Hantu Menyerupai Seseorang di Tempat Kerja

Aku merupakan Bekas Executive Prod di salah sebuah “company” terkemuka di negara ini, kisah ini terjadi sekitar pada tahun 2016.

Kerjaya sebagai seorang executive bermula dari pukul 8pagi sehingga 5.30petang dan tiada OT. Sekiranya ada kerja yang belum selesai, akan dibawa balik kerumah ataupun bermalam di office sambil ditemani cahaya lampu dan leader dan pekerja ship malam. Untuk pengetahuan, company yang aku kerja ni mempunyai 2shift, siang 7pagi-4.30ptg (kebiasaan ada yg buat OT sehingga 7mlm), shift malam pulak dari pukul 9mlm sehingga 6pagi besok. Jadi diantara 7mlm sehingga 9malam ni kebiasaanya tiada kerja dilakukan dalam working floor production.

Office untuk Executive dan Group Leader Production terletak di bahagian atas di dalam kawasan operasi kilang, dari office boleh nampak operasi di bawah.

Sebelum tu, member dan orang lama banyak bercerita tentang perkara mistik di dalam ofis ni, antaranya ada yang kena gangguan di ofis nampak kelibat bayang-bayang hitam di permukaan almari besi dan ada yang terkena gangguan ofis akan bergegar seperti mini gempa bumi. Masa aku dengar cerita diorang ni, tiada perasaan takut dan aku anggap kemungkinan diorang saja nak nyakat jer ni.

Pada satu hari tu, suasana keadaan siang terlalu banyak meeting dan masalah terjadi di tempat kerja, jadi aku belum sempat untuk mulakan kerja “urgent” yang perlu dihantar pada besok pagi. Jadi, aku maklumkan kepada isteri akan lewat balik pada hari tersebut.

Jam menunjukkan 7.30mlm, dan aku turun ke bawah untuk pergi ke surau untuk solat maghrib. Semasa ni, manager aku pun dah balik, dan shift siang pun dah balik, cuma ada beberapa orang yang masih lepak di kantin dan surau. Untuk pengetahuan para pembaca, semasa aku kerja kat sini, sebelah kiri bahagian ofis aku ni dalam keadaan renovation, jadi perpisahan antara ofis aku dan tangga adalah zone renovation yang hanya dilitupi dengan kain kanvas contruction sahaja. Semasa nak lalu lorong kanvas ni agak seram sebab gelap dan tertutup.

Setelah selesai solat maghrib, aku pun berlalu pergi naik ke atas ofis dan sambung balik kerja yang perlu disiapkan. Malam tu aku hanya keseorangan sahaja. Aku pun start kerja urgent tu, tiba-tiba ofis ni bergegar dalam 2-3minit, (ofis ni structure besi berlantaikan kayu) aku masih buat tak tau, aku rileks ja, malas nak layan. Lepastu selang beberapa minit ofis ni masih bergegar lagi. Aku terus tengok di working floor melalui tingkap, ada orang ke tak kerja masa tu. Memang tiada orang beb. Aku terus tengok Jam dinding, baru 8.15 malam, siapa punya kerja ni bagi ofis gegar time tukar shift ni. Masa ni aku ambil pendekatan “lantak lah apa jadi pun, yang penting kerja siap”.
Aku masih tidak rasa takut sebab shift malam akan masuk pada pukul 9malam, dan kebiasaanya Group Leader malam pun akan naik ke atas juga nanti. Sambung kerja lagi.

Kemudian selang beberapa minit , aku terdengar tapak kaki naik ke ofis (tangga ofis ni dibuat dari plate besi, hentakan menapak akan kedengaran semasa naik atau turun).. bunyi hentakan “dungg, dunggg,dunggggg” naik ke atas (Dalam hati aku, lega ada juga orang naik ofis teman aku ni). Kemudian dengar deria bunyi, aku tunggu dia masuk ke zone renovation (area sini kebiasaanya dapat dengar bunyi tapak kaki memijak lantai kayu “tappp,tappp “)Tunggu punya tunggu, tak masuk2 juga mamat ni. Aku tengok jam lagi 30minit nak start shift malam.

