HUTAN

Salam sejahtera kepada pembaca Fiksyen Sasha. Ini kali pertama saya menulis kisah seram yang mana selama ini saya hanya berkongsi melalui perbualan sahaja. Kisah yang saya kongsikan disini benar-benar berlaku dan terjadi kepada keluarga saya sendiri.

Tahun 70an, kebanyakan sekolah rendah di tempat saya (Pulau Borneo), terletak di kampung-kampung dan kebetulan dikampung saya, ianya terletak bersebelahan hutan tebal. Kalau dilihat dan diamati, hutan itu sangat tebal sekali sampaikan sinaran matahari pun susah nak tembus dek kerana ketebalannya. Menurut orang-orang kampung, tidak ada sesiapa yang dibenarkan masuk ke dalam hutan itu setelah diberi amaran oleh seorang senior di kampung itu iaitu datuk saya sendiri yang ilmunya sangat penuh didada.

Menurut datuk saya, macam-macam perkara mistik berlaku didalam hutan tersebut antaranya kehadiran hantu jepun dan hantu susu (yang suka sembunyikan kanak-kanak dan pandai mengubah rupanya). Tapi ianya hanya sekadar cerita dari mulut ke mulut sehingga ia berlaku kepada seorang murid di sekolah berkenaan iaitu bapa saudara saya yang pada masa itu berumur 8 atau 9 tahun.
Dia bersekolah seperti biasa pada hari itu dan hingga hari sudah senja, dia belum pulang kerumah yang mana waktu sekolah sudah selesai pada waktu tengahari. Ibu saya (kakak kepada bapa saudara saya) menyedari kehilangan adiknya itu dan memaklumkan kepada datuk saya kerana kedua-dua ibu bapanya berada di pekan pada masa itu dan hanya ibu saya yang menjaga adik-adik yang lain dirumah.

Ramailah orang kampung membantu mencari dan hampir tengah malam pun belum ditemukan lagi. Menurut ibu saya, seluruh pelusuk kampung sudah dicari (kecuali hutan tebal), namun masih tidak dijumpai. Orang-orang kampung pun sudah ada yang pulang kerumah masing-masing dek kerana keletihan hanya yang tinggal datuk saya, ibu saya dan beberapa orang kampung saja lagi yang ingin meneruskan misi pencarian. Hingga pada satu ketika, datuk saya mula hilang pertimbangan persis orang yang mendengar khabar berita yang buruk secara mengejut dan dengan marah, dia memutuskan untuk masuk ke hutan tebal sebelah sekolah itu. Semua hairan dan terkejut dengan keputusannya itu. Datuk saya berpesan kepada orang-orang kampung, sekiranya masuk waktu subuh, dia belum keluar dari hutan itu bersama ayah saudara saya , bermakna ayah saudara saya tidak akan ditemukan kembali. Gugup orang-orang kampung mendengar pesanan itu. Dia juga tidak membenarkan sesiapa untuk ikut masuk ke hutan itu. Orang-orang kampung hanya menunggu diperkarangan sekolah.

Maka masuklah datuk saya ke hutan itu dengan hanya berbekal sebilah parang dan lampu picit. Bermacam perasaan timbul. Ada yang takut, resah dan macam-macam lagi. Lebih menghiraukan lagi, datuk saya itu pun sudah tua dalam lingkungan 80 tahun, badan kurus kering, mata kabur tapi hati kering. Sekitar jam 2 pagi, kedengaran dari hutan, bunyi seperti orang menebas belukar dan cahaya lampu picit kelihatan mendekati sekolah. Datuk dan ayah saudara saya muncul perlahan di perkarangan sekolah. Semua orang gembira dan bersyukur di atas keberjayaan misi itu. Ayah saudara saya sangat kotor dan lemah. Datuk memberitahu, ayah saudara saya disembunyikan oleh hantu susu ditengah-tengah belantara itu. Datuk berbisik kepada ibu saya dan berterima kasih kepada ibu atas tindakan ibu yang membekalkan ayah saudara saya kancing peniti di seluar sekolahnya yang longgar. Hantu susu takut kepada besi tajam dan oleh kerana itu, hantu itu hanya menyembunyikan ayah saudara saya dan tidak mengapa-apakannya. Menurut ayah saudara saya, dia menyangkakan yang ibunya (nenek saya) yang melambai-lambai memanggilnya dari hutan itu dan dia langsung mengikutnya masuk ke dalam hutan. Menurut ayah saudara saya lagi, ‘ibu’nya itu hanya diam saja sepanjang perjalanan masuk jauh kehutan dan beberapa kali menyuruh ayah saudara saya menanggalkan kancing peniti dari seluarnya namun gagal kerana ibu saya mamasangnya dengan kuat sekali, maklumlah seluar longgar. ‘Ibu’ itu terus meninggalkan ayah saudara saya sendiri di hutan itu dan tidak menemui jalan keluar.
Sampai kehari ini, sebahagian hutan tersebut masih wujud tapi tiada lagi kedengaran cerita-cerita seram mengenainya dan telah banyak bangunan dan perumahan dibangunkan disana. Datuk pun sudah meninggal dunia pada tahun 90an. Sekian saya kongsikan untuk pembaca sekalian.

Kongsi kisah anda: fiskyenshasha.com/submit

Haji Tunjul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

28 thoughts on “HUTAN”

  1. Tuan Haji Tunjul.. sorry to say.. Jika berkeyakinan jarum peniti puncanya hantu susu tu takut, dan menyelamatkan bapa saudara tuan haji maka percaya lah bahawa keyakinan ini boleh jatuh khurafat atau syirik.. Jika hantu susu tu takut pada Allah swt maka dengan kuasa-Nya bapak saudara berjaya dikembalikan dengan selamat..maka hal itu lah yg sebenar-benar nya berlaku… apepun cite tuan aji best dan ohsem..

    Reply
    • Aku prcaya Tn. Hj Tunjul iktiqad dn aqidah nya tetap djln yg lurus.. citer beliau berkisar pd thn 70an.. dgn keadaan hdup d pdlmn, aku rs jarang ada guru2 agama yg dtg dn menerangkn kpd mereka tentang Islam scr terang dn jelas.. org dulu2 biasala.. kepercayaan mereka trhdp superstitious agak tebal & tk mustahil mind set mereka tlh trbntuk sebegitu sejak dr kecil.. isu syirik atau tdk, sama2lh kita kmbalikn kpd yg empunya urusan, Allah swt.. maafknlh statement aku ni sekiranya ada menyinggung mn2 pihak..

      Reply
      • That’s ok bro Isa.. xperlu minta maaf sbb sy faham, bagaimana keadaannya ketika itu terutama di kwasan pendalaman pd era 70-an wlupun sy lahir selepas era 90-an.. iye betul mungkin mindset mereka ketika itu.. dalam masa yg sama sy yakin akan akidah dan iktiqad beliau tetap djln yg lurus cume sy menasihati tanpa menuduhnye agar kena berhati-hati sikit sbb tkut kdg kala ketika menulis hal-hal alam ghaib ni takut mengambarkan kuasa selain Allah swt.. apepun sy juga minta maaf jika mn2 pihak tersinggung dgn statement sy

        Reply
    • Dia bukanlah percaya yg benda tajam tu boleh menakutkan hantu tu semata2😏Just dia percaya yg benda tajam tu adalah salah satu cara hantu tu takut,suka2 hati je nak khurafatkan org,blaja tak habis ni dik😅dah tu kau kalau anak kau hilang,takkan tawakal je tanpa usaha.kau kena fhm yg jarum tu as asbabnyaa.Ok sis nk
      tanya,kau kalau lapar,kenapa kau cari nasi?kenapa x cari Allah?so,tepuk dada tanya iman,jangan suka2 hati nak khurafatkan org…

      Reply
    • Menggunakan garam kasar, cincin segala batu, raja kayu putih dan sebagainya. Adakah ini boleh jatuh khurafat dan syirik? Yg pnting niat di landasan yg benar. Belum kena belum tahu caranya.

      Reply
      • Tkper.. bro Amirul skdr memberi pndngn.. itu tandanya dia syg dgn saudara seIslam dia.. tknk akidah trpesong dr mntauhidkn Allah.. Iblis tu kn bijak.. dia ada sejuta mcm cr nk sesatkn iktiqad kita.. saling brpesanlh kita pd kebenaran..

        Reply
  2. Aku suka cerita lama2 mcm ni. Ok la Dr kisah khayalan cinta dgn Jin hensem atau penjaga yg hensem keturunan Jin bla bla bla yg syok sendiri.. btw pasal kancing peniti Tu, Ada Gak persamaan dgn penggunaan garam kasar dlm menjauhi gangguan makhluk halus. Or bnda2 tajam yg diguna utk mengelakkan gangguan kak ponti. But after all yg penting, kebergantungan tetap pd yg satu

    Reply
  3. x perlu berbahas psl jarum peniti or what.

    baca dgn lapang dada.

    cter best, cuma kalau letak nama lagi senang nk baca, ni letak panggilan pangkat keluarga “bapa saudara saya” “ibu saya” “datuk saya”… sekali baca ok, dh byk2 kali baca nk baca terus mood ke laut.

    Reply
  4. Ingat kt tv je ada hantu susu. Real pun ada . Ooo .. hahaha . Mcm2 la tapi belah sana memang femes dengn cerita2 mistik ni.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.