Hanya Sebentar

Assalamualaikum. Aku Dhia. Kali ni aku nak share story yang diceritakan oleh cousin aku. Tak lah seram tapi more to unic love story yang benar-benar terjadi.

2018
Nama aku Hana. Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Ayahku seorang bekas askar manakala ibuku seorang suri rumah. Apabila tamat pengajian sekolah menengah, aku memutuskan untuk pergi ke salah sebuah universiti yang berdekatan. Aku mengambil bidang multimedia dan dakwah. Pertama kali aku menjejakkan kaki di sana, aku sedikit janggal kerana suasana yang sudah berubah drastis dari alam persekolahan yang mana sekolahku dahulu hanya dihuni oleh perempuan sahaja. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya”Bismillah, tak lama manapun” bicara aku dalam hati.

Keesokkan harinya,
“Hana, jom breakfast sama-sama kat luar? Makanan kat cafe tu tak sedap manapun, mahal pulaktu” aku yang baru selesai membaca al-mathurat hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala kepada Kak Fad, seniorku yang cukup mesra alam. Sudah seminggu aku tinggal di sini dan bagiku, suasana tidaklah teruk seperti yang aku jangkakan malah lebih mengembirakan.

Selesai bersarapan, aku segera meminta diri untuk pulang kerana kelas aku akan bermula pada pukul 9 pagi itu. Aku masuk ke kelas seperti biasa dan selalunya aku duduk di barisan kerusi yang ketiga. Tiba- tiba ada seorang lelaki yang entah dari mana menyapaku, ”Boleh aku duduk sebelah ni?” sambil menunjukkan kerusi di sebelahku. Aku yang teragak-agak untuk memberikan tempat duduk kepadanya yerus menjawab,”Ini tempak duduk kawan aku”. Tanpa berlengah lelaki tersebut tersenyum dan pergi duduk di kerusi hadapan sekali. Aku berasa agak aneh kerana sebelum ini aku masih belum melihat dia. Fikirku dia mungkin pelajar baru.

Selepas kelas aku terus mengajak Mira untuk pergi makan di luar. Mira yang nak ambil dompetnya yang tertinggal di bilik menyuruh aku menunggunya di parking. ”Sorang jer, mana kawan kau tu?” terkejut aku apabila mendengar suara dari lelaki yang sama meminta tempat duduk di kelas tadi. ”Tak de salam apa terus terjah jer, kawan aku pergi ambil dompet jap kat atas” aku yang menjawab acuh tak acuh sahaja kerana jarang-jarang untuk berbual dengan lelaki. “Nama aku Hunafak, panggil aku Naf jer”. Dia yang mula memperkenalkan diri seperti menunggu jawapan balasan dariku. ”Aku Hana.

Kau baru masuk ke macam mana?” persoalan yang pernah timbul di fikiranku segera aku luahkan. ”Tak adalah, aku dah lama dan aku lagi lama dari korang semua”. “Repeat?”aku yang terlepas cakap segera mengalihkan topik sebelum dia menjawab. ”Kau nak join kita orang tak pergi lunch dekat kedai depan tu?” aku menunding jari ke arah sebuah kedai makan yang terletak berhampiran dengan kawasan uni tersebut. ”Tak perlah, aku ada study group dekat cafe ni, pergi dulu tau” “Ok” balasku ringkas, tidak mahu berpanjang cerita.

Keesokkan harinya,
Entah kenapa, aku asyik berfikir tentang lelaki yang bernama Hunafak itu. Nak jer aku cerita dekat Kak Fad tapi dia busy dengan assigment dah. Aku pun hanya mendiamkan diri dan pergi ke kelas tanpa bersarapan kerana kelas hari itu dimulakan lebih awal dan fikirku lepas kelas terus pergi sarapan. Aku memang akan jadi orang pertama yang masuk kelas.

Sejak kejadian itu, Naf menjadi orang kedua yang masuk. Aku tidak berfikir lebih. Tapi entah kenapa hatiku seperti sudah berpaut pada dia. Hari demi hari aku semakin rapat dengannya. Selalu berbual tentang keluarga dan sehingga saling meluahkan perasaan. Naf merupakan seorang anak dari dua adik beradik dan dia adalah yang pertama manakala adiknya lelaki masih bersekolah dan ibunya bekerja sebagai seorang guru manakala ayahnya seorang engineer.

Tidak hairanlah dia repeat sebanyak mana pun, keluarganya adalah keluarga yang berkemampuan . Naf dan aku saling bertukar no telefon. Kami menjadi kawan baik dan sikap Naf yang dulunya kelihatan pemalas mula mengajakku untuk study group beramai-ramai. Sedar tak sedar, aku sudah menamatkan short sem dan ingin melanjutkan ke peringkat yang seterusnya. Naf pula akhirnya lulus dan turut ingin melanjutkan ke peringkat yang seterusnya. Dia dan aku semakin hari semakin akrab sehingga dia membawa aku ke rumah ibu bapanya dan aku juga turut memperkenalkannya ke orang tuaku.

Sehingggalah dia membuat keputusan untuk meminangku dan semestinya aku menerima pinangannya. Kami akan melangsungkan pernikahan selepas tamat sem dan dia sudahpun mendapat pekerjaan sebagai editor di salah sebuah syarikat. Aku bahagia menjadi tunangnya kerana dia cukup menjaga batasan. Kelakarnya kami masih menggunakan panggilan kau aku dan kami bertunang tidaklah secara besar-besaran. Aku hanya memberitahu beberapa orang rakan baikku.

