Horay, Aku Berseorangan Akhirnya!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Namaku biarlah korang tahu sebagai Zatt, yelah nanti kalau cerita ni tak sedap aku jadi malu pula. Okay, aku seorang pelajar tahun akhir di universiti awam di Selangor. Ya cerita aku ini berkisarkan pengalaman aku di universiti ini. Sebelum memulakan cerita, universiti aku ini tidaklah mempunyai sejarah gelap atau apa-apa yang pelik. Usikan manja dan kejadian pelajar histeria pon jarang berlaku, tapi bila ia berlaku biasanya akan jadi secara besar dan agak menakutkan jugalah. Biarlah kisah tentang itu aku ceritakan lain kali, sekarang aku nak cerita tentang pengalaman aku selepas habis peperiksaan akhir sem di kolej kediaman univesiti aku. Kolej aku ni jenis macam apartment lah dan ada 10 tingkat semuanya. Aku duduk kat tingkat 7 di mana penghuni kolej hanya ada sampai tingkat tu je dan tingkat yang atas-atas tu dibiarkan kosong.

Setelah peperiksaan akhir sem tamat, aku mengambil keputusan untuk kekal menginap di kolej selama seminggu. Aku sengaja tak pulang ke rumah mak aku kerana nak rehat dulu kat kolej. Biasalah, kat kolej aku ada internet laju dan kawan-kawan baik serumah aku pon ada lagi kat kolej sebab diorang pon tak nak balik lagi. Jadi aku ingat bolehlah nak layan filem 24 jam dan buat aktiviti mehilangkan stress dengan kawan-kawan aku ni. Tapi malangnya selepas beberapa hari, sorang-sorang kawan aku balik. Rindu mak ayah diorang lah tu. Pada hari kelima tu, tinggallah aku dengan kawan aku sorang lagi dalam rumah tu, aku ingat bolehlah dia teman aku 2-3 hari lagi tapi dia pon tinggalkan aku petang tu juga. Tapi pada masa yang sama aku gembira juga sebab aku sorang je ada dalam rumah tu. Hooray!!! Bolehlah aku buat apa saja kat rumah tu. Otak aku dah ligat nak buat benda-benda mengarut dalam rumah tu. Biasalah, budak lelaki. Kawan aku pernah cerita dia berbogel je kat rumah bila takde orang kat rumah pada cuti mid sem lepas sebab dia sorang je kat rumah tu yang tak balik.

Hari ke enam aku kat rumah tu, tiba-tiba aku rasa macam tak sedap hati. Macam ada benda je nak jadi. Jadi sebelum magrib tu aku dah tutup siap-siap semua tingkap, kunci pintu depan, beli makan awal dan buka semua lampu dalam rumah. Malam tu aku rasa seram je padahal takde apa-apa jadi lagi pon. Aku pon ambil keputusan nak tidur awal malam tu, tapi entah macam mana aku tak boleh tidur, sampailah pukul 12 lebih tu baru rasa mengantuk. Tapi bila mata aku nak lelap je aku bunyi macam ada orang borak dan berjalan-jalan depan bilik aku. Aku sedapkan hati aku dengan fikir tu mungkin ada orang borak dengan suara kuat depan rumah aku. Tapi tak mungkin juga sebab masa tu majoriti pelajar dah balik kampung masing-masing, kat tingkat 6 dan 7 ni aku sorang je yang ada. Hati aku dah rasa tak sedap dah masa tu, aku fikir nak pergi tumpang mana-mana bilik kat bawah tapi masalahnya aku tak kenal sesiapa pon yang tinggal kat tingkat bawah. Aku risau kalau aku pergi ketuk mana-mana rumah dan ada orang bagi tumpang pun, dia bukan orang, tapi benda lain. Sebab aku pernah baca cerita dalam Fiksyen Shasha ni tentang dia tumpang tidur dekat rumah orang lain, tapi sebenarnya tak ada sesiapa pun dalam rumah tu.

Jadi aku ambik keputusan untuk bertahan jelah sebab aku tak kena kacau teruk lagi masa tu. Tapi setiap kali aku nak lelap je aku bunyi macam suara orang tu makin kuat dan makin dekat dengan aku. Lama-lama aku dengar pula macam ada orang tengah cari barang kat bilik sebelah aku dan untuk pengetahuan korang bilik tu tingkap dia betul-betul rapat dengan sepohon pokok yang tingginya hampir-hampir sama dengan tingkat 7 kolej aku tu. Aku cuba untuk sabar je dengan semua bunyi tu, tapi lama-lama aku jadi geram kerana aku tak boleh nak lelap sebab ganguan tu. Aku pon dengan beraninya pergi tengok apa punca bunyi tu. Bila aku keluar bilik, aku rasa sejuk dan berangin je. Aku rasa pelik juga sebab semua tingkap dah tutup dan kipas kat luar pon tak buka. Bila aku masuk bilik sebelah yang bunyi macam ada orang geledah tadi, aku terkejut sebab bilik tu berselerak dengan sisa makanan, kertas dan daun kering. Dan yang makin seram aku tengok tingkap bilik tu terbuka. Otak aku terus fikir patutlah bersepah, tingkap tak tutup rupanya, mesti angin kuat sangat tadi ni. Tapi bila fikir balik, aku rasa dah tutup tingkap ni tadi, aku siap periksa 2-3 kali lagi tadi sebelum magrib. “Issshhhhh, macam mana ni. Aku rasa dah tutup tadi “fikirku.

