Assalamualaikum kepada admin dan semua reader setia FS, kali ni aku kembali lagi dengan coretan kisah pengalaman hidup aku selepas aku berada di perantauan. Terima kasih admin sudi siarkan kisah2 aku yang lepas, tak silap aku kisah yang lepas tu tentang ‘Dijilat Lembaga Hitam’.Ya.. tu tahun awal aku diganggu di perantauan,hehehs dia bagi salam perkenalan la tu.
Pejam celik, pejam celik, klw nak diikutkan, sekarang dah 7 tahun aku bekerja di perantauan since aku jejakkan kaki ke dunia luar, aku rasa jiwa aku ni memang lebih selesa diperantauan, memerhatikan gelagat manusia yang berbagai ragam dan mencabar diri untuk explore dunia luar memang dah menjadi kesukaan aku.
Dalam masa yang sama, mengubati kesunyian hidup aku selepas kehilangan arwah adik,dan bermacam peristiwa yang berlaku selepas tu. Struggle gila nak kluar dari kemurungan beb. Dhla pergi keje balik keje je hidup aku, OT memanjang, takde kawan pulak tu. Entah kenapa macam susah nak lekat kawan baik atau sahabat ni,memang takde dalam kamus hidup aku,tak jumpa dan takde yang ngam. Sekadar kawan2 kerja adalah.Sadis kan..Aku lebih suka menyendiri dan bawa haluan sorang2 je waktu tahun2 awal kat perantauan.
Back to the story, alang2 hungry ghost festival yg baru berlalu ni. ha.. ni base on true story yang aku sendiri alami masa hungry ghost festival pada tahun2 sebelum ni, boleh kata hampir setiap tahun hungry ghost ad je peristiwa malang dalam hidup aku, except tahun ni. Syukur..lagi satu sebab memang aku elakkan kluar selepas waktu maghrib.
Selepas beberapa bulan kejadian aku dijilat mat legam tu, aku dapat tawaran baru dengan gaji yang agak tinggi sikit dari tempat lama aku ni, so aku decide nak berpindah tempat keje baru, memang itu target aku, once aku dah ada platform untuk aku bertapak dekat sini, selepas 6 bulan keatas aku akan survey lagi kat tempat lain yang offer gaji yg lebih tinggi, macamtulah cara aku berdikari cari rezeki kat negara jiran. Kat manapun kaki aku melangkah, aku akan study dulu habis2 dan buat research sehabis baik.
Tapi masa ni aku dah tak tinggal hostel, tapi aku menyewa bilik. Bilik HDB jugak, cuma bilik baru ni, ruang dia lebih luas dari hostel lama aku. Pada aku memang agak murah la compare dengan tempat lain yg aku dah survey. (Tapi tu lah,murah dia tu klw kau convert duit malaysia boleh bayar sewa sebijik rumah apartment 3bilik jugakla klw kat malaysia) aku cari pun bilik sewa dekat area2 tempat keje baru aku,dekat Jelapang Road.Senang nak pergi kerja,jalan kaki je.
Aku intro lah sikit pasal owner rumah aku duduk ni.aku duduk dengan owner chinese. Aku panggil dia aunty je. Klw daripada personaliti, aunty ni orang yang educated and muka flawless sebab rajin pergi buat rawatan muka dan suka berdandan,haha. Cuma dia tinggal sorang, sebab dah lama bercerai,anak dia smua tak tinggal dengan dia. Sesekali je anak dia datang melawat.
So,bilik2 dia tu dia sewakan pada orang, ada dua bilik lagi bersebelahan bilik aku tu dia sewakan jugak, bilik sebelah aku ni perempuan jugak yg duduk, malaysian chinese,tapi jarang2 balik, aku pun tak kenal sangat,sebab aku slalu kluar pagi,balik malam.Sebelah hujung sekali dia sewakan dekat uncle malaysian yang keje foodcourt bawah rumah aku.Bilik aku ni bilik yang pertama sebelah ruang tamu.Means bilik 1st yang bila kau masuk rumah kau trus nampak pintu dia.
Gangguan kedua aku berlaku dekat rumah ni. Rumah aku ni tingkat 15, kalau dari bilik aku ni view dia akan nampak tasik kat bawah rumah ni. Waktu malam memang akan rasa sunyi,lampu bilik aku pulak warna oren yang jenis malap2 dan memang nampak suram je. Cuma yang best, view dia jelah yang bagi aku menenangkan.Rutin harian aku lepas balik keje,slalunya aku akan bukak tingkap luas2 buat healing2 tengok pemandangan tasik. Yelah dah penat bekerja seharian kan. View dekat tasik tu sikit sebanyak menghilangkan stress dan penat. Ha,balik pada cerita hungry ghost festival, sambutan kat sini boleh dikatakan agak meriah.
