Harta Pusaka Kristal Hijau

Assalammualaikum dan terima kasih pada pembaca yang membaca naskah perkongsian dari kawan kawan saya. Kisah #susuk emas wat siam dae & tsuk telah saya kongsikan kepada anda. Terpulang pada anda samada percaya ia benar atau tidak tapi seboleh bolehnya jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri hahaha. Kisah kali ini saya akan kongsi kan kisah mengenai Harta Pusaka Antik Kristal Hijau.

Daus membelek alatan lama yang di simpan didalam stor rumah ayah nya. Ayahnya telah 2 minggu meninggal dunia kerana sakit tua. Rumah peninggalan arwah ayahnya di turunkan kepada adik nya iaitu Rafiq, Daus, Borhan, Mansor dan juga Rafiq adalah adik beradik. Arwah ayah mereka merupakan pahlawan melayu yang mengajar seni silat kepada penduduk kampung. Arwah ayah mereka juga terkenal dengan ilmu penghalau hantu di mana, mengamalkan bacaan ayat ayat al quran untuk menewaskan syaitan. Rafiq mewarisi kehebatan ayah nya. Rafiq adalah seorang pemuda yang tidak banyak bercakap. Tetapi ilmunya penuh di dada, Rafiq bukan calang calang pemuda di mana dia pernah di angkat sebagai Guru Silat Muda dan juga berjaya khatam Al Quran dalam masa 2 hari sahaja. Itu keistimewaan Rafiq.

“Pakcik Rafiq, ok ke kalau saya catatkan dan siarkan kisah ini untuk tatapan pembaca di internet ?” kata Faiz
“Boleh je ” senyum Pak cik Rafiq.
“Tapi faiz ok ke dan percaya dengan cerita saya? ” soal Pak cik Rafiq sambil meletakkan tangannya di atas meja.
“Saya percaya. Dunia alam ghaib memang ada, mereka juga makhluk Allah SWT ” kata ku sambil melihat di tangannya.
“Benda kat tangan saya ini lah kisah yang saya mahu kongsikan ” kata Pak Cik Rafiq
“Cincin itu ?  Cincin batu apa tu Rafiq ? Berkilau semacam nampak macam bebola mata ” kata ku
“Ini namanya Kristal Hijau peninggalan Arwah Ayah Pak Cik. Tulis lah kisah ini ” kata Pak Cik Rafiq.

Daus merupakan abang sulung pada Rafiq dan tinggal di ibu kota samalah juga dengan Borhan dan juga Mansor. Rafiq kekal memilih hidup di kampung membantu ayah nya. Harta Peninggalan Arwah Ayah mereka tidaklah banyak itu menyebabkan Daus tidak berpuas hati.
“Mana boleh ! . Kenapa Rafiq yang dapat lebih sepatutnya saya abang sulong yang patut dapat lebih !” Bentak Daus.
“Sabar sabar Daus. Ayah dah bagi sama rata dah kat kita jangan kita pertikaikan. Lagipun kau bukan balik kampung selalu jenguk ayah ” sindir Borhan.
“Wei ! Kurang Ajar kau. Kau macam aku tak tahu, kau balik sebelum ni sebab nak mintak arwah ayah ubah wasiat kan ?. Setan kau ” Daus meluru melepaskan penumbuk Borhan pantas mengelak.

Tumbukan Daus hampir terkena pada Rafiq yang duduk berhampiran Borhan. Akan tetapi tumbukan Daus umpama menyentuh pipinya tanpa ada apa apa kesan.
“Abang semua kenapa ?. Arwah ayah baru je di kebumikan. Ye Rafiq tahu Rafiq dapat rumah ayah. Macam ini la. Arwah ayah pernah cakap dalam rumah ni ada barang bernilai dalam rumah ini. Kalau abang jumpa, abang ambillah ” kata Rafiq berlembut.

“Dengar tu apa kata Rafiq ?. Yang sibuk bertumbuk tu dah kenapa ?. Berbincang lebih elok ” sampuk Mansor yang merupakan seorang guru.
“Kau diam Mansor ! ” jerit Daus.
“Abang Daus , tolong lah ye. Tolong beradab di dalam rumah ini ” kata Rafiq tegas.

Daus terdiam dan kelihatan gusar kerana dia tahu kalau dia bergaduh dengan Rafiq patah riuk dia di kerjakan memandangkan Rafiq seorang guru silat.

“Kawal sikap tamak tu sikit. Harta ini bukan boleh bawa masuk dalam kubur” nasihat Rafiq.
Daus dan Borhan meninggalkan mereka dan bergerak ke bahagian stor. Di dalam stor yang amat amat luas terdapat bermacam macam barang Antik. Dari Tembaga, Emas Putih hinggalah Kristal. Daus mencapai Kristal hijau sebesar tapak tangannya dan mencampakkan kristal di lantai dengan kuat tanda protes pada adik beradiknya.
Itulah kesilapan pertama Daus yang bakal mengundang bahaya buatnya dan adik beradiknya.

Tanpa Daus sedari sekepul asap terbit dari celahan pecahan Kristal Hijau. Suara mengilai memecah suasana hihihihi jam tepat menunjukkan pukul 12 tengah malam. Petir sambung menyambung, Daus masih di Stor memunggah peninggalan Arwah ayahnya . PAMMM!!!!

Dentuman kuat kedengaran di luar rumah, perhatian Daus teralih dan ingin melihat dari mana datangnya bunyi itu. Kepulan asap masih berkepul membentuk sesusuk tubuh, Daus tidak perasan akan hal itu. Sedang Daus mencari punca di tingkap, Daus berpaling kebelakang kembali

“Kau hamba ku !!! ” jerit satu suara di tingkap.
Daus terdiam, berundur perlahan dari tingkap. Peluh membasahi tubuh dan dahi nya. Suara siapa pulak tu bisik hatinya. Daus ingin melarikan dirinya dan berpaling ke belakang, secara tiba tiba tangan mencengkam bahu nya.

“Ayah mu mengurung ku !!. Kau adalah hamba ku !!! ” jerit makhluk berwarna hijau terang mencengkam tubuh Daus. Daus menjerit sekuat kuat hati.

Arghhhhhh Arghhhh Arghhh Arghhh!!!
Kesakitan yang di rasai Daus tak dapat di katakan bagaimana kerana tangan makhluk itu secara perlahan lahan masuk ke dalam mulut Daus, kemudian kepala, tubuhnya dan di akhiri kakinya yang umpama kaki itik itu.

Sesudah selesai, Daus menjerit kuat.

“Kau binatang! kau binatang !kau binatang ! kau hamba ku Daus ! ” dari serak basah suara Daus bertukar menjadi kasar. Mata Daus yang berwarna hitam di pejamkan. Perlahan matanya berubah menjadi putih merah. Gigi taring Daus panjang sedikit demi sedikit dan membentuk taring yang sebenar. Badannya dipenuhi bulu berwarna hijau. Kini Daus telah lenyap didalam tubuhnya sendiri di kuasai oleh semangat sang iblis yang jahat. ‘Daus’ menjerit arghhh arghh jelas kelihatan otot nya mengembang.

Rafiq dan Mansor mendapatkan Daus setelah mendengar jeritan yang luar biasa kuat nya. Tapi mereka tidak berjumpa dengan Daus, yang mereka jumpa hanyalah pecahan batu yang di rempuh Daus. Mansor terpinga pinga melihat bentuk pecahan yang dua kali lebih besar dari tubuh Daus. Rafiq ternampak Kristal Hijau yang telah berderai di baling Daus sebentar tadi.

“Allahuakbar, Arwah Ayah lupa menghapuskan Kristal Hijau ni. Mansor tolong panggilkan Lebai Wan segera ! ” kata Rafiq
“Baik baik ” Mansor segera berlari ke arah surau di mana terletaknya rumah Lebai Wan.
Borhan berada di belakang rumah menghisap rokok menenangkan fikiran. Entah kenapa selalu sahaja dia dan Daus selalu bertengkar mungkin inilah adik beradik fikir nya.

Sedang Borhan menyedut asap rokok tiba tiba tangan nya di capai makhluk berbulu hijau dan tiba tiba saja tubuhnya melayang tepat pada pokok nangka. Borhan mengaduh sakit.

“Aduh sakit . Eh kenapa kau ni Daus ? ” kata Borhan pada Daus
“Daus dah mati !! Akan aku musnahkan keturunan Fauzi !! Ajal mu di tangan ku !!” kata ‘Daus’ sambil berlari laju ke arah Borhan dan terus mencengkam leher Borhan.
“Daus, lepaskan Borhan sekarang juga !!. Jangan apa apakan Borhan, mari sini dapat kan aku ” kata Rafiq
“Kau bukan lawan ku !! Kau hamba ku !! Aku akan hancurkan keturunan Fauzi !! ” jerit ‘Daus’

Daus’ cuba mendapatkan Rafiq tapi seakan akan terhalang kerana Rafiq terlebih dahulu bersedia kalimah laillahaillallah di baca perlahan. Rafiq membuat kepungan menggunakan kedua belah tangannya. Lebai Wan tiba tiba muncul di sebalik pokok nangka, membaca ayat suci Al Quran dan memegang kepala Borhan supaya menenangkannya.

