Ibuku sayang

Ibuku sayang

WANITA itu membelek gambar keluarga. Wajah anak-anak, suami dan cucu-cucunya. Semua siap dibawa dari kampung. Disusun dalam frame, diletak di ruang tamu.

Tersenyum bibir tuanya melihat kebahagiaan yang dia kecapi sekarang. Anak-anak semua sudah bekerja bagus. Anaknya sangt perihatin, dapat menantu yang baik, Itu semua rezeki.

Wanita itu memandang telefon bimbit yang diletak tidak jauh darinya. Siaran televisyen ditutup, dia bangkit dari kerusi dan mencapai telefon tersebut. Sekeping kertas kecil di sebelh meja diambil. Dia mendail mengikut nombor yang tertulis.

Kalau boleh, dia tidak mahu mengganggu pun, cuma dia rasa rindu dan sunyi. Tidak lama kemudian, panggilannya berjawab. Betapa gembira hati tuanya. Apatah lagi mendengar suara latar cucunya yang sedang bermain

“Bukan tak nak datang rumah, tapi Syira agak sibuk sikit dalam minggu ni. Baru semalam je Syira tak datang mak…” suara itu tersenyum mendapat panggilan dari ibunya

“Tahu, tapi mak rindu, selalu Syira datang dengan Amar. Mak ni bosan duduk rumah sorang-sorang. Dulu mak nak duduk kampung, kamu adik beradik tak kasi.” Linda merengus. Dia rindukan kampung halaman.

“Kalau dekat sini senang saya nak jenguk mak.”

“Ha! Tak ada pon kamu jenguk mak?” Ibu tua itu mencebik. Dia merajuk.

“Makkk…” tawa Syira terdengar juga. “Esok Amar ada pertandingan bola sepak di sekolah, balik sudah tentu dia penat. Malam pula ada kelas tuisyen. Tu yang saya tak sempat.”

“Adik kamu pun tak lawat mak. Rumah bukan jauh pon hanya sekangkang kera je.” Linda tetap mencari alasan agar anak-anaknya datang melawat di rumah. Dia tidak suka tinggal di bandar sebenarnya. Tidak kena dengan jiwanya. Tapi kerana dipaksa dan dia juga tinggal seorang di kampung. Sakit nanti siapa yang mahu menjenguk.

“Nanti saya datang esok petang ya.” Syira malas berlama-lama. Dia baru pulang dari kerja. Sebenarnya banyak hal di pejabat yang perlu diselesaikan. Ibunya pula asyik menelefon kerana bosan.

Telefon dimatikan dan Syira bersandar di sofa melihat anak-anaknya bermain. Kepalanya terasa pening. Dia menjegil biji mata ke arah anak-anaknya di depan mata. Masih belum mandi padahal keduanya sudah lama pulang dari sekolah

“Amar! Jangan kacau adik tu!” Marah Syira. Geram betul dengan tingkah nakal Amar yang sering memgganggu adiknya

“Apa yang marah sangt ni?” Suami Syira menegur. Bukan apa, memang sejak dua menjak ini, isterinya itu selalu panas baran.

“Tak ada apa, ada banyak benda nak kene urus.”

“Awak kata nak tengok mak?” Tanya suaminya

“Aduhhhh awak boleh tak jangan cakap soal ni lagi. Yang sana menekan, yang sini menekan.” Syira bangun lantas masuk ke dalam bilik air. Pintu dihempas

Suaminya tercengang. Dia tidak jadi membuka butang baju. Baru sahaja ditegur, isterinya sudah naik angin. Pelik dia.


Wanita separuh usia itu menyiram pokok bunga. Jika diperhatikan dari segi umur, lebih kurang 57 tahun. Dia tinggal berseorangan. Sesekali wajahnya menoleh rumah yang berada di belakang. Rumah yang dibeli anak-anaknya.

“Besar rumah kau Linda…” sapa jiran sebelah, Yang dikenali sebagai Ayuni. Sama usia juga, cuma mungkin lebih muda sedikit.

“Alhamdulillah, anak-anak belikan. Dia orang kumpul duit ramai-ramai, bayar kan bulanan kongsi. Aku nak beli memang tak mampu.” Ujar Linda.

“Aku ni pun arwah suami aku belikan.” Ayuni menyerahkan kuih keria yang baru dimasak.

“Untung anak-anak kau tinggal bersama.” Linda mengambil pinggan berisi kuih lantas mengucapkan terima kasih. “Aku ni suka tinggal kampung, tapi memandangkan kampung aku jauh sangt, diaorang semua tinggal di KL ni, aku ikut je lah. Sekarang semua berkumpul di sini.”

“Rumah kat kampung? Siapa duduk?” Tanya Ayuni.

“Tak ada siapa. Tak nak jual sebab rumah pusaka. Lagipun… biar jelah. Kenangan aku dengan anak-anak dengan suami.”

Mereka hanya berbual kosong mengisi waktu petang yang hening. Suara ketawa dan usik mengusik memang terdengar riuh, namun kawasan kejiranan itu agak sunyi. Kerana rumah mereka di barisan paling hujung.

“Mana anak kau?” Tanya Ayuni

“Lepas balik kerja baru datang. Biasa pukul 5.30 petang dh sampai tapi tulah, dah nak masuk maghrib tak sampai-sampai.

“Sibuk agaknya…”

Setelah habis perbualan, Linda masuk ke dalam rumah. Menyediakan makan malam seperti biasa. Kebiasaannya rumah itu akan menjadi tempat anak dan cucunya balik. Walaupun anak-anak ada rumah sendiri kerana sudah berkahwin, namun mereka tidak pernah lupa pon tentang dirinya. Cuma masa sahaja yang tidak mengizinkan.


MASUK hari ni sudah berapa hari anaknya tidak kelihatan menjengah dan Linda tetap menyediakan makanan di atas meja. Seolah-olah anaknya akan datang berkunjung namun hampa! Waktu sentiasa berjalan, namun dia tetap berseorangan.

Telefon bimbit di atas meja berbunyi.Cepat sahaja Linda berlari mendapatkanya. Tertera nama anak bongsunya.

“Hairul!” Suara wanita itu melonjak gembira

“Mak sihat?”

“Sihat… kenapa tak datang rumah. Kamu yang paling susah nak datang.”

“Banyak kerja mak.” Ujar Hairul mendatar. “Mak sihat?”

“Tadikan dah tanya?” Linda dapat mengagak anaknya tentu sahaja sedang mengalami tekanan.

“Owh lupa… akak ada datang ke?”

“Dah lama tak datang.”

“Dia sibuk agaknya mak.” Hairul juga faham kenapa kakaknya Syira itu sibuk. Sudah bekeluarga, tentu masanya terpaksa dibahagi.

“Kamu bila nak datang. Bulan lepas sekali je kamu datang.”

“Tulah mak…” Hairul memicit kepala. “Saya ni pun masih di tempat kerja tak balik lagi.”

Linda menunduk wajah. Jiwanya mengeluh. “Tak apalah, kalau kamu senang nanti, kamu datanglah jenguk mak ya?”

Talian dimatikan dan Linda mahu bersiap-siap menunaikan solat isyak. Dulu masa di kampug susah benar anak-anak ingin menjenguk. Sudah ada di bandar, pun susah untuk menjenguk.

Jadi apa bezanya? Lebih baik dia duduk di kampung sahaja. Selama tiga tahun duduk di situ, dia tetap sunyi. Ada juga dia mengajak anak-anaknya tinggal bersama di rumah, namun sampai bila? Masing-masing sudah ada rumah sendiri di situ.

Tiba-tiba Linda tersenyum sendiri, wajah tua yang berkerut itu nampak manis, berseri-seri. Dia mahu menetap di rumah anak-anaknya. Itu lebih baik daripada dia menunggu seperti tunggul di rumah itu. Jadi dia tak perlu menyusahkan anak-anaknya datang ke rumah setiap petang. Dia sendiri yang akan bergilir-gilir tidur di rumah anak-anaknya.


“SEMUA benda nak saya uruskan! Awak bukan tak boleh balik awal pon!” Syira membasuh pinggan sambil membebel. Pinggan dan cawan dihentak-hentak

“Saya ni bukan kuli juga, saya ada perasaan. Anak kita dua orang sahaja, awak nak tunggu saya balik baru nak uruskan?” Marah Syira.

“Awak tak nampak ke saya pun baru balik, ambik budak ni dari rumah pengasuh?” Lelaki itu tidak meninggikan suara, mendatar sahaja suaranya. “Kalau awak penat, saya pun penat juga Syira. Tapi saya tak membebel pun.”

