Assalamualaikum dan terima kasih admin Fiksyen Syaya kerana sudi siarkan kisah seram yang pernah berlaku dalam family aku. Kali pertama aku post kat sini nebes tak payah cakap la haha. Harap korang enjoy lah ye.
Kisah seram ni berlaku dalam bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Mesti ramai yang pelik kenapa pada bulan puasa berlakunya kejadian seram sedangkan syaitan dan jin sudah diikat. Bukan korang je, aku pon pelik. Kisahnya berlaku dalam pukul 12 tengah malam. Waktu tu aku dengan adik perempuan belum tidur lagi, tengah syok duk layan drama korea dalam laptop aku. Mak dekat bilik depan dah lama tidur. Ayah dengan adik bongsu pula keluar. Nak dijadikan cerita abang aku bergaduh dengan kakak ipar di luar rumah di bawah pokok durian. Abang nak pergi main futsal tapi kak ipar tak izinkan sebab abang lemah semangat. Lagipun sudah tengah malam. Diorang bergaduh dan kak ipar ajak abang masuk ke dalam rumah.
Tiba-tiba ada ketukan bertalu-talu di pintu bilik aku. Suara kak ipar cemas panggil aku. Aku buka pintu, kak ipar suruh aku pergi tengok abang di bilik dia. Alangkah terkejutnya bila aku tengok abang bermata merah, memarahi kakak ipar. Abang sudah dirasuk. Aku panik sangat masa tu. Abang di atas katil dengan keadaan seakan gorila, duduk mencangkung dan tangan ke bawah. Melihat keadaan abang begitu, aku terus ke bilik mak memberitahu keadaan abang. Mak terus ke rumah jiran untuk mendapatkan bantuan. Tinggallah kami berempat dirumah iaitu aku, adik perempuan, kak ipar dan abang.
Untuk selamatkan diri, aku terus heret kak ipar masuk bilik aku dan kunci pintu. Abang sudah diluar memanggil-manggil menyuruh kami keluar. Mengetuk pintu dan dinding sekuat hatinya. Suaranya garau. Kami bertiga ketakutan dalam bilik. Dalam hati aku berdoa cepat la ayah balik. Beberapa minit lepas tu ayah aku balik dan jiran datang untuk membantu kami. Ayah aku jenis berani jadi abang aku seakan takut dengan dia. Ayah aku tanya dia siapa kau ni?. Abang aku geleng-geleng je. Tak garang macam tadi.
Datang la kawan ayah aku, Pak Man. Dia bomoh di kampung sebelah. Pak Man cuba ubatkan abang dengan kayu ajaib yang dia dapat. Dia tekan kayu tu dekat kaki abang. Abang menjerit kesakitan. Part yang paling seram bila Pak Man bertanya benda tu dari mana dia datang, kenapa ganggu keluarga kami. Abang ketawa kemudian menangis. Benda tu bagitau dia masuk dalam badan abang sebab dia tengok abang sedih. Lagipon abang bergaduh di Kawasan dia. Pokok durian adalah tempatnya. Bila ditekan lagi benda tu berjanji nak keluar daripada badan abang. Kami menarik nafas lega. Semua sudah selesai itu yang kami pikirkan. Pak Man bagitahu hantu raya yang memasuki badan abang dan melarang kami keluar selepas maghrib.
Selesai berubat abang kepenatan. Kami membuat keputusan untuk tidur ramai-ramai dan bilik aku menjadi pilihan. Abang dengan kak ipar dibawah, aku dengan mak di atas katil. Posisi aku menghadap abang, mak dengan kak ipar pula menghadap dinding. Tak sampai 5 minit terlelap abang kejutkan kak ipar teman dia ke tandas untuk kencing. Ditandas kak ipar aku menjerit. Muka abangku berubah. Seakan dirasuk lagi. Menurut kak ipar sewaktu abang keluar daripada tandas, mata abang tak lepas tengok pintu belakang. Tandas di rumah berdekatan pintu belakang. Bila kak ipar tepuk bahu abang, terus mukanya berubah, matanya menjadi tajam dan membulat, serta senyuman sinis. Hantu yang sama masuk balik dalam badan abang.
