HANTU CAMERON

Selamat Sejahtera warga FS. Nama saya Yaya (bukan nama sebenar ) dan Selama menjadi membaca tegar , ini kali pertama saya cuba masukkan cerita saya dalam page ini. Ini adalah kisah nyata yang berlaku pada bulan lepas .Harap pembaca boleh terhibur iye.Hehehe.

Kisahnya bermula bila kami sekeluarga membuat plan untuk ‘short getaway’ sebab terlalu sibuk bekerja pada bulan tersebut .Disebabkan saya seorang yang sangat sukakan suasana sejuk dan dingin, destinasi kami untuk ‘short getaway’ adalah Cameron Highland .

Kami gerak ke CH dari Kuala Lumpur selepas habis kerja .Tidak terlupa’short getaway’ni termasuk ibu mertua (MIL), ayah mertua(FIL), adik lelaki dan perempuan saya. Kami gerak dari KL pukul 6.30pm selepas mengisi perut dan sebelum gerak, MR Husband membuat angaran masa ketibaan kami di Ringlet adalah sekitar 10.00pm.

Tetapi , seperti diketahui warga Malaysia ,KL memamg terkenal dengan ‘JAM’ yang ambil masa sekurang kurangnya 30 minit unutk 5KM. Jadinya kami tersadai dekat RNR Sungai Buloh disebabkan waktu puncak dan kemalangan jalan raya.  So dari 10pm, masa ketibaan kami di CH menjadi 12am.

Sepanjang perjalanan tersebut ,semua tak sabar untuk merasa kedinginan Cameron Highland yang boleh berketar lutut. Setibanya di RNR Tanjung Malim, adik lelaki saya berasa lapar dah kereta pulak memerlukan’makanannya’. Jadi sementara MR Husband mengisi minyak, adik saya mengambil kesempatan tersebut untuk membeli Spicy MCDeluxe set untuk kami sekeluarga .

Sebelum gerak ,FIL suruh confirmkan balik booking bilik. Untuk pengetahuan warga FS, saya booking apartment unutk penginapan 3 hari 2 malam di Brinchang melalui Whatsapp .Saya dapat contact ni pun dari satu group di Facebook. Saya pun apa lagi, terus Whatsapp pemilik apartment ni untuk membagi tahu masa ketibaan kami.

Disebabkan masa ketibaan kami agak lambat, pemilik menyuruh kami unutk mendapatkan kunci di dalam peti surat dan pemilik menghantar satu lagi mesej yg menunjukkan header RULES AND REGULATIONS. Tidak sempat membuka mesej tersebut , signal bar menunjuk NO SERVICE .

Sepanjang perjalanan dari Tapah ke Ringlet , persekitaran agak suram disebabkan baru selepas hujan renyai renyai . Jalan juga kelihatan agak kosong dah selang selang ada lori sayur yang lalu lalang .

Sepanjang perjalanan, kawasan tersebut adalah kawasan kediaman Orang Asli .Jika lalu pada waktu siang, kawasan tu memang warga Kaum Asli akan berniaga Akar Ginseng ,Sabut, Anyaman Rotan dan petai .Tapi veranda yg diaorg guna untuk berniaga pada siang waktu , dibiarkan kosong pada waktu malam dan lupa nak bagi tahu, jalan dari Tapah naik ke Ringlet ni sumpah gelap sangat. Hanya berbekalkan lampu kereta je la.

Back to the story , pada pertengahan jalan, lori sayur yang besar nak turun so kereta dan lori yang naik kena tunggu .Sementar tunggu, saya terpandang satu susuk hitam yang tiada rupa duduk bersilang atas veranda yang Kaum Asli gunakan. Saya memang tak berani untuk sebut apa-apa tiba tiba suami pegang tangan dan senyum. Ini benda yang dia selalu buat so saya ingat dia tak perasan benda hitam itu.

Perjalanan pun disambung sampai kami tiba di Ringlet sekitar pukul 11.32pm .Selepas masuk bandar Ringlet, suasana menjadi dingin dan jalan dipenuhi ‘street light’. Semua tidak sabar untuk sampai di Brinchang dah adik saya dan MIL yang paling teruju sehingga buka tingkap kereta dan melayan angin sejuk .Kami tiba kat Brinchang sekitar 12.05am dan mungkin disebabkan layan angin dingin, perut mula berbunyi. So suami pun hentikan kereta kat Kedai Tomyam kerana itu sahaja kedai yg buka pada masa itu.

Selesai order makanan, suami tiba tiba tanya,’Bie nampak benda kat tempat kita tunggu lori sayur besar tu turun kan’?Terbeliak mata saya sebab dia pun nampak benda tu.Dia siap nampak benda tu turun dari veranda dan jalan ke hutan di belakang dan HILANG .(Tengah taip ni pun meremang bulu tengkuk).FIL dan MIL terus pujuk kami mengatakan itu pun ciptaan Tuhan jugak.

Cerita ni belum klimaks lagi.Cerita yang mengerunkan baru nak terjadi .Selepas makan, kami pun gerak ke apartment yang sudh siap booking.Owner tersebut hany meminta bayaran untuk semalam sahaja dan untuk malam kedua, bayaran hanya dibuat petang tersebut.Agak pelik kan tapi kami pun ok je la .Owner dah siap bagi location dan hanya 3 minute dari kedai Tomyam tersebut .Suami masuk Parking apartment and tempat tu Sumpah gelap dan sunyi. Parking ada 3 tingkat dan kami park kat tingkat 2 dan kereta kat dalam parking yang besar tu hany 3 biji kereta . Still berfikiran positif,saya turun dah suruh suami parking dekat hujung so senang nak masuk lift dengan bag banyak2.

Sementara tunggu suami parking kereta, saya sandar pada penghadang batu yang disusun sambil pegang rantai besi yang diikat pada penghadang batu. Bag semua digalas dan kami pun masuk kedalam lift dan menekan butang Tingkat 10. Pintu lif terbuka dan koriddor tingkat tu serios gelap and suram. Macam dah lama tak maintain. Masih berfikiran baik, kami pun mencari unit kami.

Jumpa pun unit kami, suami buka pintu unit dan kami terus terhidu bau hamis. Bau seakan tuala basah yang ditinggalkan lama. Disebabkan dah terlalu lewat malam dan penat memandu,kita orang decide untuk stay je kat situ malam tu la .Apartment itu ada 3 bilik so saya dan suami sebilik, adik beradik sebilik dan Parent in Law sebilik. Bilik2 ni dekat dekat je macam style U Lahhh..style macam rumah teres dulu2.

Sebab penat, semua masuk tidur dan pintu pun ditutup.Tak sampai 20 minit masuk tidur , saya terdengar bunyi kerusi diseret .Bunyi tu dah la kuat sangat then tiba2 pintu dihempap kuat.Bukan sekali tapi berkali kali.Hati dah rasa something is wrong tapi pasrah je sebab tak nak kacau suami yang dah penat drive .So terpaksa la tutup mata rapat2 walaupun hati rasa nak menjerit .Tiba2 telefon berbunyi.Rupa2 adik perempuan saya yang call dari bilik sebelah .Angkat je talifon ‘
‘Kak,boleh tak keluar bilik sat,kita jumpa depan bilik ,please’
‘Ok La tapi jangan bising sangat,semua tengah tidur ni’

Keluar bilik, jumpa dia kat luar bilik dia.Tiba2 MIL pulak yang keluar dari bilik dia dengan muka pucat ,terus kata ‘Jom la cari tempat lain untuk stay malam ni’.Adik perempuan pulak bagi tahu yang dia dengan adik lelaki tu masuk tidur ,tiba tiba dia rasa jari kaki ditarik2. Dia ingat kan yang adik lelaki ni yang main2 rupa2 adik lelaki ni dah tidur siap berdengkur .FIL keluar bilik suruh keluar dari apartment dan cari hotel sebab dah tak selamat and tamabahan dengan itu, MIL saya selalu bawa lada hitam dan garam kasar diikat dalam kain jika keluar bercuti.

Garam kasar dan lada ni dikatakan boleh elakkan aura negatif .Tapi apa yang jadi kain yang ada benda ni terbuka dan lada garam berterabur. Terpaksa la bangun kan suami dan adik lelaki, angkut balik luggage unutuk turun.Sebelum gerak, adik lelaki ambil MCD Fries yang dibeli dekat RNR yang dia letak kat meja depan TV .Dia buka bungkusan fries dan Apple Pie dan makanan tu dah BASI.Basi bukan basi biasa yang berbau tapi basi berlendir. Impossible makanan yang beli pukul 9pm boleh basi pada pukul 2am.Tinggal je makaknan tu dalam tong sampah dalam unit dan terus gerak .

Selepas masukkan luggage dalam kereta , saya perasan batu penghadang yang diikat dengan besi tadi yang saya siap bersandar tu HILANG. HILANG TAKDE KESAN. Kalau plastik, boleh kata orang alihkan tapi BATU !Terus jadi seram sejuk .Terpaksa la kami cari hotel dan yang jumpa hanya hotel atas kedai tapi tidur nyaman .

Esoknya Whatsapp la owner tu bagi tahu benda yang berlaku .Terus owner itu tak nak mengaku dan refund. Kami pun x push untuk refund sebab kami sampai pun lepas tengah malam kan .Lepas balik dari CH, saya terbaca RULES AND REGULATIONS dari owner yang dia hantar.

Ternyata owner ada bagi tahu jangan bawa makanan dan minuman ke rumah tersebut dan unit tu pun tak de dapur atau peti ais .Pelik kan apartment unit ada bahagian dapur tapi tak de sebarang peralatan dapur .Kepada pemilik unit, tolong lah jangan buat begini kat penyewa sebab saya pasti anda tahu mengenai isu ni .

Anda mungkin tertanya kenapa adik saya masih membawa makanan walaupun pemilik bagi tahu.Bukan nak bawa sebenarnya tapi saya baca RULES AND REGULATION once saya dah sampai rumah sebab masa msesj ni masuk, tak de line kat jalan Tapah. Selepas ni jika nak book hotel atau apartment ,selidik dulu !

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

YAYA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 32 Average: 4.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.