Harimau Jadian Part 2

Assalamualaikum buat pembaca FS. Ramai komen mahu dengar lagi kisah berkenaan dengan keturunan dan ‘penjaga’ ghaib ini. Baiklah, aku sambung.

Benar atau tidak harimau jadian memang wujud? Sampai bila-bila persoalan ini akan terus bermain dalam kepala aku. Sebenarnya dulu aku pernah usulkan untuk membuat kajian mengenai kisah keturunanku, tapi ditolak oleh pensyarah kerana topik ini sangat berat untuk diketengahkan. Jadi, aku simpan semuanya.

Ada beberapa kisah yang akan aku ceritakan yang mungkin berkait dengan ‘penjaga’ tak diundang ini. Dulu aku selalu mengikut atuk aku ke dusun buah-buahan. Masa tu aku berusia lebih kurang 10 tahun atau 11 tahun. Aku boleh dikatakan agak rapat dengan arwah atuk. Cuma, aku kurang bercakap dgn arwah dulu, sebab aku tak faham arwah cakap apa. Beliau cakap pekat sangat bahasa keturunan kami. Aku dari kecil memang lasak. Kebetulan masa tu musim durian gugur, jadi aku bagitahu atuk aku nak jalan2 di bawah nak cari durian. Atuk tunggu lah di pondok. Atuk aku pun hanya mengangguk sambil mengopek durian2 utk dibuat tempoyak.

Keadaan di dusun itu sungguh tenang dan sunyi. Hanya bunyi ungka sahaja saling bersahutan. Umur 10 atau 11 tahun, aku tak fikir apa pun masa ni. Tak fikir ada hantu atau apa2 pun. Aku hanya nak cari durian. Aku berjalan sampailah di pondok lama di bahagian bawah dusun ni. Pondok ni pondok lama dan hampir roboh. Atuk pun tak guna dah pondok ni. Sebelah pondok lama ni, ada sebatang pokok durian yang tinggi dan besar gila. Mungkin ini pokok durian yang tertua di dusun ni. Banyak gila buah gugur. Aku pun apa lagi, rambang matalah nak kutip. Dalam hati aku mesti atuk bangga ni kalau aku bawak semua durian ni balik. Tengah syok2 aku kutip, tiba-tiba aku dengar bunyi ranting macam dipijak oleh sesuatu atau seseorang. Bunyi ni datang dari semak tepi pokok ni. Monyet kot sangka aku. Biarlah. Aku sambung kutip lagi, dan bunyi yang sama aku dengar.

Tapi, kali ni dari arah lain! Aku mula tak sedap hati. Yang menghairankan aku, bunyi pijakan ranting daun2 kering ni macam bukan manusia, sebab jelas dengar macam bunyi sesuatu yg ada 4 kaki. Aduh, apa benda pulak yang nak kacau aku ni. Aku budak lagi kot. Hati aku makin berdebar. Aku terus letak semua durian yg aku kutip. Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke pondok lama untuk mencari perlindungan. Aku diamkan diri. Aku memerhati untuk melihat apa benda yang mengacau aku tadi. Jantung aku masa berdegup macam apa dah. Aku takut sangat masa ni. Dan, bunyi tu ada lagi! Kali ni, bunyi ni datang dari arah belakang aku! Allah. Apa yang kau nak dari aku! Aku tak berani nak pandang. Aku tutup mata dan perlahan-lahan aku berjalan. Mulut aku macam kena kunci, aku tak mampu nak bercakap apatah lagi menjerit panggil atuk.

Perlahan-lahan aku berjalan sambil menutup mata. Tiba2, aku dipeluk oleh seseorang. Nak terkencing aku masa ni sebab terkejut tiba2 ada orang peluk. Aku beranikan diri utk buka mata. Rupanya, atuk aku rupanya. Aku peluk atuk kuat2. Aku tak nangis, cuma nak pengsan je. Cool kan aku? Masa aku tengah peluk atuk, tiba2 atuk bercakap dalam bahasa dia. Masalah aku tak nampak atuk bercakap dengan siapa. Cuma arahnya seperti dalam hutan. Sepatah haram aku tak faham. Cuma yang aku faham ‘demam budak ni’. Aku lah kot budak tu. Lepas atuk aku membebel dalam bahasa dia tu, aku dengar lagi sekali bunyi tu. Tapi sebab atuk ada, aku berani sikit. Atuk cuma kata ‘jangan risau. Itu kawan’ . Kawan mana pulak ni weh. Kawan aku ada kat rumah dorang kot.

