Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..
Terima kepada fs kerana terbitkan kisah saya yang tidak berapa seram ini. Maaf kalau ada salah ejaan ataupun perenggan tak cantik. Nama aku Nora. Hari ni aku nak ceritakan pengalaman aku yg seram tapi tak berapa nak seram. Pengalaman aku ketika duduk di Hostel Puchong Prima. Hostel ni aku duduk dengan kawan aku seramai 6 orang.
Kisah bermula bila kami semua first time masuk hostel ni. Masa aku mula-mula masuk Hostel ini keadaan memang cantik, nampak baru, cat baru semua bersih, dapat katil baru senang cerita semuanya baru. Gembira sangat-sangat lah konon kerana dapat duduk hostel yang cantik dan bersih.
Hari pertama aku masuk hostel ni, aku berkenalan dengan salah seorang roommate aku. Nama dia Asha. Asha ni nampak baik orgnya tapi dia ni nampak penakut sikit, lemah semangat , dan dia boleh nampak apa yang kami tak boleh nampak. Pada Malam pertama kami tidur di hostel, aku dah rasa tak sedap hati dah rasa lain macam. Sepertina ada benda yang tak kena. Bukan aku je rasa tapi member aku yang lain pun rasa. Untuk sedapkan hati, maka kami semua abaikan sahaja.
Aku toleh kiri dan kanan, depan dan belakang. Semua kawan-kawan aku dah lena dibuai mimpi. Hanya aku sorang yang tak tidur lagi. Maklum laa rumah baru tempat tinggal baru mana nak lena tidur. Jadi aku pun main la game untuk buang-buang boring. Tengh syok main game, tiba tiba aku dengar org tengh memasak. Bunyi kentang- kentung kat dapur. Aku tgk jam menunjukkan 2 pagi. ” Aik sape la nak masak 2 pagi dengan dapur xde barang, kuali pun xde cuma yang ada gas je.” bisik hatiku. Aku dah cuak sebb dengar org masak betul betul kat dapur. Bilik kami duduk betul-betul depan dapur. Bila keluar je pintu bilik dah masuk dapur. Tanpa berlengah, aku pun kejutkan member aku Asha yang penakut tu.
aku: weii asha kau dengar tak apa aku dgr…
asha: aku dgr kau diam je la kau tidur je buat tak tahu
Rupanya Asha pun sukar lelapkan mata. Tapi dia buat layan tidak layan saja apa yang berlaku. Aku pun ikut je la kata Asha. Aku paksa diri untk tidur. Pada kesokan harinya, aku tanya member aku ” wei korang dgr tak semalam ada org memasak. semua ckp ya. Maka jelaslah bahawa bukan dikalangan kami yg memasak semalam sebab semua duduk dalam bilik tidur lalu terjaga kerana terdengar ada orang hendak memasak di dapur. Pada malam kedua pula, tepat jam 2 pagi. kami semua tergamam dan terpinga-pinga apabila semua dengar orang sedang alihkan barang. srengggtttttt !!!!! srenggggttttt !!!!!!! bunyi kat atas. Ketika kejadian itu, aku dan Asha sedang sibuk layan movie lalu terdiam bila dengar bunyi org seret barang. Kami buat-buat tak tahu saja dan menyambung semula tengok movie bila bunyi dah berhenti.
Tidak lama selepas itu, tiba tiba kedengaran pulak bunyi org berlari kat tingkat atas. Drungggg drungggg drunggg dum dum dum!!! Sepertinya bunyi org sedang berlari sambil hentak kaki. Umpama gergasi sedang bermain kejar-kejar. Aku tgk member aku dah cuak .. Lantas kami pun masing masing tutup laptop dan terus paksa diri tidur. Hampir setiap malam ada saja gangguan yang kami alami. Ganguan nie berterusan selama 2 mnggu..
Selepas kejadian gangguan ni, aku dah start nampak entiti hitam setiap malam. Sekejap muncul kat hujung kaki, kejap kat hujung ruang tamu. Aku diam je dan tak mampu nak ckp sebab aku takut sangat.. Kekadang tengah lena tidur, benda tu boleh pulak main tarik-tarik selimut aku. Seram sungguh seram. Aku paksa je sambung tidur balik. Baru terlelap tak berapa lama, dia mula kacau aku balik. sappp!!!!! benda tu tarik selimut aku. Terkejut aku hinggakan bergoyang katil. ku perhati Asha rilek je tidur lena. Kerana takut yang teramat, Aku bangun terus buka lampu. Lega sikit sebb orang kata, kalau terang, benda tu pandai lari.
Esok paginya aku call bapak aku.. aku citer laa semua pasal gangguan-gangguan yang menimpa kami. Bapak aku pesan agar pasang ayat ruqyah dalam rumah. Aku ikut pesan bapak. Aku pasang ayat Ruqyah namun gangguan-gangguan masih berterusan. Org masak laa, katil goyang laa, berlari, gelak tawa semua ada. gangguan-gangguan ni memberi kesan pada jiwa kami. Satu hostel ketakutan. oneday aku bersuara ajak housemate aku jumpa warden ckp pasal gangguan yang menimpa kami. Setelah berbincang, warden aku pun suggest kat kita org solat ramai-ramai lepas tu buat bacaan yaasin beramai ramai.
so kita org pun buat la solat berjemaah kat ruang tamu, lepas solat kami prepare tuk bacaan yassin. Tgh setting nak solat aku dah start perasan kat member aku Asha. Dia mcm dah lain sikit. Muka takut ada, muka risau pun ada. Tapi aku diam je. Kami duduk dalam satu bulatan dan baca mulakan bacaan ya Sin ” yaaaaasinnnnnnnn !!!! ‘ tiba tiba member aku si Asha nie sahut bacaan ni dengan laju. kita org semua dah perasan dia baca laju gile sampai mata dia bulat dan membesar. aku dan member-member lain dah cuak dan mulai dikuasai perasaan takut. Kita org pegang tangan sesama sendiri supaya kuat dan tabah hati untuk teruskan bacaan sampai habis.. Bila dah habis je kita org terus bangun sebab takut. Tetiba member sorang yang bertelekung putih kene rasuk pulak.. Semua takut dan tak tahu nak buat apa .. aku takut sangat sampai nangis. Nasib member aku si Rita tenangkan aku. Aku kuatkan diri dan mula dekat ngan si Asha. Aku panggil Asha.
aku : ‘ashaaaaaa weii ashaaa”
asha . hmppppphhhhhhhhh
Hanya hembusan kerbau je dia balas aku. Kuat gilaa hembusan dia. Dah lah pakai hidung pulak dah mcm sapi upin ipin. Mcm kene vacum kat muka. Aku ckp ngan housemate.” dia ni dah lain.. bukan dia nie. Call warden cepat.”
lepas call warden, warden dtg rumah dengan seorang ustad. Maka bermula la sesi perubatan. Ustad arahkan aku dan Rita pegang si Asha. Muka Asha bertukar jadi biru mcm lebam. Anak mata dia pulak membesar. Suara garau mcm jantan. Tenaga dia punyalah kuat terasa sangat masa aku pegang dia. Badan dia juga terasa berat kalah-kalah tong drum. “Jin apa laa masuk badan dia berat nak matiiii”. Bisik hatiku. Usta tetap tenang mengubati Asha. Selepas sahaja ustad buang jin dalam badan Asha, baru la aku nampak muka si Asha kembali pulih. Malam tu kami tidur ramai ramai dia ruang tamu.
Sebelum Ustaz balik, dia dah tolong pagarkan hostel kami. Rupa-rupanya, ruang tamu hostel kami tu adalah pintu keluar masuk makhuk ghaib. Patutlah kami mengalami gangguan kerana kami seakan-akan mengganggu alam mereka. Disebabkan atas pertolongan ustad, rumah kami tu dah pulih mcm rumah biasa. Pengalaman tinggal di hostel tu tidak dapat saya lupakan sehingga kini dan selamanya. Hostel tu kini rumah telah diduduki oleh sepasang suami isteri. jadi itu shj la kisah seram saya. Maaf ya kalau ianya tak seseram yang pembaca harapkan.. aku just citer pengalaman aku shj .. tq semua sudi baca .. assalammualaikum..
Follow Whatsapp FS KLIK SINI