Rafiq membaca ayat surah An nisa ‘ dengan tujuan agar makhluk yang masuk ke tubuh Daus mati
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain supaya mereka merasakan azab Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ( Q.s. An-Nisa 56 )” baca Rafiq
Lebai Wan mengatur langkah dan menghentakkan kakinya ke tanah dan melaungkan ayat Al Quran

حَسْبُنَااللهُ وَنِعْمَ الْوَ كِيْلُ،نِعْمَ الْمَوُلَىوَنِعْمَ النَّصِيْرُ

Hasbunallah wani’mal wakiyl, nikmal maula wani’mannasiyr
“Cukuplah Allah bagi kami dan dia sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik pelindung, sebaik penolong.” baca Lebai Wan dan di sambung oleh Rafiq
بِسْمِ اللهِ الَّذِ يْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْ ءٌ فِي ْالأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَا ءِ وَهُوَالسَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ
Bismillahilladziy la yadhurru ma’asmihi syai’un fil’ardhi walaa fissama’i wahuwassamiy’ul ‘aliym
“Dengan nama Allah Yang karena bersama nama-Nya tidak ada sesuatu apapun dilangit atau di bumi mampu mendatangkan bahaya, dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Baca Rafiq dengan lantang. ‘Daus’ menjerit kepanasan.

“Kamu celaka !! Rasakan ini ” kata ‘Daus’ sambil melempar cahaya hijau pada Mansor. Mansor cedera teruk akibat terpelanting jauh ke atas bumbung dan terbaring tidak sedar diri di atas tanah .
“Kamu sudah melampau syaitan ! ” jerit Rafiq.

Rafiq menenangkan diri dan terus membaca ayat penyiksa dan penghapus serentak dengan lantang
“Allahumma Inna Naj’aluka Fi Nuhurihim, Wa Na’udzubika min Syururihim
Ya Allah, sesungguhnya aku menjadikan Engkau di leher mereka (agar kekuatan mereka tidak berdaya) dan aku berlindung dari keburukan mereka.“ baca Rafiq dan di sambung dengan ayat
“Na’uwdzu bikalimaatillahit tammaati min syarrimaa kholaqo
“Kami berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang Dia ciptakan” baca Rafiq

Kelihatan Susuk tubuh ‘Daus’ semakin mengecil. Kedengaran suara Daus tolong aku Rafiq tolong aku kata Daus seumpama gelombang yang sampai di telinga Rafiq.
” Dia hampir kalah teruskan Lebai Wan. Jangan berhenti ” kata Rafiq.
Rafiq terus mengulang ulang ayat Al Quran. Terdengar suara jeritan yang amat kuat.
“Warghhhh Panas Panas . Aku tak akan kalah dengan manusia, manusia hamba, aku lah tuhan ” kata ‘Daus’
Perlahan lahan asap kehijauan berkepul di hujung kaki Daus .

Lebai Wan terus menghentak kaki kanan nya ke tanah dan hilanglah asap berwarna hijau. Keadaan semakin reda. Keesokkan harinya, Rafiq menceritakan mengenai kisah Kristal Hijau. Kristal Hijau itu sepatutnya di buang jauh di lautan, tapi mungkin ajal terlebih dahulu menjemput  Arwah Ayah. Serpihan Kristal Hijau masih lagi wujud. Dan Rafiq membuat batu cincin sebagai tanda syaitan dan iblis itu wujud wajar kita memerangi dan menghalau mereka jika mereka mengganggu manusia. Kata Rafiq, jika kita takut pada mereka. Mereka lagi suka tambah yang suka meminta bantuan mereka terang terang mereka mengaku merekalah tuhan kerana mampu memberi apa yang tuhan tak mampu beri secara terus.

“Wah cerita pak cik Rafiq ni hebat lah . Tercengang saya dibuat nya ” kata ku
“Hebat itu milik Allah SWT. Ayat Al Quran itu adalah bantuan, yang sebenar dan mengizinkan syaitan itu terhapus adalah Kuasa Allah SWT ” senyum pak cik Rafiq.

Perlahan aku menutup buku catatan dan kisah ini bukanlah sebarang kisah. Rafiq dan adik beradiknya tidak pernah bergaduh selepas kejadian itu. Tamat

P/S : Kesemua adik beradiknya masih hidup . Adik beradik perlulah berdamai mencari penyelesaian dan bukan bermusuh

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.