5 bulan kemudian
Segalanya berubah apabila aku menerima panggilan dari ibu Naf. ”Hana, Naf, Naf masuk hospital” aku tanpa sebarang kata terus pergi ke hospital dan dipertengahan jalan minyak motorku habis. Terpaksa aku turun dan membawa motorku. Nasib baik hospital berkenaan sudah tidak jauh. “Ibu, Naf kenapa bu?” aku segera menyalam ibu yang sedang menahan tangisnya. “Hana, ibu tahu berat untuk terima, sebernanya Hana, Naf penghidap kanser tahap 4 tapi Naf tak bagi ibu bagi tahu Hana sebab nanti dia takut Hana pergi tinggalkan dia. Dia sayangkan Hana”, aku terus menahan sebak. ”Macam budak-budaklah dia tu bu. Hana ikhlas sayangkan dia, walau apa pun yang terjadi.”

Aku terus meminta izin untuk masuk melawat Naf.  Aku buka pintu dan pilunya hati aku apabila melihat Naf yang tak bermanya terbaring di atas katil sambil merenung melihat aku. Dia tersenyum manis sekali. Allahu, ketika itu aku berasa sangat lemah. Aku segera duduk di kerusi yang berada di samping katilnya.”Kau nangis eh?” sempat pula dia ingin bergurau denganku. “kau mesti nak putus tunang dengan aku kan?” . Aku menarik nafas dan mengelap air mata. ”Otak kau, senang betul kau nak halau aku kan. Tak matanglah kau ni fikir. Kenapa tak bagi tau awal2 kau sakit ha budak?” dia hanya tertawa dan aku tersenyum. Aku tahu dia tidak ingin melihat orang disekelilingnya sedih. “Mungkin tak sempat aku halalkan kau”. Tanpa sengaja aku menjatuhkan air mataku dan segera aku singkirkannya secara kasar. ”Kau cakap macamtu aku tumbuk kau”.

Aku meminta izin untuk pergi ke surau untuk solat maghrib. Usai solat, aku menadah tangan memohon seikhlas hati untuk menyembuhkan Naf walau aku sebagai galang gantinya. Aku meminta izin untuk pulang daripada ibu. Abangku sudah sampai dan aku pulang dengan hati yang berat. Fikiranku tidak lepas memikirkan bagaimana utuk membuat Naf gembira sehingga aku tertidur. Hari itu aku tidak menghadiri kelas dan aku pergi melawat Naf. Naf tersenyum dan membebel kepadaku kerana aku tidak menghadiri kelas kerana dia. “Macam mak ciklah kau ni, sir Khairul pun cakap tak apa aku tak datang kelas dia,” Naf tertawa kecil. ”Nanti aku dah tak ada jangan murung pulak, tak baik tau, banyak ingat Allah” suasana hening seketika sebelum aku mula berbicara ”sekali lagi kau cakap macamtu aku malas nak melawat kau dah. ” Dia tersenyum dan rupa-rupanya itu senyumannya yang terakhir.

Keesokkan harinya
Tamat sahaja kelas aku fikir igin pergi membeli sarapan dan makan bersama Naf dan keluarganya di hospital. Selepas membeli sarapan tiba-tiba aku mendapat call, ”Hana, sabar yer, Naf dah meninggal lepas subuh tadi”. Aku sekali lagi berasa tesentak seperti awal pengetahuanku ketika Naf masuk hospital namun kali ini, aku terdiam.

Tarikh yang indah, hari itu adalah hari Jumaat dan dia dikebumikan segera atas permintaan ibu dan abahnya. Alangkah bahagianya aku apabila mengetahui Naf meninggal ketika dia sedang bertasbih selepas solat subuh. Allahu. Malam itu aku bermimpi Naf yang tersenyum melambai aku sambil berkata,”Maaf, tak sempat” dia terus berlari menuju ke cahaya yang bersinar namun indah ketika memandang cahaya itu. “Subhanallah” aku bangun dari tidur dan tersenyum.

Dia pergi ke suatu tempat yang indah. Aku merasa lebih sebak apabila mengunjungi keluarga Naf dan melihat wajah adiknya yang mirip sekali dengan Naf. Aku juga baru tahu yang rupa-rupanya ketika permulaan aku mengenali Naf, Naf sedang berlawan dengan kanser dan sihir yang dihantar oleh seorang perempuan yang menyukainya sehingga membuatkan Naf menjadi lemah, hilang tumpuan dalam pembelajaran dan menjadi agak pemalas.

Tapi sihir itu tidak menjadi terlampau kuat kerana Naf seorang yang kuat dalam agamanya. Apabila dia mengenaliku, dia semakin sembuh dan dapat mengatasi sihir tersebut namun ketika aku sibuk membuat persediaan final exam, perempuan tersebut sekali lagi menghantar sihir kepadanya sehingga dia jatuh sakit. Aku tahu siapa perempuan itu tapi aku malas ingin mengetahui lebih takut nanti timbul pula dendam.

Sehingga kini aku masih tidak dapat membuka hatiku lagi walaupun Naf sering kali hadir dalam mimpi memberi nasihat agar mencari pengganti yang lebih baik darinya. Namun bagiku, dialah yang terbaik buatku. Aku hanya menunggu takdir dan ketentuan Ilahi terhadapku di masa hadapan. Maaf sekiranya penulisan aku sedikit berlebihan tapi aku tidak kuat ingin melanjutkan kisah mimpi-mimpi Naf yang sering hadir dalam hidupku. Sekian (:

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

dhia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3]

8 thoughts on “Hanya Sebentar”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.