Kami semua bangun, ahh terpaksa hadapi situasi ni lagi fikirku. Aku penat mengantuk semua ada. Pak Man dipanggil lagi ke rumah. Pukul 3 pagi masa tu, Pak Man cuba untuk mengubati abang. Kali ni Pak Man gunakan keris kecik di kaki abang. Hantu raya dalam badan abang meraung kesakitan dan berjanji untuk tidak merasuk abang lagi. Bila ditanya kenapa datang balik, hantu raya dengan nada sedih bagitau tempatnya kacau. Bukan asalnya pokok durian. Tapi pokok buluh di hutan hadapan rumah aku. Disana baru la kami tahu buluh-buluh yang ayah ambil untuk buat pondok dan reban ayam tu adalah tempat tinggalnya. Kebetulan hantu tu ada anak dan anaknya m**i semasa ayahku ambil buluh tersebut. Mak memarahi ayah kerana sikapnya suka mengambil tanpa meminta izin. Hantu berjanji nak keluar jika ayah pulangkan semua buluh ke tempat asal. Pondok yang sudah dibuat pon perlu dirobohkan dan dihantar balik ke penempatan asalnya. Pukul 4 pagi urusan penghantaran dibuat. Ayahku bersamaa-sama 5 orang kawan-kawan abang ke hutan untuk menghantar buluh. Selesai penghantaran, hantu raya menunaikan janjinya keluar daripada abang.
Aku sudah trauma dengan apa yang berlaku, tapi mak suggest untuk tidur ramai-ramai lagi. Dalam hati jangan la berlaku lagi. Cepat la siang malas nak hadap hantu-hantu ni. Eh baru je pejam mata, dia mula lagi dah. Dia dating balik, menjerit-jerit suruh kami keluar. Aku tak pikir banyak, terus tarik selimut selubungi diri. Mak dan kak ipar dah lari keluar, aku je kaku kat situ. Dia semakin dekat, mak masuk bilik tarik aku. Memang masa tu kaku, tak dapat bergerak. Depan mata pula dia, redha dah aku kat situ masa tu haha. Masa ni dekat subuh dah, waktu nak sahur dah. Kami ni nak sahur pon tak lalu. Kesudahannya semua minum air kosong je untuk alas perut puasa esoknya.
Abang mengamuk macam tu sampai pagi. Cerah je ayah pergi cari ustaz yang boleh sembuhkan abang. Sebelum ustaz datang, mak mertua abang datang. Dia ada kebolehan sikit untuk ubati orang kerasukan. Macam bomoh la juga. Dia dengan suami cuba megubati abang tetapi gagal. Benda tu keluar masuk, keluar dan masuk balik dari badan abang. kami sudah penat. Abang pon penat. Hari-hari menangis je bila aku tengok keadaan abang. lembik, lesu tak bermaya. Asal berjalan je dia jatuh, yelah tak makan apa-apa. Minum setitik pon tak. Berbuka puasa kami dengan air kosong. Makan tak lalu tengok keadaan abang. 7 hari 7 malam masa diambil untuk sembuhkan abang. Mata aku dan mak sudah bengkak ekoran hari-hari menangis. So, aku habiskan cerita kat sini dulu nanti aku sambung dekat part 2 iaitu berubat dengan ustaz.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Yo, mcm drama bersiri pulak. Kalau malas jangan la hantar cerita. Acah2 cliff hanger pulak.
Nyampah betul baca cerita yg ada sambungan mcmni. Tulis jelah sampai habis bukan panjang mana pun 🤦🏻♀️
nak berubat,carilah ustaz kalau boleh elakkan la bomoh,kadang ada yang okay ada yang teruk
alahaii. .bleh plak jdik lagu nie. .da brsambung ke x lg nie. .
Hantu jin syaitan ni dah semakin kuat walaupun masuk bulan puasa…. saya pun pernah disihir dan terpaksa pagar rumah untuk elak daripada sihir tu…dulu saya tak pagar kalau bulan puasa siap boleh jalan-jalan lagi depan rumah orang yg sihir kitaorang tu…tapi sekarang ni dah tak sama… kalau tak pagar saya boleh rasa aura sihir tu masuk melalui kaki saya…so saya kena pagar… adakah ini menandakan syaitan semakin kuat dan petanda dajjal akan keluar… mintak jauh r dari semua tu 😔😢