Hantu KERUSI GOYANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua, ini kisah keempat yang akan aku share bersama kalian. Dua cerita seram dah dipublish, “Hantu ATM” dan “Pontianak di ruang tamu” jadi siapa yang belum baca tu kalau sudi baca lah hehe. Memang pengalaman aku 100% real tiada tokok tambah. Kisah kali ini mengenai pengalaman aku semasa menetap di rumah atas bukit di sebuah perkampungan yang terletak di Beserah, Kuantan Pahang.

Dulu masa aku darjah 1-6 aku sekeluarga menetap di rumah kampung atas bukit. Pagi-pagi cuaca sejuk macam di Cameron Highland, berkabus je kawasan sekeliling. Bukit bukau menghijau nun di balik belakang rumah aku, redup mata memandang rasa tenang jiwa. Memang antara pengalaman paling manis dalam hidup aku. Tapi, biasalah kalau kawasan macam tu memang ada la makhluk lain.

Pengalaman seram yang aku alami ni semasa aku berada di darjah 3, memang aku masih ingat lagi apa yang terjadi. Semuanya bermula bila aku berani bermain di kawasan bukit belakang rumah aku. Main sampai maghrib, dah la time maghrib tu mahkluk halus aktif berkeliaran. Masa darjah 3 kan ada kelas musik kena tiup seruling, aku siap bawak main seruling tiup-tiup lagi kat kawasan hutan tu. Jadi macam syok walaupun aku sorang-sorang je.

Malam tu aku kena gangguan teruk. Gangguan yang membuatkan aku trauma dan insaf. Bilik aku bilik paling hujung menghadap kawasan bukit bukau belakang rumah tu, tepi katil ada tingkap kaca bertingkat tu. Boleh bayangkan tak? Bilik mak aku pula berhadapan bilik aku tapi agak jauh la nak sampai ke sana. Nak panggil mak aku kena jerit kuat baru dia dengar sebab bilik aku menuju ke bilik mak aku tu berlorong. Ha memang unik rumah kampung aku ni, lawa sangat senibina dia macam rumah mat saleh ada lorong bagai. Feeling aku kalau duduk situ. Bijak pandai siapa yang design tu haha.

Jadi malam tu aku baring-baring sementara nak tidur. Masa aku darjah 3 tu tahun 2001 jadi tak ada la apa-apa bahan hiburan macam telefon bimbit ke kan. Kalau ada boleh layan youtube dulu sebelum tidur haha. Tak macam budak moden zaman 2018 ni darjah 1 dah ada iPhone ( jangan kecam akak ). Akak tak mampu dik. Dulu-dulu layan komik Dragon Ball je dengan layan cerita Power Rangers siap bergaduh dengan sepupu siapa nak jadi Power Ranger Putih hahaha. Kenangan beb!

Ok sambung, masa tengah baring-baring tu aku dengar bunyi dinding diketuk dari luar. Ketuk perlahan je tapi jelas bunyinya sebab rumah aku kan rumah kayu. Kebetulan sangat la masa tu dengan tingkap aku tu tak tutup rapat jadi aku pun terus la menoleh je ke arah tingkap nampak ada tangan hitam perlahan-lahan masuk ikut celah tingkap tu sambil pegang daun goyang-goyangkan dengan buat bunyi “eeeeee heee eeeeeee” macam bunyi kita acah-acah nak takutkan orang tu. Ya Allah aku apa lagi terkejut gila macam nak m**i terus berlari keluar bilik menangis kuat. Mak aku berlari keluar bilik tengok aku nak tenangkan aku. So tidur la dengan mak aku malam tu. Lebih kurang pukul 2,3 pagi ( anggaran aku ) , terasa nak terkucil sangat. Tandas rumah aku tu terletak di hujung lorong berhadapan bilik mak aku dan terletak bersebelahan dengan bilik aku. Aku pun kejut la mak aku ajak teman pergi tandas, nak ke tandas tu kena melalui ruang tamu dan di ruang tamu tu ada sebuah meja dan kerusi goyang memang mak aku sediakan untuk buat kerja sekolah. Korang tahu tak apa yang jadi? Masa bangun nak ke tandas tu la dengar bunyi kerusi kat ruang tamu tu bergoyang sebab bunyi spring dia tu. Cuak jugak masa tu. Masa kami keluar dari bilik nak lalu situ kerusi tu bergoyang ke kiri dan ke kanan seolah olah ada orang tengah duduk. Dalam rumah tu hanya ada aku dengan mak aku je sebab abang dan kakak aku ada di IPTA jadi siapa yang duduk di kerusi itu? Goyang dia goyang seram sebab perlahan lahan je dia goyang kerusi tu. Bunyi spring tu pulak “teeet teeettt teettttt tettttt”. Korang boleh bayangkan tak bunyi spring yang dah longgar? Bila aku dengan mak aku berhenti dan kami sama-sama pandang ke arah kerusi tu, terus berhenti bergoyang okay. Mak aku pandang aku bagi isyarat untuk lari ke bilik aku secepat mungkin. Buatnya benda tu pusingkan kerusi tunjuk diri dia tak ke naya kita orang anak beranak. Maka berlari la kami anak beranak masuk bilik aku kunci pintu. Mak aku cepat-cepat tutup tingkap yang terbuka sikit tu dan ambil Yasin dalam laci baca dan mengaji Al-Quran sampai ke Subuh. Aku tahan je la nak terkucil sampai ke pagi. Memang dahsyat gangguan yang aku kena, tak tahu la kalau korang rasa biasa biasa tapi serius kalau korang kena korang tahu lah apa perasaan aku masa tu.

Mak aku pun dapat tahu lah kegiatan aku pergi main siang tadi sampai ke maghrib kat kawasan bukit hutan belakang rumah tu memang teruk la aku kena bebel. Kantoi la lepas didesak banyak kali sebab sebelum ni memang tak ada gangguan macam ni pun. Mak aku tak perasan aku dok main kat belakang rumah sampai maghrib tu sebab dia sibuk masa tu buat kerja rumah semua. Selalunya aku main dengan sepupu yang tinggal di sebelah rumah aku tu pasal mak aku tak risau sangat. Tapi buatnya hari tu aku buang tebiat nak main kat hutan belakang rumah, sorang sorang pulak tu. Mungkin ada la mahkluk halus dok perhati aku tu pasal kena kacau kaw kaw malam tu. Sejak daripada hari tu aku tak berani dah main luar rumah sampai maghrib atau jejak kaki langsung ke hutan bukit belakang rumah aku tu. Apa yang terjadi ni satu pengajaran terbaik buat aku.

Itu saja lah kisah seram yang aku alami semasa tinggal di situ. Kadang-kadang aku terfikir mahkluk halus apa la yang ganggu aku malam tu sebab nakal sangat cara gangguan dia tu. Maaf andai tak seram, aku hanya berkongsi kisah-kisah angker dan misteri yang aku alami. Banyak lagi kisah lain, nanti kalau rajin aku share lagi kalau FS sudi publish. Till next time, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri~

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

theaicles

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

20 thoughts on “Hantu KERUSI GOYANG”

  1. Ha tu la.. main sensorang lg.. dh nk maghrib baru teringat nk balik rmh.. buatnyer ko kena kacau masa kat dlm kwsn hutan blkng rmh ko.. siapa yg susah.. aku jgk.. eh silap.. mak ko jgk..

    Reply
  2. kerusi goyang tu syokkk…. kene repair spring dia bagi xde bunyi.. bru selesa…. ape pun jalan cerita menarik…. like cap jempol….

    Reply
  3. Kasi kamehameha je SENANG. Pastu bertukar jadi super SAIYAN. Hahahahhaha. So far best. Mmg seram dan penuh misteri.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.