Mungkin anugerah Allah aku dikurniakan kelebihan utk merasai jika kehadiran sesuatu yg ghaib seperti jin atau hantu. Ada beberapa ketika, kalau aku berseorangan, terutamanya pada waktu malam. Aku tak tahu kenapa aku selalu terdengar macam bunyi nafas kucing atau harimau. Aku tak pasti. Sejak dari aku kecil sampai besar, aku selalu terdengar bunyi ni macam dekat je dengan aku. Kalau korang biasa tidur dgn kucing, mesti korang pernah dengarkan bunyi nafas dia? Haa lebih kurang macam tu lah. Cuma agak berbeza sedikit. Lebih kasar. Tapi aku buat tak tahu je, aku biarkan bunyi tu dekat dengan aku. Adakah ni ada kaitan dengan harimau penjaga tu? Wallahualam.

Kisah kedua. Mungkin ada kaitan atau mungkin hanya kebetulan. Kawasan perumahan rumah aku memang banyak anjing2 liar. Aku pulak suka merayau2 di kawasan perumahan. Aku memang suka jalan2 sambil ambil angin. Kadang2 aku sorang je jalan2. Pernah beberapa kali, ada anjing menyalak kat aku. Aku masa ni memang takut gila la. Buatnya dia kokak aku, tak pasal masuk hospital. Dah lah anjing ni gila2 belaka. Masa anjing tengah menyalak depan aku tu, yg aku perasan, dia tak pandang aku pun! Dia pandang tepi aku! Ah sudah. Anjing ni rabun ke buta. Aku masa ni tengah fikir nak bukak langkah lari ke atau nak duduk diam je. Tengah aku duk memikir dalam beberapa saat tu, tiba2 anjing tu lari lintang-pukang mcm apa dah. Aikk,, tadi beriya sangat marah aku, sekali lari lintang pukang. Yg aku perasan, masa dia lari tu suara dia jd lain. Macam dia takutkan sesuatu. Bunyi sayup2 je. Ah sudah, dia takutkan apa? Aku tak buat apa pun. Baru tengah fikir apa nasib aku masa tu. Dan kejadian ni bukanlah kali pertama, malah dah selalu terjadi kat aku. Aku pun hairan kadang2, dorang nampak apa? Emmm.

Kisah ketiga. Kisah kali ni terjadi masa aku di sekolah menengah. Form 1 masa ni. Aku kena join perkhemahan unit beruniform di sekolah pada masa tu. Aku minat berkhemah ni, tapi bila bayangkan ramai senior2 yang kaki buli masa ni terus aku takut. Aku form 1 kot dah lah nerd. Nak tak nak kena join jugaklah, nasib baik ada member2. Tak lah rasa takut sangat. Sampailah malam pertama ktorg kat situ, kena tidur dalam khemah. Aku tidur dgn member2 aku 1 khemah. Disebabkan aku takut kena buli, aku letak khemah ktorg jauh sikit dari org lain. Pukul 12 lebih macam tu, aku dengar senior2 aku tengah bergelak ketawa membuli ada sorang budak form 2 ni. Kesian kot budak tu. Dah lah nerd, tengok muka pun dah kesian. Aku takut kalau aku tengok nanti dengan aku sekali kena nanti.

Aku bagitahu member2 aku senyap je. Buat2 mcm tidur. Sekali datang juga dorang kacau khemah kitorang. Aduh nak kena ready kena buli lagi ni. Dorang suruh kitorang keluar khemah. Dorang tanya macam2 kat kitorang. Cuak jugak masa ni. Then dorang suruh kitorang duduk dalam bilik air tapi tutup lampu selama 15 minit. Kejadahnya kitorang kena duduk dalam toilet malam2 macam ni. Disebabkan malas nak melayan dorang, aku ajak member2 aku ikutkan kehendak dorang. Senior2 masa ni memang seronok sangatlah gelak. Dengki la tu orang lain handsome dari dia! Haihhh. Masalahnya pulak member2 aku ni penakut sangat. Ada sorang mamat senior ni, siap jerkah depan muka aku, ‘kau pandang2 apa? Tak puas hati’. Dalam hati aku masa ni memang geram gila. Geram je nak tumbuk mamat ni. Haihh. Sabar je la. Aku perati je muka sorang2.

