Hantu Dodoikan Aku?

Salam semua,
Ini adalah entri aku buat pertama kalinya difiksyen shasha. Cerita dari aku nie boleh tahan seramnya. Benda nie terjadi pada diri aku pada tahun ini.
Pertamakalinya aku berpindah dirumah apartment baru yang aku beli dengan titik peluh aku sendiri diCheras. Aku ini suka kucing, aku ada tiga ekor, sekor itu warna oren, seekor warna kelabu dan seekor lagi kucing benggal (informasi ini penting untuk cerita ini, sebab ia juga buat kucing aku tidak respon bila aku panggil mereka).Kucing aku ini sangat nakal.Aku kenal perangai tiga ekor kucing aku nie.Nakal tahap tidak boleh bawak berbincang kadang-kadang.

Selama 10 bulan aku pindah dirumah baruku itu, aku tidak pernah pulak mengalami benda-benda yang pelik-pelik .Pada bulan March lepas, aku perasan perangai dan tingkahlaku kucing aku sangat berlainan. Iyalah mana tidaknya, selalunya kucing aku tuh kalau nakal nauzubillah, tidak boleh bawak berbincang langsung nakalnya. Kali ini perangai diaorang sangat pelik, diaorang jadi pendiam, sorok bawah meja makan, tandas diaorang bersih,makan tidak usik dan aku panggil pon tidak menyahut.

Aku rasa macam pelik sangat dengan tingkahlaku diaorang dan satu lagi yang aku perasan rumah aku sangat bersih, macam rumah baru mop dan sapu. Aku buat bodoh aja dan aku tidak pulak pikir bende yang tidak baik. Sebulan berlalu, aku masih ada perasaan pelik, sebab rumah tu senantiasa bersih.Walaupon aku sengaja tidak menyapu rumah and buang sampah. Tidak ada bau dan bersih macam baru sapu dan mop.

Sesiapa aja yang datang kerumah aku rasa pelik, sebab rumah aku bersih semacam.Adik aku yang selalu datang menjenggah aku bertanya “kenapa denga kucing ko akak and aku macam ada perasaan pelik jer dengan rumah kau ini.Apahal bersih sangat? kau amik bibik ke?”
Aku tidak menjawab dan diam seribu kata.

Pada tarikh 15 April, aku tidak boleh tidur pada malam itu. Aku serious mengantuk tapi aku tidak boleh tidur. Lepak berpusing badan atas katil, aku rasa tidak sedap hati.Aku bukak laptop, pastu aku cakap pada diri aku sendiri “aku mengantuklah tapi tidak boleh tidur, kenapa ya? tak apa, aku bukak lagu untuk dodoikan aku tidur.” Selepas ajer aku cakap macam itu, aku dengar suara nyanyian. Mula-mula nya aku ingat jiran aku yang menyanyi, aku pun buat bodoh ajalah. Aku bukak website youtube, sebelum aku tekan apa-apa, suara wanita itu menyanyi seolah dekat sebelah aku aja,suara itu seperti suara nyanyian sinden. Aku pandang arah suara itu, dia tidak berhenti, seolah nyanyian dia memujuk aku untuk tidur. aku apalagi terus melompat dari katil dan keluar dari bilik aku, bila aku keluar, aku perasan kucing aku menyorok bawah kerusi dekat ruang tamu apartment aku.

Keesokkan malamnya benda yang sama terjadi dekat aku. Aku menelefon pak cik aku dan aku menceritakan segalanya kepada dia. Dia kata dia akan datang kerumah aku selepas dua minggu disebabkan dia tengah outstation.Dalam dua minggu itu, aku alami macam-macam, dekat dapur aku dengar suara perempuan tengah berborak, gelak ketawa dan aku dengar seolah-olah ‘bende’ itu tengah masak dan mengemas. Ada satu masa itu, aku ada dengar orang menyapu rumah dan memanggil aku untuk makan dikala tengah malam. Janganlah kamu tanya apa perasaan aku masa tuh. Hanya tuhan aja yang tahu.

Selepas dua minggu berlalu, pak cik aku pun datanglah kerumah bersama isteri dia. Dia buat riki kat rumah aku, dia kata dia jumpa ‘bende’ itu. Pak cik aku berkata dia berborak dengan ‘benda’ itu dan ‘bende itu berkata “Dia duduk kat tingkat lain dalam apartment kompleks yang sama dengan aku dan dia disuruh oleh tuannya jaga apartment tersebut (tidak mengetahui aku tingkat berapa dia tinggal).Dia suka datang kerumah aku sebab dia tengok aku tinggal sorang-sorang dan dia rasa kesian.Dia nak tolong aku mengemas rumah untuk menghilangkan rasa bosannya.

Pak cik aku cakap, paggar yang dia buat sebelum ini, masih bagus lagi.Pak cik aku hendak perkasakan pagar yang sedia ada itu dengan pakai minyak attar dan suruh aku mandi, tidur dan keluar pakai minyak attar sebagai perlindungan. Sejak dari itu aku dah tidak mendengar lagi suara ‘bende’ itu. Sekian, terima kasih.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Salina

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

12 thoughts on “Hantu Dodoikan Aku?”

  1. Alahai untungnyer dapat hantu tolong kemas….. Kalau aku dapat hantu macam tuhh; Baguih
    sbb housemate aku, Nama jerk doktor, pengotor nak mampuih….. Tuh lagi berhantu dari hantu,
    Baguih dapat hantu yang boleh tolong kemas…. Selesa aku bkn seram, selesa!! Huhuhuhu

    Reply
  2. Wahhh, bosan sampai tolong kemaskan rumah. Ok la tu, asal dia tak menampilkan dirinya. Kalau dia selerakkan rumah kan ke lagi haru.

    Reply
  3. sinden tu ape ekkkkk..
    baguih hantu ni, dia bosan xdak keja dia mai tolong kemas rumah. mesti berkilat2 lantai umah ko yek. hujung bulan dia claim dari tuan dia barangkali

    Reply
  4. Untungla ada hantu tolong kemas, cuba dia kemas rumah aku plak? Mau pengsan, selang sehari kena buang pampers sebeban, mainan bersepah, anak makan macam ayam, kain baju sekolah dah pakai tak reti basuh. Aku jugak kena jadi hantu nya kemas semua benda.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.