HOTEL WINDARA

HOTEL WINDARA

Pada awal Januari tahun 2022, aku dan tiga orang sahabat aku iaitu Mira, Sya dan Amni bercadang untuk mengadakan ‘trip’ ke Kuala Lumpur untuk tugasan universiti kami. Kami ditugaskan untuk merakam beberapa tempat menarik disekitar Kuala Lumpur.

Pada hari sebelum kami bergerak ke Kuala Lumpur, aku telah menerima panggilan daripada pihak rumah penginapan yang telah kami tempah beberapa hari lepas. Pihak rumah memohon maaf kepada kami kerana mereka terpaksa membatalkan tempahan kerana baru-baru ini terdapat kejadian pecah masuk di rumah penginapan terbabit. Demi keselamatan pihak rumah penginapan itu terpaksa menolak tempahan pelanggan atas nasihat pihak polis kerana penjenayah masih lagi belum ditangkap.

Oleh itu, aku agak buntu untuk mencari tempat penginapan disaat-saat akhir ini. ‘Jay apa kata kita tempah hotel bajet ni, harga 20 semalaman untuk 1 bilik. 1 bilik ada 4 katil. Nice jugak kita pun 4 orang.’ kata Sya kepada aku yang khusyuk menggunakan perkhidmatan google sebagai sumber pencarian tempat penginapan. Aku memalingkan mukaku ke arah Sya yang sedang menunjukkan telefon bimbitnya kepadaku. ‘Kat mana tu? Review dia okay ke?’ soalku. Sya memandang kembali telefon bimbitnya ‘Dekat Jalan Petaling katanya. Emm Kuala Lumpur City Centre. But kat sini tak ada review lagi. Hotel ni baru je buka’. Aku mengerutkan dahi ‘Kau seriouslah nak book sini? Takut accommodation dia low je. Nanti membebel pulak si Mira tak boleh keringkan rambut’.

Ini kerana kebiasaannya hotel bajet kekurangan peralatan seperti pengering rambut dan dobi. Si Mira pula cerewet.

‘Ala biar jelah, aku dah book dah ni. For 3 days 2 nights. Halal jela si Mira tu. Cerewet-cerewet tidur luar HAHAHA.’ aku hanya memandang Sya dengan wajah redha sahaja. Sya memang suka buat keputusan sendiri. Nanti aku juga yang akan uruskan bayaran.

***

Keesokkan harinya, seperti yang dijanjikan kami akan bergerak ke hotel bajet yang telah di tempah oleh Sya. Perasaan aku agak kurang enak sebenarnya. Yelah, ini merupakan trip pertama kami ke Kuala Lumpur tanpa iringan ibu bapa ataupun orang berpengetahuan.

‘Jay kau okay?’ tanya MIra kepadaku. Aku hanya mengangguk sahaja.

‘Okay first day pagi Mira kan yang drive? Malam Sya and second day Jay pagi malam then aku hari last.’ Kata Amni yang sedang menyusun barangan di bonet kereta. Kami bertiga mengangguk sahaja.

‘Aku dah settlekan payment for booking kat Hotel Windara ni. Nanti for full payment dia kata kena bayar kat kaunter dia.’ kataku sambil memandang Sya.

Sya mengangguk ‘Aku dah share location dalam group so jom!!!’

Aku mengeluh lemah ya memang tiada semangat sejak semalam. Aku pun tidak tahu mengapa. Mira memandangku dengan wajah yang risau.

***

Setelah dua jam perjalanan dari Puncak Alam ke Kuala Lumpur akibat kesesakkan jalan raya. Kini kami telah sampai di hadapan Hotel Windara itu. Suasana hotel itu agak suram kerana ia berada di kawasan agak terpencil dari bangunan rumah kedai lain. Bangunan hotel ini merupakan bangunan pensendirian (bangunan yang tidak berkongsi dengan bangunan lain).

