Interaksi Jin dan Perawat

assalam dan salam 1 Malaysia. Ato kembali lagi. Terima Kasih FS memberi peluang aku terus berkongsi kisah-kisah seram sama ada yang aku alami sendiri atau kawan-kawan yang alami.

Jam menunjukkan 8.00 malam. “Pretttt….preetttt…preetttt”. Kem komandan meniup wisel menandakan semua pelajar Kem Motivasi Tingkatan 5 perlu berkumpul di tapak perhimpunan. semua pelajar kehairanan. Masing-masing bermain dengan tanda tanya. “Napa awal sangat berkumpul” kata Mira kepada kawan-kawan sekhemahnya.

“Semua pelajar haruslah berkumpul dalam kumpulan. Buat sementara waktu ni, tiada siapa yang dibenarkan kemana-mana hatta ke tandas sekalipun”. Arahan keluar dari Kem Komandan. Semua pelajar berpandangan antara satu sama lain kebingungan. Mereka tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi.

Sementara itu, di sebuah khemah peserta, Pengetua dan 2 orang ustaz serta 3 orang pelajar sedang menenangkan seorang pelajar yang sedang histeria.

Ustaz Azam(bukan nama sebenar) : Siapa namamu..?
Amirah (bukan nama sebenar) : grrrrrr… grrrrr…grrrrr… (tidak menjawab)

Kemudian ustaz Azam meneruskan bacaannya. Amirah pulak makin kuat dengusannya.

Ust Azam : Siapa namamu dan apa tujuanmu mengganggu budak ini..?
Amirah tetap berdiam namun terus mendengus.

Pengetua ketika ini kerisauan sangat. Namun dia dah biasa berdepan dengan budak-budak sekolah terutamanya pelajar asrama. Sekali-sekala Amirah meronta-ronta ganas apabila bacaan-bacaan ayat-ayat suci al-Quran dibacakan. Setiap kali Amirah ditanya, dia tetap berdiam diri.

Tiba-tiba Amirah berteriak dengan kuat dan cuba untuk melepaskan diri. Agaknya dia ingin melarikan diri. Pengetua, 2 orang ustaz dan 3 orang pelajar berjaya menahannya. Tatapi kekuatan tenaga Aminah diluar batas kekuatan seorang wanita. Dia ada power. Bila dia meronta, kawan-kawan yang memegangnya pasti melekat di dinding khemah. Andai hanya sorang dua saja yang menghalangnya, pasti dia dah dapat larikan diri. Kalau lari ke hutan, kompom huru-hara jadinya malam tu.

Pelajar-pelajar lain yang berkumpul di tapak perhimpunan mulai menyedari bahawa ada kes kerasukan. Dikalangan pelajar-pelajar tersebut, ada sorang yang punyai kebolehan melihat makhluk halus. Dia kata, jin yang mengganggu tu adalah jin dari luar. Bukan dikalangan jin-jin yang ada di kawasan sekolah. Dia jarang menghampiri orang kerasukan sebab dia sendiri pun akan kerasukan.

Tidak lama selepas itu, Cikgu Adam(bukan nama sebenar) merupakan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum pun tiba. Pelajar yang kerasukan tadi mulai meronta-ronta semula kerana hendak melepaskan diri. Untuk pengetahuan semua, Cikgu Adam mahir dalam menghalau Jin dan dia ada kelebihan untuk berinteraksi dengan Jin.

Cikgu Adam : Kau siapa..?
Amirah : Kau pembunuh. Kau b***h ahli keluarga ku.
Cikgu Adam : Saya tiada kuasa mencabut nyawa, Allah yang berkuasa. Saya tidak b***h keluargamu. Semuanya dari ketentuan Allah.

Kemudian cikgu adam membacakan ayat Quran tentang ketentuan ajal maut. ” Dia cuba kelirukan dengan cerita yang bukan-bukan”. Bisik hati cikgu Adam.

Amirah : Kau Pembohong…. Pergi kau dari sini.
Cikgu Adam : Aku tidak akan pergi selalgi tidak ketahui apa tujuanmu mengganggu budak ini.
Amirah : Budak ni baik. Aku suka dengan dia…
Cikgu Adam : Kalau dia baik, kenapa kau mengganggunya. Lepaskan dia.
Siapa kau sebenarnya dan apa tujuan kau ke mari.
Amirah : Tidak perlu tahu siapa aku. Aku telah diberi makan benda kotor. Mereka
pengotor.

Jin mula berdolak-dalik untuk menggangu tumpuan cikgu Adam. Cikgu adam dah mula faham punca histeria berkenaan. Ianya berpunca dari “Tuala Perempuan” yang dibuang merata-rata.

Cikgu Adam : Jadi apa yang kau mahu sebenarnya…
Amirah : Ahhhh… sudahhhhh.. jangan banyak soal. Pergi, jangan ganggu aku.
( sambil duduk, menuding jari dan memandang cikgu Adam dengan mata yang tajam dan kepala pusing sana sini,)
Cikgu Adam : Kau akan sakit kalau berdegil tidak mahu balik. Balik dan lepaskan budak ini.
Amirah : Aku tidak mahu balik. Budak tu dah bagi aku makan.

(JTelunjuk amirah menunjuk ke arah tandas yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar perempuan perkhemahan. Tandas tersebut sebenarnya tidak digunakan masa waktu persekolahan. ianya di palang bagi mengelakkan pelajar masuk dan membuang air di dalam tu. Pihak sekolah tidak membuka banyak tandas begi memudahkan pengurusan kebersihan tandas. Mungkin sebab tulah jin jadikan tandas berkenaan tempat tinggal atau tempat berehat.
Budak yang dimaksudkan oleh Amirah tiada siapa yang tahu. Tetapi yang jelas, ada pelajar perempuan yang membuang kotoran mereka begitu saja. mungkin dalam lubang tandas atau di lantai tandas sahaja.

Cikgu Adam : saya akan arahkan mereka membersihkan kawasan yang kau maksudkan.
Amirah : Aku tidak mahu… mereka pengotor dan perlu diberi pengajaran.
Cikgu Adam : Baliklah dan tolong lepaskan budak ni. Dia tidak bersalah.
Amirah : Jangan paksa aku balik. Aku tidak akan lepaskan budak ini.
Cikgu Adam : Nampaknya memang ko degil.

Cikgu Adam kemudian membacakan beberapa ayat al-Quran. Amirah meraung kesakitan .

Amirah : Lepaskan akuuu!!!…. Panasss..!!!
Cikgu Adam : Balik, tapi lepaskan budak ni.
Amirah : Aku tak dapat keluar dari badan budak ni. ( sambil mencakar-cakar badannya)
Cikgu Adam : Kalau kau berjanji akan keluar dari budak ni, saya akan bantu kau..
Amirah : argggghhhh… Ya aku janji akan keluar… tolong aku…
Cikgu Adam : Baiklah. Tapi sebelum tu, apa agama kau.
Amirah : tiada… arrgghhh.. tolonglah.. panass!!!
Cikgu Adam : Mahukah saya tawarkan kau kepada agama Islam. .? Agar kau mudah keluar dari
badan budak ini.
Amirah : Baiklah aku bersetuju.
Cikgu adam kemudiannya memberi isyarat kepada Ustaz Azam untuk menamatkan bacaan terakhir ayat-ayat suci al-Quran.

Cikgu Adam : saya akan hantar kau ke Masjid dan belajarlah tentang Islam di sana. Di sana nanti kau akan dapat jodoh yang baik dan lawa.
Amirah : Aku mau balik ke kampungku. tolong lepaskan aku….
Cikgu Adam : Ikut saya mengucapkan dua kalimah syahadah…

Jin dalam badan Amirah akhirnya mengikut Cikgu Adam mengucapkan Syahadah. Selepas itu, Cikgu Adam membacakan sesuatu kemudian mengusap muka Amirah.

Amirah kemudiannya sedar tapi badannya masih lemah. Dia dikecualikan mengikuti aktivi perkhemahan pada Malam tu. Amirah ditemani oleh 3 orang kawannya di dalam khemah. Selepas Jin berjaya dihalau, Pengetua kemudiannya mengajak Cikgu Adam ke tapak perhimpunan untuk memberikan sepatah dua kata menasihatkan para pelajar. ‘Ice Breaking’ malam tu pula terpaksa dimulakan lambat. Sebelum aktivi dimulakan, Cikgu Adam kemudiannya member taklimat serba sedikit tentang adab berada di dalam tandas terutama sekali bagi pelajar perempuan yang sedang datang kotor.

Keesokan harinya pulak, 2 orang lagi pelajar terkena histeria. Punca tidak diketahui kerana pagi tu, pencerita kisah ini iaitu Cikgu adam tidak berada di tempat kejadian kerana ada urusan lain. Kisah ini telah diceritakan oleh Cikgu Adam kepadaku semasa kami sedang duduk minum sambil santai-santai di restoran. Biasanya Cikgu Adam akan dipanggil jika Ustaz-ustaz yang lain tidak berjaya menghalau jin keluar dari badan pelajar.

Menurut cikgu Adam, kalau jin yang menggangu tu sekadar jin biasa-biasa saja, maka bila di tanya, dia akan memeberikan jawapan yang berbeza-beza. Lain ditanya, lain dijawabnya. Sebab tu kena fokus kepada masalah pokok supaya dapat memintanya segera keluar dari badan yang dirasukinya. Jin-jin jenis begini mudah diusir yang penting jangan layan sangat kalau dia bercakap melalut. Kalau layan, maka panjang jadinya.

Jin yang agak susah dikawal dan kekadang melawan adalah jin yang dihantar oleh seseorang untuk tujuan balas dendam atau tujuan lain yang berniat jahat. Kekadang merawatnya megambil masa 2 3 kali. Jin-jinnya pula bukan sembarangan Jin. Ganas dan kepala batu.

Banyak kes-kes histeria dikalangan pelajar-pelajar asrama yang terpaksa dihadapi oleh Cikgu Adam. Saya pilih kisah ini sebab ianya agak ringkas berbanding kes-kes lain yang diceritakan oleh cikgu Adam. Pelajar-pelajar asrama selalu kerasukan kerana kawasan asrama berkenaan merupakan kawasan yang keras dan bersebelahan dengan perkampungan jin.

Menurut cikgu Adam, setiap kali menghalau jin dari pesakit, dia akan tawarkan agama kepada jin tapi tanpa paksaan. Banyak sudah jin yang dia islamkan dan menghantar jin berkenaan ke Masjid untuk belajar ilmu-ilmu agama. Tidak kurang juga banyaknya jin yang menolak dakwah cikgu Adam.

Cikgu Adam berasal dari Johor dan telah berkahwin dengan Orang Tempatan. Isteri cikgu Adam juga ada kelebihan boleh melihat dan berkomunikasi dengan makhlus halus. Aku kenal cikgu Adam ketika dalam majlis-majlis tahlil yang kami hadiri bersama.

Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca kisah ini. Ianya kisah benar. Wallahu’alam.
Moga bertemu di lain kisah. Yang baik semua dari Allah, yang tidak baik semua dari kelemahanku.

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.7]

1 thought on “Interaksi Jin dan Perawat”

  1. sha pon bru nk pi buat rawatan..satu keluarga disihir,,ayah aq tertama sekalai sengsaranya ,,doakn fmily aku,,(rasa nak ganyang2 je penyihir tu}

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.