Assalamualaikum.Suka baca cerita seram2 dekat FS ni. Kali ni rasa nak share experience sendiri. Maybe seram bagi aku.
Aku dah kawin, ada anak sorang dan kejadian ni masa kami bercuti, tak silap tahun2019.
Memang hobi bercuti kami ni selalu nya unplanned…tiba2 suami kata jom packing maka lepas tu baru rancang nak p mana berapa hari semua tu..
Ok haritu kami gerak dari Kulim Kedah waktu pagi, mulanya gerak ke Genting dulu…bestnya..kira di sana tidur semalam jalan2 theme park shopping..lepas tu checkout..biasa ja setakat ni tak seram..hahaha.
Lepas tu turun Genting sampai KL…taktahu la asal nya destinasi kami nak ke mana, bagi kami KL pun best..Jalan2 KL..stay semalam.
Masih tak seram lagi sampai sini..lepas checkout dari hotel, kami rasa macam nak pergi Terengganu pulak, sebab cuti banyak lagi. So kali ni first time lalu LPT tu..ok semua smooth ja sampai Terengganu malam dah..check in Hotel..kat KT.
Esok tu checkout, kami p berjalan2, masuk UNisZa, tempat study dulu.macam menggamit memori..Jalan jalan cari Makan sama..best la enjoy je.
Dah petang dah, last kami kat Pasar Payang..suami pun cakap..mlm ni kita balik lah…balik Kedah.
Aku..on ja sebab dah puas, tapi nak balik kali ni, kami guna Jalan Gerik lama tu. ramai tau kan tempat tu…dah la malam.
Aku ni tak boleh drive tempat2 macam tu. Lepas selesai makan, anak pun dah lena kat belakang…dia baru 4 tahun.masa ni.
Kami pun lalu jalan atas bukit tu, dashyat juga la lengkok2 bagai, lama tak lalu situ dulu kerap juga…sambil2 borak2 suami pun mengeluh dah…mengantuk.. Aku offer nak drive, dia tak bagi. Jam dah pukul 1a.m dah.
Elok turun dari jalan bukit2, ada la satu tempat ni kira ok la bagi kami berhenti jap.
Tepi tu ada macam kedai ke, tapi dah tutup.tak ada kereta sangat dah pun. tapi ada lampu jalan malap2 depan tu…gelap, sunyi.
Suami pulak aircond memang on, buka tingkap sikit…then dia pun tidur lah.
Yang aku pulak takut nak terkebil2, jadi aku tengok anak kat belakang sedap tidur, aku pun pejam la mata..
Lepas tu kan dalam 20minit macam tu la, rasa ada jela angin hembus2 masuk dari luar, angin sejuk semacam je.
Angin tu lalu macam depan muka kami..Alaaa, aku memamg kecut dah macam ni, tingkap ku tutup, suami pulak sebelah..macam terganggu je tidur dia..anak ok je tak nangis.
Aku ni, tak sedap hati dah, buka mata sikit2..Allah, apa aku nampak ni, memang seram wehh…ada kain putih macam tu…macam terbang sekilas lalu…kain je aku nampak..
Serammm..baca La surah2 sikit, aku pegang tangan suami, aku tengok dia je…tapi tak cakap memasing…terus apa lagi..pecut laaa..kereta tak ada langsung tapi memang kami pecut.
Kami diam sepanjang jalan sampai gerik, baling..nak cakap takut..dekat2 5pagi sampai rumah..
Lega sangat..esok nya lepas masing2 dah makan apa, suami bagitau…dia rasa semacam la time dia tidur, dia rasa malam tu..macam ada something sentuh2 muka dia..suami tu penakut jugak la..esok lusa tu kami bertiga demam serentak.
Mak aku pesan dah, malam2 sangat jangan lalu jalan tu…situ macam2 pernah jadi, hutan saja kan..stay la dulu esok siang boleh balik.
Itu je la kisah aku..Maaf kalau tak seram.
Terima kasih
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI