HURU-HARA KERANA DENGKI MANUSIA

Hye assalamualaikum, aku Nurul, nak cerita sikit pasal kejadian tak terduga terjadi semasa beberapa hari lagi akak sedara aku kak N nak kawin dan semestinya semua karektar dalamm penceritaan ini, semua nama adalah nama yang bukan nama asal. So mari kita teruskan. (P/S: Tak semua aku ingat dan maaf penceritaan berterabur. Saya baru berjinak-jinak dengan penceritaan) dan terima kasih FS kalau diterbitkan cerita ni….

Kisah aku nak sampaikan pasal bekas teman lelaki tak puas hati dengan kak N aku (sebab kak N aku nak kawin). Masalah timbul sebab kak N aku tak jemput bekas teman lelaki dia pada hari pernikahan dan perkahwinan dia. Hari pernikahan dia jatuh hari jumaat dan aku pulak balik awal ikut adik akak sedara aku nih (aku gelarkan abg Faz). Aku balik 3 hari awal, ye laa nak prepare macam-macam, keluarga aku pulak banyak barang yang nak dibawaknya.

Semestinya kereta ayah aku tak muat masukkan aku sekali dan sepatutnya ayah gerak khamis, abg Faz aku pulak gerak sorang hari rabu. Jadi nak tak nak ikut jele. Semasa dalam perjalanan and siap pickup makwe dia sekali, takde yang pelik ke apee tau. Then aku mula tak sedap hati bila nak tidur rumah Mak N (dia makcik aku). Untuk pertama kalinya aku tidur rumah Mak N dengan rasa tak selesa dan rasa diperhati. Haihh
Hari khamis siang: jadi, hari khamis yang ditunggu-tunggu. Semestinya riuh yaa sebab sedara-mara aku semua balik dan memeriahkan suasana. Ahaha setakat lepas bangun tidur sampai laa sebelum 1 pagi, semuaa elok dan molek ja Suasana. Lepas 1 pagi (malam jumaat) dah mula perkara yang aku tak sangka-sangka dan tak diidamkan langsung.

Khamis malam jumaat: sebelum pukul 1 pagi, kak N agak lewat balik disebabkan dia berinai dekat rumah orang buat henna. Takde malam berinai ni, kak N pergi dengan adik no4 dia (aku gelarkan rara). So Rara ikut sekali buat inai sebabkan dia pon ade majlis sekali lepas nikah kak N dia, dia bertunang. Balik agak lewat dan kak N ngadu dia lapar sangat, pahtu dia makan dengan cousin dia . time ni aku tengah berjimba dengar lagu kuat-kuat sambil hias bilik pengantin. Dengan gelak tak ingat dunia lagi. Bertuah punye budak (haih).

Then bermula kisahnyaa .
Kak N baru jaa makan berapa suap tau, tetiba dia terdiam then terus menangis kuat gile sambil terjerit-jerit. Smue dah takut dah dengan risau, why sampai macam tu sekali. Mula orang kerumun dan pegang kak N, kak N meracau-racau dengan esakkan nangis dia sekali, dan dia cakap merapu, dia cakap dia sayangkan ex dia, dia cakap yang dia mengandungkan anak ex dia. Eh sumpah derau gak d***h. Tinggal bape jam ja lagi nak bernikah tapi cakap macam tu, fikir balik mesti ade yang tak kena.

Datanglah orang yang boleh merubat orang nih, yaa meracau jugak kak N masa diubatkan (banyak aku lupa, sebab dah bertahun kan, aku cerita based aku ingat), ramai pegang kak N sebab kudratnya kuat semacam tau, abg long dia pon pegang sekali. Yela adik sendirikan time kena macam tu pulak, mesti tolong sekali. Tapi perawat tu tak bagi adik beradik dan mak bapak dekat dengan kak N, sebab benda ni boleh main lompat-lompat dari badan lain ke badan lain hanyaaa keluarga sendiri ja. Abg long lak dah pegang kak N dan lagi sikit nak eye contact, cepat2 dia blah sebab mula mual tak sedap badan. Syukur cepat bertindak blah dari kak N, kalau tak benda dari kak N nak lompat dekat abg long. Adik beradik dia yang lain semua duduk jauh-jauh. Sedara mara lain dah duduk keliling, zikir dan selawat serta baca surah-surah bersama untuk redakan semua nih.

Dalam pada nak sembuhkan kak N, Mak N dah sedih2 dah, yela anak sendiri kan kena macam tu. Tah macam mana tah Mak N boleh eye contact dengan kak N, lepastu tak semena-mena maka N gelak sangat-sangatlah creepy. Gile tak creepy, tengah mengubatkan orang lain, boleh yang lain gelak-gelak sakan macam takde hari esok. Oh damn, bende tu lompat dekat mak N masa diorang ber eye contact tadi. Dan seharusnya aku kuatkan diri pegang mak N kerana aku yang dekat dengan dia masa tu (sedih weyy ..takut lagi) , dengan bijak pandainya, aku pegang mak N tanpa ada apa-apa bacaan pon (cerita dekat akhir2 nanti why aku cakap macam tu).

Masa aku dengan yang lain-lain pegang Mak N, dia marah-marah, menangis, gelak mengilai lagi, aku duduk dekat pun dedau dengan keadaan Mak N. Semestinya yang pegang Mak N tu banyak nya PEREMPUAN , lelaki mana tah pupus haih. Kekuatan orang kena rasuk ni, sangat-sangat kuat ya, tidak dinafikan . kekuatan macam kekuatan lelaki. Belum yang bersilih-ganti pegang Mak N, aku? Masih setia menemani.

Masa ustaz dan orang lain ubatkan dia, dia banyak maki hamun ja. Dah kenakan lada hitam, kejap ja jadi balik, baca ayat Al-quran. Mengelupur dan jadi balik. Last masa dibaringkan tengah rumah, aku dipilih untuk jaga Mak N, walaupun badan dah bisa-bisa sakit, gagahkan juga demi makcik aku. Masa dibaringkan tengah rumah, ustaz bacakan surah dalam bekas yang berisi air, Mak N rasa panas agaknya dibacakan surah, aku ni dimakinya , “kau bodo, kau bangang, kau sial” , aku masatu hanya boleh cakap, makilah suka kau , aku dah penat nak layan kau ni tau. (berani nau kan hahahah).

Lepas dibacaan kan ayat dalam air tu, masa untuk basahkan Mak N luar rumah dan luar atap rumah. Nak basahkan Mak N , aku tak boleh buat sorang-sorang, minta adik lelaki aku siramkan dan aku pegang Mak N, risau tetibe lari pulak kan?
Dialog , aku: Mak N, adik nurul siram mak N ya, nurul pegang Mak N tau…
Mak N: he he he (tutup muka) malulah he he he he .
Aku: Laaaa malu ke? Takpe la nurul siram yaaaa (ambil air dari adik aku)

Baru jaaa siram, Mak N lari wey , selamat ramai lelaki duduk luar masa tu, diorang dapat tangkap. Kalau tak hilang kemana jadinya sebab kawasan kampung kan. Dapat tarik, siram sampai habis, keadaan redaa sekejap. Mak N macam dah okey sikit. Lepas siram tu ustaz minta mandikan dia dan tukar baju. Dan bagi rehat . time dia baring tu, dia boleh gelak sopan tapi halus ja … dengan mata tertutup, dia boleh senyum. Dalam hati (ah sudah ape lagi lepas ni). Tak fikir lebih lanjut, aku pergi berehat dengan yang lain. Badan aku bias sangat-sangat. Tidur mula nak lena, aku macam kena sentak. Wey sumpah tak seronok. Aku mulaa rasa tak best.tidur 630 pg bagun 8 pagi , miong otak aku sebab semua dah kena prepare untuk kenduri Kak N, kira nikah pagi and bertunang adik dia, sanding petang.

Terus ke cerita nikah, masa nikah tu, Mak N ade sekali tapi duduk jauh, time akad nikah sikit lagi kak N nak tumbang, dia gagahkan diri jugaa lawan benda tu, lepas sah ja , Mak N menangis tersedu-sedu , bukan menangis gembira yaa. Masa pengantin nak salam Mak N, Mak N tak mau salam suami Kak N, Marah betul ea benda ni , saboo jela.yang aku ni? Orang tengah akad, semua baju lawa-lawa, aku pakai baju tidur je wey. Badan sakit, tak fikir apa dah, duduk masa nikah tu pon tengokkan Mak N takut serang tetibe ke kan. Malam tu pon kena lagi sebenarnya, tapi aku tak join, sebab badan dah sakit sangat dan kepala aku pon dah berat.

Hari last (sabtu malam) sebelum balik ke rumah masing-masing. Malam tu, semua elok-elok ja, tapi jangan sangkakan air yang tenang, tiada buaya yaaa teman-teman. Setelah semua barang-barang kenduri iaitu meja kerusi kanopi dah disusun dan tinggal diangkat saja, tibalah waktu yang duduk berdekatan bereda pulang untuk beradu, Pak long aku nih, minta anak dia (aku gelarkan dia kak ainin) , okey kak ainin sekeluarga balik lee rumah pak long aku tak jauh mana pun, tapi paklong dgn maklong stay lagi, katanya tak abis borak lagi, kurang dari 5 minit macam tu, Menantu dia call, kata kak ainin ni cekik dia dan nak balik semua ke rumah Mak N, Pak long pon suruh menantu dia patah balik, sampai ja. Anak kak ainin ade 2 orang, lelaki sorang perempuan sorang. Yang peempuan aku gelar girl. Girl lepas turun kereta, terus peluk aku, aku pon ape lagi, bawak dia lari masuk rumah, first masuk bilik abg long (tapi penuh), masuk bilik rara, cuba teka aku sebilik dengan siapa masa tu? Aku sebilik dengan Mak N wey, dedau gak tapi husnudzon ja.

Dekat luar rumah (based orang lain cite) Kak ainin beradu tenaga dengan suami kak N, kira bersilat, aku jaga anak kak ainin jadi aku tak keluar. Girl pulak macam cemas je , aku minta laa dia cerita apa jadi. (Fyi, kak ainin ni pernah kena something kira kena buatan orang, jadi benda dah sebati dengan dia haa macam tulah. Ada dengar juga orang cakap benda dengan benda memang takleh ngam and boleh sampai gaduh) ok kita teruskan, girl cerita kak ainin aka mama dia ni tetibe cekik ayah dia dan dia cakap “aku nak jumpe dengan benda dalam rumah tu !!” dan yaaa cerita sampai lupa benda tu kan dalam badan Mak N, terus mak N jerit wey, tunjuk jari dekat girl dan ckp “dengan siapa dia nak jumpa” tapi dengan muka nangis wey, aku apa lagi terus bawak girl keluar bilik. Time keluar bilik, hal bersilat dekat luar pon dah selesai, girl ikut paklong balik sekali. Aku tak tau apa jadi dekat luar sebab ramai-ramai masuk rumah tak berani tengok. Bila keadaan terkawal. Masalah lain timbul.

Masalah lain tu, kami yang jaga mak N dan pegang dia masa dia kena benda tu, semua sakit badan, bisa-bisa. Aku ni dari hari jumaat rasa bisa-bisa badan , seksa sangat sampai nak nangis, yang lain pon sama , ada tolong urutkan bergilir-gilir, tetap tak mau juga. Semua pasrah ja dan semua tidur ramai-ramai dekat tengah-tengah rumah. Yang pempuan tidur pakai tudung, lelaki jauh sikit dari perempuan tidur, tidur pon pasang lampu, takut punya pasal. Bilik pon berapa orang ja tidur, pengantin baru tidur bilik le kan, mak N tidur bilik Rara dengan adik aku no 3.

Pagi Ahad nan indah, syukur sangat-sangat, tidur lena dan bangun-bangun jaa kami yang bisa-bisa badan, semua dah okey, aku yang 2 hari bias badan pon elok terus ! Syukur sangat-sangat. Mak N pon dah okey sikit. Dah makan minum berkemas semua nya, beransur-ansur sedara-mara balik kerumah masing-masing, masa nak balik, aku cari Mak N, rupanya basuh baju dekat dalam rumah, berjurai air mata, dalam hati gisau pape jadi. Rupanya dia sedih semua dah balik, dia berterima kasih dekat aku (walaupun aku bukan buat ape sangat pon). Minta dia jaga diri elok-elok tu ja.

Akhir kata, tolong jangan dengki dengan kehidupan orang lain, Belajar “move on” dan cukup – cukup lah porak-perandakan hidup orang lain, jaga akidah korang jangan pesong sebab dendam dan iri hati dengan manusia lain. Serta nak jaga atau pegang orang kena rasuk ni, baca-baca lah dulu 3 qul alfatihah tu semua, macam aku ha. Seminggu kena hempap dan rasa diperhati. Sampai sini saja penceritaan, maaf berterabur dan maaf banyak lupa. Apa-apa boleh komen untuk aku “improve”kan penceritaan aku lepas ni in sha Allah . wallahualam.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 3.7]
Si Bunga

2 thoughts on “HURU-HARA KERANA DENGKI MANUSIA”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.