‘Jay seriouslah kau tempah hotel ni? Takde orang pun siak. Seram!’ kata Mira. Aku hanya menggelengkan kepala sambil menunjuk ke arah Sya. Sya hanya tersengih.

‘Barang murah biasalah tu. Jom masuk.’ kata Sya dengan wajah yang agak serba salah.

Dari pintu masuk hinggalah jalan ke kaunter hotel itu. Memang suasananya agak suram. Bangunan ini merupakan bangunan baru. Namun tiada seri. Bangunan ini dicatkan berwarna putih dan ada taman kecil di hadapan pintu masuk hotel. Hiasan dalaman pula berwarna kayu dan dilengkapi lampu ‘bulb’ berwarna keemasan.

‘Selamat datang ke Hotel Windara. Boleh saya tahu adakah cik sudah membuat pesanan?’ tanya seorang gadis berbangsa India. Aku dan Sya merapatkan diri ke arah kaunter.

‘Ya pesanan diatas nama Jazeera Khalid.’ kataku.

‘Jazeera Khalid? Baik ada satu pesanan kat sini, RM 50 ya. Pakai cash ya. Nanti deposit kami akan kreditkan ke akaun cik selepas 10 minit cik check-in.’ pekerja itu meng’klik’ butang pesanan di dalam komputernya. Agak ramai yang menempah hotel ini berdasarkan senarai didalam komputer itu. Namun kenapa sunyi? AKu hanya menghulur not 50 ke arah gadis itu.

‘Miss Jazeera bilik you di tingkat 5 ya. Tingkat paling atas. Biliknya 501-A1 ya.’ kata gadis berbangsa India itu. Aku mengambil kunci dan kembali kepada Mira dan Amni yang menunggu aku dengan Sya di ruang tamu hotel.

Mira bangun dari tempat duduk ‘Bilik apa?’ soalnya.

‘501-A1’ Jawab Sya.

‘Gosh….’ kata Amni sambil memegang bahu Mira. Mmebuatkan aku dengan Sya saling berpandangan.

‘No lift ya gais’ kata Mira. Aku dengan Sya menayangkan wajah terkejut. ‘Are you kidding?’ kataku. Sya bergegas ke kaunter hotel dan kembali kepada kami. ‘Yes no lift’ Sya yang tadi gembira terus mengeluh kasar.

***

Kami berempat mengagahkan diri menaikki tangga dari aras G sampailah ke aras 5. Tangga mereka sudahlah kecil tambahan lagi tinggi membukit. Lagilah letih kami.

‘Finally we arrived huh!’ Sya memegang tombol pintu bilik 501-A1 dan ‘krek’ pintu bilik terbuka tanpa kami membuka kunci lagi.

‘Wait tak kunci??’ kata Amni. Aku menggeleng menayangkan kunci di tangan aku. ‘What thee fish!’ kata Amni lagi. Kami membuka pintu bilik.

ZASSSSSSSS

Bau seperti bunga melur menerjah lubang hidung kami. Wangi tapi memeningkan. Hiasan dalaman bilik ini seperti hiasan rumah lama. Terdapat 4 katil besi seperti katil kolej kami, 4 almari kecil, 1 meja solek dan tiada bilik air.

‘Bilik air sharing ya gais. Kat luar hujung sana.’ Kata Mira. Aku hanya menggeleng sahaja. RM50 untuk 3 hari 2 malam memang betul-betul jimat.

***

Malam hari pertama di Hotel Windara, Kuala Lumpur.

Aku dan Mira keluar bilik membawa beberapa peralatan mandi. Kami bercadang untuk mandi bergilir iaitu secara berdua-dua. Bilik air disitu mempunyai 2 bilik air dan 2 tandas.

‘Amboih terbuka nak mampos bilik air ni. Tingkap dia luas amat!’ bebel Mira sambil melihat tingkap bilik air tersebut. Ya terlalu terbuka kerana orang luar boleh melihat orang dalam mandi atau membuang hajat.

