Hari Khamis malam jumaat

Kisah ini pernah berlaku anggaran pada tahun 2000. Di sebuah kampung kecil dikawasan pedalaman yang jauh ketinggalan dari aras kemajuan dan kecanggihan teknologi seperti di bandar.

Penduduk kampung yang tinggal hanya  130 orang sahaja.Kebanyakkan mereka yang dulu menetap di situ berhijrah ke bandar dan kawasan perkampungan yang lebih ke arah kemajuan.

Terdapat Dua orang sahabat baik Man dan Ayol,berusia lingkungan 20an keatas.Dua orang pemuda yang telah lama membuka perniagaan kecil kecilan di kampung, dengan menjual burger.Gerai mereka dibuka pada jam 7 malam setiap hari tetapi tidak pada hari khamis malam jumaat.

“Yol,ada apa kau panggil aku? nak tambah gaji merdeka ke? hehehe”

Usik man. Kelihatan jelas keriangan di wajah man yang baru saja sekembali dari pekan bertemu dengan kekasih hati .

“Memang aku nak bagi gaji merdeka pun. Malam ni kita buka kedai nak?” tanya Ayol sambil membasuh perkakas perniagaan di bawah rumahnya .

“Uish,gile kau malam ni kan malam jumaat, tak nak aku”

“Apa yang kau takutkan sangat,aku kan ada.malam malam lain ok je apasal malam jumaat tak boleh”

Man menggaru kepalanya yang tidak berasa gatal,badannya bersandar di tiang rumah sambil memerhati Ayol dari belakang

“Kampung kita ni kan ada pantang larang,setiap khamis malam semua penduduk kampung tak dibenarkan berjual beli,kalau berdegil juga kau tahu lah apa yang datang.Takkan kau lupa”

“Aku tahu tapi masa masa macam ni lah kita nak buat duit,ramai anak anak kampung kita ni balik bercuti.Lagi pun barang barang burger banyak lagi,nak dekat tarikh luput dah”

“Ish,kerje gila ni Yol”

“Takde apa,aku ada sekali kan kalau hantu ke saka ke datang biar aku tangan kan diorang.Malam ni kita buka,ok?” Pujuk Ayol kemudian menunjukkan tumb up.

Man serta merta dilanda rasa gelisah,tak
sedap hati dibuatnya dengan permintaan kawannya itu.Dia terpaksa akur dengan arahan ayol memandangkan dia lah yang memberi pekerjaan pada man yang sebelum ni hanya menganggur .

Pagi itu Man pulang dengan perasaan bercampur baur.Hatinya berat hendak menolong Ayol pada malam itu.

Pada malamnya.

“Man,roti burger kau p****g yang ni dulu habis kan dalam kotak ni” jari Ayol menunjuk ke arah kotak di tepi kerusi van.

Gerai kecil yang terletak ditengah tengah kampung di bawah pokok akasia besar,dimana kawasan orang kampung sering keluar masuk .

Man membuka stall burger,diangkat satu persatu barang barang dari van masuk ke dalam stall kecil milik Ayol.

“Ni roti dah luput semalam ni Yol,boleh pakai lagi ke?sakit perut orang kang Yol kau jangan buat main”

“Banyak bunyi lah kau ni,boleh lagi tu asalkan tak kulat”

Man menggelengkan kepala melihat sikap kawannya yang terlalu berkira dalam perniagaan,takut sangat akan kerugian.

“Gila punya tokey,nak pergi hongkong balik hari ke apa” bisik Man perlahan sambil mengangkat kotak roti.

Hari khamis malam jumaat pada tarikh itu betul betul membawa keuntungan kepada ayol seperti mana yang dijangkakan .Tak menang tangan mereka berdua menguruskan pesanan dari pelanggan .

Pesanan pada hari tu meningkat 3 kali ganda berbanding hari hari biasa,tambahan anak anak perantau yang ramai pulang ke kampung bagi menyambut hari kebangsaan .

Jam menunjukkan waktu tepat 11 malam .Cahaya bulan yang terang pada malam itu kian hilang disembunyi awan tebal,langit semakin gelap menunjukkan tanda tanda hendak hujan. Kelihatan kabus halus mula kenampakkan di jalan jalan kecil kampung, angin mula bertiup lembut menerpa tepat ke arah muka Man dan Ayol dengan suhu semakin sejuk .

Ayol sibuk membersihkan kuali dari sisa sisa daging yang melekat,seketika matanya memandang ke arah jalan yang sunyi tiada kenderaan dan terlihat kabus halus kian memenuhi .

“Yol,balik balik balik balik jom!!  takde orang dah ni” jerit man dari belakang gerai sedang berehat .

“Sabar la,kau ni awal lagi mana tahu kot ada orang nak beli lagi”

“Ermm,Lantak kau lah Yol asal gaji aku lebih” perlahan nada man, dituruti kepalanya perlahan lahan dirapatkan ke kerusi lipat

Man menyandar di kerusi yang berada bawah pokok ,terlihat jelas kepenatan di raut wajah man. Dia berehat seketika membetulkan urat sendi badan yang kelenguhan .

Baru hendak melelapkan mata membuang lelah seketika,tiba tiba Man terdengar bunyi sayu tangisan dalam kawasan kebun getah yang gelap gelita berhampiran pokok tempatnya beristirehat .

Bau busuk seperti haiwan m**i menyengat kuat menusuk ke dalam ronggang hidung . Terdetik di hati man akan larangan yang diberitahu pada Ayol pagi tadi .

Berderau d***h Man dibuatnya ,jantungnya mula berdegup laju, berkerut dahi Man matanya mula melilau lilau disetiap penjuru kawasan seperti tak tentu arah .Bingkas Man membangunkan badannya dari kerusi meluru lari mendekati Ayol yang  masih sibuk di stall .

“Yol!! Yol!! ”

Man menerpa ayol dari belakang .

“Ye!!!..apasal kau ni,kau nampak sodek panas ni aku lepuk kang,haa”

Ayol diam seketika .Berkerut dahi Ayol melihat wajah man seperti tiada d***h,pucat keseluruhan mukanya .

“Apasal kau ni man?? ha tu lah orang suruh buat kerje kau mengulor tido bawah tu,tu tak lain tak bukan mimpi setan la tu” bebel ayol sambil tangannya meneruskan mengikis sisa daging dan bawang .

“Yol,aku dengar bunyi orang menangis dekat situ tadi Yol”

Ayol tergamam mendengar kata kata dari mulut Man,raut wajah ayol berubah serta merta , matanya tepat memandang ke arah Man ,terhenti seketika tangannya dari mengikis kuali .

“Mana?”

Man menunjukkan jarinya ke arah kawasan kebun getah yang sudah lama terbiar,mereka berdua memalingkan badan membelakangkan gerai ,dipandang teliti hingga membongkokkan badan melihat kalau benar apa yang didengar Man .

“takde apa pun .Ishh!! Mengarut lah kau ni,takde dengar apa pun”

“Betul ,tadi ada ,telinga aku yang dengar bukan telinga kau”

Ayol masih memerhati keliling kawasan matanya liar memandang setiap sudut kebun yang boleh kelihatan dari jauh .

“Ha,kau bau tak yol apa aku bau”

Yol menaikkan sedikit hidungnya .Menghidu bau yang diberitahu .

“Peh macam gampang bau,sendiri kentut sendiri tegur” sambil menutup kedua hidungnya .

“Bukan aku , ni macam yang aku bau tadi ni yol”

“Karut lah kau,sekali lagi kau kentot aku cucuk pakai sodek besi ni” Ayol menunjukkan sudip besi yang dipegang ditangannya sedari tadi .

Mereka berpaling semula ke arah gerai,alangkah terkejut mereka melihat seorang wanita berambut panjang separas bahu menutupi muka dan berpakaian serba putih berada tepat di depan gerai .

“Arrghhhhhh ,arrrghh” Man menjerit terkejut kedua tangannya menutup kedua dua mata .

“Emm,kan dah kene,buat lagi” secara pantas sudip besi ditangan Ayol mempalu kepala Man .

“Orang nak beli burger kau jerit jerit,errghh . Dah tolong aku ” arah Ayol

“Nak burger apa kak” Ayol bertanya,matanya menatap tepat arah wajah wanita itu yang berpakaian serba putih ,matanya tidak kelihatan ditutupi dengan rambut .

“Saya nak daging berdarah dua, sos lebih no mayo and sugar please ”

“Daging berdarah??”

Ayol dan Man saling memandang antara satu sama lain,kebingungan dengan pesanan akak berpakaian serba putih .

“Ok kak,sekejap ye”

Beberapa minit kemudian, Man siap membungkus 2 biji burger yang dipesan,diisinya dalam plastik dan diikat kemas .

“Ok kak dah siap”

“Berape semua bang??” Dengan bernada lembut dan menyeramkan

“Rm5 semua kak” jawab Man sambil mengelap sisa sisa tumpahan sos di meja membungkus .

“Saya letak sini ye bang ”

Wanita itu meletakkan duit diatas meja dan berlalu pergi tanpa berkata apa apa  .

“Terima kasih kak,sy jual” jerit Man kepada pelanggan tadi yang semakin jauh berjalan meninggalkan gerai .

Man mengeluh kecil,penat semalaman melayan dan membungkus pesanan pelanggan masih terasa .

“Boleh tahan jugak malam ni kan Yol”

“Boleh lah .Tu lah kau aku dah kata malam ni ramai orang ,kan untung kita buka malam ni ,ini tak takut sangat nak niaga,malam jumaat lah apa lah,nengok ok je niaga”

“Yelah” jawab man pendek ,tak mahu dia menjawab kawannya itu .

Setelah selesai kerjanya ,Man kemudian mendekati meja tempat wanita tadi meletakkan duit ,terlihat sekeping duit bernilai rm10 ditindih dengan sebelah tangan yang dipenuhi d***h .

Tersenyum Man melihat nilai duit yang ditinggalkan wanita berpakaian putih itu bakinya lebih rm5 .

“Yol kau nengok ni ,akak tu tadi dia bagi lebih rm5”

Man menunjukkan note rm10 berwarna merah kepada Yol .

“Alhamdulilah ”

Ayol memerhati sekeliling kelihatan jalan sudah mula sepi ,dia memandang ke arah Man dan kelihatan satu tangan berada ditempat membungkus roti .

“Aih ,bawak tangan spare nampak apa tak cukup ke dua tangan kau buat keje ” tanya Ayol tiba tiba merasa hairan dan pelik melihat keadaan tangan tersebut yang berlumuran d***h .

“Ouh ,tu tangan aku jumpa dekat meja tu tadi tindih dekat duit” jelas Man sambil mengemas sedikit di meja membungkus .

Matanya kini tepat memandang kearah tangan tadi ,Ayol seolah dipukau terbungkam kaku di tepi gerai dengan tangannya masih memenggang sudip besi .

Wajahnya berubah 360 darjah ,pucat lesing wajah Ayol seperti tiada d***h ,kakinya mula menggeletar .Perasaan takut mula menyelubungi dirinya ,berdiri semua bulu kudusnya .

“Yang kau ni dah kenape??,tangan mainan je pun .Cakap kemain lagi ,hantu datang tanganlah saka datang nak tangan lah ,ni pun takut .

Man mengangkat sebelah tangan berdarah tersebut diletakkan di kedua dua belah tangannya dan diangkat .

Ayol yang melihat itu mula mengeluarkan suara merengek ketakutan .Menggeletar habis keseluruhan badannya .

“Kau dah kenape ,tangan je pun “suaranya sedikit meninggi ,Man melibas perlahan tangan dibahu Ayol

“Tangan setan la tu bodoh” nada perlahan diikuti getaran suara ketakutan .Ayol kini memeluk erat tiang gerainya diikuti kepalanya merapat di tiang besi .

Dia terdiam ,mata Man kini tepat memandang tangan yang dipegang .Serta merta terlintas di kepalanya akan hari itu adalah hari khamis malam jumaat .

“Bang ,ada nampak barang saya tak dekat meja tu ” wanita berpakaian serba putih tadi datang semula dengan jarinya menunjukkan ke arah meja .

“Barang ,barang apa kak?” tanya Man mahu kepastian akan sesuatu pertanyaan yang berlegar dalam fikirannya .

“Tu…. Tangan saya tu bang ”

Ayol mula mengeluarkan suara merengek dengan kuat ,semakin erat pelukkannya pada tiang gerai .

“Pulangkan bang . Pulangkannn!!!” Wajahnya yang tadi ditutupi rambut kini terlihat jelas .

Wajahnya buruk ,gigi nya hitam dan panjang ditambah beberape ekor ulat kecil di kelopak matanya dan anak mata yang kecil seperti mata ikan .

Man dan Ayol menjerit kuat .Tak semena mena sudip besi ditangan Ayol dibaling tepat ke arah kepala hantu , “Tong” bunyi balingan Ayol seperti membaling ke arah besi .

Dia terus berlari meninggalkan Man yang masih terpaku keras disitu .

“Setan takde tangan” teriak Ayol berlari ke arah van

“Ayol!!!” Man memejamkan mata, mulut nya masih mengeluarkan suara merengek .Hantu itu kemudian mendekati rapat dengan Man.

“Pulangkan”

“Ambiklah ,ambik aku tak nak aku dh ada dua tangan ”

“Aku cabut tangan kau sekali ” wanita itu kemudian mengilai kuat dengan suara yang nyaring .

“Arghhhhhhh” teriak Man kuat

“Ayol!!!! Help me!!!! ”

“Vrommm!!” Ayol menekan rapat tumbol minyak van lalu melanggar hantu itu secara mengundur “Bang!! ” Terpelanting jauh hantu itu dibuatnya .

“Cepat Man!!!”

Man tergamam melihat itu,dia kemudian mendekati hantu tersebut terlihat hantu terbaring dengan keadaan menggeletar tubuhnya .

“Kau nak sangatkan ,ambik tangan kau” Man membaling tepat ke arah muka hantu ,dia kemudian berlari meluru masuk ke dalam van .

Tak menunggu lama Ayol pantas memasukkan gear dan menggilis hantu itu yang masih terbaring di jalan .Mereka berdua terus pergi meninggalkan gerai burger .

“Adoii!! Pecah pangkal rahim aku ” jerit hantu kesakitan sambil berguling atas jalan .

Selepas dari kejadian itu mereka berdua bertekad untuk pindah dan meneruskan perniagaan di bandar dan sejak dari kejadian itu juga mereka sepakat untuk cuti setiap hari Khamis malam jumaat .Tamat

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Syarifuddin aiman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 24 Average: 4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.