Harimau Jadian Part 4

Assalamualaikum pembaca FS. I’m backkk!! Masih ingat kisah Harimau Jadian? Terima kasih kerana menyukai kisah2 mengenai Harimau Jadian. Sebenarnya aku fikir untuk tidak berkongsi lagi mengenai Harimau Jadian ni, tapi bila baca komen2 semua aku rasa termotivasi untuk bercerita lagi. Hahaha. Terima kasih semua!

Keputusan aku untuk tidak menyambung cerita Harimau Jadian bukan sebab aku terasa dengan mana2 komen. Tapi..kerana aku rasa macam ada ‘sesuatu’ yang tidak suka aku berkongsi kisah2 ini. Aku biasanya akan menulis cerita2 ni waktu tengah malam. Sebab masa ni baru dapat feel.

Semasa aku menulis cerita Harimau Jadian Part 3, aku dapat rasakan seperti ada sesuatu dalam rumah aku. Perasaan itu sukar untuk dijelaskan. Aku tidak tahu apakah yang mengganggu aku sebenarnya. Ada sesuatu yang aneh. Jadi hari ni aku akan kisahkan mengenai gangguan-gangguan yang aku alami sepanjang aku menulis kisah Harimau Jadian sebelum ni.

Jam menunjukkan pukul 2.30 ketika itu. Wife aku pun tidur waktu tu. Kucing aku 2 ekor di ruang tamu pun dah tidur biasanya time2 macam ni. Aku start menulis. Selang beberapa minit selepas aku menulis, tiba2 aku mendengar bunyi ada benda jatuh di dapur. Macam bunyi sudu garfu jatuh. Ini mesti kucing ni punya kerja. Dorang kalau dapat main, habis bersepah rumah aku. Orang tengah syok menulis dia mengacau pulak. Aku pun keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Aku memang jenis kalau keluar bilik tak suka on suis lampu, aku pakai torchlight fon je. Eh tak ada pun jatuh. Tapi mana kucing2 aku. Oh tidur bawah meja rupanya. Eh! Wait! Dah tu tadi aku dengar bunyi apa! Tak ada barang jatuh, kucing aku pun tengah tidur. Fuhhhhh! Ini tak kelakar.

Aku masuk ke bilik dan sambung menulis. Wife aku masih tidur. 30 minit selepas itu, sekali lagi. Kali ini gangguannya bukanlah bunyi benda jatuh. Tapi.. Dalam kegelapan malam, tiba2 aku perasan ada benda yang sedang memerhatikan aku. Aku pusing kepala memandang wife aku. Allah!!! Tiba2 wife aku buka mata pandang aku dalam keadaan dia tak sedarkan diri. Aku terkedu. Aku tak tahu nak respon apa masa ni. Lebih kurang 10 saat juga aku bertentang mata dengan wife aku yang sedang tidur. Then aku ambil tangan aku letakkan di mukanya dan tutup matanya perlahan2. Fuhhhh. Apasal pulak tiba2 wife aku buka mata pandang aku macam tu. Nasib baik tak terkencing masa ni. Kusss semangat. Sepanjang aku berkahwin ni, ni lah 1st time wife aku jadi macam tu!

Dalam hati aku masa ni dah berbelah bahagi sama ada nak teruskan cerita atau tidur saja. Arghhhh, habiskan je lah! Aku sambung menulis. Lebih kurang 45 minit tanpa gangguan. Dan sekali lagi, ‘dia’ mengganggu lagi. Kali ni gangguan agak berbeza. Serius meremang bulu roma aku. Keadaan masa ni memang sunyi sangat. Yelah dah dekat pukul 4 semua orang dah tidur. Sedang ralit aku menulis, tiba2 aku mendengar suara yang sudah lama aku tidak dengar. Suara yang selama ini selalu ‘bersama’ aku. Mungkin ‘dia’ rindukan aku sebab tu datang nak’melawat’ aku. Bunyi nafas harimau, yes tak silap lagi. Bunyi itu betul2 di sebelah telinga kanan aku. Habis meremang semua bulu roma aku. Emmmm. Aku tak tahu sama ada ‘dia’ tidak merestui aku menulis tentangnya atau dia sekadar melawat. Emm..

