Salam perkenalan.Nama aku Maya, belajar setakat SPM dan baru lepas berhenti kerja dari sebuah kedai dobi manual (pekerja yang akan cuci baju pelanggan). Mak aku dah membebel kenapa aku berhenti, sedangkan pada pandangannya, semuanya dah ok tentang pekerjaan itu; gaji ok, disediakan tempat tinggal (walaupun 30 minit aje dari rumahku) dan macam2 elaun yang boss aku beri (ye boss pun baik dan dia ni non-muslim). Aku pun malas nak cerita kat mak aku, apa bala yang aku hadap kat kedai tu, tapi untuk aku bagi pembaca senang faham, aku ceritakan satu persatu peristiwa aku diganggu hantu dobi.
Peristiwa 1:
Boss aku baru buka kedai dobi ni, dan baru selesai upacar sembahyang agama dia. Aku tak ambil kisah pun, lantaklah. Dia memintaku agar bermalam saja disitu, kerana sudah dia siapkan ruangan yang selesa untuk tidur ,mandi atau nak solat pun tiada masalah katanya. Dengan lurusnya aku pun bersetuju. Rupanya malam pertama aku disitu aku dah mendapat gangguan. Aku baru lepas mandi dan bersiap nak solat malam itu. Pada waktu itu aku dah rasa tak selesa dan rasa seperti diperhatikan oleh bukan seorang/sesuatu tapi macam rasa satu kumpulan orang tengah melihat aku. Aku tak nampak tapi aku boleh rasa. AKu buat bodoh aje, terus aku bersiap nak angkat takbir.
“Allahuakbar”- aku mengangkat takbir, dengan jelas aku mendengar suara perempuan dengan suara seperti mengejek
-“Allahuakbar”- bunyi suara itu.
Aduh, apa pula ni -kata aku dlaam hati. Khuysuk memang dah ke laut, suara itu ikut je apa yang aku sebut. Dengan positifnya aku anggap jin Islam, yelah rajin ikut jadi makmum. Sampailah aku sujud, tetiba aku rasa satu sepakan keras menendnag p******g aku sampai aku sedikit tercampak ke depan. Tak guna! Ini bangsa kafir laknat (aku marah tapi dalam takut2). Aku sambung solat, sampailah habis. Gn
gguan itu berhenti sampai situ malam itu. Tapi rasa diperhatikan tu , tetap ada sampailah subuh.
Peristiwa 2:
Ada suatu malam, aku bawa adikku untuk menemaniku malam itu, oleh kerana agak banyak juga basuhan yang aku kena selesaikan malam itu. Tak boleh bertangguh, oh ya ada rakan shift siang juga yang menolongku (gaji aku besar sedikit sebab aku ibarat senior dan kerja sampai malam, bossku tak berkira).
Adikku lelaki , Mail namanya, umur 15 tahun. Dia yang agak mengantuk malam itu terus ke bilik tidur di belakang untuk tidur lebih awal. Sedang aku tengah buat kerja , aku dengar bunyi orang berlari daripada ruang belakang dan terus ke pintu depan sambil menjerit “Tolong kak Maya! tolong aku ! ” – Mail datang kepadaku dengan air mata mencurah2 di pipinya. Adik aku ni jenis kasar orangnya, untuk buat dia menangis memang susah. Aku agak dah ada benda tak kena, Mail menceritakan yang sebelum ke katil, dia ke tandas untuk membuang air kecil.
Setelah selesai, dia dapati pintu tandas itu tak boleh dibuka. Puas dia mengetuk pintu dan menjeirt memanggil nama aku, tapi aku tak dengar apa2 pun. Pintu ni jenis selak daripada dalam, memang mustahil untuk terkunci daripada luar melainkan ada yang menahannya. Mail dah mula rasa takut sebab dia tiba2 mendengar suara perempuan ,” Padan muka kau , rasakan”. Selang dalam 5 minit Mail berjaya keluar daripada tandas itu. Di depan tandas Mail terkejut sebab dia nampak aku. Mail kata aku tanya dia “Kau ok ke tak ?” – Mail beritahu kisah dia terkunci dan jelmaan aku tu, hanya menangguk. Adik aku ni terus nak ke katil sebab bersedia nak tidur sebelum dia terdengar jelmaan aku ni tadi panggil nama dia.
“Mail, semua ok kan?”- kata jelmaan yang menyerupai aku tu dalam keadaan mata putih terbelalak (tiada mata hitam) dan dengan senyuman yang luas sambil memuntahkan d***h yang banyak ke bajunya. Itulah sebab Mail berlari sambil melalak minta tolong kat aku. Aku peluk adik aku dan ajak dia pulang ke rumah sahaja. Setan tu memang nak pedajal aku, dan adik aku apabila baju2 yang dalam plastik yang aku susun di tepi rak dijatuhkan satu persatu. Aku dan Mail yang melihat perlakuan ini terus berlari keluar mendapatkan motor kami untuk balik ke rumah. Dobi itu tidak sempat aku kunci , lantaklah kataku, siapa pencuri yang berani masuk kalau setannya begitu.
Sebenarnya, banyak lagi peristiwa kejahatan puaka itu padaku, tapi peristiwa2 ini antara yang ekstrem, pekerjanya bertukar banyak kali tapi aku adalah yang paling lama bertahan. Sebab aku nak cari duit sementara menunggu peluang lebih baik.
Terima kasih kerana membaca, doakan aku dimurahkan rezeki.
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Bru sminggu sembuh dr sihat..bila ingt kisah byg2 hitam keliling rumah trsentk pula aku dngn kisah dulu2 ..xkn smpai kesini dia cari aku! Jasad xdi smpurnakn?roh xtenang ?tp tu dh lama ,,krja clean tnpa jejak!Diklafikasi orang hilang di hutan..
Seram gak wehhh..btw kau umur 18 gak ke??