Aku berfikir 2-3 kali samada nak tutup tingkap tu ke nak masuk bilik balik sebab macam aku kata tadi, bilik yang ni mengadap pokok yang tinggi tu. Tinggi pokok tu cuma kurang sikit je dari aras tingkap tu. Aku ambil keputusan nak tutup tingkap tu balik. Memang cari pasal la kan? Bila je aku nak capai tombol tingkap tu, mata aku dapat tangkap ada benda hitam dekat atas pokok tu. Benda tu duduk bertinggung kat bahagian atas pokok tu, bentuk dia macam monyet tapi besar dan benda tu macam tengah makan sesuatu. Aku dah gabra dah sebab aku yakin benda tu bukan monyet dan dia boleh duduk bertinggung tu macam permukaan atas pokok tu rata. Aku terus tutup tingkap tu dan terus masuk bilik, berselubung dalam selimut aku. Mengeletar badan aku dalam selimut tu, dah lah aku duduk sorang-sorang kat rumah tu, kalau jadi apa-apa kat aku mungkin takde orang dengar jeritan aku. Aku ingat ganguan tu dah berhenti, rupa-rupanya bunyi balik macam ada orang geledah bilik sebelah tu. Kalau korang ada masa tu mungkin korang akan terkencing dalam seluar kot. Dan yang lagi seram, pintu bilik aku pula kena ketuk. Ketukan tu bukan kuat pon, bunyi perlahan macam segan-segan je tapi dia punya bunyi masuk dalam kepala aku sampai aku dah tak boleh nak lelap.

Bunyi ketukan tu lama juga lah sampai aku rasa macam nak menangis je. Aku dah tak tahu nak buat apa dah, nak buka bacaan al-quran laptop aku tak bawak, telefon habis bateri dan nak banggun nak ambik quran pon aku tak berani sebab takut sangat. Ketukan tu berhenti lepas 1-2 jam macam tu lah. Mungkin dia dah bosan kacau aku kot. Lega kejap aku, tapi yang tak boleh tahan tu, benda tu boleh pula ketawa dan cakap ‘tulah, sapa suruh duduk sorang-sorang” serta disambung dengan pula dengan gelak yang kuat amat. Ya macam yang korang boleh agak aku terkencing atas katil. Malam tu memang aku tak tidur sebab takut sangat, yelah sebab setiap kali aku nak lelap je ada bunyi pelik-pelik. Bila azan subuh je,aku terus mandi, solat subuh dan kemas barang aku nak balik rumah mak aku. Aku rela tinggalkan banyak barang aku kat kolej sebab nak cepat keluar and tak sempat nak kemas semua. Balik kampung je terus aku cerita kat mak aku dan dia cari ustaz untuk pulihkan semangat aku balik. Malu pon ada nak cerita kat mak aku yang aku terkencing atas katil sebab takut sangat.Rasa seram dia tu sampai sekarang aku tak boleh lupa. Sekarang pon aku tengah taip karangan ni aku rasa seram je sebab aku taip benda ni masa tengah malam dan aku duduk kat bilik yang mengadap pokok tu tapi tingkat 2 . Risau juga dia tegur sebab cerita hal dia. Cerita ni aku tak pernah cerita kat sapa-sapa pon selain mak dengan ustaz tu je. Ini aku ada semangat balik nak cerita ni.

Nasihat aku, kalau korang nak duduk lama-lama kat kolej ke rumah sewa, pastikan ada teman dan yang paling penting baca quran setiap hari. Jangan jadi macam aku sebab tu benda tu boleh kacau aku dalam rumah tu. Nasib baik roomates aku tu rajin baca quran, sebab tu benda tu tak masuk dalam bilik aku kot. Terima kasih kepada admin-admin Fiksyen Shasha sebab terima cerita aku ni. Harap dapat disiarkan lah ye. Aku nak juga tengok cerita aku masuk dalam Fiksyen Shasha. Dan kepada pembaca semua, terima kasih sebab sudi baca cerita ni.Maaf kalau ada banyak kesilapan dalam karangan aku ni Aku hargai kalau korang nak kritik atau komen tulisan aku ni. Terima Kasih. Selamat Malam

p/s : pasal kenapa kolej aku penghuni hanya sampai tingkat 7 je walaupun ada 10 tingkat tu nanti aku ceritakan lagi kali kalau cerita ni dapat masuk dalam FS.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mr. Topeng

Just a noob in writing arena

rate (3.87 / 15)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

34 Comments on "Horay, Aku Berseorangan Akhirnya!"

avatar
Manchego
rate :
     

.

miszmujahidah
rate :
     

Nice story…smbungla nak tau gak asal dok sampai tgkat 7 je

Darkaz
rate :
     

Memang seram cerita kau ni. Time aku study dulu pon aku dok tingkat 7 dari 8 tingkat. Dah lah tu semua senior. Aku sorang je budak yg baru masuk rumah tu. memang selalu la kena tinggal sorang2. Sebab senior semua busy kan. Nasib la tak pernah kena cam kau ni. Tapi ada gak la gangguan2 kecil tu. Maklom la dok sorang2 memang menatang tu suka kacau.

Darkaz
rate :
     

Btw cerita kau sangat best. Seram dan lawak. So cerita kau ni dah masuk FS. Tahniah aku ucapkan. Mohon sambung cepat cerita seterusnya~

jija

ok lah menarik

wpDiscuz