Harimau Penjaga Sang Gadis

Assalamulaikum buat semua pembaca FS. Kisah ini tentang adik salah seorang kenalanku yang bernama Nur. Nur seorang gadis berumur awal 20-an. Nur mempunyai rupa paras yang boleh aku katakan cantik dan sedap mata memandang, perwatakannya yang ramah dan baik juga membuat dia senang diterima ke mana sahaja dia pergi. Pada pandangan aku, Nur seorang gadis muda yang sangat berani kerana dia boleh ke mana sahaja seorang diri walapun pada jam 2 atau 3 pagi. Dia juga jarang sekali menyusahkan orang lain. Selalunya dia melakukan semua perkara sendirian. Aku mengenalinya semenjak dia di bangku persekolahan lagi kerana kakak Nur merupakan sahabat baik aku.

Rakanku iaitu kakak kepada Nur mempunyai sebuah gerai kecil menjual makanan dan minuman di belakang rumahnya. Jualannya sentiasa laku sehinggakan dia tak menang tangan untuk menguruskan gerai itu seorang diri. Lalu dia meminta bantuan Nur untuk membantunya berniaga. Nur setuju dengan kakaknya. Jadi selepas Nur pulang dari pejabat, dia akan bekerja di gerai kakaknya sehingga larut malam. Kehadiran Nur di gerai itu amat memberi kesan positif pada perniagaan kakaknya. Malah Nur juga diterima baik oleh orang sekeliling kawasan itu.

Suatu hari saat Nur sedang sibuk menutup gerai, dia ternampak seekor kucing dalam keadaan comot dan ketakutan di tepi gerai itu. Tanpa berfikir panjang, dia membawa balik kucing itu kerana kasihan dengan keadaannya. Namun begitu, kehadiran kucing itu di rumah Nur menyebabkan ibunya mengalami mimpi yang aneh dan menakutkan hamper setiap malam. Dia bermimpi seorang nenek tua merayu supaya Nur memulangkan haknya Kembali. Selepas satu minggu mimpi itu berlarutan, Nur memutuskan untuk menghantar Kembali kucing itu di tempat dia mula menjumpainya. Sudah separuh perjalanan dia menuju ke gerai kakaknya, barulah Nur teringat dia terlupa membawa kucing itu bersamanya. Apabila dia patah balik untuk mengambilnya, kucing itu telah tiada. Puas dia mencari satu rumah, namun tetap tidak ditemuinya.

Si fulan itu mahu Nur sakit sehingga Nur tidak boleh berjalan. Namun perbuatannya tidak berjaya kerana ‘ada’ yang menjaga Nur. Perkara itu membuatkan dia bertambah marah. Perawat itu menasihatkan Nur supaya banyak mendekatkan diri pada tuhan dan minta Nur supaya memaafkan sesiapa sahaja yang menyakiti Nur.

2 minggu telah berlalu. Nur pun sudah semakin sihat dan ceria semula. Tapi ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Nur diserang demam panas sehingga dia dikejarkan ke hospital. Dua malam dia ditahan di wad dan dibenarkan pulang pada hari ketiga. Nur bercerita pada ibu dan kakaknya bahawa pada malam kedua dia di hospital, dia mimpi dirinya berubah menjadi harimau yang sangat besar. Tapak tangannya sebiji seperti harimau, mempunyai kuku yang sangat tajam. Dia berhadapan dengan seorang nenek tua. Harimau itu sangat marah dan mengaum dengan kuat di depan nenek itu. Nur menceritakan dialog antara diri harimaunya dengan si tua itu.

“Mahu apa lagi kauuuu?? Tidakkah kau kenal aku siapa? Berani sekali kau mencabar diri aku!!” Kata sang harimau itu dengan nada yang bengis sambil menunjukkan taringnya.

“Ingin menyakitinya. Gadis ini telah memasuki kawasanku dan melakukan sesuka hatinya” Balas nenek tua itu.

“ENGKAU TIDAK BERHAK MENYENTUHNYA!! BUKAN DIA SETERUMU TAPI AKU!!” Kata harimau itu sambil mengaum dengan nyaring sekali.

Setelah itu Nur terjaga dari mimpinya dengan peluh membasahi segenap tubuhnya. Sebab itu lah Nur dibenarkan pulang keesokan harinya kerana demamnya telah kebah. Sejurus mendengar cerita Nur, ibu dan kakaknya bertindak membawa Nur berjumpa dengan perawat sekali lagi.

Ketika sesi merawat Nur, mereka melakukan perantaraan untuk mencari punca pada sakit Nur. Lalu masuk lah nenek tua yang sering mengganggu Nur.

“HUH!! Siapa yang berani memanggil aku ke sini?” Bicara si tua dengan nada angkuh.

“Aku yang menyeru kau ke sini” Balas perawat itu.

“Apa mahumu? Sesuka hati kamu mengganggu urusanku”

“Aku hanya ingin membantu gadis ini. Dia yang hadir memohon bantuan dariku dengan izin Allah”

“AHHH!! TAK USAH KAU BANTU DIA!!” Marah nenek tua itu.

“Aku tidak suka gadis ini. Dia membawa pelaris pada perniagaan kakaknya. Aku benci melihat dia dan juga ‘dia’ “ Sambungnya lagi.

“Siapa ‘dia’ yang kau maksudkan itu?”

“Tak usah kau berpura-pura tak tahu”

“Sungguh kami tak tahu. Kalau tahu, tak kan nak tanya kau pula kan”

“Huh! Penjaga dia lah. HARIMAU BESAR HAHAHAHAHHAH” Kata nenek tua itu sambil ketawa.

“Oh harimau. Sekarang ni harimau tu ada ke di sini?”

“Tidak pernah sesaat pun ‘dia’ meninggalkan gadis ini. Di setiap Langkah gadis ini, ada ‘dia’ yang turut sama melangkah. Sebab tu ilmu aku tidak berjaya mengenainya”

“Mana mungkin tak berjaya. Kan dia dah sakit tempoh hari” Kata perawat itu cuba mengorek maklumat lagi.

“TIDAK BERJAYA LAH BODOH!! Tempiasnya saja yang kena. Kalau berjaya budak itu tak boleh berjalan sekarang. Sudah lah itu, datang pula penjaganya mencakar rumah aku setiap malam”

“Jadi sekarang apa kata kau ambil barang-barang yang kau letak di tubuh gadis ini, di rumahnya dan sebagainya. Biarkan dia hidup seperti sediakala. Gadis ini juga tak tahu mengenai penjaganya” Pinta perawat itu.

“Baik, aku ambil. Tapi aku tidak berjanji bahawa aku tidak akan mengganggunya lagi’’ Balas si tua itu sebelum dia menghilang.

Sekarang faham lah mereka kenapa Nur boleh jadi sangat berani kerana yang ada pada dirinya ialah seekor harimau. Menurut perawat itu, harimau tersebut merupakan saka keturunan peninggalan keluarga ayah Nur. Harimau itu memang sangat besar dan gagah. Dia sentiasa berada dengan Nur le mana sahaja Nur pergi. Walau begitu, syukur juga Nur bukan seorang yang panas baran.

Perawat tersebut menasihatkan Nur supaya memutuskan ikatan dengan saka itu kerana ia tidak memberi manfaat pada Nur malah hanya akan menyakitkan diri Nur seperti apa yang terjadi ini. Nur mengangguk faham namun masih tidak mengiyakan atau menidakkan permintaan perawat itu. Nur meminta masa untuk memikirkannya dan sehingga kini Nur masih belum memutuskan ikatan itu. Walaupun tiada apa-apa upacara yang dilakukan, tetapi perkara ini tetap salah. Aku berharap agar Nur segera memutuskan ikatannya dengan sang harimau tersebut.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Hana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 20 Average: 3.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.