“Kalau saya tak membebel, awak takkan sedar pun. Awak buat tak tahuuu je.” Makanan yang siap dimasak, dihidang di atas meja. Syira menyiapkan pinggan dan cawan. Dia memandang anak-anaknya.

“Pergi mandi!!” Tengking Syira

“Cukuplah Syira! Kalau malas tak payah buat semua.” Lelaki itu hilang sabar

“Awak nak kita semua kebulur?”

“Kalau awak ada masalah dekat tempat kerja, tak payah bawa balik rumah! Saya dah kata awak tak perlu kerja, tapi awak nak juga.” Marah suaminya

“Siapa nak tanggung semua benda? Awak nak bayar? Cukup ke duit? Dulu saya tak kerja juga, awak mengeluh bil banyak. Hutang banyak. Ini x cukup. Itu tak cukup. Semua tak kena!” Syira penat dan letih. Dia terduduk di bangku meja makan.

Suasana diam dan sunyi. Anak-anak mereka bertekak dan bergaduh di atas. Masing2 menjerit dan menangis. Syira bangun untuk menyelesaikan, namun dihalang suaminya.

“Biar saya yang tengok mereka.” Lalu lelaki itu terus naik ke atas.

Dengan tiba-tiba Syira menangis. Kepalanya serabut. Dia diberhentikan tiba-tiba tanpa sebab. Bulan ini adalah yang terakhir. Syarikat tempatnya kerja mahu mengurangkan kos pembayaran. Syira buntu, sedangkan banyak benda yang perlu dibayar dan itu yang tidak dibincangkan dengan suaminya

“Assalamualaikum…”

Syira mengangkat wajah, dihadapannya seorang wanita yang sangt dikenali

“Mak…” Syira mengelap air matanya.

Serba salah orang tua itu mahu melangkah masuk. Dia buat-buat tidak mendengar dan tidak tahu tentang pergaduhan yang baru dilihan.

“Masuk dulu mak, buat apa kat sini malam-malm ni? Kan Syira cakap nanti Syira datang?” Agak meninggi suara wanita itu. Dia tertekan.

“Bosanlah duduk rumah tu sorang. Besar pula tu. mak ingat nak menumpang rumah kamu dulu.”

Syira terdiam, dia pula yang tidak selesa.

“Kenapa? Tak boleh ke?”

“Eh! Bukan macam tu, kami selalu tiada di rumah. Sama je mak tinggal sorang-sorang juga.

Linda menunduk, kiasan bahasa itu menandakan anaknya tidak selesa dia berada di rumah tersebut.

“Nenek!” Anak sulung Syira menjerit sebaik ternampak atok mereka berkunjung.

“Salam atok!” Tegur Syira, mengajar anak-anaknya hormat orang tua. Suaminya kemudian meluru dan bersalam.

“Baru sampai ke mak?” Sapa suami Syira. Dan wanita tua itu hanya mengangguk.

Terubat juga hati tua Linda melihat tingkah Amar.


LINDA duduk di bilik atas mendengar pertengkaran antara anak dan menantunya. Dia tidak selesa. Ya! Dia rimas. Rasa bersalah mula hadir kerana datang ke rumah Syira tanpa memberitahu terlebih dahulu. Bukan apa, dia sengaja mahu buat kejutan buat kedua cucunya, tapi lain pula yang terjadi

Telefon bimbit yang dihadiahkan oleh anak bongsunya, Hairul ditenung. Nombor telefon anaknya itu sudah berada di hadapan skrin, cuma dia belum bersedia untuk menelefon. Selalu juga Linda cuba untuk berbual dengan Hairul, tapi kesibukan waktu kerja anaknya menghalang untuk mereka berborak lama.

Lama juga anak bongsunya itu tidak menjenguk. Rindu juga dia pada Hairul. Tapi sebagai orang tua yang perlu memahami kerjaya anak-anaknya, Linda terpaksa tahankan sahaja

“Mak..” Syira berdiri di hadapan pintu.

Ibunya, Linda mendongak sambil tersenyum. Telefon tadi diletak semula. Terlihat riak wajahnya yang kelihatan sedih

“Mak kenapa nak datang tak cakap?”

“Hurmm.” Linda sekadar tersenyum. “Maaflah,”

“Saya balik lewat hari ni sebab ada banyak kerja yang perlu saya settlekan.” Syira berjalan perlahan, duduk di birai katil. “Terima kasih jagakan anak saya.”

“Alah, mak tak kisah pun.”

“Saya bukan tak suka mak datang cuma, masanya tidak sesuai.” Syira menoleh

“Mak minta maaf, mak cuma bosan duduk di rumah.”

“Saya tahu, tapi saya betul-betul tengah ada masalah. Saya tak naklah mak dengar dan tengok kami bergaduh hari-hari.”

“Kenapa tak berbincang? Kenapa bergaduh? Bukankah berbincang itu lebih elok?” Nasihat Linda.

“Mak… mak tak faham sebab mak bukan hidup di zaman sekarang, banyak benda perlu bayar, kos sara hidup tinggi.”

“Mak nak hidup di kampung, kenapa susah-susah belikan mak rumah di sini?” Tanya Linda, tidak senang dengan rungutan anaknya.

“Mak, saya penat, lain kalilah cakap pasal ni ya?”

“Esok mak balik pagi.” Linda tidak mahu melanjutkan perbualan lgi.


“ASSALAMUALAIKUM warahmatullah…” Linda menoleh ke sebelah kanan, kemudian kiri. Selesai sahaja, kedua tangan diangkat dan dia memohon doa sesungguhnya

Sebaik habis solat asar, Linda menyiapkan makanan di atas meja. Satu kemestian yang dilakukan. Kadang kala anak dan cucunya tiba-tiba datang. Meskipun sudah seminggu lebih ini mereka semua tidak berkunjung ke rumah, namun itu bukan alasan untuk dia ambil acuh tak acuh.

Linda menoleh ke arah rumah jiran di sebelah melalui tingkap kaca dapur rumahnya. Tersenyum dia melihat tanaman sayur tumbuh segar. Kelmarin adalah juga si Ayuni menyarankan dia bercucuk tanam seperti hidup di kampung. Katanya, boleh menghilangkan bosan. Tersenyum sendiri apabila dia teringat gelagat jirannya.

Beza dia dan Ayuni, anak-anak Ayuni memang menetap di rumah tersebut bersamanya. Tidak lama kemudian, terlihat, Ayuni dan anaknya berborak di belakang rumah sambil bermain dengan anak-anak kecil. Senyuman Linda termati. Jam di dinding di kerling.

“Dah nak masuk maghrib.” Linda berbicara sendiri. Nampaknya hari ini, sekali lagi anak-anaknya tidak datang menjenguk.

“Banyak kerja…” Linda menyedapkan hati.

Linda menoleh ke belakang, ke arah ruang tamu depan. Berkerut dahi sebaik mendengar pintu rumahnya sepert mahu dibuka

“Syira?”

Cepat-cepat Linda mengorak langkah, dia menuju ke arah pintu hadapan. Dibuka pintu tersebut dengan senyuman, namun termati sebaik melihat dua orang lelaki yang tidak dikenali sudah berdiri di depan pintu.

“Shhhh” seorang lelaki meletakkan jari telunjuknya di hadapan bibir, isyarat agar wanita di hadapannya berdiam dan tidak menjerit. Seorang lagi rakannya memegang parang.

Linda terperanjat, terkelu dan terkaku di hadapan pintu.

“Masuk!” Tolak seorang lagi lelaki yang memegang bilah pisau.

Hanya menurut dan tidak membantah, Linda berjalan masuk, namun ditolak kasar sehingga tersungkur. Kepalanya terhantuk meja hadapan. Kulit dahinya terkoyak, dia mengaduh lemah

Pintu hadapan ditutup perlahan. Lelaki yang berparang mula menyelongkar beberapa almari dan juga barang peribadi Linda. Tidak senang dengan keadaan itu, Linda cuba mempertahankan diri. Dia memukul lelaki di hadapannya sambil menendang beberapa kali. Namun, tenaga dan kudrat wanita sepertinya tidaklah sama dengan tenaga lelaki berkenaan

“Aku cakap diamlah!!” Lelaki itu menumbuk wajah Linda. Gigi gerahamnya patah dan Linda jatuh terduduk.

“Ikat lah dia!” Jerit lelaki yang memegang parang tadi. Dia masih menyelongkar laci mencari barang berharga yang mungkin ada.

