HOSPITAL

Tajuk : HOSPITAL

Penulis : MAD PI

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja. Memandangkan kes penularan covid19 kian meningkat, sama samalah kita patuhi arahan kerajaan dan pihak yang berkenaan dan yang paling penting, ‘Kita Jaga Kita’. Kali ini aku ingin bercerita tentang perkongsian pengalaman seram dari beberapa orang pekerja binaan di tapak projek sebuah hospital…

“Hah?”.

“Hospital mana?”.

“Nak tahu ke?”.

“Biarlah rahsia, ha ha ha”.

Pada suatu hari, sedang aku meronda – ronda dengan motorsikalku, angin bertiup sepoi – sepoi bahasa membelai lembut wajahku. Begitu nyaman sekali.. Uuuhayyyy. Tiba tiba, cuaca bertukar menjadi gelap dan hujan turun dengan lebatnya.

Beginilah nasib aku, penunggang dua roda yang tiada berbumbung. Jika hujan lebat, terpaksa aku mencari tempat berteduh dan aku ingin mengingatkan jangan sesekali menunggang ketika hujan lebat kerana itu akan membahayakan nyawa kita sendiri.

Memandangkan di situ dikelilingi hutan, mnyukarkan aku untuk cari tempat berteduh. Tidak lama selepas itu sampai lah aku di sebuah tapak projek. Aku tumpang berteduh di situ.

Para pekerja aku tengok dah berhenti bekerja memandangkan hari sudah lewat petang.. Rata- rata aku lihat mereka semua orang Bangladesh. Sambil aku menunggu hujan reda, aku nyalakan rokok Gudang Garam.

Aku sedut dengan penuh nikmat sekali, lalu menghembus asap yang berbentuk bulat. Sukanya hati aku akhirnya menjadi juga aku buat, selalunya aku gagal nak buat asap bulat tu.

Sedang asyik aku merokok, datang seorang pekerja binaan menghampiri aku lalu bercakap dalam bahasa yang tidak aku fahami. Bahasa Bangladesh barangkali aku meneka.

“Heiii, cakap bahasa melayu la jangan cakap bahasa bangladesh, aku tak faham”.

“Aku orang sini lah, local product you know”, ujarku.

“Maaf bang maaf, tapi saya bukan Bangladesh mari, saya Myanmar, saya ingat abang orang Myanmar”, balasnya..

“Hello bro, demo tak kenal barey boh, you don’t know items”, cantasku dalam dialek Kelantan dengan rasa tidak puas hati.

Ada ke patut, aku nak tanya kamu semua dia cakap aku macam orang Myanmar. Agak agak la, muka macam Korean macam ni dikatanya aku muka Myanmar. Dia meminta rokok padaaku sebatang tetapi aku cakap sudah habis. Aku masih tidak berpuas hati padanya.

Bila rokok aku tinggal separuh aku beri padanya. Kesian pula aku tengok. Kami sempat berbual dan dia memperkenalkan diri sebagai Sinon Loresca tapi dipanggil Sinon saja.

Tidak lama lepas tu datang pulak seorang rakannya dan kali ini betul dia orang Bangladesh. Namanya Cuncurut. Pelik jugak nama dia tapi aku tidak membahaskan soal itu. Rupanya mereka semua tinggal di tapak projek itu.

Makan masak sendiri. Jadi memandangkan hujan masih lebat dan tidak tahu bila nak reda, aku cuba mengorek cerita pengalaman seram daripada mereka. Setahu aku di sekitar kawasan itu agak keras.

“Baiya tak pernah jumpa hantu ke kat sini, kalau ada kongsi la sama saya,” tanyaku.

Pernah kata mereka. Sejak tapak projek itu mula dibuka lagi berbagai dugaan dan kisah seram yang pekerja disana alami sampai ada yang mengganggu kelancaran proses pembinaan dibuat.

Tambahan pula mereka tinggal di situ. Bila malam menjelma, debaran kian terasa. Suasana seram mencengkam jiwa. Ayuh kita susuri pengalaman mereka yang aku coretkan untuk semua.

****************

Hospital itu pada asal nya di atas bukit. Tapi memandangkan bangunan yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah kemasukan pesakit. Di samping bagi menambah baik prasarana hospital tersebut, pihak kerajaan telah memperuntukkan bajet untuk menambah bangunan yang baru bagi menampung pesakit yang kian meningkat serta menaik taraf hospital.

