Hijab Mata Suri

Salam dan hai kepada semua pembaca Fiksyen Shasha. Selalu nya aku memang suka habiskan masa terluang dengan baca kisah-kisah seram dekat Fiksyen Shasha ni. Tapi kali ni aku tergerak nak kongsi kisah aku pulak dengan pembaca semua. Tapi sebenarnya bukan tentang aku la, tentang anak perempuan aku. Aku ada empat orang anak, seorang perempuan dan lagi tiga orang lelaki. Anak perempuan aku ni, aku namakan dia Suri. Sekarang umur dia 12 tahun.

Ok, Suri ni cepat lancar cakap nya. Budak nya petah bercakap. No wonder la dah 2 tahun berturut-turut dia jadi wakil sekolah pertandingan pidato. Jadi, dia memang petah bercakap dari dia kecil lagi. Suri ni selalu mengadu dekat aku dia nampak “something”. “Something” yang orang lain tak boleh nampak. Mula-mula nya aku ingat dia ni mengada-ngada je dan saja je buat cerita nak tarik perhatian semua orang. Tapi bila lama-lama aku jadi rasa pelik. Bila aku cerita kat umi aku, umi kata,
“Alin pernah dengar tak tentang orang yang terbuka hijabnya?. Mungkin Suri ni salah seorang. Better bawa dia pergi berubat”. Dan waktu tu aku macam…emmmm yela-yela. Nanti la aku ikhtiarkan.

Masa Suri tadika, dia selalu mengadu dekat aku. Tadika Suri dalam bangunan rumah kedai 2 tingkat. Dekat dinding tadika dia, biasa la kan, dah nama nya tadika, cikgu-cikgu lukis lah mural kat dinding hall tempat kanak-kanak berhimpun dan buat aktiviti pendidikan jasmani. Mural tu kalau tak silap aku gambar beberapa orang kanak-kanak tengah bermain-main. Mural nya memang agak besar cover dinding yang besar tu. Suri selalu cakap dekat aku,

“Umi, gambar orang-orang kat dinding tu kadang-kadang dia bergerak-gerak. Mata diorang selalu bergerak-gerak tengok-tengok kakak”. Memang selalu saja dia mengadu dengan aku benda yang sama. Waktu ni aku just dengar dan respond macam biasa jela. Dalam hati aku mungkin tu hanya perasaan dia saja. Aku ingat ni la perkara pertama Suri mula cerita pelik-pelik dekat aku.

Satu hari tu, masa ni dekat rumah. Waktu tu dah lewat petang. Aku duk lepak baring-baring dekat bilik aku. Tiba-tiba Suri masuk. Dia macam mencari-cari seseorang. Aku pelik la.
Aku tanya dia, “Kakak cari siapa?”.
Then dia jawab, “Kakak cari abah”.
Aku terus bangkit dari katil. Aku kata, “Mana ada abah. Abah belum balik kerja lagi lah.”
“Ada la…abah ada tadi. Dia masuk bilik kakak. Dia tengok kakak. Dia cekak pinggang. Lepas tu dia terus keluar. So kakak cari abah la ni” Suri jawab dengan confident je. Waktu ni aku macam dah rasa semacam. Tapi aku buat-buat ok je depan Suri.
“Mana ada abah. Abah tak balik lagi. Dah la tak payah nak mengada-ngada la.” Suara aku sedikit tinggi. Aku suruh Suri keluar dari bilik aku. Dari jauh aku dengar dia mengomel-ngomel, “Abah ada…kakak nampak abah tadi….”.

Aku pun apa lagi, terus capai henfon, call laki aku suruh dia balik sekarang juga. Memang waktu tu rasa seram je la. Lagi pun masa tu dah nak maghrib. By the way masa kejadian ni, aku dan family baru je lepas pindah ke rumah ni. Baru sebulan dua macam tu la.
Ada satu malam tu kami sekeluarga keluar makan malam kat luar. Waktu ni aku malas masak. Kebetulan parents and adik bongsu aku datang tidur rumah aku. Kami pun duduk la kat sebuah restoran ni. Aku duduk mengadap ke dalam kedai. Suri duduk betul-betul depan aku. Dia duduk mengadap luar kedai. Sebelah Suri ialah parents aku.

So sementara tunggu makanan sampai kami pun borak-borak la. Tapi aku perasan Suri hanya diam je masa tu. Tak macam selalu. Dia jenis banyak mulut suka borak-borak especially kalau Tok Mi (Umi aku) ada. Tapi masa ni aku notice Suri diam je sepanjang kami kat restoran tu. Dia makan pun senyap je sampai habis. Tak de berborak-borak macam selalu. Hingga lah sampai rumah. Aku approach Suri dan aku tanya pada dia.
“Kakak ni dah kenapa?. Senyap je dari tadi?”
Dia pun mula la bercerita….

“Sebenarnya masa kat kedai makan tadi kakak ada nampak something…”
“Awak nampak apa??”. Masa ni semua yang ada dekat situ tertumpu kat Suri.
Suri pun mula la cerita.
“Tadi kakak nampak dekat luar kedai tu ada orang perempuan tengah berjalan. Tiba-tiba perempuan tu panjat pokok. Dia panjat laju. Rambut dia panjang sangat. Besar dia macam besar Umi…Dia warna hitam…”
Memang dekat luar kedai tadi tu, dekat seberang jalan tu agak gelap dan banyak pokok tinggi-tinggi..Lepas tu Umi aku pun tenangkan Suri dan teman dia tidur malam tu.

Pernah sekali tu masa Hari Raya Aidilfitri. Aku dengan family aku pergi lah beraya rumah kawan aku. Borak punya borak tak perasan jam dah dekat 12 malam. Kami pun minta izin la nak balik walau pun hati ni masing-masing nak berbual lagi. Kawan aku dengan husband dia iring la kami ke kereta nak balik. Sambil tu kawan aku ni dukung la anak dia yg umur 8 bulan. Aku minta anak-anak aku masuk dalam kereta dulu. Suri dengan adik-adik dia pun masuk la dalam kereta dulu.

Tu la kan punya la excited, aku dengan kawan aku ni sambung borak lagi. Hahaha…agak nya Suri tunggu lama dia pun bukak la tingkap kereta dan jenguk kepala dia ke luar sambil tengok aku sambung borak dengan kawan aku. Sekali masa kami tengah leka bersembang, tiba-tiba Suri jerit…
“Umi…ada kain warna putih terbang lalu belakang umi dengan aunty tadi….” Suri jerit sambil tangan dia tunjuk dekat arah aku dengan kawan aku. Serentak kami pandang belakang. Memang tak nampak apa-apa pun masa tu.
Aku dah perasan kawan aku muka dia dah lain.
Lepas tu aku pun jawab la…
“Mana ada apa-apa…iya je la kakak ni…”
Sebenarnya aku percaya sebab anak aku yang sorang ni memang boleh nampak benda pelik-pelik. Aku cakap macam tu sebab nak cover je supaya kawan aku tu tak fikir yang bukan-bukan.

Aku tengok jam dah pukul 12 lebih dah waktu tu. Lepas tu aku dengan husband pun terus mintak izin gerak balik. Keesokkan hari tu, kawan aku call aku. Dia bagi tau baby dia yang umur 8 bulan tu meragam sepanjang malam. Asik menangis-nangis lepas tu tak nak tidur. Macam kena ganggu. Kawan aku kata dia percaya apa yang Suri nampak malam tadi tu. Aku pun mengiyakan je la sebab aku yakin memang betul pun apa yang Suri nampak tu. Aku yakin memang benda tu ada lalu belakang kami masa kami tengah leka berborak tu.

Teringat masa time PKP hari tu. Bila kerajaan minta work from home. Tapi hanya selected je kena datang office. Dekat tempat kerja aku management team di arahkan datang bekerja macam biasa. Termasuk lah aku. Company tempat aku kerje ni bangunan nya ade 11 tingkat. Department aku dekat tingkat 7. Office level 7 tu memang agak luas dan menempatkan 25 orang pekerja. Aku pulak stay dalam bilik aku. Aku ingat office level 7 masa tu aku je yang kene datang. Pekerja lain semua work from home. Luar bilik aku tu memang sunyi jela sebab staff-staff lain tak datang.

Oleh kerana aku takut stay sorang, aku pun bawak la Suri teman kan aku kat office. Sepanjang waktu kerja tu aku dengan Suri duduk je la dalam bilik aku. Sesekali aku atau Suri keluar untuk pergi toilet or pergi pantry amik air minum kat Cuckoo tu. Oleh sebab pekerja lain tak datang, aku tak bukak lampu luar. Memang sedikit gelap but still ada cahaya masuk dari tingkap-tingkat keliling tu.

Tau tak Suri cakap apa….dia cakap nampak ade 2 – 3 orang warna hitam, tak ada muka merayau-rayau berlegar-legar dekat office level 7 tu. Tapi benda tu berlegar-legar kat luar je la, tak sampai masuk dalam bilik aku. Even masa aku dengan Suri on the way nak pergi pantry pun benda tu ade lalu kat belakang aku. Macam biasa la. Aku tak nampak, Suri yang nampak.

Memang sepanjang PKP tu aku dengan Suri duduk je la dalam bilik aku. Keluar sesekali je nak pergi toilet atau pantry. Tapi tula sebab macam dah biasa, aku tak de la rasa takut sangat. Maybe sebab Suri ada. Tapi Suri pulak kalau nak pergi toilet atau pantry dia pergi sorang je. Dia tak de pun suh aku teman dia. Tapi kalau aku yang nak keluar dari bilik tu memang aku ajak Suri temankan aku…penakutkan aku??..hahaha

Sebenarnya banyak lagi la benda yang Suri pernah nampak. Tak dan la aku nak share semua dalam ni. Tapi yang aku perasan makin Suri besar, makin kurang dia nampak benda yang pelik-pelik ni. Last sekali masa bulan 1 hari tu, dia kata dia nampak ada lembaga warna hitam duk berdiri dekat luar tingkap rumah aku. Masa tu waktu maghrib.

Lepas tu sehingga ke hari ni, Alhamdulillah dia tak de dah mengadu nampak benda pelik-pelik lagi dah. Aku pun lega jugak la. Harap Suri dah pulih la. Mungkin hijab dia Allah dah tutup sepenuhnya. Dalam ramai-ramai anak aku Suri je la yg selalu nampak bende pelik-pelik ni. Anak-anak aku yang lain tak pernah la mengadu nampak entiti ke yang macam Suri selalu nampak. Ok la korang. Aku stop kat sini ya. Babai…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.co,/submit

Alylyn

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 23 Average: 4.3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.