Menjaga Ibu, Hospital di Penang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca FS. Ini merupakan kali pertama aku menulis di FS. Aku harap FS dapat post kisah aku untuk tatapan peminat kisah seram. Maaf kalau ada yang terkurang dan aku harap para pembaca terhibur membaca kisah aku.

Nama aku Teh (bukan nama sebenar), berasal dari Pulau Pinang (island). Kisah tersebut berlaku di salah satu hospital yang juga terletak diutara Malaysia. Kisahnya bermula begini. Pada tahun 2017, selang 6 atau 7 bulan selepas permergian Ayah aku menghadap Ilahi, mak aku disahkah menghidap Breast Cancer. Aku pun tak pasti bila sebab mak aku tak pernah cerita. By the time aku dapat tahu pasal cancer tu, size ketulan cancer tu dah besar bola golf. Jadi untuk tidak membuang masa, aku pun bawa mak pergi hospital. Buat check up dan semua yang diperlukan dan finalize tarikh operation dengan doctor.

Di kawasan daerah aku ada 1 hospital. Pada mulanya aku ingat pembedahan akan dibuat di hospital tersebut tapi malangnya doctor bagitahu yang pembedahan mak aku bakal dilakukan di hospital lain yang terletak di tanah besar (Perai dan seangkatan dengannya). Sebagai anak bujang, aku decide untuk teman mak aku sebab adik dangan kakak aku dah kawen dan masing-masing ada anak kecil. Jadi, aku la yang jadi peneman.

Masa on the way ke hospital tu, aku tak pikir apa-apa pun pasal benda seram ni.
Aku pikir aku nak bercuti sambil teman mak aku. Jadi, aku rasa normal saja. Aku stay sana 2 hari (Khamis-Sabtu pagi). Masa aku sampai hospital tersebut, aku buat tinjauan kawasan hospital tu. Hospital tak besar sangat, sederhana saja sizenya. Boleh dikatakan, macam chalet je hospital tu. Sebelah bangunan ward yang mak aku tinggal tu, ada 1 lagi bangunan 1 tingkat. Masa aku ronda-ronda aku cuba cari ni bangunan apa eh, sebab takda nama bangunan tu, so aku biarkan je lah. Malas pikir. Hari pertama aku disitu, suasana okay saja. Tidak ada benda pelik atau gangguan. Sampai la hari mak aku kena operate which is hari Jumaat. Alhamdulillah semua jalan lancar dan mak aku selamat dibedah. Maka dengan itu bermula la kisah dimalam hari.

Sebenarnya lepas operation nurse kat situ ada tanya kat aku, nak stay atau nak balik. Memandangkan keadaan mak aku yang baru operation tu dan aku risau kalau apa-apa jadi nanti aku mana tahu nak buat apa, jadi aku decide untuk stay lagi 1 malam. Mak aku keluar operation room tu dalam pukul 3.00PM, jadi semasa menunggu dari pagi sampai petang, aku tengok ramai ja patients so aku assume “haa xpa la, ramai pesakit, malam ni ada la orang kat wad”. Tapi aku punya assumption tu tidak tepat. Semakin waktu berlalu, semakin berkurang pesakit.

Untuk pengetahuan korang, wad yang mak aku tinggal tu, dia memanjang. Bahagian 1, ward yang kita duduk lepas operation, bahagian 2 pulak unit dialisis, bahagian 3 aku dah tak ingat dan dia ada bilik-bilik kecil kat hujung. Mak aku tinggal di wad bahagian 1. Kisah seram tu bermula tengah malam. Actually dalam pukul 7 macam tu pesakit semua dah takda. Yang tinggal hanyalah kakitangan hospital. Wad atas dah penuh sebab tu mereka tempatkan mak aku asing dekat wad bawah.

Malam tu, semasa mak aku tengah tidur. Aku duduk kat luar ward sebab kat situ selesa sikit, aku boleh rehat. Kat dalam bukan tak boleh tapi sejuk.Nak kata luar tak la luar sebab kalau nak pergi dekat mak aku tu, masuk 1 pintu sahaja dan pintu tu pun sentiasa terbuka sebab aku takut nanti mak aku panggil, aku tak dengar. Kejap-kejap aku masuk tengok mak aku. Aku duduk mereput kat sofa tu sambil main handphone. Hujung sebelah kiri ada bilik bedah.Gelap je aku tengok. Mata aku pun gatai, kejap kejap nak pandang bilik tu. Tapi takda la nampak apa-apa yang seram. Keadaan macam biasa sahaja.

Sampai la pukul 11.30 malam atau 12.00 malam, aku tak pasti pukul berapa tapi dah lewat jugak masa tu. Masa tu sunyi sahaja. Awal tu ada jugak nurse lalu lalu kat kawasan aku rehat tu tapi masa tu dah takda siapa. Nurse yang sepatutnya bertugas pun aku tak tahu kemana. Yang aku tahu aku dengan mak aku sahaja. Aku masuk dalam ward jenguk mak aku, kut la dia hendak ke tandas. Mak aku bius 1 badan, jadi kalau nak p tandas aku kena ada. Dia masih tidur. Aku keluar lepak kat kerusi tadi. Masa aku masuk tadi, aku sempat tengok lampu di bahagian 2 dan 3 mereka padamkan kecuali bahagian 1 yang mak aku duduk dan bahagian yang aku mereput tu.

Selepas aku pastikan mak aku okey, aku rehat kat port luar tadi. Aku duduk dan aku pejam kejap mata konon nak lena la. Masa tu aku terdengar bunyi “krekkkkk”. Bunyi dia macam ni, kalau korang tahu katil hospital kan boleh adjust jadi bila korang duduk atau baring atas katil tu dan korang gerak gerak, dia akan hasilkan bunyi. Macam tu la bunyi yang aku dengar. Aku bukak sikit mata, aku pikir ” oh nurse kot yang baring, takpe depa penat la tu”. Aku rapat balik mata. “krekkk krekkk”. Aku dalam hati “amboi sakan nurse ni, sedap lena nampak pusing sakan”. Ayat nak sedap hati. “krekk krekk (10x)”. Bunyi yang sama tapi macam aggresiff. Bunyi macam something lompat atas katil tu. Aku macam pelik. Kot ye pun, takkan nurse tu tidur sampai macam tu sekali. Aku duduk situ terdiam. Bunyi katil tu tak henti-henti. Aku pulak keras kat luar sorang-sorang sambil dalam hati “jangan la kau tunjuk kat aku, aku malas amek port ni”.

Tiba-Tiba, aku dengar bunyi flush air kat tandas. Aku pikir kejap, Aish takkan mak kot, mak aku nak banggun pun aku kena pegang dia. Aku risau. Aku bangun, aku masuk dalam ward. Aku tengok, mak aku ada atas katil tapi dia terjaga. Aku tanya “mak ada pergi toilet ka?”. Mak aku jawab “tak”. Aku pun dengan pendek akal, pergi kat tandas dan buka pintu tandas. Kosong. Takda apa. Toilet bowl pun tak basah.
Aku tutup pintu dan keluar dari tandas. Aku sempat la curi pandang ward bahagian 2 dgn 3. Choii gelap pastu nampak putih cadar je. Aku pergi kat mak. Mak tak bagi aku keluar dah. Dia suruh aku tunggu kat dalam dengan dia. Aku pun akur. Aku tarik kerusi duduk dekat katil dia. Masa tu aku baru perasan yang katil mak aku tu menghadap ward bahagian 2 dan 3 yang gelap. Bila dia buka mata, dia nampak bahagian yang gelap tu dulu. Dia cakap, tiba-tiba dia rasa macam ada something tengah tengok dia masa dia tidur, then dia tersedar dia rasa seram sangat tapi dia tak nampak apa-apa. Maka dengan itu aku decide untuk duduk la dalam ward tu sampai la ke subuh.

Dah pagi tu, aku bangun sebab ada doctor nak datang check mak aku. Plus, aku nak kemas-kemas sebab dah nak balik. Aku ada la borak dengan nurse kat situ. Mereka cakap yang memang keras kat ward tu especially dekan singki depan tandas. Aku pun usha sipi-sipi singki tu sambil cakap dalam hati “Alhamdulillah, mujoq aku tak nampak apa kat situ malam tadi”. Tengah borak-borak lagi pasal semalam, kakak nurse ni cakap, ” tempat ni memang macam ni dik, lagi-lagi banggunan 1 tingkat sebelah tu bilik mayat”.

Itu sahaja pengalam aku masa jaga mak aku dekat hospital tersebut.
Maaf kalau korang pening dengan jalan penceritaan aku.
Harap korang terhibur.

Sekian wasalam.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Teh o Ais

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.4]

5 thoughts on “Menjaga Ibu, Hospital di Penang”

  1. Taman rumah saya sebelah hospital tu ja…memang agak seram laa kalau lalu malam2 kt bilik mayat tu..rasa mcm ada yg menumpang je..hehehe

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.