Kedua tangan Linda diikat kebelakang dan kedua kakinya juga diikat. Mulutnya disumbat dengan kain yang kemudian diikat mengelilingi kepala

Pipi tuanya ditampar dengan kuat beberapa kali sehingga merah. Perut Linda dipijak beberapa kali. Kepalanya juga diketuk dengan belakang bilah pisau yang dipegang lelaki itu

Dalam keadaan lemah, Linda masih tidak mengalah, dia menendang kaki lelaki yang memegang pisau tadi.

Berang dengan kejadian tersebut, pisau tadi ditoreh di beberapa bahagian badan wanita itu. Dan kerana berang juga, rakannya yang memegang parang tadi datang sebelum menetak tubuh wanita itu beberapa kali seperti orang hilang akal

Suara jeritan Linda tidak kedengaran langsung, menggumam dek mulutnya yang disumbat kain itu tadi.


“SAYA on the way ni kak.” Ujar Hairul, memberhetikan kenderaannya di tepi jalan bagi menjawab panggilan telefon

“Eloklah tu, lama ke cuti?”

“Sampai ahad ni je kak, saya lama tak balik lagipon mak asyik call aje.”

“Yelah. Akak tak sempat datang lah Rul, nanti tolong tengokkan mak ya?”

“Oklah kak, Hairul gerak dulu ya?”

Sebaik takian dimatikan, lelaki itu meneruskan pemanduannya. Beberapa makanan siap dibeli dan buah kesukaan ibunya juga tersusun rapi dalam bakul motor. Bukan dia tidak mahu bawa kereta. Tapi motor lebih jimat!

Hanya setengah jam perjalanan, Hairul telah tiba di hadapan rumah ibunya. Dia menongkat motornya lantas memanggil nama wanita itu.

“Alamak! Tak bawa kunci spare pula!” Hairul mendengus bengang.

“Mak…” dia mengetuk pintu hadapan beberapa kali. Hari sudah gelap, dan dia juga sudah penat.

“Mak, bukalah pintu ni,” Hairul duduk di kerusi kecil yang disediakan di hadapan rumah. Menunggu ibunya membuka pintu. Jam di tangan dilihat. Sepatutnya sekarang waktu maghrib.

“Patutlah, mak solat agaknya.” Terpaksa Hairul menunggu. Namun hanya beberapa minit selepas itu dia melihat cecair merah mengalir dari bawah pintu depan rumah ibunya.

Terperanjat dengan kejadian tersebut, dia segera bangkit, perlahan-lahan menghampiri ke arah di mana cecair itu mengalir, semakin lama, semakin banyak dan bau hanyir menusuk hidung. Kelam kabut dengan keadaan itu, dia cuba membuka pintu depan dengan menendang beberapa kali sambil memanggil nama ibunya.

“Hairul? Kenapa ni?” Tanya Ayuni yang menjenguk keluar sebaik mendengar rumah jirannya bising.

“Ibu, mak cik… ibu saya.”

“Kenapa?” Ayuni mencapai tudung ringkasnya lantas keluar dari rumah. Sebaik terlihat ruang lantai depan dipenuhi dengan d***h, dia terkejut. “Kenapa Hairul?” Cepat-cepat dia memanggil anaknya dari dalam rumah

PINTU rumah Linda ditendang kuat dari luar oleh beberapa orang anak Ayuni yang cuba membantu Hairul. Hanya beberapa minit kemudian pintu depan tersebut terbuka luas mematahkan engsel penyambung.

Melihat sekujur tubuh terbaring tidak bergerak, Hairul berlari mendapatkan ibunya.

“Ibu?” Wajah tua itu ditampar perlahan cuba mengejutkan. “Ibu… Hairul balik ni.”

Tidak ada tindak balas dari wajah pucat itu. Ikatan di kedua tangan dan kaki dibuka perlahan. Melihat keadaan ibunya, Hairul benar-benar marah. Hampir separuh dari tubuh itu penuh dengan kesan tetakan.

“Kita bawa ke hospital Rul?” Ujar salah seorang anak Ayuni.

Wanita yang bernama Ayuni itu hanya mampu berdiri kaku. Melihat keadaan rumah tersebut yang berselerak dengan segala barang barang berterabur, dia sudah dapat mengagak apa berlaku. Mulutnya ditutup dengan kedua tapak tangan.

“Ibu bangunlah…” Hairul tidak mampu menahan air matanya. Dia menekan punca nadi dan nafas wanita itu namun, semuanya sudah tidak bergerak. Tidak ada denyutan jantung langsung dan itulah perkara yang paling ditakuti olehnya.

Di hadapan matanya, kesan koyakan kulit merata-rata di seluruh tubuh. Malah ada yang terkeluar daging. Tapak tangannya dipenuhi d***h. Dia tidak geli walaupun sedikit saat memegang tubuh ibunya.

Ibunya hanya seorang wanita. Wanita tua yang tidak terdaya, entah kenapa sanggup diperlakukan sedemikian rupa.


PIHAK polis sudah berkumpul di hadapan rumah mewah itu. Syira dan Hairul diminta keterangan sebagai pelengkap prosedur. Inspektor Yusuf adalah pegawai penyiasat bagi kes ini. Dia tahu keadaan belum sesuai untuk bertanya lebih, jadi dia hanya mengambil details secara ringkas sahaja.

Keterangan Ayuni dan anak-anaknya juga diambil. Beberapa jiran berhampiran kawasan juga disoal siasat. Tidak ada yang terkecuali.

“Tuan..” panggil Syira.

Inspektor Yusuf berpaling, dia tersenyum dan mendekati.

“Tangkap orang tu, tuan!”

“Memang tugas kami puan.”

“Berapa lama nak tunggu?”

“Kami dah mulakan siasatan pun. Kita dah dapat keterangan dari beberapa orang saksi dan insyaAllah, kita akan dapat pembunuh tu.” senyum pegawai polis itu

Syira menunduk mengelap air matanya perlahan “sepatutnya saya datang awal.”

“Maaf?” Inspektor Yusuf menyuruh wanita itu mengulang. Terlalu perlahan suaranya

“Sepatutnya saya datang petang tadi. Sepatutnya setiap petang saya datang dan tengok ibu.” Syira mengadu. Air matanya laju mengalir.

“Tak apalah puan, sekurang-kurangnya puan ada call kan? Kita tak tahu benda nak jadi.”

“Tak..” Syira mengangkat wajah. “Call pun saya tak buat tuan..” sekali lagi Syira menangis teresak-esak

Inspektor Yusuf tidak mahu terlalu bercakap soal ini. Perkara baru terjadi. Dia perlu beri masa buat wanita itu.


DETAILS tentang kes pembnhan hari ini siap ditaip dan dimasukkan dalam sebuah fail khas. Terasa lenguh tubuh.

Yusuf memandang telefon bimbit di atas mejanya. Lama dia berbuat demikian, jari jemarinya menari-nari di atas meja bersilih ganti, melagukan satu irama yang sekata.

Telefon tersebut di capai, nombor ditekan dan nama ibunya tertera, bibirnya mengulum senyuman. Dia menekapkan telefon tersebut di telinga dan menunggu panggilan dari sana berjawab

“Assalamualaikum mak…” sapa Yusuf berhemah.

“Wasalam nak, kat mana tu?”

Yusuf mengerling jam di dinding bilik pejabatnya. Pukul 2.00pagi. “Masih kerja mak. Mak sihat?”

“Alhamdulillah… kenapa telefon pagi-pagi ni?”

“Tak ada apa…” Yusuf tersenyum sendiri. Dia bersandar sambil memicit kepala.

“Kamu ada apa-apa masalah ke nak?”

“Tak mak…” senyumnya lagi. “Saya… hurm.”

“Kenapa ni nak?”

“Saya rindu mak,”

Talian di sebelah sana diam

“Mak?”

“Ya, mak dengar… mak pun sama.” Wanita itu Tertawa kecil. “Susah nak dengar kamu call cakap macam ni. Kenapa tiba-tiba?”

Yusuf turut tertawa. Dia kemudiannya berborak ringkas bagi tidak terlalu merasa kejanggalan keadaan tersebut


IBU… Ringkas sebutan tersebut namun itulah yang paling sukar dijaga. Hati dan perasaannya adalah yang paling utama perlu diambil kira. Sungguh! Siapa pun ibu kita yang kita miliki sekarang, ia adalah rahmat terbesar dari ILAHI. Ketegasannya kerana mahu melihat kita berjaya. Kegarangannya kerana mahu kita jadi orang berguna. Semewah mana pon manusia, mereka yang paling mewah adalah yang mampu menjaga amanah Allah iaitu ibu kita.

Dah call ibu hari ni??


NasaYusof

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

3 thoughts on “Ibuku sayang”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.