Hati Manusia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Terima kasih sudi menyiarkan cerita ni. Sebelum ni aku menjadi pembaca setia namun kali ini hatiku terjentik untuk berkongsi kisah seram aku ( bagi aku la seram) pulak. Apepon terlebih dulu aku mohon maaf andai ayat tunggang langgang.

Kisah ni berlaku sekitar tahun 2010, aku berasal dari pantai timur, masa kejadian ni, aku sedang menunggu keputusan spm, ibu dan ayahku telah bercerai. Aku ank bongsu dari 4 orang adik beradik. Kesemua kami perempuan. Setelah ibu ayah berpisah, aku ambil keputusan untuk tinggal bersama ibuku. Ibu dan ayahku masing-masing tidak berkahwin lain. Ibuku menjalankan perniagaan bantal kekabu di sebuah bandar kecil berhampiran pantai.

Kedai ibu aku berada di lot tengah deretan kedai dan berhampiran jalanraya. Belakang deretan kedai tidak jauh dari pantai dan pengkalan bot-bot ikan. Dengan kata lain, kedai ibu aku berada di lokasi yang strategic. Sebelah kanan kedai ibu aku terdapat kedai makan, manakala sebelah kiri kedai membaiki peti sejuk dan sebagainya. Kedai makan tersebut milik makcik Timah ( bukan nama sebenar). Makcik Timah ni janda anak 5. Makcik Timah ni suka pakai makeup tebal gamaknya jenuh nak membasuhnya. Makcik Timah ni orangnya tak cantik ( bagi aku la) kulitnya hitam mungkin sebab cuaca berhampiran pantai. Bibirnya tak pernah lekang dek gincu merah menyala. Bagi aku agak menyeramkan la Makcik Timah ni.

Perniagaan ibu aku berjalan lancar. Kehidupan kami macam biasa. Disebabkan aku seorang je, ibu aku lebih gemar memasak sendiri. Opss lupa bagitahu kedai ibu aku ni la tempat tinggal kami. Kedai ni ada 1 ruang santai 1 bilik, ruang dapur dan bilik air. Ibu aku dan makcik timah ni kawan biasa2 je, yela jiran sebelah.

Nak jadiakn cerita, 1 hari kesemua kakak aku balik cuti semester. Along aku ni ada kelebihan omputih kate six sense sebab dia pernah kena rasuk (next time aku cerita). Malam tu kami makan besar la. Sekali sekala berkumpul banyak topic nak borak. Kami lepak dan tertidur dekat ruang santai. Bahagian ruang santai ni berada ditengah2 dapur dan bilik.
Tiba-tiba along aku bangun dan nangis, keadaan dia macam takut sangat. kami apa lagi bangkit terus la. Ibu aku tanya “ kenapa ni along nangis dan macam takut?” along aku peluk ibu dan bagitahu dia mimpi ada nenek tua datang marah2 dan halau kami dari terus tinggal situ. Katanya ada orang tak suka kita tinggal dekat sini. Nenek tu bagitahu yang dia tinggal di belakang kedai kami tak jauh dari pantai. Ibu hanya sedapkan hati dengan mengatakan semua itu mainan tidur.

Sejak dari malam tu kami abaikan apa along bagitahu. Tapi tiap2 malam along aku akan cerita benda yang sama. Ibu aku masih dengan pendiriannya. Almaklum la kedai tu saje punca rezeki ibu aku. Keesokan harinya, sikap ingin tahu membuak2, aku ajak angah dan alang jalan-jalan belakang kedai. Belakang kedai ibu aku ni persekitaran berpasir dan pokok2 rhu, tak jauh dari situ ada semak sikit, belakang semak tu baru pantai. kami jalan2 sampai disemak tersebut. Disebalik semak itu ada pondok usang. Dah hampir roboh. Kami tak berani nak meninjau lebih lame terus balik memandangkan hari sudah nak senja.