Jadi bangunan baru dibina di bahagian kaki bukit yang pada awal nya adalah hutan tapi jarak bangunan yang akn dibina dengan yang lama tidak lah terlalu jauh..Ternyata banyak cabarannya untuk membina bangunan tersebut. Awal awal lagi sudah diduga. Semestinya pokok pokok di kawasan itu perlu dibuang.

Maka dijalankan aktiviti membuang pokok pokok di situ dengan mengunakan jentolak. Tiba di satu pokok ini bila usaha untuk menumbangkannya jentolak akan m**i dan rosak. Kejadian itu terjadi berulang kali lalu mereka menghabiskan sisa pokok pokok yang lain dahulu dan akhirnya tinggallah satu pokok itu sahaja.

Lalu mereka cuba lagi untuk menumbangkannya namun tetap gagal. Seperti sebelum-sebelum nya. Maka pihak pemaju terpaksa memanggil ustaz yang ahli dalam bidang mistik untuk berikhtiar. Mungkin pokok ini berpenunggu.  Lagipun saiz dia agak besar.

Hendak diabaikan sahaja tidak boleh sebab pokok tu terletak diatas pelan tapak bangunan. Beberapa orang ustaz telah dipanggil dan mereka akhirnya berjaya menebang dan membuang pokok tersebut. Tapi dugaan bukan terhenti setakat itu..

******************
Masa bekerja di tapak projek tu biasanya akan tamat pukul enam petang. Pekerja tempatan akan pulang ke rumah masing masing yang mana rata rata tinggal di kawasan berdekatan. Lain pula ceritanya untuk warga asing. Tempat tinggal mereka adalah di tapak projek itu sendiri.

Sedang mereka berehat dan membersihkan diri tambahan ketika waktu menghampiri Maghrib, ada yang sering melihat kelibat seorang wanita tua berpakaian seperti pakaian orang dulu-dulu dengan menutup kepalanya dengan kain batik lusuh sedang berpimpin tangan dengan seorang kanak kanak kecil di dalam kawasan lalang yang tinggi.

Tidak mungkin manusia lalu kesitu sebab kawasan lalang tu menuju ke hutan. Tiada yang sempat tengok rupa makcik tua tu kerana terlindung oleh kain lusuh yang dipakaianya.

Namun ada cerita yang mengatakan kanak kanak kecil tu kelihatan pucat dan lama kelamaan berubah menjadi kehitaman. Ada juga yang mengatakan yang apa yang mereka nampak itu tidak berkaki hanya berupa dari kepala sampai paras pinggang sahaja.

Biasanya kelibat mereka akan hilang begitu sahaja. Ada yang cuba cuba buat berani cuba mengekori kelibat makcik tua itu. Namun, mereka tersesat di dalam rimbunan lalang tu sedang kawasan itu tidak lah begitu luas..Keesokan hari baru ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Penat semalaman mencari jalan keluar namun tiada berhasil.

*****************

Menurut Sinon, rakan senegaranya, Suntut yang turut bekerja disitu pernah diganggu dengan penampakan seorang jururawat wanita sedang menolak jenazah yang bertutup kain putih dengan menggunakan stretcher. Ketika itu sudah larut malam dan hujan turun rintik rintik.

Kalau nak dikirakan bangunan tu masih dalam pembangunan, tidak logik jika ada jururawat yang bertugas disitu. Terus meremang bulu roma melihat nya. Tiba tiba kain putih yang menutup jenazah terselak lalu menampakkan wajah si jenazah.

Kulit kepalanya tertanggal dan tempurung kepalanya pecah menampakkan isi otaknya. D***h mula mengalir dan menitis ke lantai. Mata tersembul keluar dan lidah terjelir separas dada. Lintang pukang tak cukup tanah si Suntut dibuatnya sampai kakinya terpijak paku.

Kesian sekali bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Nasib baik lukanya tidak begitu parah..Bukan Suntut sahaja yang pernah menemui kelibat jururawat bersama jenazah, masih ramai yg berpengalaman sebegitu termasuk Cuncurut.

“Betul bang ketika itu saya sedang tidur tapi tersedar bila terdengar bunyi sesuatu yg beroda bergerak. Dengan sekali pandang saya terkejut melihat seorang jururawat sedang menolak sesuatu yang berbalut kain putih lalu saya tundukkan kepala. Bila saya tengok balik, ia menghilang tapi selepas itu muncul bau busuk seperti bangkai menusuk hidung saya”, cerita Cuncurut dengan bersungguh sekali.

****************

Gangguan demi gangguan dialami oleh pekerja yg tinggal di sana. Bahan bahan binaan selalu beralih tempat. Jika hari itu diletakkan di penjuru kanan.Keesokan harinya semuanya ada di belakang.Kadang kadang beralih ke tingkat atas.

Ada pekerja yg bekerja di tingkat satu.Tengah leka buat kerja sedar sedar ada di tingkat tiga. Tapi demi mencari rezeki mereka terpaksa bertahan. Tu belum masuk bab pembayaran gaji yang selalu lewat. Aduhai macam-macam.

*********************
Pernah terjadi pada suatu malam. Ketika itu mereka sedang menyiapkan bahan memasak untuk makan malam. Mereka kehabisan bawang. Mereka ni memang boros bawang bila memasak. Faham – faham sajalah. Cuncurut mencari Sinon untuk mengajaknya ke kedai runcit berdekatan.

Dekat tak dekat jugak la kira kira satu kilometer lebih jugak lah. Sebab tu Cuncurut perlukan teman. Ajak kawan yang lain semua sibuk dalam talian dengan keluarga masing masing. Takut juga dia kalau pergi seorang.

Bila dia buat panggilan telefon pada Sinon, tak berjawab. Cari punya cari dia naik sampai ke atas bangunan, sampai ke tingkat empat. Rupanya Sinon ada di situ sedang dalam talian dengan keluarganya di Myanmar. Lalu mereka turun ke bawah.

Mereka pelik setelah penat menuruni anak tangga mereka tetap berada di tingkat empat tu. Hampir sejam mereka tersesat dalam bangunan tu. Mereka cuba memanggil rakan rakan mereka yang berada diluar.

“Suntut!!!”.

“Kuna!!!”.

“Silika!!!”.

Namun tiada sahutan. Sedangkan Cuncurut dan Sinon nampak jelas mereka dibawah. Buat panggilan pun tiada berjawab. Tiba tiba kedengaran suara kanak kanak perempuan sedang gelak ketawa sambil berlari lari. Sekejap di bahagian penjuru kanan.

Sekejap kedengaran di penjuru kiri bangunan. Akhirnya mereka ternampak kelibat kanak kanak perempuan dalam lingkungan lima tahun sedang berlari – lari menuruni anak tangga. Cuncurut beragama islam.

Dia tawakal dan menuruni anak tangga sambil membaca ayatul qursi dan surah surah lain sambil memejamkan mata. Perlahan lahan mereka menuruni anak tangga. Tidak lama kemudian mereka berjaya keluar dari bangunan separa siap itu.

Lega mereka. Bila mereka bertanya pada rakan rakan mereka, kenapa tidak menyahut panggilan mereka dari atas bangunan, semua mengatakan tidak mendengarnya.

Bila mereka periksa telefon masing masing baru mereka perasan ada panggilan yang tidak dijawab dari Cuncurut dan juga Sinon. Mereka ingatkan Cuncurut dan Sinon sudah ke kedai. Tapi sejak kejadian malam itu Sinon berasa berat saja di bahunya.

Rasa lenguh-lenguh. Rasa tak larat. Ada seorang pekerja tempatan yang bernama Deris Kadir. Deris Kadir ni hijabnya terbuka. Jadi dia boleh nampak ada seorang kanak-kanak perempuan bertenggek di bahu Sinon.Setelah mendapakan bantuan seorang ustaz iaitu kenalan Deris Kadir sendiri. Sinon kembali pulih dan jin yang berupa kanak- kanak perempuan tu berjaya diusir. Perghhh seram pengalaman mereka.

******************
Hujan mulai reda. Waktu sudah menghampiri Maghrib. Aku meminta diri untuk pulang kerumah. Namun aku sempat berpesan pada mereka supaya jaga diri masing masing dan semoga keadaan baik baik sahaja.

“Sinon, Cuncurut”, aku memanggil mereka.

“Ya bang”, jawab mereka serentak.

“Kamu jangan sesekali mengganggu perempuan disini ya. Tambah-tambah anak dara yg lawa- lawa, sebab semua tu Mad Pi yang punya. Kamu jangan buat hal”, pesan aku.

“Jangan sampai Mad Pi marah, kamu berdua kenal siapa Mad Pi kan?”.

“Kenal Mad Pi penulis cerita seram”, balas mereka.

Okay, bye. Assalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mad Pi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 11 Average: 4.5]

1 thought on “HOSPITAL”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.