Suamiku Bukan Ustaz Bahagian 2 (Ilmu pengasih Si Penunggang Agama)
Assalamualaikum semua, Anis ingin menyambung kembali beberapa kisah mistik, aneh dan sukar untuk dijelaskan dengan logik akal semata-mata. Anis belajar dalam aliran Sains Tulen selama ini. Bagi Anis, setiap perkara yang berlaku, pasti ada penjelasannya. Namun sekarang ini, Anis mula terima adanya alam lain di sebelah sana yang perlu diakui kewujudannya. Alam misteri yang penuh rahsia Sang Pencipta.
Terima kasih semua yang sudi membaca kisah Anis yang pertama dulu. Ada ramai yang pm bertanyakan soalan-soalan berkaitan kisah misteri. Anis dan Adha akan cuba membantu jika kami mampu dan diizinkan Allah.
Ramai yang tertanya-tanya kesudahan kisah Khalid yang sering berpakaian ala-ala mufti negeri tu. Khalid menggunakan ilmu pengasih dan beberapa ilmu salah yang lain. Setiap bentuk cincin berbatu yang dipakainya memiliki khadam di dalamnya. Ilmu setan itu digunakan untuk menjerat mangsa yang terpilih. Tiga tahun lepas, Anis dan Adha yang terjerat, kini mungkin orang lain pula. Hubungan kami berdua semakin pulih setelah berubat dengan sepupu Adha. Dia juga seorang perawat Islam.
“Awat hangpa berdua tak berubat diri sendiri? Dua-dua ni reti berubat, tapi jenis tak yakin. Tak minat, tu yang hangpa terkena. Takpa la, meh aku cuba. Mana tau, terbukak semula kebolehan tu,” bebel Amirul, sepupu Adha. “Kadang-kadang bila seseorang tu terkena sihir, bila dah sembuh, dia pulak boleh berubat. Deria keenam dah unlock la senang ceritanya. Hangpa ni, ada sedara yang tutup hijab waktu kecik dulu. Sekarang aku bukak balik. Kot boleh bantu hangpa berdua tepis sendiri lepas ni. Tapi aku warning dulu tau. Kebolehan ini akan hadir dengan dugaannya. Kita cuba dulu. Kalau tak mampu, habaq balik na, ” terang Amirul. Gulp…tertelan liur kami berdua tetapi kerana nak pulih semula hubungan ni. Kami sanggup mencuba.
Untuk mengunci dan membuka hijab, ada ayat dan surah untuk bacaannya. Adha ditutup hijab semasa kecil oleh bapa Amirul. Ini kerana semasa Adha mengikut bapa Amirul berubat dulu. Pesakit wanita yang dirasuk ketika itu, merenung Adha dan bertempik kuat. ” AKU BENCI KAU. KAU DIAM, KELUAR ! INI ANTARA AKU DAN DIA”, suara kuat perempuan tu mengejutkan semua orang. Adha ketika tu hanya membaca surah Yasin. Bapa Amirul yang minta semua di situ membacanya ketika itu. Tetapi suara Adha terlalu bergema. Bagaikan ada audio speaker. Jadi, fahamlah bapa Amirul, anak saudaranya ada bakat ke arah itu.
Arwah ayah Amirul, seorang perawat Islam. Amirul mengikut jejak langkah arwah bapanya. Adha pula sering menemani Amirul membantu arwah berubat orang. Salah seorang pesakit yang pernah arwah rawat ialah Pengasas Kosmetik terkenal yang mempunyai anak yang juga dalam bidang yang sama. Pengasas ini berhadapan dengan banyak gangguan mistik. Masalah orang-orang kaya, banyak mata yang cemburu memandang serta hati menjeruk rasa melihat orang lain membilang harta . Maka, hati mula menjadi rapuh, mudah mendengar hasutan setan. Agar turut masuk ke neraka bersama.
Kembali semua kepada tajuk kali ini Ilmu pengasih si penunggang agama, ada cerita yang ku sambung. Anis dan Khalid tidak lagi sama tempat kerja. Khalid sering menghantar mesej yang bukan-bukan. Memujuk rayu dan penuh merapu. Senang cerita, skrip lakonan murahan. Kalau ditonton di pawagam, perlu tapisan 18 tahun ke atas. Begitulah dia. Sepandai-pandai Khalid melompat, kali ini tersungkur juga.
Anis screenshot semua mesej merapu Khalid dan tunjukkan kepada ketua jabatan. Khalid terus dipersilakan keluar. Ke tempat kerja di cawangan yang lain. Selesai bab itu. Lega sikit bila nak buka mesej di telefon selepas block si penunggang agama ni. Tapi, maaf semua. Khabar terbaru ni, Anis dengar, Khalid masih tak berubah. Masih mencari mangsa baharu. Adoi, dah dekat-dekat bau tanah pun gatal lagi. Pening.
Hann kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI