Hanuman Gunung Bahagian 4

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan episod 3

Hanuman mengatur langkah lagi untuk menyerang. Terkinja-kinja bagai pergerakkan monyet walaupun dalam rupa paras seperti Samir. Dan laksana haiwan yang bernama monyet, tak hairanlah muslihatnya juga banyak. Tapi bapak juga tak terkalah dalam gerakan bermuslihat, mengumpan juga boleh jadi menumbuk, dan menumbuk juga adalah mengumpan.

Dia menderam beberapa kali seperti cuba menakut-nakutkan bapak. Bapak berdiri tegak dengan cakar dibuka dikedua tangan, dan disilang didepan dada.

Hanuman mendadak menyerang! Bapak rendahkan kuda-kuda, dan rempuh dibahagian pinggang. Beralih kedudukan dari depan kebelakang! Dengan satu putaran bapak sudah mengunci Hanuman dari bahagian belakang pinggang.

HUPPP!!

Hanuman diangkat dan dijulang keudara sebelum dibanting ke belakang beralaskan ‘tengkuk’ terlebih dahulu!

PRAKKK!!

Bunyi tulang patah yang sungguh kuat! Ngilu mendengar bunyi yang pastinya menyakitkan. Bapak masih lagi bergelut dengan Hanuman ditanah, berusaha untuk mengunci gerak. Aku nampak Hanuman mula menggunakan kelebihan ekor yang ada padanya dengan membelit leher bapak.

Terkejang-kejang bapak keputusan nafas. Segalanya berlaku terlalu pantas! Aku sendiri sudah bersedia untuk ‘masuk’ jika bapak perlukan bantuan!

Peluang!

Aku nampak bapak lepaskan tangan yang mengunci leher Hanuman, dengan pantas tangan bapak beralih ke ekor yang mengunci dilehernya. direnggut kasar, dan bapak gigit bagi melepaskan jerutan!

Pantas walaupun lucu! Antara teknik survival terbaik jika dikunci m**i..

GIGIT!

Hanuman ternganga kesakitan, keluar bunyi monyet kesakitan! Jerutan ekornya juga menjadi lemah.

Bapak pintal ekor dua kali dengan tangan kanan, dan menendang belakang Hanuman dengan kaki kanan!

PUSSS!!

Putus!

Ekor Hanuman tercabut dari bahagian punggungnya! Cukup kuat penendang bapak! Walaupun dalam keadaan separuh mengiring dan terbaring diatas tanah!

Hanuman yang berupa jelmaan Samir mula berguling, bangun dan lari susup sasap dalam kepekatan malam! Meninggalkan ekornya atau ‘mahkotanya’ dalam genggaman tangan bapak. Nyaris aku ketawa melihat kelakuannya seperti kera kena bantai!

Bapak mula bangun, berdiri dan mengesat peluh. Debu pasir dibaju juga dibersihkan. Aku berlari mendapatkan bapak.

“Dia lari ke, bah?”

“Larilah.. Perangai bangsat jin! Dah kalah lari! Nanti datang balik menganggu kalau tak d*****h!” Keluh bapak aku yang masih mengesat peluh, aku bantu bapak dengan menepuk-nepuk dan membersihkan tanah dibahagian seluar. Tak lama kemudian nampak kelibat Uda mula turun dari rumah.

“Samir dah takde lagi..” Ayat pertama diucapkan Uda semasa mendekati kami. Kepalanya digeleng-gelengkan.

“Kenapa?” Aku tanya pada Uda.

“Mayatnya hangus macam terbakar, bau busuk najis penuh satu rumah!” Suara tangisan Kamilah mula kedengaran dek telinga kami.

“Mari! Kita naik dan tengok!” Kata bapak pada aku. Kami melangkah naik, belum sampai ke muka pintu, bau busuk sudah menyerang hidung kami. Sungguh luar biasa busuknya, jenazahnya sudah Pak Seli tutup dengan kain batik lepas yang d******g dari kain batik yang kami guna untuk alas solat tadi.

Rupa keadaan mayat juga ganjil, tinggi dibahagian dada. Bapak himpit Pak Seli perlahan-lahan, ekor Hanuman bertukar tangan, mereka berbisik sesuatu, Pak Seli mengangguk-angguk kepala tanda faham. Bapak singkap kain batik yang menutup mayat.

Astaghfirullah..

