Belaan Dalam Kain Batik

Assalamualaikum para readers. Saya pengikut setia page FS walaupun tak pernah komen atau kongsi cerita sebelum ini. Cerita ni, saya nak kongsi untuk tujuan teladan dan juga berkongsi pengalaman yang berlaku kepada opah saya dulu. Kini, opah dah tinggal di rumah anak2 sebab dah tak boleh jalan selepas kena strok. Dan arwah tok dah meninggal 15tahun yang dahulu. Al Fatihah..

Cerita ni terjadi selepasnya kem4tian arwah tok yang meninggal akibat sakit tua. Selepas tok meninggal, anak2 pah ajak pah duduk di rumah mereka. Masa tu pah masih kuat, sihat,aktif ke masjid dan kebun. Tapi, orang tua bukan suka sangat duduk di rumah anak. Tambah-tambah pulak kawasan perumahan bandar tak kena dengan jiwanya. Jadi, dengan berat hati anak2 terpaksa relakan pah duduk seorang diri. Tapi, anak2 tetap ambil giliran balik kampung.

Masa kem4tian tok, kami sekeluarga temankan pah sampai seminggu di kampung. Mama tolong kemas-kemas barang tok. Tak ada apa2 kejadian pelik, aneh, seram yang berlaku cuma sebagai kanak-kanak masa tu, asal balik kampung je ada perasaan takut nak pergi bilik air la, takut angkat kain la, takut naik tingkat atas la.. Sebab rumah pah dan tok sangat luas dan sunyi jadi budak-budak bandar ni penakut sikit. Selepas kami pulang, pah alami gangguan.. Untuk beberapa hari yang pertama selepas tinggal sorang, pah cuma biarkan tapi bila berlanjutan sampai 4 hari dan gangguan tu akan bermula bila senja. Pah cakap, akan ada bunyi pelik macam suara garau berdehem tapi panjang. Mula2 pah fikir mungkin bunyi pintu berkeriot atau tingkap. Tapi, biasanya waktu senja kan dah tutup pintu dan tingkap. Kemudiah, pah cakap 2 malam berturut-turut dia mimpi dia berjalan dalam hutan dan bunyi kuat datang dari atas. Bila dongak ke atas, pokok-pokok yang sekelilingnya nak tumbang tapi tergantung (maksudnya tak hempap pah). Kita memang cakap mainan tidur. Tapi kalau dua kali mimpi yang sama, musykil juga kan? Dan bila pah tutup pintu nak tidur, ada yang mencakar2 pintu bilik pah. Pah seorang yang kuat semangat, berani.. Asalnya miskin sangat2 tapi berkat kerja kuat dia, semua anaknya masuk universiti dan maktab. Jadi, bila ada gangguan macamtu pun keras hati dia taknak tinggalkan rumah. Dia cuma cerita pada anak-anak dan dia minta duit nak renovate bilik katanya. Rupa-rupanya dia upah orang buat bilik air, pasang telefon dan beli peti ais kecik untuk letak dalam bilik. Jadi, setiap malam jam 9 ke atas pah duduk terus dalam bilik dengar radio. Cakaran di pintu bilik tetap berlaku. Dalam masa yang sama, anak-anak pujuk dia datang ke rumah tapi pah tetap taknak. Jadi, hujung bulan tu, anak2 pah balik berkumpul, gangguan tu tak ada pulak bila ramai-ramai ada tapi seingat aku, memang lain sangat aura rumah pah. Mama aku siap cakap dia sendiri takut nak ke bilik air malam-malam.

Keesokan malamnya, pakcu aku balik ke rumah pah lewat malam dari surau terus lajak ke kedai kopi lepak dengan kawan-kawan lama. Jadi, waktu dia balik tu, kami semua dah tidur. Rumah pah bukan ada hiburan sangat melainkan tv. Cuaca pun sejuk jadi memang sedap nak tidur. Pakcu aku, masa nak naik tangga untuk ke bilik di tingkat atas, dia nampak seekor makhluk hitam berbulu bertinggung kat tepi sinki. Makhluk tu pun tenung je pakcu aku. Tapi, pakcu aku pun boleh tahan berani, dia sergah suruh makhluk tu pergi tapi dia tetap je bertinggung situ. Jadi pakcu aku mulakan bacaan ayat-ayat suci, berlari makhluk tu ke dalam bilik air dan terus hilang. Sempat juga makhluk tu langgar rak pinggan mangkuk jadi jatuh berkecai semuanya. Akibatnya, bangunlah semua orang. Jadi mama dan adik beradiknya buat keputusan, esoknya nak panggil ustaz untuk dibawa ke rumah. Kami yang budak-budak ni masih tak faham tapi, dari riak muka mak-mak kami, kami faham ada sesuatu menakutkan telah berlaku. Jadi malamtu semua tidur berhimpit tepi mak masing-masing..

Keesokannya, ustaz pun datang. Katanya, sewaktu tok meninggal, ada tak barang tetamu yang tertinggal di rumah dengan sengaja ataupun ada tak terima apa2 daripada tetamu. Yang banyak cumalah duit sedekah. Biasalah, bila ada kem4tian tetamu akan bagi sedekah. Selepas difikir beberapa kali, baru pah teringat ada kawannya yang sedekahkan kain batik kepadanya. Katanya tak mampu nak sedekah wang ringgit, dia sedekahkan kain batik lepas. Menurut ustaz, dia dengan sengaja letakkan peliharannya di situ dengan tujuan nak suruh peliharaannya tinggal di rumah pah. Petang tu juga pah dengan pakcu ke rumah kawan pah, tapi macam dah tak berpenghuni. Akhirnya ustaz tu ambil kain batik tersebut dan dibuang ke dalam sungai. Gangguan pun dah tak ada. Pah tinggal seorang diri bertahun-tahun lamanya. Tapi, sekarang kaki pah dah tak kuat. pah tinggal di rumah anak-anak dengan pembantu lagi.

Berakhirlah cerita saya. Maaf, kalau kurang seram berbanding cerita yang lain.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

zeeta

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

12 thoughts on “Belaan Dalam Kain Batik”

    • Nak buang belaan sendiri ni susah sebenarnya. Takut kang dia cari plak anak cucu. Sebab tu bagi pada orang lain, nak selamat anak cucu sendiri dari jdi pewaris. Pdahal dosa tetap dosa

      Reply
  1. Kes ni sama mcm bapak sedara aku. Buat kenduri kesyukuran, ada sorang makcik datang jenguk kt tingkat bagi beras kengkonon nk sedekah utk kenduri sekali. Rupanya dlm tu ada isi selain beras. Kes nak pelepas belaan. Tak memasal plak bapak sedara aku sakit teruk. 1 keja lak nak buang belaan yg makcik tu bagi tanpa sedar. peliknya tu, makcik tu takde sape pun kenal. Bapak sedara aku pun tak kenal jugak.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.