Homestay Di Langkawi

Hi Assalamualaikum kepada pembaca Fiksyen Shasha. Hari ini tergerak hati aku untuk berkongsi kisah yang aku alami di sebuah homestay ketika bercuti di Pulau Langkawi. Nama tempat itu aku rahsiakan. Aku minta maaf terlebih dahulu jika cerita aku ni tak berapa seram.

Pada awal tahun 2019, aku dan juga kawan kawan aku telah merancang untuk bercuti di Pulau Langkawi. Kami pergi berempat berlima. Aku dan Iliya masih bujang dan belum berkahwin. S dan suaminya, W dan juga anak mereka yang masih kecil.

Semuanya telah ditempah awal. Homestay yang kami akan menginap selama 4 hari 3 malam dan juga kereta sewa. Semuanya telah diuruskan oleh S. Kami beruntung kerana harga homestay dan kereta sewa itu kami dapat dengan harga yang murah sekitar RM180 seorang.

Tibalah masa kami untuk pergi bercuti. Seperti biasa, check-in dan holiday!!
Kami tiba di Langkawi sekitar jam 4.00 petang dan terus mengambil kereta sewa. Kami berhenti makan di kawasan belakang airport. Setelah itu, kami terus bergerak untuk pergi ke homestay. Kami menggunakan waze untuk membantu kami mencari homestay tersebut tetapi kami tidak jumpa. Setelah beberapa kali pusing di tempat yang sama. Barulah kami nampak homestay kami yang terletak jauh ke dalam.

\Setelah penat mencari, kami tiba sekitar jam 6.00 petang. Ada dua blok yang saling bertentangan dan blok A itu ada dua tingkat. Kami terpaksa menunggu orang untuk mendapatkan kunci bilik. Mata aku melilau melihat persekitaran. Cantik dan tenang. Kawasan kampung yang indah. Tapi perasaan aku tidak enak kerana di situ bilik kami sahaja yang diduduki. Bilik bilik yang lain semuanya kosong dan tak berpenghuni,
Aku bagi sedikit gambaran tentang bilik yang kami menginap selama di sana. Ada ruang tamu dan dua bilik. Yang menghalang kedua dua bilik adalah pintu yang yang berada di tengah. Kiranya kami boleh lepak di ruang tamu dan boleh menggunakan pintu tengah.

Malam pertama seperti biasa tiada apa yang aneh. Hari kedua sekitar jam 6.30 petang kami sedang merehatkan badan di ruang tamu setelah penat berjalan. Aku terfikir untuk merakamkan kawasan itu untuk dijadikan kenangan. Masa aku buka pintu, aku nampak dua orang budak perempuan dan lelaki sedang berlari lari dan bilik di bahagian hujung kiri yang bertentangan dengan kami, pintunya terbuka luas. Aku bagitahu kawan kawan aku ada orang baru check-in. Perasaan aku sedikit lega sebab bukan kami sahaja yang ada di situ.

Aku pun keluar. Tapi aku tak nampak budak perempuan dan lelaki yang berlari lari tadi. Hilang tanpa bayang. Hilang tanpa jejak. Tapi aku tak fikir apa apa masa tu. Aku berjalan keluar dan aku lalu di depan bilik yang aku kata kepada kawan aku, ada orang baru check-in. Tetapi bila aku toleh, pintunya tertutup rapat. Seperti tiada apa yang berlaku. Tiada bayang manusia. Tapi masih aku tak fikir apa-apa.

Selesai aku merakamkan kawasan di situ. Aku pulang semula ke bilik. Dari jauh aku dengar suara anak S menangis. Menangis yang seperti dia nampak sesuatu. Cepat cepat W azankan setiap penjuru bilik dan Alhamdulillah anak Pah berhenti menangis. Semua cuba bersikap biasa dan tidak mahu memikirkan apa-apa

Malam terakhir kami di situ, kami sedang berkemas untuk pulang keesokan harinya. Sedang kami berkemas, tingkat atas seperti orang sibuk mengubah kedudukan perabot. SRETTTTTTTT!!! SRETTTTTT!!!. Memang bising keadaan di atas. Apa sahajalah perabot yang boleh diubah. Kami pandang satu sama lain. Mata sahaja yang mampu berbicara. Tak berani nak tegur apa-apa. Kami abaikan dan kami tidur sampai keesokan pagi.
Kami check-out pada jam 12.00 tengahari.

Sebelum itu, kami berhenti makan di kawasan belakang airport. Ketika itulah, W buka cerita. Ada satu petang dia tengah berborak dengan kawan dia di telefon. Dia lepak dekat rumah yang aku cakap ada orang baru “check-in” tu. Masa tu sekitar 6.30 petang. Dia nampak seorang nenek tua bongkok lalu di tepi kawasan rumah tu. Dia yang tak terfikir apa-apa, menegur nenek itu. “Nek” sambil tunduk hormat. Nenek itu hanya tesenyum. Setelah dia matikan panggilan telefon, barulah dia rasa aneh dan pelik. Nenek mana pulak yang dia bercakap tadi. Sama seperti aku. Nenek tu hilang tanpa bayang.

Siapakah budak perempuan dan lelaki yang berlari lari? Siapakah tetamu yang datang “check-in” tetapi bila aku lalu di hadapan bilik itu. Ianya tertutup rapat. Siapakah nenek yang datang munculkan diri pada petang itu? Semuanya tanda tanya yang tak akan terjawab. Cuma beringatlah, tempat orang jangan terlalu seronok, jangan terlalu takut. Percaya pada Allah. Yakin pada Allah. In Shaa Allah, Allah akan jaga kita semua. Assalamualaikum dan bye.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

L

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

4 thoughts on “Homestay Di Langkawi”

  1. “Siapakah tetamu yang datang “check-in” tetapi bila aku lalu di hadapan bilik itu. Ianya tertutup rapat”
    Ayat ni tak boleh blah la. Sepanjang pengalaman aku stay hotel/homestay kalau lalu depan pintu tak pernah pulak aku tengok orang biarkan pintu terbukak bila stay hotel/homestay. gila ke apa nak biarkan terbukak je.

    Reply
    • Betol, setuju!
      Akak ni pn usahkan pintu hotel/homestay, pintu umah, grill, pagar pn tutup rapat sepanjang masa…
      Bahayaaa…
      Zaman skrg ni takotkan org jahat lg seram dr takot antu…

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.