Homestay berpenghuni

Hai and assalamualaikum semua pembaca FS.Nama aku Ayza dan aku masih belajar di Ipta,aku dah lama jadi silent reader dekat page FS ni,tapi hari ni aku rasa nak share pengalaman aku kepada semua pembaca.Aku nak ucapkan terima kasih kepada FS sebab sudi share cerita aku.

Kisah ni terjadi waktu aku berada di tingkatan 3.Waktu tu ibu bapa aku hantar aku ke kem cuti sekolah yang terletak di selangor.Kem tu berjalan selama seminggu.Tapi bukan pasal kem tu yang aku nak cerita,aku nak cerita pasal benda yang berada di rumah homestay yang kami pelajar perempuan duduk.

Okey cerita dia mula bila first day kami sampai dekat rumah tu dalam pukul 4:30 petang,kami duduk di rumah teres dua tingkat yg dijadikan homestay.Rumah tu ada 4 bilik and 2 bilik air. Kami pelajar sepenuhnya menggunakan tingkat atas,tingkat bawah digunakan oleh penjaga kami.Dia ada anak kecil tau.Dalam 10 bulan macam tu.

Lepas dah siap bagi penerangan semua,penjaga kami tu suruh kami naik uruskan diri and siap sebab pukul 7 makanan sampai and kami akan ada kelas malam tu..Bila aku masuk je dalam bilik dah tersedia,katil saiz Queen,almari besar tpi yg tak bestnya katil menghadap tingkap.

Bila aku buka tingkap aku tengok pokok pisang besar and tinggi melepasi tingkap bilik kami.Aku tak syak apa apa pon masa tu.Gangguan mula malam tu bila semua dah naik bilik naik tidur.

Aku naik lambat sikit sebab aku cuci pinggan dulu..bila aku duduk kat dapur tu aku dengar ada yang ketuk tingkap depan.Aku pon jenguk la ke depan.Bila aku bukak je pintu, aku rasa ada macam angin tiup.Time tu memang dah meremang habis dah.

Terus aku baca ayat kursi dan lari naik atas.Lepas tu dah tiada gangguan sampai lah malam kedua terakhir ni gangguan yang agak teruk sampai cikgu aku pon kena sekali.

Waktu tu dekat kelas,cikgu tu tanya kitorang, “kenapa kamu semua  tidur lambat semalam? Dah pukul 1 pon dok main lagi.Saya bangun nak solat dengar kamu semua dok tergelak sakan.Haa kamu putri saya tengok kamu dok terintai dari atas tangga tu kenapa? Dah kena jerkah baru nak tidur..”

Lepas je cikgu cerita macam tu,aku dah rasa,sah la dia nak buat hal.So kitorang cerita la yang takda siapa pon yang main atau gelak sakan..Putri pulak tidur di bilik aku malam tu dan dia memang takde keluar langsung pon.Bila cikgu aku dengar macam tu terus dia decide nak buat baca yassin ramai ramai tengah rumah..

Malam tu kitorang batalkan kelas dan gantikan bacaan yassin dekat rumah.Tapi dia macam tak bagi kitorang buat sebab malam tu 2 orang demam tiba tiba dan pergi klinik dengan cikgu.

So yang lain pun ada rasa berat dekat kaki dengan bahu.Disebabkan ramai tak larat dan tambah dengan perasaan takut, kitorang just bukak surah yassin melalui handphone dan kitorang duduk rapat rapat kat ruang tamu.

Lepas tu dia kacau lagi teruk.Kitorang dengar dekat tingkat atas ada orang lari sambil tarik beg baju yang beroda.Kuat gila bunyi..lepas tu tiba-tiba phone yang pasang yassin tu terhenti.Masa tu Allah je tau perasaan kitorang macam mana.

time tu anak penjaga kitorang tu tidur dalam bilik..tiba tiba dia nangis kuat gila macam sakit tau..akak tu pon pergi la tengok sebab dia duduk dekat kerusi dapur..bila dia bawak keluar baby dia ada sorang budak ni dia darjah 3 dia cakap dekat aku, “akak ada benda hitam melilit dekat kipas pastu lidah dia kena kepala kak syah..(kak syah tu penjaga kami) aku cakap la jangan tegur pejam je mata tu..lepas baby tu dah stop nangis kami dengar pintu dapur and pintu depan digoncang serentak..

kuat gila macam nak tercabut pintu tu..lama jugak dia goncang lepas tu dia ketuk tingkap dapur pulak bunyi ketukan tu seiring dengan salakan anjing..kuat anjing tu menyalak last last mcm bunyi serigala pon ada..

waktu tu dah ada yang menangis nak balik..diorang tutup mata and telinga kuat-kuat..aku pon dah kecut perut…ingatkan sampai situ je gurauan dia..rupanya ada lagiii…bunyi orng hentak kaki dari atas lepas tu semua pintu bilik dekat atas kena hempas..lepastu bukak balik and hempas balik..berulang dalam 3-4 minit kot..lepas tu senyap..time tu aku ada dengar perempuan menangis macam mendayu tau dari luar sebab aku duduk dekat dengan pintu…lepas semua macam dah reda, kak syah teman aku and mai naik atas sebab nak ambik bantal kitorang dan yang lain…

Kitorang semua tidur dekat bawah…bila smpai je atas kitorang bau macam bunga yang warna putih tu..tak pasti nama dia apa..tapi semerbak gila bau..pastu kitorang gagahkan jugak masuk bilik bila bukak je pintu,aku tengok tingkap bilik aku terbukak..sedangkan aku bukak waktu siang je dan aku yakin gila and aku nampak yang Mai dah tutup tingkap tu petang tadi..so lepas ambik je bantal terus kelur and pergi bilik sebelah ambik bantal budak lain..bila kitorang turun tu aku perasan yang ada macam benda lalu dekat tepi aku..laju gila..bila dah sampai bawah kitorang terus baring rapat rapat…takda siapa pon yang tidur lena malam tu..semua pejam pejam je mata…

Aku memang tak boleh nak lelap lansung..tiba-tiba mai pegang tangan aku,menggigil and sejuk gila tangan dia..Dia bisik kat aku, yang dia ternampak seorang perempuan pakai kebaya merah dekat pintu dapur..aku memang dah takut sangat masa tu so aku cuma boleh pegang tangan dia and bisikkan selawat je masa tu..last aku pon tak tahu bila terlelap..esoknya bila aku dengan mai naik bilik tengok bilik bersepah macam kena geledah..kitorang terus kemas mandi and solat..pagi tu driver yang ambik tu datang lambat so terus kami kemas barang sebab hari tu last day kami dekat situ..

Itu sahaja cerita yang aku nak kongsi..mungkin tak berapa seram,tapi ia antara benda yang aku tak boleh lupa sampai bila bila…maaf kalau ada kesalahan ejaan atau bahasa..last sekali aku nak ingatkan sebelum masuk di tempat baru buat baca yassin dulu and jaga solat..tambah tambah kalau tempat tu lama takde orang duduk..Terima kasih sebab sudi baca cerita aku..Bye

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ayza

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 thoughts on “Homestay berpenghuni”

  1. Seram / Tak (2 marks) = 2
    Gaya bahasa (2 marks) = 1
    Penyampaian (2 marks) = 2
    Real / Fake (2 marks) = 2
    Whole story (2 marks) = 2
    9/10

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.