#IbanTeenager – Sixth Sense Yang Terpaksa

“Dik IbanTeenager kan?”, Anyan tanya aku. Muka dia penuh tanda tanya dan prasangka selepas membaca kisah pertama aku dekat page FS. Kawan-kawan sepejabat yang kenal page FS ini terus memandang aku dengan penuh tanda tanya. Rasa macam penjenayah masa tu. Sebab apa mereka syak aku ialah IbanTeenager? Sebab aku siap-siap letak pengenalan pasal asal usul aku iaitu Sri aman, nama sekolah dan Anyan nie memang kenal family aku sebab sama asal dari Sri Aman. Memang silap aku sendiri masa tu. Sebab kawan seoffice aku nie baca je cerita kat FS ini setiap satu.

Satu cerita pun tak pernah skip sampai cerita ‘Cinta Misteri” by KING pun mereka baca. Tapi lepas baca cerita tu, aku copy and paste pasal komen pembaca dekat skype group dekat office pasal cerita tu. Terus mereka ketawa macam tak ingat dunia. Sebab mereka cakap komen pembaca lebih seram dan misteri dari cerita tu. Tapi aku tunggu juga sambungan cerita “Cinta Misteri” tu. Hope penulis a.k.a KING tu baca cerita aku nie. Berbalik semula kepada cerita.

“Ukai aku lah…sebarang jak kitak..Nadai ari ku ka bertulis-tulis ke cerita bak FS. Manah ku main Dota 2”. Cuba menafikan pertanyaan Anyan.

Bukan niatku untuk memyembunyikan identiti aku. Aku sekadar ingin berkongsi pengalaman seram aku untuk semua pembaca di FS. Bukan untuk menunjuk tapi untuk memberitahu pembaca bahawa benda itu sememangnya wujud. Menyesal pula aku memperkenalkan page FS kepada rakan sekerja. Aku perkenalkan page ini untuk membuang rasa mengantuk ditempat kerja disebabkan ketika itu kami masih bekerja shieft malam. Tapi sekarang dh jadi fan page FS. Kawan-kawan sekerja aku ini semua silent reader dekat page FS.

Aku terpaksa memekakkan telinga setiap 8 jam selama 2 hari di office dengan pertanyaan “Dik IbanTeenager kan?” So, selepas ini kau orang tahulah yang aku IbanTeenager selepas aku menulis kisah kedua aku menggunakan nama kau orang. Hahaha. Nama watak dalam cerita kali ini aku tukarkan guna nama 4 orang rakan sekerja yang sering menghantui aku dengan pertanyaan ‘Dik Iban Teenager kan?. Untuk pengetahuan pembaca, hanya kami berlima saja yang membaca page FS. Tak kira lah sama ada dirumah atau di pejabat. Yang lain tak baca sebab pekerja yang lain berbangsa Cina. Susah sikit untuk mereka memahami bahasa kebangsaan. Kami berlima peminat SiCelupar dan #Fizi. Abang M juga tak ketinggalan. Hahaha, suami kepada cindy tu.

Seperti Abang Fizi. Sebelum kisah dimulakan, aku perkenalkan dulu watak dalam cerita ini. Antara watak-watknya iaitu Larri (adik no.2 aku), Ecat (jiran sebelah rumah aku), Anyan (jiran sebelah rumah Ecat), Ulen (kawan rapat tapi tinggal jauh sikit dari rumah kami bertiga) dan Aku (IbanTeenager). Kenali watak supaya tidak berlaku kekeliruan dan percanggahan. Nama watak ditukar menggunakan nama rakan sepejabat yang aku maksudkan tadi. Baru puas hati aku ketika tengah mengarang cerita ini walaupun pahit bagiku umtuk mengingatkan semula zaman Jahilah aku dan rakan-rakan aku yang dulu kalanya.

Tapi jangan hafal sangat nama mereka tu. Mereka just watak sampingan je. Pada cerita pertama aku sebelum ini, aku ada mengatakan yang sixth sense aku ini diperolehi secara tidak semula jadi. So,aku bagilah tajuk kisah kedua aku ini iaitu “Sixth Sense Yang Terpaksa’. Pengalaman ini 6 bulan selepas Gawai Hantu pada kisah pertama aku. So,kejadian ini berlaku hujung tahun bulan 11 semasa cuti sekolah. Tak lama lagi nak masuk form 3 masa tu. Dialog aku telah translatekan. Nak tulis original nanti. Takut pembaca tak faham. So,dialog bawah ini nanti spicy okey bukan original bahasa. Hahaha..Dah macam KFC lah pula. Ok, Jom mula.