Ngeri keadaan Samir, rupanya rentung kehitaman bagaikan itik salai, tangannya keras dengan jari-jari yang terbuka, terangkat separuh dada. Rupanya jika digambarkan seperti takutkan sesuatu semasa diakhir nafasnya, dan tangannya tak boleh dikiamkan kerana sudah rentung kekerasan.

Kesian..

Tak terperi azab yang ditanggung saat sakaratulmaut, benarlah.. janji Allah itu benar, Syurga Allah itu benar, dan neraka Allah juga benar.

“Arip, Uda.. Kamu pergi ke masjid terdekat, ketuk pentung, maklumkan pada penduduk kampung.. Tak elok dibiarkan macam ni lama-lama, aib..” Pantas aku dan Uda berlalu turun dan berjalan mencari masjid terdekat.

“Apa jadi tadi kat bawah? Aku dengar, sampai tiga kali bunyi petir..” Dalam pada berjalan, Uda bertanya pada aku.

“Esoklah.. Tunggu cerah, aku cerita..”

“Kau tahu… Tadi masa kat atas…” Uda cuba menyambung cerita

“Esoklaahhh… Esok kita bercerita.. Bukan aku nak lari mana-mana.. Aku pun nak tau jugak..”

“Hurmmmm….” Uda balas lemah.

Jenazah Samir selamat dikebumikan malam tu juga, selepas dinasihatkan ahli jawatankuasa masjid, demi untuk mengelakkan aib, jika dikebumikan pada siang hari, lebih ramai lagi yang akan nampak azabnya keadaan pemergian Samir.

Kami meninggalkan rumah arwah Samir menjelang pagi, selepas upacara pengebumian selesai. Saudara mara Kamilah sudah datang menjelang saat upacara selesai.

Aku, Uda dan bapak berpagian dirumah Pak Seli. Dilarang pulang sementelah dah lewat pagi, dan untuk memantau sekiranya terjadi insiden berbangkit.

Baju dengan tetulang keluar kami tukar sebelum sampai ke rumah Pak Seli, dan baju yang kami pakai, dikumpulkan diikat bersama dan esok akan dihanyutkan ke air.

Bapak dan Pak Seli mengaji diruang tamu, aku dan Uda tertidur kepenatan saat sampai.

***

Siang yang menjelma, kami berjemaah Subuh dirumah Pak Seli sahaja. Usai solat, Pak Seli mengumpulkan kami semua.

“Kamu nak keluar atau teruskan kerja, silakan.. Tapi malam ni, kena bermalam disini lagi.. Lagipun..”

“Lagipun apa, pak?” Sahut Uda tak dapat menahan sabar

“Lagipun kamu semua perlu bermalam selama tiga malam disini.. Hurmmmm..”

“Saya kena balik maklumkan pada emak saya dulu..” Uda pandang tepat muka Pak Seli semasa bercakap, Pak Seli mengangguk tanda setuju. Kami fikir ucapan tazkirah pagi dari Pak Seli sudah habis, baru nak angkat p******g, Pak Seli sambung lagi bercakap.

“Ada lagi…” Aku dan Uda menoleh melihat Pak Seli.

“Kalau boleh.. Untuk tiga hari ni, aku nak kamu berdua berpuasa putih.. Inilah ujian yang perlu dilalui bagi yang memilih jalan macam ni.. Zahir dan batin perlu kuat dan kukuh.. Perlu bersedia untuk ancaman pada bila-bila masa..” Uda pandang muka aku dengan harapan aku akan protes, tapi aku tak membalas apa-apa. Uda mengeluh lemah, puasa putih bukanlah benda yang seronok dilakukan. Tapi ini bukan juga kali pertama untuk aku.

Dulu masa persiapan bertemu Awang Lidah Hitam Tongkat Semambu, kena puasa putih juga. Tempoh yang sama, tiga hari juga.

Sahur dan berbuka menu yang sama, nasi putih sekepal, dan air putih secawan. Dibuat untuk meningkatkan ilmu kebatinan, tak kurang juga digunakan untuk persiapan menghadapi ancaman atau ujian.

Uda yang dah terlanjur mengikuti kami, sudah diberi keizinan untuk bermalam dirumah Pak Seli. Aku pula hanya mengikut bapak, bapak takde bantahan langsung, memandangkan musuh yang menjadi seteru kali ni bukan kaleng-kaleng. Dan kejadian semalam, belum sampai ke titik penamat.

Petang sebelum berbuka puasa, Uda terpaksa mengotakan janji, menyapu dedaun kering dibelakang rumah Pak Seli. Lucu melihat telatah Uda, habis ayam Pak Seli dihambat dengan batang penyapu saat direbankan. Ayam yang masuk cuma dua ekor, bakinya tidur atas pokok. Ayam pun takutkan Uda..