‘Western-style, kau apa tahu HAAHAHA.’ kataku. Aku memilih untuk menutup tingkap menggunakan kain batik dan tualaku. Tak sanggup nak show-off badan diluar walaupun bilik air yang aku guna menghadap padang kosong.

Dalam 20 minit aku dan Mira mandi tiba-tiba kami terdengar jeritan seseorang diluar bilik air.

‘woih siapatu?’ soal Mira.

‘Macam Amni je.’ Kami bergegas keluar mujurlah masing-masing sudah lengkap berpakaian.

‘Why you entered our room!’ marah Amni kepada seseorang. Dari penglihatan jauh aku lihat susuk tubuh lelaki melayu lewat 20-an. Berbadan kurus namun tegap. Rupanya 80% kacak namun seperti tidak terurus.

‘Saya cuma nak tengok je. Awak cantik. Saya cuma nak tengok je.’ kata lelaki itu. Aku menghampiri lelaki itu sambil menayangkan reaksi pelik. ‘Awak siapa ya? Kenapa awak datang ke sini?’ soalku. Tiba-tiba sahaja lelaki itu tersenyum mengerikan kearahku dan menamparku.

‘Pekak ke? Aku kata aku nak tengok!!!!’ jerit lelaki itu ke arahku. Aku agak terpinga-pinga ketika itu. Tiba-tiba gadis india yang kami jumpa dikaunter naik dengan beberapa orang lelaki lagi dibelakangnya membawa lelaki itu pergi. Terdapat beberapa orang juga penghuni hotel yang baru sahaja kami nampak membuka pintu bilik senyap-senyap.

‘Maafkan kami cik. Cik cedera ke? Itu lelaki selalu datang ke sini nak jenguk pelanggan. Dia bekas pekerja kami juga. Cuma dia sakit.’ kata gadis India itu. Aku memandang gadis itu dengan pandangan pelik. ‘Awak kata dia selalu datang sini? Kenapa awak tak maklumkan kepada kami pun?’ soalku. Gadis itu hanya tersenyum dan mengangkat bahu. Gadis itu hanya meninggalkan kami. Penghuni hotel yang lain pun telah menutup pintu masing-masing.

Mujurlah tak terasa sakit sangat pipiku kerana dia menampar pipiku berlapikkan tuala. ‘Asal orang kat sini pelik?’ soalku. Sya tiba-tiba menunjukkan aku sesuatu di skrin telefon bimbitnya.

‘Hotel kat sini pernah ada kes. Pekerja b***h customer.’ Mira dan Amni yang sedari tadi diam terus menekup mulut masing-masing. ‘Kau seriouslah!’ soal Mira. Sya mengangguk dengan muka serba salah. ‘Sorry Jay aku tak tengok pula hotel ni secara details. Aku ingatkan..’ Sya mula mahu menangis.

‘Aku tak kisah sekarang ni jom pack barang. Aku taknak tidur kat sini.’ kataku.

Masing-masing mengemas barang. Angka sudah masuk jam 10 malam.

Selesai sahaja masing-masing bersiap. Kami menuruni anak tangga yang seperti batu caves itu.

Kaunter dihadapan hotel kelihatan sudah tutup dan pintu hotel pun berkunci.

Sya mendail seseorang di telefon bimbitnya. ‘Hello hotel Windara? Boleh ke kami nak check-out malam ini juga? Tadi kami diserang oleh bekas pekerja hotel sini.’ Sya mengerutkan dahi. ‘hello??’ Sya memaling muka ke aras kami.

‘Aku dengar suara perempuan gelak je weh’ kata Sya sambil membuka speaker.

Hihihihihi¬¬¬¬¬¬

Kedengaran di corong telefon bimbit Sya itu. Aku menelan air liur. Kenapa banyak sangat kejadian pelik?

‘Cik-cik kenapa tak tidur lagi?’ sapa seseorang dari belakang. Sejujurnya kami agak terkejut dengan suara itu.

Seorang wanita warga emas lingkungan 50-an menyapa kami dengan senyuman manis. Ya makcik itu nampak normal sahaja.

