Hantu IPTA

Assalamualaikum readers sekalian. Aku penggemar cerita-cerita di Fiksyen Shasha dan buat pertama kalinya aku ingin mencoretkan cerita seram yang pernah aku alami.

Salam perkenalan, aku merupakan seseorang gadis berusia 20an yang baru menamatkan pengajian disebuah IPTA terkemuka. Jikalau aku mention nama IPTA tersebut semestinya para pembaca akan tahu bukan? Jadi biarlah rahsia.

Ceritanya bermula apabila pensyarah aku tetiba membuat kelas ganti pada waktu malam iaitu pada pukul 8pm-10pm. Ketika itu aku masih junior jadi belum ada transport untuk ke kelas. Jadinya aku dan geng berjalan kaki untuk ke kelas yang ambil masa kira-kira 20-30 minit berjalan kaki.

Selesai kelas malam, kami bergerak pulang ke kolej kediaman. Nak dijadikan cerita aku duduk di kolej berbeza dengan geng aku. Geng aku ditempatkan di Kolej X manakala aku di kolej Y. Tiba di persimpangan kami berpisah kerana aku perlu guna laluan lain utk sampai ke bilik.

Aku memang dikenali dengan sikap beraniku. Jadi tidak hiraulah kawan-kawan aku tidak risau dengan keselamatan diriku. Aku mulai menggunakan jalan pintas untuk sampai ke bilik ku. Aku lalu dikawasan ampaian dan menyeberang di kawasan pangkin. Keadaan ketika itu gelap gelita tanpa lampu koridor. Yang ada hanya cebisan cahaya lampu dari beberapa buah bilik. Ketika sedang melintasi kawasan tersebut, aku memerhati bilik aku yang kebetulan di tingkat 4, ketika itu alangkah terkejutnya aku terlihat satu lembaga berpakaian serba putih dengan rambut mengurai panjang bertenggek disebuah pohon yg telah ditebang daunnya 2-3 hari sebelumnya.

Allahu akbar aku menjerit dalam hati. Aku baca Ayatul Kursi dan mempercepatkan langkah. Aku risau jika makhluk itu memalingkan wajahnya kepadaku. Mahunya aku pengsan 7 hari 7 malam hendakNya. Satu hal lagi aku perlu tempuhi sebelum sampai kebilik iaitu aku perlu merempuhi 3 level yg kosong tanpa penghuni dalam keadaan kelam dan sunyi. Ketika itu angin pulak bertiup-tiup kedinginan. Aku berdebar dalam meniti tangga. Aku cuma mohon tidak ditemukan dengan apa2 makhluk pelik .

Ketika aku sampai di tingkat 2, aku terdengar bunyi orang mandi. Terasa lega sebentar kerana pikirkan ada yang belum tidur. Bunyi air dari shower dan suara org menyanyi. Merdu . Seketika kemudian aku tersentak, aku di tingkat 2 dimana tiada penghuni setelah hampir 2-3 semester disebabkan proses penyelenggaraan kolej. Dugaan apa lagi kali ini Ya Allah.

Aku berlari sungguh-sungguh sampai ke tingkat 4 . Syukur bilik ku berhampiran tangga jadi senang untuk aku sampai ke bilik. Tercungap2 aku memberi salam lalu masuk kebilik. Kelihatan seorang roommate aku di meja study dan seorang sedang otp di atas katil, manakala seorang lagi sedang melipat baju.

Sedang aku mengeringkan peluh, kelihatan seorg roommate aku baru masuk ke bilik , katanya sakit perut sebab itu lama di tandas. Allahu. Habistu siapa yang aku lihat di meja studynya sebentar tadi. Aku istigfar. Aku berpaling ke meja studynya dan kelihatan kemas sahaja tanda tiada siapa-siapa disitu.

Aku diam sahaja tanpa menceritakan kepada roommate. Esoknya aku demam seram sejuk. Aku rasa sejuk menggigil tapi at the same time aku berpeluh teruk. Mungkin effect kejutan dengan insiden semalam.

Utk pengetahuan korang, blok yang aku duduki itu merupakan blok lama dan ada buruh terjatuh dri bangunan semasa proses pembinaannya. Kemudian pokok yang aku ceritakan itu ada penunggunya , senior cakap penunggu tu marah apabila pokok tu ditebang daunnya.

Sekian sahaja ceritaa seram yang tidak berapa seram dari aku. Ini bukan tipikal cerita seram di IPTA dan bukan rekaan semata-mata tapi ini pengalaman dari aku yang pernah aku laluinya.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com.submit

Cik Bunga

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.