Ibu rindu Amar…
Pagi itu, Mila bersemangat sekali ingin keluar ke warung Haji Andak. Roti canai kegemaran anaknya itu terbayang difikirannya. Sebelum keluar rumah, Amar iaitu anak Mila berusia 3 tahun itu diuruskan dengan rapi sekali. Selepas mandi, baju dan seluar dipakaikan diselangi gurau senda, Amar ketawa riang. Rambut disikat dan Amar dipakaikan bedak, lalu dicium pipi Amar dengan penuh kasih sayang. Sememangnya Mila sangat menyayangi anaknya.
Sebaik keluar daripada rumah, Mila berjalan kaki terus menuju ke rumah ibunya yang cuma 5 minit perjalanan sambil mendukung anaknya. Walaupun keringat hampir membasahi, dia sanggup terus mendukung Amar asalkan anaknya tidak kepenatan berjalan. Dia ingin menitipkan Amar kepada ibunya, Mak Cik Sal kerana tidak mahu anaknya ibu berpanas diatas motor.
Jarak ke warung Haji Andak itu mengambil masa kira-kira 15 minit daripada rumahnya. Motor dipandu dengan cermat. Mila tersenyum sendiri teringatkan telatah anaknya yang sangat gemar memakan roti canai. Mila mempercepatkan perjalanan.
Roti canai terikat kemas dibakul motosikal Mila, dia secepatnya ingin pulang ke rumah. Dipersimpangan jalan, sebuah kereta yang laju tidak sempat mengelak Mila lalu merempuhnya. Mila meninggal dunia ditempat kejadian.
Suami Mila, Anas bergegas ke hospital daripada tempat kerjanya sebaik mendapat panggilan mengenai khabar dukacita itu. Air matanya mengalir, terlalu pedih untuk dia menerima takdir.
Jenazah Mila selamat dikebumikan malam itu. Mak Cik Sal mendukung Amar yang baru sahaja tidur. Anas seakan memahami bahawa ibunya telah tiada, sedari tadi dia hanya merengek sehingga kepenatan. Mak Cik Sal menangis, difikirannya pasti Amar tercari-cari ibunya, tertunggu-tunggu Dan rindu akan seorang ibu yang selalu bersamanya.
Anas terbangun, dia melihat jam, 2.00 pagi. Namun bunyi ketukan ditingkap biliknya membuatkan dia terpinga-pinga. Dilihatnya Amar yang tidur nyenyak disebelah. Bunyi ketukan hilang.
Bau kapur barus yang kuat diselangi bau tanah basah begitu menyengat hidung, Anas terbangun sekali lagi. Kali ini, terasa d***h serta merta naik ke muka apabila dia terpandang sekujur tubuh yang berbalut sedang berdiri di sebelah Amar. Dari cahaya yang samar, dia memberanikan diri melihat ke arah wajah pemilik tubuh tersebut. Subhanallah, itu isterinya! Mila cuma memandang ke arah Amar, kelihatan dia menangis.
Keesokannya, Mak Cik Sal ke bilik menantunya kerana sudah pukul 8 pagi. Kebiasaanya, Anas tidak akan tidur semula setelah solat subuh. Pintu dibuka, kelihatan Amar masih tidur. Anas pula sedang berselubung seperti kesejukan. Mak Cik Sal segera mendekati Amar dan Anas terbangun menyedari kehadiran ibu mertuanya itu. Dia cuba menegur ibu mertuanya namun tekaknya terasa perit. Ya, Anas demam kerana kejadian malam tadi tetapi dia tidak mahu menceritakan perihal tersebut kepada Mak Cik Sal. Bimbang ibu mertuanya itu bertambah sedih.
Malam kini menjelang lagi, Anas semakin berdebar. Anas tekad malam ini dia harus berkomunikasi dengan isterinya sekiranya ia datang lagi. Anas menidurkan anaknya dengan aluanan zikir, wajah Amar ditatap. Anas menangis. Semuanya bertambah sukar untuk diterima.
Anas tersedar. Seperti semalam, bau yang kuat membuatkannya terbangun. Dia segera terpandang sekujur tubuh berbalut itu lagi. Anas menarik nafas cuba untuk bertenang dan duduk walaupun tubuhnya mula menggigil. Mata Mila masih menatap Amar yang sedang tidur. Anas cuba berkata-kata. Walaupun suaranya tersekat-dekat, dia tetap mahu menyampaikan kepada Mila bahawa dia sudah tidak boleh berada didunia ini. Anas tahu dia merindui anaknya, tetapi percayalah Anas dan Mak Cik Sal akan menjaga Amar dengan sebaiknya. Anas tahu Mila mendengar dan faham walaupun Mila hanya menunduk memandang Amar. Tiba-tiba, kedengaran bunyi tangisan yang begitu mendayu. Mila hilang.
Anas kini berasa lega kerana selepas kejadian tersebut, Mila tidak lagi datang menjenguk anaknya. Air mata Anas mengalir memandang wajah Amar, anaknya yang masih kecil itu kini sudah kehilangan seorang ibu yang amat mengasihinya. Seperti terbayang-bayang lagi isterinya yang tersayang bergurau senda dengan Amar dihadapannya.