‘Pesan makcik kamu tidurlah dulu kat sini semalaman esok pagi check-out. Kat sini memang pelik sikit. Makcik dah lama stay sini.’ kata makcik itu dengan lembut.

Aku hanya memandang ke arah Mira. Mira mengangguk sambil tersenyum janggal. ‘Kaunter sini memang tutup awal ke makcik? dan pintu pun berkunci ke?’ soal Mira.

Makcik itu hanya mengganguk. ‘Kamu semua lapar? Makcik ada masakkan mihun goreng sikit tadi ada di pantri lobi. Cukup untuk kamu berlima makan.’ Kata makcik itu. Kami hanya mengangguk sahaja dan berterima kasih. Ya dari tengah hari tak makan siapa je tak lapar.

***

Sambil mengunyah mihun goreng makcik tadi. Aku masih berfikir sesuatu tentang ayat makcik tadi.

‘kenapa lima?’ soal Sya tiba-tiba. Amni menayangkan wajah pelik kepada Sya. ‘apa yang lima?’ soalnya.

‘Makcik tu kata kamu berlima tadi’ kata Sya.

‘Dia tersasul kot’ kataku. Boleh pula si Sya ni fikir benda sama.

‘Jay kau tak rasa…’ belum sempat Sya habiskan kata-kata Mira terus menyampuk ‘Makan Sya. Jangan kacau Jay’ kata Mira dengan reaksi takut. Sya hanya membuat muka binggung.

***

Sepanjang malam kami tidak boleh tidur dek kerana bunyi hilaian, bunyi ketuk pintu dan sebagainya. Keesokkan harinya, kami hanya check-out sahaja. Alhamdulillah kami dapat full refund kerana terdapat kes. Cuma sebelum kami berangkat pulang gadis India tu sempat berkata ‘Terima kasih sudi menginap disini. Jangan datang lagi ya’ Sambil menyeringai. Kami hanya memandang sesama sendiri dengan reaksi takut. Makcik semalam pun sempat lambai kearah kami sebelum kami menaiki kereta. Tetapi terdapat pisau dibaluti d***h ditangan makcik tersebut. Kami terus balik ke Puncak Alam ketika itu tanpa berfikir apa-apa.

***

Berberapa bulan selepas itu…

‘Geng korang ingat Hotel Windara?’ soal Amni.

Kami bertiga mengangguk.

‘Hotel tu actually dah lama tutup selepas kes pembunuhan warga emas wanita. Paling terkejut kejadian tu pada tahun 2000. So makcik haritu yang offer mihun tu sebenarnya…..’ Amni bermain mata dengan kami semua.

‘Dah m**i and then… Hotel tu dah tak wujud?’ soal Sya dengan muka ketakutan. Amni mengangguk ‘Dah tak wujud selepas tahun 2000’

‘So maknanya?’ Sya mengeledah carian hotel di telefon bimbitnya. Tiada. Hotel Windara? Tiada. Tiada.

Sya menelan air liurnya. Aku dengan Mira berpandangan. ‘Mujur kau marah si Sya aritu kalau tidak. Nampaklah kita benda tu’ kataku. Mira mengangguk lemah,

‘Nampak apa?’ tanya Sya.

‘Abang takde kepala tu..’ jawab Mira.

Sya hanya terkaku.

‘Selepas ni aku rela ulang alik je dari Palam ke KL. Tak sanggup dah weh!’ kataku. Masing-masing hanya gelak janggal. Mujurlah tugasan haritu kami berjaya siapkan dengan berbekal ulang-alik dari Puncak Alam ke Kuala Lumpur.

***

‘Hihihi… Sedapkan mihun makcik’

THE END. CERITA INI HANYA REKAAN SEMATA-MATA. TIADA KENA MENGENA DENGAN HIDUP ATAU M**I.

Si Cenonet

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 41 Average: 3.3]

3 thoughts on “HOTEL WINDARA”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.