Ok. Selang 5minit macam tu, tiba-tiba ada orang selak kain kanvas masuk ofis. (Ada terasa bila masa dia masuk). Tapi aku pedulikan lah semua tu yang penting ada orang naik ofis. Yang naik ni Group Leader India, tak pakai Topi Safety (disebabkan ofis ni dalam kawasan production, memang wajib pakai topi safety walaupun naik ke ofis) dan rambut dia agak kusut masai, baju pun comot2 tak digosok iron, aku pun tegur lah “Siva2(bukan nama sebenar), awal you naik hari ni, kejap lagi dah nak start shift tu”.. Dia senyap jer, jalan slow2 depan aku mata dia agak merah sambil menghadap production. Mungkin tak cukup rehat ataupun mengantuk lah ni. Siva ni masih membisu. Kemudian aku cakap lagi, “Siva, apasal sombong sangat ni?” Dalam hati aku, lantak kau lah nk sombong. Aku pun duduk balik kat tempat kerja aku menghadap Monitor dan Siva ni lalu belakang kerusi aku dan duduk di kerusinya yang menghadap cermin ke arah luar. Aku pun sambung lah kerja, malas nak layan sangat orang sombong dengan aku ni.

Tengah sedap layan kerja, kali ni ada pulak kelibat bayang2 hitam di permukaan almari betul2 terjadi depan mata aku. Aku pun teringat member aku cerita pasal ni. Aku pun malas juga nak layan. Tapi masa tu agak meremang bulu roma, aku menarik nafas dan hembuskan perlahan-lahan dan rilek kejap. Ketika itu aku terdengar siva tidor mengeruh pulak weyhhh.. Hampeh betul, naik ofis cuma tidor jer dia ni. Aku pi kat kerusi Siva ni, sambil aku cakap2 dengan dia “uih, siva, kuat lah you dengkor!” sambil tarik kerusi dia dari kiri ngadap aku. Masa aku tarik tu, tengok mata dia merah menyala weyhhh, tak da langsung warna putih! Kemudian dia senyum ja tengok aku. “Mata merah kenapa Siva?” Aku pun seram pulak tengok muka dia tu. Tanpa berfikir apa-apa, aku terus belah pi kat tempat aku.. Tapi bulu roma aku naik dan jantung berdegup kencang. Nak buang rasa ni, aku zikir “Allah” dan berselawat ja sampai tenang.

Kemudian loceng untuk senaman shift malam pun berbunyi. Aku tengok Siva ni pun tak turun lagi. Dia masih tido dan kerusinya masih hadap ke tingkap. Ketika itu aku masih tak tahu kenapa dia macam tu, aku pula masih sambung kerja lagi, dan sekitar 9.30mlm tu, dengar lagi bunyi “dunggg dunggg dunggg “ naik tangga, dan dengar bunyi tapak kaki di zone renovate tu, “tappp, tappp, tappp” ternampak lagi Siva ni (masa ni pakaian nya kemas dan pakai topi safety).

Saya terus tanya dia “Tadi you kat ofis, bila you turun bawah?” Dia balas “Saya nak turun macam mana, saya baru naik juga sini lah boss” sambil senyum dan ceria. “Betul2x lah Siva, you jangan main-main, tadi saya baru nampak you dekat kerusi tu” aku pun terus kalih pandangan kat kerusi tu. Ternyata tiada orang! Jadi siapa yang aku jumpa tadi weyhh !? Terus terkesima aku masa tu. Arghh sudahh kena kaco aku malam ni…!

Jam pun dah dekat pukul 10mlm, aku tutup PC, dan terus balik rumah. Aku diamkan jer dan besoknya aku cerita kat member2 dan orang lama, dorang cakap sah! ko dah kena kacau ni bro.

Start hari tu, 6.30petang aku dah balik rumah ja, siap ka tak siap aku sambung rumah. Alhamdulillah mujur tak ikut balik rumah, kalu tak, MC seminggu..

-Tamat-

Safuan Shukari

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 17 Average: 4.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.