Hantu Pokok

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca FS kalau mereka publishkan cerita saya. Sebelum ni saya cuma silent reader FS tapi sekarang terdetik pulak hati nak karang cerita so harap pembaca puas hati yaa..

Cerita ni terjadi beberapa bulan lepas namun segala peristiwa kekal dalam ingatan. Waktu tu waktu senja and kucing saya belum diberi makan.. so saya lah yang kena bagi makan sebab saya paling banyak main dengan mereka.. Itu semua abang saya yang cakap( alasan orang malas)…masatu pulak saya tak boleh solat hmm.. dengan perasaan takut campur gementar nak keluar rumah waktu senja-senja ni. Time keluar pintu tu teringat pulerr cerita dekat rumah saya waktu malam2.. Ada masa nanti saya cerita.
Saya pon pergi dekat tempat kucing saya akan diberi makan tapi hati makin rasa tak tenteram tapi bile fikir kucing2 tengah kebulur and saya pulak dah kenyang, saya biarkan dulu perasaan tu.

Waktu saya pusing belakang nak isi air dalam bekas minuman mereka berdekatan tiang,(bekas makanan kucing2 saya menghadap dinding tau). saya ternampak 1 susuk tubuh seseorang yang tegap and berbulu kot dekat pokok buluh kawasan rumah jiran sebelah..tak jelas sangat sebab saya rabun and tak pakai cermin mata masatu.. kalau nak tau susuk dia hampir sama macam ‘Grassman’ atau ‘Yahoo’ dalam cerita mountain monsters dekat animal planet yang kononnye sejenis bigfoot. Tapi yang saya amat pasti ‘dia’ tengah memandang saya sebab mata dia yang putih (macam mata kucing bile disuluh lampu dalam gelap) tu pandang saya. Saya dahlah jenis lemah semangat. Masa ni nak gerak kaki macam tak nak bergerak.. Derhaka betul kaki saya nii.. Bulu roma saya dah meremang dan rasa seram yang teramat. Dahlah pintu utama tu jauh. Nak lalu pintu sliding ade pintu grill berkunci. Nak lalu pintu belakang tu macam tak berani pulak. Dahlah belakang tu lampu malap and banyak semak and pokok rendang yang menyeramkan.. Saya terpaksa guna pintu utama yang jauh tulah dan waktu saya pandang pintu tu ternampak macam ‘uwan’ saya berpaut pada pokok palma berdekatan pintu utama tu. Seingat saya ‘uwan’ saya perlu gunakan tongkat untuk berjalan tapi tongkatnye langsung tak kelihatan di sekeliling ‘uwan’ saya tu.

Saya terus pandang ‘uwan’ tu tanpa teringat tentang susuk di pokok buluh tadi. Lama kelamaan mata ‘uwan’ saya tu terus bertukar kepada warna putih.. same macam mata susuk tadi dan tak lama lepas tu saya baru tau,’uwan’ saya tu merupakan jelmaan susuk tadi sebab ‘uwan’ saya jadi berbulu pula.. saya dah naik seram tahap maksima sampai tak mampu sebut kalimah Allah pon malahan perkataan mama dan papa pon tak boleh. Saya beranikan diri pergi ke pintu utama tu untuk masuk rumah. Saya berjalan perlahan lahan dan mata susuk tu tetap pada saya.

Saat saya memegang tombol pintu, susuk tu mula mengeluarkan bunyi menyeramkan seperti keeerk..keerk…keerk..kierrk.. saya apalagi? Terus buka pintu dan dan masuk rumah lalu menghempas pintu.  saya sangka gangguan tu berhenti disitu tapi ianya diluar jangkaan. Tetiba ia berdiri dekat cermin lutcahaya yang ade dekat pintu tu. Gile tak seram wehh.. memang jelas mata memandang dengan penuh rasa marah kat saya. Tanpa membuang masa, dalam ketakutan tu, Saya lari pergi ke dapur dan mendekati pintu sliding tu untuk tengok kucing saya selamat ke tak.(takut dia makan kucing je ) Rasa seram dan takut hanya Allah je tau. Saya terkejut bila melihat rupanya ada lagi beberapa ‘ekor’ yng sedang memerhatikan saya berhampiran pokok2 buluh. Hati berdebar dan jiwa dah tak tenteram. Tapi yang dekat depan pintu utama tu dah takde Alhamdulillah..

Cume saya tertanyalah kenapa diorang ade dekat pokok tu dan kenapa sekor tersesat dekat pokok palma tu..? mujur pintu utama macam ade pagar yang buat mereka tak dapat masuk.  Malam tu mak saya marah kerana terkejut ketika saya menutup pintu dengan kuat.

Okay tu je cerita saya. Harap semua pembaca terhibur dengan cerita ni..maaf andai ade kesilapan and kalau jalan cerita tak berapa bagus..sorry jugak kalau cerita ni tak seram..sekian,

         mardhiah96
mardhiah96

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

2 thoughts on “Hantu Pokok”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.