Seminggu lepas kejadian mimpi, kira-kira pukul 2 pagi macam tu, masa tu aku asyik baca novel sambil teman ibu aku menjahit tempahan tilam, tiba-tiba along aku meraung dan menjerit sekuat alam. Rupanya along aku kena rasuk. Aku panic masa tu tak tahu nak buat apa, terus masuk bilik kejutkan angah dan alang. Ibu aku terus call pak sedara aku pak ngah. Keadaan along aku kejap nangis kejap mengilai. Kelam kabut masa tu. Angah, alang dan aku duduk dibalik ibu aku sambil mulut bekumit-kumit membaca untuk menenangkan along sementara menunggu pak ngah aku datang.

Bila pak ngah dan mak ngah sampai along aku pengsan. Pak ngah bawa pergi rumah kawannya. Namanya aku sudah lupa. Sampai rumah ustaz tersebut, along aku meracau2. Sepanjang perjalanan itu keadaan kereta amat berat serta berbau hanyir hingga kami tak mampu untuk menahan baunya, ketika itu along aku hanya mengilai. Pak ngah tak berhenti membaca ayat2 suci. Mula la perbualan ustaz dengan along aku,
“siapa kamu? Mengapa kamu kacau anak ini?’ along aku hanya gelak. Wajah along ketika tu bertukar jadi hitam. Ustaz membaca ayat suci Al-quran. Along aku menjerit “sakit weh!!jangan!! aku datang dari siam, tuan aku hantar untuk menganggu mereka. Tuan aku benci ibu dia sebab ambil kedai tu dan ramai orang kedai dia, tuan aku nak kedai tu!! Tuan aku tak tengok dia senang” ustaz suruh “benda” tu keluar dari badan along aku.

Semasa proses pengubatan tersebut aku melilau memandang sekeliling dan luar rumah alangkah terkejutnya aku terpandang makcik Timah sedang duduk bercangkung dengan rambut mengerbang dan merenung tajam dengan mata merah menyala sambil tersenyum. Hanya Allah saje yang tahu perasaan aku masa tu. Lepas tu dunia aku terus gelap. Sedar-sedar aku dikejutkan ibu untuk pulang rumah pak ngah. Sesi pengubatan aku tak tahu.

Apa yang diceritakan oleh angah dan semua rupanya makcik Timah ada tanam MINYAK M**I B***H (minyak digunakan untuk kegunaan jahat di Thailand atau sempadan. Minyak diambil daripada mayat orang m**i d*****h) belakang kedai kami. Sebelum ni makcik Timah banyak kali juga bagi kuih muih pada kami. Rupanya dalam masakan tersebut dia letak tahi. Semua tu “benda” dia yang bagitahu. Bukan setakat kuih muih yang bagi kami, masakan dikedai makannya juga makcik timah masukan. Untuk tujuan pelaris.

Angah aku juga bagitahu semasa kami kalut untuk bawa along ke rumah kawan pak ngah, dia ternampak sesuatu seakan akan manusia duduk mencangkung dengan rambut yang gerbang serta mata merah yang tajam memandang kearah kami berada di atas bumbung kedai. Mungkin “benda” yang sama aku lihat di luar rumah ustaz. Misteri Nenek tua yang datang dalam mimpi along aku terus menjadi tanda tanya dan pondok usang dibelakang kedai ibu. Mungkin ada kaitan dengan makcik timah? Entah la aku pun tak tahu.

Sejak dari kejadian tu kami tak lagi pulang sana. Barang –barang niaga dan kesemua barang pak ngah serta anaknya yang uruskan. Pak ngah aku bagitahu kedai makcik Timah dan anaknya tutup sepanjang pemindahan barang – barang kami. Aku sendiri pon tak faham mengapa perlu ada sikap dengki sedangkan perniagaan yang dijalankan tak sama. Kalau sama aku tak tahu apa yang dibuat gamaknya. Sejak dari itu, aku masih belum lupa “makcik Timah” yang merenung tajam kearah aku. Sekian …

Hantr kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

epal merah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 thoughts on “Hati Manusia”

  1. Jangan yakin sangat apa yg kita lihat dan buat kesimpulan pelakunya. Sebab jin dan syaitan banyak tipu daya. Mereka sentiasa berusaha melaga-lagakan kita supaya putus silaturahim.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.