Izinkan Aku Menumpang

Aku bukan penulis mahupun sasterawan juga bukan pengarang. Aku hanya ingin menceritakan. Rumah aku ni penempatan dalam rancangan felda. So korang boleh agak kot macamane kawasan rumah aku. Aku anak bongsu dan of course tak tahu kisah-kisah lama sebelum ni sebab family aku tak pernah cerita apa-apa walaupun aku dah besar. Masa aku sekolah rendah (around 20 tahun lepas) dulu macam-macam kejadian aneh kat rumah aku ni. Aku ni boleh dikatakan anak perempuan paling berani laa dalam family. Pernah kena tinggal dengan family, duduk sorang-sorang kat rumah time family balik kampung. Banyak sangat benda aneh yang berlaku. Kalau aku sorang yang kena, aku selalu ignore dan legakan hati sendiri cakap tu perasaan aku sendiri. Tapi dua kisah ni aku tak boleh lupa sampai sekarang sebab satu family aku kena serentak. **Pertama** Dulu, hanya kakak aku yang nombor 2 je duk luar negeri (duk KL). So, bila time dia nak balik, aku satu family happy giler. Time ni dia ada sorang anak. Al kisahnya terjadi bila dia cakap nak balik rumah. Memang menjadi kebiasaan dia balik tengah malam sebab suami dia kerja shift. Anggaran waktu dia sampai selalunya jam 3pagi-5pagi. Jam menunjukkan 3.30 pagi, aku dan family aku dikejutkan dengan salam, “Assalamualaikum”. Aku dan adik beradik yang lain bergegas bangun. Tak sabar nak jumpa kakak dan main dengan anak saudara laa katakan. Ayah dan mak aku pun terjaga. Bilik ayah jauh sikit dari pintu depan berbanding bilik aku. Kami semua menjawab salam tersebut. Pintu rumah masih belum dibuka. Kali ni kakak aku mengetuk dinding pula. Ayah aku menjawab “kejap laa, dah sampai ni”. Aku berdiri depan pintu. Faktor ketinggian aku, al maklum laa budak kecil lagi, mana laa aku sampai nak buka selak pintu. Pintu rumah aku ni bukan tombol yang macam sekarang. Selak yang kena tolak ke atas dan ke bawah tuu. Pintu rumah lama. Ayah aku pun buka laa pintu tuu. Silauan cahaya kereta memancar kearah kami. Aku menutup mata kerana cahaya kereta tersebut ibarat memandang matahari di tengah hari. Beberapa saat kemudian, aku membuka semula mata aku. Apa yang aku lihat hanyalah sinaran terang lampu rumah dibawah kegelapan malam. Kau rasa ? Ayah turun tangga untuk mencari kemana hilangnya kakak aku tadi. Nah, kami sekeluarga tertipu dengan salam dan ketukan dinding tersebut. Pada malam tersebut, satu family aku tidur kat ruang tamu. Nak dijadikan cerita, suami dia penat sangat nak bertolak malam tu. So, suami dia ajak balik keesokan pagi. Oh, masa ni whatsapp semua tu tak ada lagi. Kami berhubung pakai telefon rumah, yang telekom punya tu. Rupa-rupanya dia tak jadi balik malam ni. **Kedua** Kejadian ni berlaku semasa bulan Ramadhan. Korang mesti tak sangka. Bulan-bulan puasa ni mana ada hantu kan? Selepas waktu berbuka, ayah dan abang aku semua dah bergerak ke masjid nak solat tarawih. Tinggal aku, mak, cikngah dan cikde. Masa ni Cikngah dalam pantang, anak pertama. Masa mak tengah solat, kami tiga beradik diusik dengan mainan dia. Kedengaran air paip mengalir laju dengan tiba-tiba. Cikde tegur,”Dik, siapa kat luar rumah yang buka air tu ?” Aku terkejut. Tiada siapa yang berada diluar rumah pada masa tu. Ayah dan abang dah lama keluar. Cikde mengarah aku untuk tutup. Weyyy… Beranikah aku ? Aku pun pergi laa buka pintu. Aku menolak sekuat hati dengan kaki dan terus berlari kearah Cikngah. Gedegangggg bunyi pintu hasil sepakan padu aku. Hahahaa.. Dan bunyi air terus berhenti. Tak habis disitu, dia sambung main dalam bilik air pulak. Kali ni, mak dah selesai solat. Dia menjerit marah kat aku sebab dia ingat aku main air dalam bilik air. Aku pun pergi laa ke dapur cakap kat mak, aku kat sini. Then, mak aku cakap, “Ohhh, dia nak tumpang mandi tuu.” Mak aku pun naik ke ruang tamu. Bunyi air masih kedengaran. Mak aku pun menjerit lagi, “Dah-dah laa tu mandi. Mandi sekejap dah laa, nanti bil elektrik melambung takda orang nak bayar”. Bunyi air terus berhenti. Dulu rumah aku ni banyak kejadian seram. Alhamdulilah sekarang dah takda. Yang ada pun daripada hasad dengki orang dengan family aku. Nasihat aku jangan percaya sangat jiran-jiran kat rumah tu. Nampak baik, tapi tergamak hantar macam-macam kat mak aku sampai bertahun-tahun sakit. Asyik keluar masuk hospital tapi doktor tak dapat kesan apa-apa. Last-last pergi jumpa ustaz baru tahu semua tu sakit daripada barang yang jiran aku hantar. Sekian. Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Lynelle

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

5 thoughts on “Izinkan Aku Menumpang”

  1. Kak, kau ni mmg taktahu function button enter ke? Aduh cerita dah best dah spoil la gini kak. but pls continue cerita pasal mak kau kak.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.