Dorang yang buli aku ni ada dalam 5 orang. Aku menyirap dah masa ni. Masa duduk dalam toilet tu, secara tak tersengaja. Aku bagitahu kawan aku, malam ni dorang akan kena. Korang tunggu je lah. Aku pun tak tahu asal aku boleh cakap macam tu. 15 minit habis, dan kitorang dibenarkan masuk khemah balik. Tapi . Sorang mamat ni suruh aku stop, yg lain boleh masuk khemah. Dia tolaknye aku nak ajak aku bergaduh. Aduh, dah lah tak handsome lepas tu buruk perangai pulak, maki aku dalam hati. Tu je yng mampu. Aku diamkan je. Aku pun cakap, ‘bang, saya tak kacau abg pun, janganlah kacau saya.’ Dorang boleh gelak je kat aku. Sekali lagi dalam hati aku terlintas, malam ni kau siap! Pukul 4 pagi, tiba2 terkejut kami semua dengar orang menjerit dari khemah hujung sekali. Bukan seorang yg menjerit, tapi 5 orang sekaligus.

Semua bangun masa ni, nak tengok apa yang jadi. Aku pun bangun jugaklah nak tengok. Rupanya tu lah khemah geng2 pembuli tadi. Apa benda pulak jadi kat dorang. Ustaz cikgu semua turun masa ni. Harimau!!!!!!! Sorang budak ni menjerit. Rupanya semua dah kena histeria rupanya. Ustaz mintak kami berkumpul semua. Aku hanya perhati dari jauh je. Aku nampak, dorang macam takut sangat. Sampai berteriak menangis. Apa benda pulak jadi kat dorang ni. Tadi bukan main gangster, sekarang menangis pulak. Habis selesai semua, ustaz minta kami semua utk sambung tidur.

Keesokan harinya, ustaz bagitahu 5 orang budak semalam tu kena hantar balik. Aku pelik juga, takkan sebab menangis semalam. Aku pun cuba cari ustaz dan nak mintak penjelasan dia. Kebetulan masa tu ustaz tengah berehat bawah pokok, aku pun datang dekat ustaz. “Ustaz, apa jadi, tanya aku” . “Oh tak ada apa, malam tadi dorang kena histeria je, ustaz jawab.” Aku tanya lagi, dah tu kenapa hantar dorang balik. “Dorang kena tibai malam tadi, habis badan dorang kena cakar, merah2 badan dorang”. Ustaz bagitahu lagi, mungkin kena cakar dengan sesuatu yang ghaib. Aku pun tanyalah, ustaz ada nampak apa2 ke. Ustaz bagitahu dia tak nampak apa2. Sebab masa dia datang dorang dah siap kena tibai dah. Mungkin ‘benda’ tu dari pergi dari situ.

Tiba2 aku terfikirkan sesuatu. Apa yg jadi kat dorang ada kaitan dgn kejadian dorg buli aku ke? Seingat aku malam tu, dorang ada jerit masa tengah histeria tu. Dorang jerit harimau. Tiba2 aku teringat tentang kisah2 keturunan aku. Ada kaitan ke? Cuma seingat aku, malam dorang kena kacau tu, aku tidur dgn tenang gila. Org lain semua tak boleh tidur, aku tidur lena gila. Bukan kata pacat, nyamuk pun takde. Syok gila tidur. Sampai member aku pelik macam mana aku boleh tidur nyenyak. Emmm. Betul ke aku ‘dijaga’ . Dan kenapa aku. Emmm. Untuk pengetahuan korang, itu bukanlah kejadian yg pertama, sebab kejadian yang hampir sama dah banyak kali terjadi. Orang yg berniat jahat kat aku, mesti akan terima balasan. Lebih kurang mcm yang 5 orang tadi. Aku tak tahu nak rasa apa. Bagi aku, aku tetap percaya Allah sentiasa ada dengan aku, dan cukuplah Allah utk aku. Aku tak perlukan bantuan makhluk utk menjaga aku. Wallahualam.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mu

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

1 thought on “Harimau Jadian Part 2”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.