu besar di tepi jalan yang berdekatan dengan kebun pak asit..

aku ada sorang kawan nama dia mail..mail ni kawan aku dari kecik lagi,dan perangai si mail ni dia suka cakap besar..cakap saja lebih tapi haram apa pun tarak..ada sekali tu masa lepak dengan mail ,dia ada cakap dekat aku dengan kawan kawan lain..kata dia “kalau aku jumpalah hantu si pak asit tu,mau aku bagi penumbuk sebijik atas muka si setan tu,aku siat siat kain bungkus dia tu” dengan bongkak dan takabur nya dia bercakap..aku perati je budak tu,aihhh…

Dan pada satu malam ,aku,mail dengan tiga kawan yang lain plan untuk pergi ke bandar..saja saja berjalan ambik angin malam ,kata orang sekarang “healing nak suasano jah boh” hehehe..plan asal kiteorang nak tidur sana ,sewa hotel bajet..semua pakat takut nak balik lalu depan kebun pak asit tu..Tapi nak dijadikan cerita,setiba kami dekat hotel masa tu tepat jam 10 malam, baru nak checkin bilik..tiba tiba handphone si mail berbunyi,mak mail telefon suruh dia balik segera sebab kakak pada mail kemalangan jalan raya jadi mail kene balik nengok nengok kan adik adiknya di rumah

Jadi malam tu mail terpaksa balik,kawan kawan yang lain tak dapat nak ikut sebab bilik hotel dah dibayar jadi aku ambik keputusan untuk teman mail balik..risau aku kalau apa apa jadi dekat dia masa balik nanti..jam tepat pukul 11.55 minit malam,aku dan mail bergerak balik…

Perjalanan kami dari bandar semua nya ok tapi bila hampir sampai di simpang kampung ,moto mail jadi tersebu sebu dan akhirnya m**i di simpang masuk kampung…masa tu aku dah mula tak sedap hati,jantung aku dah mula berdengup kencang tapi aku nengok mail relax je siap boleh hisap rokok lagi..

“Ha sudah,m**i pulak moto ko ni..macam mana ni mail??” Tanya aku pada mail..”macam mana apa,tolak lah..ke ko nak suruh saka si pak asit tu tolak” jawab mail dengan muka tersengeh sambil menutup tongkat moto…jadi kami mula menolak,jarak simpang ke rumah kami lebih kurang 1km, bayangkan tolak motor dalam keadaan yang gelap tambah pulak kiri kanan penuh dengan pokok pokok hutan

Dalam perjalanan tu,aku tak berkata apa,dalam hati aku ,minta lah tak jumpa dengan hantu bungkus si pak asit tu..lain pula dengan si mail,banyak mulutnya..bila hampir sampai dekat dengan kebun getah pak asit ,jantung aku mula berdengup kencang semula, dahi mula terasa berpeluh sejuk ..dari jauh pasti akan nampak kawasan itu terang sebab diterangi dari satu tiang lampu sportlight dari kawasan perkuburan sebelah kanan yang berhadapan kebun pak asit…

Terkumat kamit mulut aku membaca ayat ayat yang aku tahu,mail pula hanya tersengih bila melihat kawasan kebun pak asit.apa yang dipirkirkan aku pun tak tahu

Selangkah demi selangkah semakin hampir di kawasan kebun pak asit,tiba tiba “poww” bunyi letupan yang kuat dari motor mail..dengan secara spontan aku menjerit dan lari jauh dari moto mail dengan keadaan yang terperanjat aku terus menunggeng merapat muka ke tanah dengan kedua dua tangan di atas kepala..

Mail berdekah ketawa melihat reaksi aku “apa ke bodoh kau ni,tayar moto je meletop yang kau sampai menunggeng macam dalam perang dunia ke tiga tu apa hal”.aku yang masih dalam keadaan terkejut bercampur perasaan takut mula perlahan lahan mengangkat kan kepala dan bangun..mata aku melilau melihat kiri kanan,takut takut si hantu pak asit tu datang…mail tak habis lagi gelakkan aku,aku pun dekat dengan motor untuk periksa tayar yang mail katakan meletop.

Tapi bila aku periksa,tayar ok ok saja tak ada yang bocor atau pecah,aku mula tanya dekat mail “tayar ok,habis apa bende yang meletop tadi” masa tu aku dah mula rasa,badan aku berpeluh,kaki tangan aku semua dah terasa sejuk…mail yang tadi sakan gelakkan aku mula berubah wajah,terdiam sekejap..dia mula mengelus belakang tengkuknya…

Aku yang dah mula tak sedap hati terus ajak mail untuk teruskan perjalanan,baru dua tiga langkah kedepan alangkah terkejutnya aku bagai nak luruh rasa jantung ni..aku dengan mail nampak jelas penampakan satu sosok putih bertenggek atas batu besar di tepi jalan,kainnya kotor muka aku tak berapa jelas kerana dari belakang,tapi nampak gelap keseluruhan mukanya.. makin dekat kami dengan batu tu,dan memang sah ini lah hantu bungkus pak asit tu..bau hanyir malam tu betul betul menyengat ke dalam hidung..

Aku satu badan dah shaking..aku toleh melihat mail,malam tu baru pertama kali aku nengok muka mail yang pucat lesing..puas hati aku, padan muka dia cakap besar lagi tapi sekali dengan aku pun kena,hahahaha..aku dah terpaku keras dekat situ,nak balik mesti kena lalu depan hantu bungkus tu ,jadi nak tak nak kiteorang berani kan jugak diri untuk lalu depan hantu tu

Tapi dalam takut takut pun perasan geram aku dekat mail tetap membuak buak lagi,dengan suara berbisik “mail” mail berpaling pada aku yang menolak di belakang motor “hang kata nak tumbuk dia kan,pi lah,peluang keemasan ni..barang rare boh” sempat lagi aku mengusik

Muka mail mula berubah,yang tadinya pucat lesing kini jadi bersemangat semacam pulak..mail memandang tajam pada hantu bungkus tu,aku di belakang juga jadi berani sikit bila nengok si mail..motor kemudian mula ditolak,makin lama makin laju motor tu bergerak dan tiba tiba mail berhentikan motor betul betul berdekatan dengan batu besar yang si hantu bungkus tu bertenggek,hanya selang beberapa saja hendak sampai dengan hantu tu..

mail menongkatkan motor..kemudian dia berdiri tegak,membetul kan baju dan seluar nya,dia memandang aku dengan muka yang memang time tu nak saja aku sepak sekali “kau tunggu sini,biar aku yang settel”sambil menunding kan ibu jari padanya..mail kemudian bergerak laju mendekati hantu pak asit,aku yang melihat hanya mampu terpaku dan tak menghalang apa yang nak dibuat mail,tambah pula aku memang geram dengan si budak tu biarkan dia

Mail menyising lengan baju sambil bergerak dengan lajunya..hantu bungkus pak asit dengan tiba tiba mengilai kuat dengan suara yang nyaring,tapi itu tak mematahkan langkah mail…dan bila sampai mail di batu besar tu dengan tak semena mena nya,tangan mail dihanyun laju ke arah muka hantu bungkus tu,dipukulnya bertubi tubi…aku terkejut melihat kejadian tu,dalam hati aku kata habis lah tak balik lah kami

Aku dengan keadaan yang takut cepat cepat melompat naik ke atas moto,aku cuba hidupkan moto mail menggunakan starter kaki..separuh lunyai moto mail aku kerjakan,aku tekan starter kaki tu dengan sehabis kuat..beberapa kali juga aku cuba,dan akhirnya hidup jugak..aku rem motor tu sekuat hati punya lah takut moto tu m**i semula

“Mail ,cepat mail cepat mail,moto dah hidup ni!!!” Teriak aku pada mail…mail mendengar teriakkan aku terus berpaling pada aku,tapi tindakan untuk ke akhir kalinya tu buat aku nak ketawa bila setiap kali teringat ke kisah ni..sebelum mail meninggalkan tempat tu,dia menendang hantu bungkus pak asit tu dengan sekuat hatinya,aku masih terngiang ngiang teriakkan hantu bungkus itu dengan suara yang nyaring,hantu bungkus pak asit rebah ke tanah, tergolek dengan keadaan dari atas batu yang agak tinggi, paras lutut,hantu tu tergolek dengan keadaan kakinya ke atas kepalanya kebawah dan tergelonsor beliau ke dalam parit tepi batu besar tu…

Tercengang aku melihat aksi mail..Mail terus berlari dan lompat atas motor,tanpa membuang sisa sisa masa aku dengan cepat bergerak meninggalkan kawasan kebun pak asit..malam tu aku tak balik aku tumpang tidur di rumah mak saudara aku yang tinggal sebelah rumah mail,rumah kampung..takut aku nak balik risau kalau kalau hantu pak asit tu datang balas dendam

Keesokan paginya,sebelum aku balik ke rumah aku,aku singgah jumpa mail sekejap..”mail,mail ,aku ni man ,bukalah pintu”jerit aku dari luar rumah mail…tak tunggu lama,mail membuka pintu..

terkejut aku melihat kaki mail ,habis bengkak kaki kanannya dari jari jari kaki sampai ke labu betisnya,tangan kanan nya pulak habis luka,di jari jari ..katanya mail,malam yang dia tumbuk hantu pak asit tu,dia rasa macam tumbuk sesuatu yang tajam seolah olah macam tajam daun semalu tajamnya, kaki pula katanya mail seolah olah dia sepak kayu yang keras tapi mudah rapuh…lepas kejadian tu aku dah tak serik nak balik malam lagi,sebab dah ada orang yang hantu pak asit tu takutkan,hahahahaha…alhamdulilah, selepas  2 3 tahun ni gangguan di kebun pak asit tu masih lagi ada,tapi tak sekuat dulu..kadang kadang saja muncul..

Jadi Itulah sedikit kisah dari aku yang baru setahun jagung dalam dunia Allah ni,tapi aku ada dua lagi kisah yang pernah berlaku pada aku sewaktu di kampung..kalau FS luluskan nanti aku cerita ya,sekian terima kasih..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Syarifuddin aiman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 50 Average: 4.9]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.