Hai semua peminat FS,,saya seorang pembaca setia FS juga Tau,,selalunya saya membaca semua kisah kisah seram daripada pengikut² FS juga…jadi terdetik hati nak kongsikan pengalaman ketika aku berusia 9 tahun dulu…kalau diingatkan semula kisah tu macam lucu tapi seram tu ada juga la,,haha tanpa melengahkan masa jom let start!!
Pada pagi itu suasana sangat mendung menandakan hujan hampir tiba,,bagi aku pagi itu adalah pagi yang menyedihkan buat aku sebab orang tua aku kena balik kampung Dan aku kena balik semula ke asrama..betul la cakap orang tua² dulu…tak baik kalau sedih² selalu..tambah pula dari malam keja ku asyik nangis..
Aku duduk termenung di pintu dapur,,memikirkan alangkah bahagia nya jika org tua ku selalu disisiku..ibu tegur aku kenapa nampak sedih jer,,aku tak jawab sbb aku tahu ibu faham apa yang Aku rasa ketika itu…jadi ibu aku pergi ke bilik sediakan beg sklh aku…ayah Dan adikku pula Masih nyenyak tidur…
Rumahku terletak di atas bukit yang belakangnya terdapat banyak pokok² getah…ketika aku duduk termenung melihat pokok² itu,,ada seekor rama² yang sangat cantik terbang dekat dengan aku…aku jadi tertarik dengan corak² rama tu…tak lama lepas tu ada kelibat seolah olah manusia melambai dekat aku..tapi yang pastinya orang itu tiada muka..macam mana nak cakap yer,,seolah olah seperti kepulan asap yang berupa manusia…
yala time tu Masih kecil mana tahu ertinya hantu atau penjahat…dia lambai panggil aku..jadi aku pun apalagi ikut la dia dari belakang…yang aku ingat kami berdua turun bukit sama² lepas tu dia lesap…aku cari dia tapi dia hilang..jadi aku teruskan berjalan sorang²..sebenarnya aku tak sedar pun yang mata aku ditutup,,telinga aku dipekakkan…aku langsung tak ingat apa yang aku buat ketika itu…aku dimana?? Aku hilang pun aku tak tahu…
(Ketika aku dicari org tuaku)ibu datang ke dapur untuk berikan beg sekolah ku…tapi dia terkejut bila lihat tiada aku disana,,jadi dia Tanya ayah tentang aku..ayah aku apalagi terus bangun tanpa berbaju pergi mencari ku…ibu pun dengan tergesa gesa mencari ku di rumah jiran Dan saudara..sebab rumah kami berdekatan jer masa tu…habis semua tempat dicari oleh ibu Dan ayah…
ibu Mula panik Dan berfikir yang aku mungkin diculik,,jadi ibu ku menelefon ayah saudaranya untuk mencari aku di sekitar pasar…namun semua usaha yang mereka lakukan itu sia² saja…sebab aku hilang belum cukup 24 jam jadi ibu ku tidak dapat membuat laporan polis….mereka teruskan mencari aku di kawasan pokok² getah itu…ayahku kata ibu menangis tidak henti² sambil berteriak memanggil ku pulang …
Pada jam 2 petang,,ibu ku terpaksa membuat laporan polis walaupun belum cukup tempoh 24jam…ketika itu hanya tinggal ayahku seorang duduk menangis memanggil ku di pintu dapur …..ayah berteriak sambil berdoa agar aku muncul Dan kembali kepada dia…tiba² ayah ku terdengar bunyi daun² kering seperti dipijak oleh seseorang..Dan bila ayah toleh dia mendapati itu adalah diriku…
ketika itu ayah terkejut bila dia lihat aku merangkak Dan memandang dia dengan mata yang merah…masa tu ayah aku cakap aku nampak tidak normal,,mana tak nya kita manusia jalan tegak,,aku pulak merangkak macam cicak..hahaha..ayah jerit nama aku Dan serta merta aku tersedar terus lari mendapatkan ayah..ayah peluk aku seerat²nya ketika itu..aku Tanya ayah kenapa ayah nangis…ayah jawab ” nanti ayah ceritakan semuanya”…jadi ayah pun menelefon ibu Dan memberitahu yang aku telah ditemui…ibuku segera pulang Dan memelukku tanpa sepatah kata pun…dia membawa ku mandi untuk membersihkan diri Dan memberiku makan….
Ibu bertanya “tadi syg pergi mna??..aku jawab “tadi Amy pergi taman,,taman tu cantik tapi takda kawan..Amy nak balik tapi Amy tak Tau mana jalan balik jadi Amy duduk sendiri tunggu mak & ayah dtg”…mereka pun terkejut bila dengar apa yang aku ceritakan…tapi sepanjang kehilangan aku itu,,aku langsung tak sedar yang aku dimana,,bagaimana pula aku bole cakap aku ditaman sedangkan aku tak tahu apa pun yang terjadi dekat aku…ada seorang pakcik aku ni dia ni ada kebolehan lihat apa yg terjadi pada kita…dia beritahu ibu Dan ayah yang aku ni sebenarnya di sorok oleh sesuatu..mata Dan telingaku di tutup Dan dipekakkan…sebab itu aku tak tahu pun yang aku sesat Dan tak tahu orang tua mencari Dan memanggilku…sebenarnya aku tak jauh pun disorok ada jak dekat celah² pokok getah tu…cuma tiada sesiapa pun yang dapat melihat aku ketika itu…
Jadi malam itu,,org tua ku memanggil saudara² serta orang terdekat utk datang ke rumah bagi mendoakan aku…Dan tidak selepas itu kami pun berpindah ke rumah yang lain bagi mengelakkan benda yang buruk berulang lagi…
kalau aku ingatkan balik kisah ni memang terasa seram sejuk,,kalau la aku tak dijumpai ketika itu,,memang sekarang aku tak dapat kongsikan kisah aku ni,,yang lucunya bila aku imagine macam mana la rupa aku merangkak time tu..dahla pakai baju sekolah Dan kasut sekolah…hahahaha …jadi kena ingat selalu yer tak baik Tau kalau sedih² jer,,asyik nangis jer sebab boleh mengundang sahabat² macam sahabat yang tinggalkan aku tu tadila,,hehe…okayla ini saja cerita yang dapat aku kongsikan bersama peminat peminat FS …semoga terhibur selalu..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI