Ina Kawanku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku Nini dan aku ingin bercerita tentang satu cerita. Cerita yang bakal aku kongsi mungkin bukan seperti yang anda semua sangka. Jadi aku memohon ampun sekiranya terdapat kesilapan sepanjang aku menulis. Aku harap sangat fiksyen shasha sudi menyiarkan cerita aku.

Sudah banyak kali aku menghantar cerita. Tapi tiada satu pon yang diterima huhuhuuhu. Jadi aku memang betul betul berharap cerita ini akan dipilih.Jadi tanpa membuang masa,marilah kita bercerita.

****

Angin pada waktu malam itu memang lain macam. Aku yang sentiasa panas ni pon terasa kesejukannya. Ketika itu aku sedang bermain mesej dengan kawan sekolahku yang aku gelar sebagai Ina.

Untuk pengetahuan, Ina ni baik, tapi kalau dia stres, habis semua akan dihempasnya. Jangan marah tau, tapi dia selalu meletakkan Al Quran dengan kasar. Ada juga sampaikan Qurannya habis hancur dikoyaknya.

Sudah jenuh mulut kawan kawan kami yang lain menasihatinya. Ada juga yang memarahinya. Tetapi aku tahu, orang sebegitu tidak boleh ditegur secara kasar dan tegas. Kita perlu merapatkan diri dengannya dan mengetahui punca kemarahannya itu.

Tapi begitulah, bukan semua memahami diri masing masing. Mereka cuma memikirkan diri mereka dan kawan kawan mereka yang lebih rapat dan hebat. Aku cukup kesal apabila memikirkan kawan kawan sekolah aku yang sering memarahinya walhal mereka boleh saja ‘slow talk’ dengan si Ina.

****

Pada satu malam, kami bercadang untuk berjumpa di kedai makan yang sering kami pergi. Seperti yang dijanjikan, kami berjumpa dan bercerita tentang masalahnya. Aku menasihatinya supaya sentiasa bersabar kerana sy**t*n memang suka jika kita dalam amarah. Lagi mudah untuk memasuki tubuh Ina.

Ina mengangguk tanda faham tapi dia tidak boleh berjanji yang dia tidak akan mengulanginya kerana dia tahu dia mudah hilang kawalan dan mudah marah. Tapi sebenarnya kita tidak boleh menyalahkan Ina 100% . Ina sebenarnya dipaksa oleh ibu bapanya untuk memasuki sekolah yang mementingkan hafalan dan juga akademik. Nak tak nak terpaksa juga Ina turutkan.

Dan inilah punca sebenar Ina bersikap begitu. Tetapi tujuan sebenar aku bercerita bukanlah untuk berbincang tentang masalah Ina. Kan aku ada tulis yang sy**t*n mudah memasuki tubuh kita apabila dalam keadaan marah. Haa itulah yang akan aku ceritakan.

Ketika kami sedang ‘prep’, mulut Ina yang sentiasa bising itu tiba tiba terkunci. Matanya melilau ke luar kelas kami. Aku tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan kawanku itu. Tapi aku diamkan saja. Aku hanya berharap supaya tidak berlaku apa apa kepada kami.

Namun, jangkaanku salah. Mata Ina mula bertukar merah. Badannya berpeluh dan secara tiba tiba dia menjerit. Ya Allah terkejut aku. Nasib baik aku bukan seorang pelatah.

Kawan kawanku yang lain segera memanggil ustaz yang kebetulan belum pulang ke rumahnya lagi, alhamdulillah. Apabila ustaz memasuki kelas, Ina sudah mula mengilai dengan nada yang kuat. Aku yang tadi duduk sebelah Ina terus kaku kerana aku seperti tersepit kerana aku duduk di tepi dinding manakala Ina duduk di bahagian yang ada laluannya. Ahhh korang paham paham je la ye. Aku dah tak tahu nak terang macam mana.

Ustaz yang kami gelar sebagai Ustaz Adam menyuruh aku larikan diri dari situ. Tapi apakan daya, aku telah tersepit antara Ina dan meja di depan dan belakangku. Boleh saja aku lompat ke atas meja tapi aku kan perempuan, pastu ustaz aku pulak ada. Aku batalkan niat aku yang ‘brutal’ tu.

Syukur, Ustaz Adam berjaya alihkan perhatian Ina daripadaku yang dari tadi memandangku dengan hilaian tawanya itu. Apa lagi, aku bukak langkah seribu dan terus berlari ke arah kawan kawan ku yang lain. Jantung aku macam nak luruh dah,aduiii.

Dipendekkan cerita, sy**t*n yang merasuki tubuh Ina berdialog dengan Ustaz Adam. Dialognya berbunyi begini.

“Mu ni sapo? Bakpo masuk dale bade anok murid aku?” Ustaz aku orang kelate ye.

“Kau jangan ganggu aku. Budak ni aku sayang. Kau sape nak halang aku?!!”Ina aka sy**t*n membalas.

“Aduuuh budok ni wak gapo sapa (sampai) mu kaca dio?”

“Dia buat apa yang aku suruh. Dia mudah untuk aku kawal. Kalau kau nak tau lagi, kau tanya budak tu.”Tangannya menunjuk ke arah aku.

Aku yang terpinga pinga hanya mendiamkan diri. Aku tahu puncanya. Tapi aku tak sangka boleh jadi macam ni. Aku kekal kaku dan tundukkan kepalaku apabila aku menyedari Ina sedang memerhatiku.

“HAHAHAHAHAHAHAHHAHAAHHAHAHA kau takut? Jangan takut, aku takkan kacau kau sebab aku tak mampu. Tapi yang lain mungkin aku boleh HAHAHAHAH”

Bulu romaku meremang bila dia kata sebegitu. Aku memandang kawanku yang lain. Semuanya menunjukkan reaksi terkejut dan muka mereka pucat. Aku membaca ayat kursi dan berdoa supaya kami diberikan perlindungan dan kekuatan untuk menghadapi semua ini.

Okeylah aku rasa dah cukup panjang cerita aku ni.Aku minta maaf tapi aku memang kesuntukan masa memandangkan jam sudah menunjukkan digit 12. Aku tak nak lah tidur lambat. Tak baik untuk kesihatan kan…

Aku minta maaf jika ada kesilapan sepanjang aku bercerita. Aku berharap pihak fs sudi menyiarkan cerita aku yang tak seberapa ni. Okeyla semua Assalamualaikum dan selamat malam.

~Nini yang comel

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nini Comel

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 1.8]

14 thoughts on “Ina Kawanku”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.