Macam pendek je kisah aku ni, okay takpe aku akan sambung dengan 1 lagi kisah yang pernah terjadi pada aku masa aku masih muda remaja. Semasa aku berumur 17 tahun, aku menyimpan hasrat untuk belajar mengenai ilmu-ilmu ghaib dan perubatan Islam. Tapi aku tidak tahu mahu berguru di mana. Semangat aku berkobar-kobar sampaikan hampir tiap2 malam aku akan melayan video2 mengenai perubatan Islam. Banyak buku yang aku beli sekadar untuk mendapatkan asas dalam perubatan Islam. Tapi aku sedar belajar ilmu tanpa guru kita akan mudah tersesat dan diperdaya syaitan.

Lama juga aku menyimpan hasrat tu, sampailah ketikanya kebetulan aku berjumpa dengan seorang rakan aku. Rumahnya tidak jauh dari rumah aku. Yang menariknya, bapanya juga mengubat orang mengikut ilmu silat mereka. Dan rakan aku ni pun belajar dari bapanya dan bersama2 membantu bapanya mengubat orang di rumah mereka. Cantikkk, ini peluang aku. Kebetulan masa tu kami berempat, aku bagitahu hasrat aku dan rakan aku dua org lagi pun nak join aku sekali. Jadi kami bertiga dah decide utk berguru dgn rakan kami. Wallahualam sama ada bapa dia tahu atau tidak yang dia mengajar kami.

Kami berjanji untuk berjumpa semula keesokkan harinya dan rakan aku sorang ni berjanji untuk membawa salinan amalan zikir yang perlu kami amalkan tiap-tiap malam. Kami bertiga ambil dan malam itu kami mulakan amalan tersebut. Aku ikut satu persatu. Aku baca semuanya. Oh ya, rakan aku ada berpesan, kemungkinan akan ada yang menyinggah melihat kami membuat amalan2 tersebut. Memang benar. Sewaktu aku membaza zikir tersebut, aku dapat merasakan adanya aura lain di sekitar bilik aku. Bukan dalam bilik, tapi diluar. Aku abaikan. Selesai membuat segala amalan, aku tutup lampu dah terus masuk tidur. Ahh susah pulak nak tidur malam ni. Belum sempat aku memejamkan mata, aku dapat melihat dengan jelas. Satu lembaga sedang berjalan di tingkap bilik aku. Waitt!!! Bilik aku di tingkat 2. Siapa tadi?!! Badan aku menggigil masa ni. Tak tahu kenapa aku rasa takut sangat. Aku selubung dengan selimut dan terus terlelap.

Dua tiga hari juga aku tak berjumpa dengan kawan2 aku selepas dapat amalan tu. Aku pun decide utk msg dorang ajak lepak. Kawan aku yang pertama katanya demam panas. Kawan aku yg kedua juga demam panas. Aikk. Boleh pulak demam serentak. Aku tak fikir bukan2 pun masa ni. Maybe betul dorang demam panas. Aku biarkan. Seminggu lepas tu, kawan2 aku dah sihat dan kami berempat plan nak jumpa semula.

Aku pun start perbualan tanya member yang pertama ni kenapa dia demam. Dia pun bercerita yang malam pertama dia amalkan amalan tu, dia diganggu dengan teruk sekali. ‘Dia’ bukan sahaja mengganggu dengan bunyi, malah ‘dia’ juga turut menampakkan dirinya. Lembaga hitam yang besar saiznya betul2 berapa di hadapannya. Patutlah demam budak ni. Mak ayah dia bawak berjampi dengan imam kawasan tu barulah dia okay. Belum sempat aku berkata apa2, kawan aku yang kedua pula buka cerita. Kisah yang sama seperti rakan pertama aku tadi. Cuma yang mengganggu dia bukan lembaga besar, tapi. Poconggg!!! Allahu. Meremang bulu roma aku dengar cerita dia. Dia bagitahu lagi, masa dia nak tidur dia ternampak pocong tu berdiri di sebelah almari baju dia. Allahuakhbar. Kalau aku ni pengsan dah. Aku pun buka cerita aku malam tu, tapi kisah aku tak lah seteruk kejadian yang dorang alami. Kami bertiga memandang member kami yang jadi guru kami ni. Dia macam gelisah. Kami desak juga dia untuk ceritakan kisah sebenar dan kenapa kami diganggu malam tu.

Dia pun mulakan cerita. Sebenarnya aku tersalah bagi amalan zikir tu kat korang. Amalan utk stage atas, bukan utk amatur mcm korang. Sebab tu ‘benda’ tu kacau korang kaw2 punya. Plus ‘dia’ marah aku ajar korang. Malam tu jugak aku kena bantai. Sambil member ni bercerita dia bukak baju dia dan tunjuk belakang badan dia. Allahu! Badan dia bengkak2 seperti dipukul dengan besi. Kami terkejut gila tengok badan dia macam tu. Apa dah jadi ni. Oh ya, tapi kenapa aku tak dikacau teruk macam member2 aku yang lain?

“Bro, aku nak tanya ni, asal aku tak kena kacau teruk macam korang? , tanya aku dengan penuh kehairanan.” Dialog member aku lebih kurang macam ni lah. “Seriuslah kau tak tahu?” Aku buat muka blur sebab memang tengah blur pun. “Selama ni kau tak tahu ada apa dengan kau?”. “Ada apa kat aku?.tanya aku.”. “Keturunan kau ada harimau kan?” Haaahhh!!! “Sebenarnya aku dah tahu kau ada penjaga, tapi aku malas nak cakap, sebab aku ingat kau dah tahu. Malam tu ‘benda’tu tak berani nak masuk bilik kau sebab harimau tu ada kat dalam bilik kau. Sebab tu dia main kat luar je. Itupun tak lama, sebab harimau tu dah perambat dia main jauh2”

Aku semakin pelik masa ni. Tapi aku macam biasalah, masih ditengah-tengah sama ada nak percaya atau tak kisah keturunan aku ni. Walaupun ramai yang pernah bagitahu aku mereka nampak, tapi aku tak percaya 100%. Mungkin sahaja rekaan mereka. Berbalik kepada hasrat aku utk belajar perubatan islam tu, aku dah batalkan niat aku sebab macam tak yakin dengan penerangan member aku tadi. Penerangan mengenai ilmu2 dia. Mungkin ilmu dia betul sebenarnya, tapi cara dia bercakap nampak macam boleh jatuh syirik. Sebab tu aku batalkan hasrat aku. Okay sampai ni je cerita aku kali ni. Kalau ada masa lagi nanti aku sambung. #stayathome

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mu

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Harimau Jadian Part 4”

  1. Salam bro, aku nak pesan satu ja bro. Aku tau kau ada ditengah tengah antara nak percaya ataupun tak dengan apa yg kau ada skrg ni bro. Tapi dalam kau tengah terpinga pinga tu mesti ada sikit terdetik kat hati kau bila kau nak buat apa apa “alah penjaga aku ada, apa nak takut”. betul tak ? sebab kita melayu bro, kita pulak manusia. bohong kalau kita takda perasaan mcm tu. Aku bukan nak kondem kau. Aku pun tak lah perfect. Aku suka semua cerita kau. Menusuk dalam diri bila diri ni minat dengan cerita tentang ilmu ilmu ni. Pesanan aku ni yg aku terima dari guru aku, “berbaliklah kepada Allah, sesungguhnya Dia yg mencipta segala apa yg ada atas muka bumi ni, dunia ni milik Dia, bergantunglah kepada Dia, jika ada izin Dia maka terjadi lah apa yg kita kehendaki, contohnya macam kau dari bersila nak bangun, kalau takda izin dia kau tak akan boleh bangun” jangan terlalu bergantung dengan benda tahyul dan khurafat ni. dalam kubur kita tak bertemankan dia. maaf kalau tersilap cakap bro. “jadilah seperti padi, semakin berisi semakin menunduk, jangan jadi seperti lalang yg gah meninggi melangit tapi kosong”. apa pun aku minat cerita kau dari part 1 sampai yg ni. teruskan berkarya walaupun hanya sekadar hobi 😉

    Reply
  2. Salam bro…cuma nk cakap bawak la pergi berubat dengan perubatan Islam buang mende Tu.Ni pun dh kahwin Kan.Jgnla berasa gah dengan semua khurafat Tu X bawa kemanapun.Kisah ko ni menarik sangat teliti Dan menarik. Ingt Tu bang Kang merana x sudah hahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.