Untuk yang belum tau hungry ghost festival ni, bagi kepercayaan masyarakat cina atau penganut taoism disambut pada bulan ke 7 dalam lunar kalender selama 15 hari, kalau tak silap aku la. Waktu ni diorang percaya pintu alam ghaib akan terbuka,dan roh2 simati ni akan pulang ke dunia, termasuk roh nenek moyang diorang,ada roh baik dan ada jugak roh yang jahat. Diorang akan sajikan makanan dan minuman untuk roh2 yang singgah termasukla duit bagi si m**i ni,dan ini kiranya bagi menghormati roh2 si m**i dan nenek moyang diorang. Banyakla pantang larang diorang waktu bulan ni. Dan sebaliknya bagi masyarakat islam macam kita ni,dimana ada tempat2 sembahan atau pemujaan, dah tentulah menarik minat jin2 ni untuk bertandang.
Kenapa aku cakap meriah kt sini,sebab setiap HDB yang kau lalu,kau akan nampak pemandangan kat sepanjang jalan dan koridor bawah HDB2 ni dipenuhi dengan wang kertas si m**i dan colok2 sembahyang yang disertai pelbagai jenis makanan dan kuih muih,air kopi pun ada,hehe.
Dan satu hari tu, aku pun balik kerja macam biasalah,nak dekat jam 11 malam. waktu ni masih dalam pertengahan bulan hungry ghost ni. Dalam kegelapan malam, dan kawasan kediaman yang agak suram ni,penglihatan pun agak terhad. Tambah lagi dengan mata aku yang rabun. Aku ambik jalan shortcut dengan niat nak cepat sampai la kononnya.
Sebelum masuk ke area blok,akan melalui kawasan berumput. Dan waktu tu,ntah macam mana lah aku boleh tak perasan kat situ ada colok sembahyang,dan aku terpijak tanpa sengaja. Betul2 tak nampak wey,lain la kalau masih menyala. Colok tu pulak,halusnya la..mana nak nampak!warna macam maroon gelap. Dah terpijak la baru aku perasan. Depan2 dia tu la baru aku nampak ada kuih2 macam apam beras tu bermacam warna. Duhh..!! Hati aku dah tak sedap dah waktu ni, kenapalah boleh aku tak perasan. Dalam hati aku duk maki diri sendiri. Hmm.. memang alamat tak baik la ni..
Aku sampai dekat lif, aku tekan butang 15. Dahla aku sorang ni,dalam hati aku cakap janganla lif ni berhenti kat mana2 atau buat hal! Aku jalan cepat2 dan keluarkan kunci. Sampai kt rumah,ruang tamu dah gelap, aunty dah tutup lampu. Takpela, yang penting aku dah sampai rumah. Sempat aku menarik nafas lega, aku fikir dah selamat. Aku pun melangkah masuk ke bilik dan tutup pintu. Aku lepaskan beg galas, terduduk kepenatan dengan keringat yang masih blum kering di baju.. Balik tu, aku tak terus mandi. Aku keluarkan hp dari saku, check wasap. Lepastu aku layan fb.
Tengah aku ralit scroll2 fb tiba2 aku dengar suara budak2 ketawa mengekek. Suara halus je. Aku buat tak hirau. Aku fikir salah dengar kot. Yelah aunty mana ada anak kecik, cucu pun tak ada. Aku sambung scroll lagi.. “hik..hik..!” aishh.. bunyi lagi dia ni. Kali ni,makin jelas suara dia. Tak boleh jadi ni,bisik hati aku. Aku cuba lagi pura2 tak dengar, dan sambung scroll fb lagi, padahal sebenarnya tak sedap hati dah.
Tapi dalam kepura-puraan aku scroll fb tu, aku cuba nak dengar dari mana datang bunyi tu. Ehh.. tiba2 dia main selak2 langsir pulak. Langsir aku ni kalau selak memang jelas la bunyi dia,benda tu pulak seolah2 paham hati aku ni berbisik. Memang jelas la nampak langsir tu bergerak2 berselang seli dengan ketawa halus budak kecik dari balik langsir. Aku dah geram, aku selak langsir tu. Kosong..! Aishh.. Takde apa2 pun sebalik langsir .Takde pulak dia munculkan diri! (ecehh.. pura2 macam berani sangatla kan!hahah) Aku duduk balik,pura2 pegang hp,sebabnya bila aku pegang hp,dia bunyi lagi. Tepat andaian aku, dia main lagi. Aku tarik nafas dalam2. Aku pun bersuara, aku cakap..
“Kau jangan ganggu aku. Ya.. ya.. kalau tadi aku pijak tempat kau,aku mintak maaf,bukan aku sengaja.kau jangan ikut aku. Aku pun tak ganggu kau..”
Sejurus selepas tu, tiba2 aku rasa angin sejuk menerpa ke muka.. Dan bunyi2 tu semua hilang..
Fuhh,lega.. Klw aku tk cakap tadi,ntah sampai bila la dia nak duduk main cak2 kat situ. Aku sambung main hp,rasa nk mandi tapi letih tak hilang2, mengantuk lagi adalah. Sampai aku tak tahu apa benda yang aku scroll2. Aku bukak tingkap ambik angin malam dan aku sambung pulak berbaring,niat nak mandi aku tunda dulu,tapi tak sampai 5 minit aku dah terlelap..