……….

Hari dah tengahari. Aku buka tingkap bilik tidurku, nampak matahari dah menegak tinggi. Cuaca lebih indah dari semalam walaupun panas. Semalam hujan satu hari suntuk sehingga project yang dijanjikan tergendala (project Jahillah zaman budak). Jam kat dinding baru menunjukkan pukul 1. Aku nak kena bersiap cepat. Selepas mandi dan makan, aku terus menuju ke rumah Ecat. Sebelah rumah je pun. Sampai saja dirumah Ecat, kelihatan adikku Larri dan Anyan dah berkumpul dirumah Ecat.
Project ini dah berapa kali sudah berjaya. Sekarang untuk third try.

“Mana ulen? Belum sampai lagi kha?”, tanyaku pada Ecat dan Anyan.

“Kau macam tak kenal pula siapa Ulen tue. YB kita tue, memang tak akan sampai on time punya” jawab Anyan selepas Ecat masuk semula ke rumah untuk menyediakan air sirap untuk kami orang.

Selepas beberapa minit, muncul Ulen dengan muka kepenatan selepas berlari dari rumah dan terus meminta maaf atas kelambatan. Ulen terus meneguk air sirap yang disediakan oleh Ecat tadi mungkin sebab kepenatan selepas berlari. Rumah Ulen tidak la jauh mana pun, cuma hujung lorong je dari rumah kami orang. Selepas berborak dan berbincang tentang project yang bakal dijalankan. Ecat terus mengambil beg plastik dan barang diperlukan. Selepas jam menunjukkan pukul 2.30, kami memulakan project yang dirancangkan. Teruja pada masa tu Tuhan saja yang tahu. Ala-ala macam cerita anime One Piece nak menerokai lautan.

Tapi project kami ialah menerokai kebun diantara sempadan Kampung Tudan dan Permyjaya. So, siapa-siapa yang tinggal di permyjaya or Tudan tahu lah tempat yang dimaksudkan. Tempat tu dekat dengan kabel electrik yang besar-besar. Project yang aku maksudkan tadi bukan lah sekadar meneroka kebun-kebun saja tetapi mengambil buah-buah ubi untuk dipanggang tanpa kebenaran. Sampai je dekat area-area kebun yang telah di mark (diwanted), kami terus mencabut buah-buah ubi dengan rakus. Tenggah leka mencabut buah ubi, tiba-tiba….

“Oi…cuba tengok sana, ada kebun jagung lah” kata Ecat sambil menunjukkan ke arah kebun tersebut.

“Waa..bestlah kalau macam ini. Boleh la minum petang dengan Ubi BBQ combo Jagung bakar.” balas Anyan.

“Tapi kebun itu dikeliling dengan tali nilon” keluh Larri.

Kami berlima terus mengorak langkah perlahan-lahan menuju kebun Jagung entah milik siapakah. Sampai saja didepan tali nilon yang mengelilingi kebun tersebut.

“Eeeeee..ada botol lah digantung dekat tali ini”, sambil Ulen menunjukkan ke arah botol yang diikat penutupnya menggunakan kain merah pada tali nilon tersebut.Kelihatan ada sesuatu dalam botol itu. Tapi kami abaikan.

“Jangan-jangan benda tu digunakan untuk jaga kebun nie” kata Ecat pada kami semua.

“Tipu je tu, saja-saja je owner kebun ini nak takutkan orang macam kita. Lets go team. Move-move” jawabku.

Akhirnya, tanpa berfikir baik buruk pasal botol itu. Aku terus memukul botol itu dengan kayu sehingga botol tersebut pecah dan jatuh. Ketika botol itu pecah, aku terlihat botol tersebut mengeluarkan asap seketika. Tapi aku abaikan selepas melihat kawan-kawan aku sibuk shopping sakan memilih jagung yang hendak diletak dalam plastik bercampur dengan buah ubi. Masa tu, kami orang masih ada sifat baik sebab hanya mengambil jagung setiap seorang satu. Selepas selesai, kami terus melepak
sambil BBQ buah-buah yang diambil tadi. Ini project rahsia so mak ayah memang tak tahu. Kalau Kantoi memang kena marah lah jawabnye. Kenyang sangat masa tu sehingga aku dan Larri tidak makan malam bersama keluarga. Disinilah kisah seram aku bermula dan mengubah hidup aku hingga sekarang.

Pada malam tersebut,aku didatangi makhluk halus didalam mimpi. Untuk pengetahuan pembaca, aku tidur seorang diri sebab aku kan anak sulung. Hahaha. Faham-faham lah. Aku tidur seperti biasa pada pukul 11 malam lebih manakala Larri masih berbaring diruang tamu sambil menonton Dvd WWF. Pada pukul 2 or 3 pagi (tak pasti ^^) aku terbangun untuk kencing. Selepas aku kencing.
Aku sambung tidur semula. Selepas beberapa minit. Aku bermimpi.

“Berani kau mengacau tempat jagaan aku” kata makhluk tersebut didalam mimpiku. Muka makhluk tersebut sangat seram. Tangan dia panjang sebelah dan berkedut-kedut tapi putih sebab pucat kot. Sambil jalan terbongkok dengan mulut terbuka luas sambil lidah terkeluar menuju ke arah aku. Ketika itu aku dapat lihat yang aku tengah bermimpi di kebun Jagung yang kami ceroboh cuma suasana dikebun tersebut sudah gelap (malam). Makhluk tersebut seperti hendak mencekik leherku.
Tapi belum sempat tangan dia mencekik leherku, Aku terus terbangun dari tidur. Mungkin sebab tangan makhluk itu tadi pendek sebelah. Hahaha!! Tiba-tiba, dalam kegelapan aku disapa oleh sesuatu. Double terkejut aku masa nie. Dalam mimpi terkejut, luar mimpi pun terkejut. Kalau sekarang lama dah aku kaki-kaki kan, tangan-tangan kan makhluk nie.

“Kamu ingat kamu boleh lari ke?”, suara ini sama dengan suara makhluk dalam mimpi ku tadi. Dia countinue dekat luar pula. Dalam mimpi tak dapat, luar mimpi dia kejar aku.

Selepas aku mencari dari mana datangnya suara tadi, badan aku terus tidak dapat bergerak seperti ditindih. Aku melihat makhluk dimimpi ku tadi berdiri dihujung katil aku sambil senyum sinis dengan lidahnya terjelir keluar. Aku seakan-akan boleh dengar dia sedang berkata sesuatu (dah tak ingat sebab takut sangat masa tu). Aku ketakutan melihat pandangan sinis mata berwarna putih tanpa berbola mata hitam. Tiba-tiba lembaga itu berada di atasku dan memuntahkan sesuatu. Aku dapat merasakan lendir dan basah yang menimpa badanku. Ingatkan lepas muntah makhluk itu pergi. Tiba-tiba makhluk tersebut teleport dan terus berbaring disebelahku sambil muka dia bersebelahan dengan muka aku. Aku dapat merasakan dengusan nafas makhluk itu di tepi telingaku. Ketika itu, Tuhan saja yang tahu betapa takutnya aku. Nak minta tolong atok, atok aku kat Sri Aman. Nak jerit panggil mak dan ayah suara tak dapat buka macam kena zip.

Nak berdoa, tak tahu nak baca doa apa. Makhluk tersebut terus merenungku sambil lidahnya menjilat-jilat pipi aku yang gebu dan lembut. Disebabkan tersangat takut, aku terus pejamkan mataku. Masa tu, aku dapat rasakan yang kedua-dua mataku dijilat berkali-kali oleh makhluk tersebut. Mata aku terasa berlendir selepas dijilat berkali-kali. Yang aku marah sangat pada makhluk tangan pendek sebelah tu sampai sekarang, kalau nak jilat tu jilatlah tapi gigi tu gosoklah dulu. Kalau malas sangat nak gosok gigi tu pun makan lah chewing gum “DoubleMint” dulu. Dah lah liur bau macam mayat yang tak ditanam selepas berminggu-minggu. Disebabkan takut, aku terus pengsan. Tak tahulah berapa kali dia jilat mata aku yang tertutup rapat. Lantak dia lah nak jilat berapa kali sebab masa tu aku dah pengsan. Hahaha..Aku bagi tips, kalau pembaca mengalami sesuatu yang seram atau menakutkan “Pengsan” ialah satu-satunya jalan penyelesaian kalau tak pandai baca doa. Haha..pandai-pandai lah cari cara nak pengsankan diri.

………….

Bangun pagi itu, aku terasa seperti seluar aku basah. Bukan seluar je yang basah, tilam pun basah. Manakala lendir malam tadi tiba-tiba hilang dengan misteri lagipun malam tadi natang itu muntah banyak. Yang tinggal cuma basah bahagian seluar. Kisah basah-basah nie,lupakan saja ok. Mungkin sebab peluh kerana lupa on kipas masa tidur. Yang peliknya pagi itu, aku terus demam panas selepas kejadian malam tadi. Aku rahsiakan kejadian seram ini dari keluarga aku. Selepas mandi dan serapan pagi. Aku terus bertanya pada Larri, adakah dia mengalami perkara aneh masa tidur. Tapi dia mengatakan yang dia tidur seperti biasa. Siap mimpi Grace (girlfriend Larri) dia sindir pentanyaan aku tadi. So, disebabkan demam panas yang teruk bapak aku tak benarkan aku bermain mahupun lepak luar rumah. Kasian masa tu..terasa lonely je.

Ada juga lah mereka Ecat, Anyan dan Ulen datang melawat aku siap bawa buah tangan lagi iaitu kelapa muda. Memang sah nie buah kelapa curi. Masa itu, ada juga aku tanya pada mereka
seorang pasal malam project masa tu mereka ada diganggu or tidak. Semua jawab tidak. Lebih-lebih lagi si Anyan. Siap cakap yang dia mimpi pasal Easter Lyne Jeffery main masak-masak. Hahaha..(terasa puas dan gembira pula menaip sekarang nie). Rasakan lah Anyan.
Sambung semula kepada cerita.

Selama seminggu aku demam panas. Tiada kejadian aneh yang menimpaku selain kes dijilat itu ketika aku demam panas. Aku sangkakan benda itu berakhir disitu saja. Sejak sembuh, aku sering melihat sesuatu yang tak patut dilihat mata kasar. Aku cuba bertahan dengan bersangka baik bahawa semua itu hanyalah imiginasi aku. Ada satu hari, kami orang melepak dirumah Ulen. Kami orang masa tu tengah main daun terup ’21’. Perutku tiba-tiba meragam nak berak. Satu tabiat buruk aku sampai sekarang. Aku tak boleh nak berak kalau guna tandas orang lain. So, mahu or tidak aku terpaksa balik rumah untuk berak. Otw aku balik ke rumah, aku terlihat satu objek tengah mencangkung di tiang lampu sambil melihat aku.

Aku buat-buat tak tahu je tapi kaki aku automatik mempercepatkan langkah.Tiba-tiba benda itu berkata “Dia nampak aku lah” sambil ketawa. Apa lagi aku terus jadi ahli Running Man menuju ke rumah. Sampai dirumah, rasa berak aku hilang serta-merta. Aku mula berfikir bahawa tadi bukanlah imaginasi aku sebab benda yang melepak di atas tiang lampu tadi menyapa aku. Sejak dari itu, jika aku keluar malam, aku dapat melihat sesuatu. Ada muka benda itu boleh aku terima dan ada juga diluar penerimaan mataku. Hodoh sangat, kalau hodoh dan seram saja taklah apa, kadang-kadang benda itu menyapa. Selama sebulan aku diganggu, melihat, mendengar benda-benda yang tak dapat orang lain rasa. Banyak juga pengalaman disebabkan sixth sense yang terpaksa ini aku alami. Aku just skip ok. Takut panjang sangat.

Last-last aku give up juga sebab aku bukan macam Naruto or John Cena. Selama sebulan lebih aku bertahan. Aku terus memberitahu bapa aku tentang benda-benda yang aku lihat. Mula-mula bapa aku tak nak percaya. Dulu aku tak pula mengadu pasal semua ini. Bapa aku mula menyoal aku seperti polis apa yang aku buat sampai boleh tengok benda ini. Selepas aku beritahu dari A-Z, bukan main lagi bapa aku marah. Dah macam Broke Lesner aku tengok masa tu. Tapi, itu luaran je. Paling lama dia marah masa itu cuma dua hari.

Yang boringnya,bapak aku ulang cakap and beri ceramah benda yang sama je selama 2 hari dia marah. Last-last aku dibawa berubat di Rumah Panjang bapa aku di Pusak, Sungai Daun. Aku diubat oleh seorang yang digelar sebagai “Manang” dirumah panjang bapa aku. Mak aku tak ikut sebab jaga rumah dan adik-adik aku. Tetapi semua itu terlambat. Sebab mata aku sudah biasa dengan benda itu sehingga sixth sense itu tak dapat ditutup. Aku menerima Sixth sense itu dengan terpaksa dan berat hati. Tetapi “MANANG” itu mengajar aku cara untuk menghalau gangguan-gangguan makhluk halus. Tidak lah lengkap ilmu jika pandai menghalau saja. Aku juga diajar juga cara itu menyeru makhluk halus. Mentera-mentara itu aku tulis atas kertas. Sekarang tak perlukan kertas lagi, sebab dah hafal 100%. Selain itu juga, aku diberi 2 “Baju”. Satu untuk pertahanan dan satu lagi untuk menyerang. Pasal ini lupakan saja ok. Saja je aku nak bagitahu.

“Baju” yang aku maksudkan itu bukan untuk dipakai macam baju-baju biasa. Dia ada kegunaan sendiri. Tapi, aku dinasihatkan itu tidak memberitahu sesiapa pasal ini dan sixth sense. Hope bapa aku tak baca lah page fiksyenShasha ini. Kang tak pasal-pasal lagi bapa bertukar jadi Broke Lesner semula. Percuma aku kena F5 dengan supplex city. Setelah seminggu aku di rumah panjang bapak aku. Kami berdua pulang semula ke Miri. So, sampai sekarang lah aku boleh melihat benda-benda halus. Sejak aku diajar cara menghalau benda halus ini. Aku ada lah berani sikit kalau melihat natang bak
kata Abang M. Kalau menatang tu kacau baru aku halau. Tapi kalau dia tak kacau, aku buat tak tahu je. Manakala cara menyeru itu sekali je aku cuba, kira nak test je. Ternyata berhasil tapi kalau menyeru or memanggil natang tu, kalau tersalah terbaca ayat mungkin benda itu akan menggangu diri sendiri. Syukur masa testing or ujikaji itu aku tak salah. Aku dapat panggil dengan baik and hantar pun dengan cara baik. So, sekarang pun tak banyak yang tahu yang aku ada sixth sense. Aku harap sixth sense yang terpaksa ini dapatlah hilang.

Tentu pembaca hairan kenapa bapa aku tak bawa aku langsung ke hospital semasa demam panas kan. Dia ada bawa aku pergi tapi aku tak nak, bukan tak nak tapi tak mungkin aku nak pergi. Kalau sakit demam panas hospital kerajaan setakat check-check than last-last penadol juga mereka bagi. Bagus aku duduk rumah sambil makan penadol acti fast yang dibeli kat kedai. Lagi tinggi dos daripada penadol hospital kerjaan bagi. Tak buang masa dan tenaga. Tambah-tambah lagi tak lah menyusahkan bapa aku nak hantar. Nampak tak, anak yang baik juga aku ini.

Ok lah. Sampai sini saja lah kisah kedua saya kali ini. Penulisan dan cerita ini agak panjang tapi mungkin pendek bagi pembaca. Masih banyak lagi pengalaman-pengalaman yang aku alami berkaitan dengan makhluk halus. Pembaca semua digalakkan mengkritik untuk membaiki lagi penulisan dan jalan cerita untuk kisah seterusnya. Segala kritikan para pembaca akan dijadikan panduan dalam kisah seterusnya.bye2… Kalau ada pembaca yang belum baca kisah pertama
saya, ini link dia http://fiksyenshasha.com/ibanteenager-pengalaman-seram-semasa-gawai-hantu/ .Thank you For Support ^_^.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

22 thoughts on “#IbanTeenager – Sixth Sense Yang Terpaksa”

  1. Hello…

    Sekali lagi saya ditugaskan oleh Encik Iban Teenager untuk translate kan bahasa Iban ke Bahasa Melayu untuk memudahkan para pembaca yang berbangsa lain.

    * “Dik IbanTeenager kan?”
    ( Kamu kah Iban Teenager tu ?)

    * “Ukai aku lah…sebarang jak kitak..Nadai ari ku ka bertulis-tulis ke cerita bak FS. Manah ku main Dota 2”. *
    ( Bukan aku la …. ikut suka hati ko orang je…tak ada masa aku menulis cerita kat FS. Lebih baik aku main Dota 2)

    * Baju yang dimaksudkan oleh Iban Teenager tu adalah pendamping.*

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.