Masa dan kesempatan macam nilah, aku bebas bercerita dengan Uda tentang insiden semalam. Pak Seli dan bapak sedang didepan, berbincang untuk persiapan malam ni. Meninggalkan aku dan Uda berdua dibelakang.

“Semalam, apa yang jadi.. Da?” Aku tanyakan pada Uda saat melabuhkan p******g diatas pangkin tukangan tangan yang dibuat sendiri Pak Seli, dibelakang rumah.

“Masa bapak kau suruh naik atas tu.. Aku lari naik atas.. Sampai kat muka pintu, Arwah tengah terapung tiga empat kaki dari lantai.. Meremang bulu roma aku..”

“Kau tak lari pulak macam selalu? Hahaha..”

“Kan orang tu….” Keluh Uda, endah tak endah.

“Dah tu? Apa jadi?

“Pak Seli masa aku datang, dah berpencak dah.. Sendeng sebelah badan dia.. Dia main jurus angin agaknya..

“Kenapa pulak?”

“Aku nampak dua tiga kali dia tolak tarik tangan, tiba-tiba arwah jatuh terlentang.. Macam kena pukulan angin…

“Masa dia terapung tu jugak.. Ada suara keluar.. Agaknya macam suara mahluk yang kita nampak kat bukit tu..” Sambung Uda lagi, wajahnya penuh suspen, ‘beria’ cara dia bercerita.

“Suara apa?”

“Tah.. Dia sebut ‘KAU MASIH ADA JANJI!!’ ‘KAU MASIH ADA JANJI!!’..” Uda berhenti dan telan air liur. Aku rasa bukan kepala aku je kembang, kepala dia sendiri pun kembang semasa bercerita. Serius sungguh muka Uda.

“Janji apa?” Uda mula merapati aku, dan duduk disebelah, suaranya diperlahankan kali ni..

“Dia cakap.. ‘AKU MASIH MAHUKAN KEPALA ISTERI KAU!!!’..”

“Aku rasa arwah tu berjanji pertukaran kekayaan tu dengan kepala Kamilah kot…” Sambung Uda dan menambah dengan spekulasi jarang.

“Kau ni.. Orang tu dah arwah dah… Dah tu kau kat atas, tak tolong ke? Takkan tengok je? Bukan bapak aku suruh naik tolong bukak lantai dengan dinding ke?”

“Haah.. Masa dah kena jurus angin dengan Pak Seli, Pak Seli suruh aku lincah kopek lantai.. Lantai papan pertama dalam rumah yang membelakangkan kiblat.. Dekat bucu ruang tamu, kalau kau perasan..” Aku angguk-anggukkan kepala.

“Dinding pun sama, tapi dinding kat dapur pulak.. Haish.. Meremang-remang aku rasa, Rip..” Uda mula meruap lengan dengan tapak tangan. Memang kami mengalami dua pengalaman berbeza, dan keduanya tak kurang sikit pun, sama-sama mengerikan.

“Berani pulak kau pergi dapur sendiri bukak dinding papan?”

“Huh! Kau tak tahu.. Berapa kali aku terkentut.. Belum kira melatah lagi.. Eh! Itu belum kira lagi, masa nak kopek tu.. Ayam nak berkokok bagai kat reban belakang rumah.. Naik hangin jadinya!” Uda nampak terganggu semasa bercerita.

Aku sendiri tak tahu.. lalalala.. errrr.. sambung esok laie yo.. Makin hangat dah ni.. kito tunggu apo nak dibuek dongan dewo tu.. BTW ado ko sesiapo sini yang ghajin puaso mutih? Koghang memang Power!!!!

Yang mano komen hurup fff somalam, nari koghang komen hurup peranchis pulak yo? Yel.. yem.. yes.. amboih.. dah macam amek order kat mamak pulak eden ghaso.. ahaha..

Koghang ni malas share.. sharelaaa banyak2.. buek sampai eden menaghi-naghi atah mejo..

Dapatkan E-book Pusaka 2 gais. DM aku untuk tahu lebih lanjut, ‘dengan pantas’ aku reply (kalau aku tak sibuk ler.. hihi)
Link untuk DM aku ada dibawah, klik pautan dan tekan ‘mesej’.

Terima kasih. Xoxo!

#Pusaka2 #Arifyahya

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Arif Yahya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 36 Average: 4.5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.