Waktu aku terlelap tu, ntah macamana tiba2 dada sesak macam ditindih sesuatu, aku terjaga dari tidur. Waktu aku cuba nak bukak mata tu,mata aku disajikan pulak dengan kemunculan lembaga kurus kering. Duhh.. apa lagi ni, aku betul2 letih, dari mana pulak datang ni. Sosok tubuh kurus kering dan cengkung betul2 sedang menindih dada aku,dengan rambut dia yang kusut masai, wajah usang dan tua kerepot, tangan yang panjang, dan jari jemari yang sangat pelik rupanya,macam ranting kayu tapi tajam dan runcing. Hanya jari telunjuk dia yang agak besar dari yang lain. Aish.. ntah ape binatang la ni. Jem otak aku fikir.
Peristiwa yg persis macam kejadian aku dijilat lembaga hitam tu,aku bergelut lah dengan makhluk ni,tapi tu lah,ini dengan bola mata dia yang hampir tersembul. Terjegil biji mata dia menatap aku seolah2 ada dendam yang dah lama terbuku. Aku pulak masa ni cuba untuk berada dalam posisi duduk dan menolak makhluk tu ke belakang dan dalam masa yang sama aku cubalah nak menepis muka lembaga tu dari mendekat ke muka aku,tapi malangnya gagal.
Kau bayangkanlah, dahla balik kerja letih. Aku kerja 12 jam kot haritu,kerja tak putus2, dapat rehat pun sekejap je haritu,sebab terlalu busy. Diganggu tak sudah2. Itu jam rasa takut aku tu automatik memang dah hilang,tapi rasa nak marah,dan rasa nak melawan tu kuat. Dalam hati aku memang memaki je makhluk ni, kau tak tau ke aku penat! Marah memang nak marah dan bercampur geram.
Tapi.. apalah sangat kudrat aku ni pulak kan. Dalam pergelutan aku dengan mahkluk ni, dia cuba menekan dan menolak aku,supaya aku tetap dalam posisi berbaring,habis tenaga aku cuba nak melawan makhluk ni. Tak semena2 dia angkat jari telunjuk dia mengarah ke bibir aku,dan cuba tusukkan jari dia yang tajam dan macam kayu tu kedalam mulut aku, kalau aku gambarkan besar ukuran saiz jari dia tu, adalah dalam ukuran lilitan lebih kurang setengah inci 15mm mcmtulah kot(kau bayangkan macam batang mop tu la besar ukur lilit jari dia tu,jangan kau bayangkan panjang batang mop tu pulak). Tapi jari dia tu macam fleksible,gila! dhla besar,tiba2 memanjang dan hampir menusuk sampai ke kerongkong! Tersekat2 nafas aku dibuatnya.
Aku tenangkan diri, aku bismillah dalam hati, dan aku mulakan bacaan surah Ayatul Kursi dengan sungguh2. Keadaannya sama je macam peristiwa lepas yang berlaku kt Bedok North St1 tempoh hari. Bila sampai part akhir dari Ayatul Kursi, baru suara aku terdengar,aku ulang dengan keras ayat terakhir sebanyak 3kali disertai dengan laungan keras ‘Allahuakbar’ dihujungnya, dan tak semena2 lembaga tu terus tercampak ke pintu almari,terus bertukar jadi asap tipis berwarna hitam kemudian hilang bak debu. Waktu tu,syukur tak terkata. Berpeluh baju aku,walaupun malam tu agak dingin.
Pada aku, memang menjengkelkan bila nak hadap makhluk2 ni. Dan aku sendiri tak tahu apa yang sebenarnya makhluk2 ni nak daripada aku. Kenapa nak ganggu aku? Aku letih.. Bukan sekali dua diganggu, cuma taklah semua kejadian aku coretkan dalam ruangan ni,yang aku ceritakan dalam ruangan fiksyen shasha ni hanya sebahagian dari peristiwa yang memang aku highlight dalam memori aku.
Gangguan ni berlarutan sampai pada tahun seterusnya yang memang takkan aku lupakan. Sampai benda ni mengganggu emosi, kehidupan dan reputasi kerja aku. Kalau nak cakap, mental dengan emosi aku memang dah rabak terukla time tu. Bahkan gara2 peristiwa pada tahun seterusnya aku hilang kawan dan hampir hilang pekerjaan dan gara2 peristiwa yg berlaku aku sedar2 dah kena gari and warded kat IMH (Institute Mental of Health) dan dalam masa yang sama jadi kes polis dan kena pulau dengan kawan sekerja, orang ingat aku ni ada sakit jiwa. Dahla struggle gila cari rezeki kat negara orang. Betul2 dugaan.
Padahal aku baru je nak bahagia dengan adanya kawan2 baru. Masa tu aku rasa hidup aku macam dah tak normal lagi. Next time la bila aku ada kelapangan, aku story lagi. Lately ni aku bz sangat dengan kerja. Nak menaip pun tak lalu dek kepenatan. Terima kasih buat yang sudi baca dan follow kisah aku. Salam sayang.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit