Jalan Bahau-Keratong

Terima kasih kepada admin FS kerana sudi menyiarkan kisahku ( Siapa Pak Cik Tu? )

Pada kali ini aku ingin menceritakan kisah seram yg terjadi pada aku setelah selesai melakukan kerja di Pelabuhan Kuantan.

Kisah sebelum ini terjadi ketika aku dalam perjalanan ke Pelabuhan Kuantan dan kisah pada kali ini pula berlaku pada aku ketika dalam perjalanan pulang dari Pelabuhan Kuantan.

Siapa yang pernah membaca kisahku yang lepas, pasti sudah tahu apakah pekerjaanku sehingga aku ditugaskan untuk ke Pelabuhan Kuantan.

Jadi berbalik pada kisah kali ini, aku sekali lagi ditugaskan untuk ke Pelabuhan Kuantan. Memang sudah menjadi kebiasaanku untuk bergerak awal supaya tiada masalah yang akan timbul di kemudian hari.

Seperti biasa, aku mendapat arahan daripada majikanku sehari sebelum itu. Jadi pada kali ini aku bergerak dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan menggunakan jalan lama. Bagi sesiapa yang tidak pernah menggunakan jalan ini pasti tertanya-tanya bagaimana keadaan jalan tersebut. Jalan ini merupakan sebuah jalan yang di kiri dan kanan hanya dikelilingi oleh hutan. Lampu jalan juga tiada dan ini akan menimbulkan rasa seram sekiranya kita melaluinya pada waktu malam.

Bagi sesiapa yang masih tidak boleh menggambarkan keadaan jalan yang aku ingin ceritakan pada kali ini, anda semua boleh menaip Jalan Bahau-Keratong di Google Maps. Setelah itu, anda boleh pinkan jalan tersebut dan boleh melihat sendiri pemandangan di jalan itu.

Pada kali ini aku sampai pada pukul 2 petang di Pelabuhan Kuantan. Aku hanya meminta duit daripada majikan untuk perjalanan dan makan sahaja kerana tugasan yang aku perlu lakukan boleh diselesaikan dalam masa 2 jam. Jangkaanku silap kerana sehingga pukul 6 petang, kapal yang sepatutnya masuk ke kawasan pelabuhan masih tidak boleh memasuki kawasan tersebut kerana jumlah kapal yang agak banyak. Hanya pada pukul 6.30 petang barulah kapal tersebut dapat memasuki kawasan pelabuhan dan tugasan aku selesai pada pukul 8.30 malam.

Setelah segalanya selesai, aku berfikir untuk bermalam di hotel yang berdekatan dengan pelabuhan tetapi disebabkan esok aku perlu masuk kerja seperti biasa dan aku juga tidak membawa sebarang pakaian, jadi aku pun mengambil keputusan untuk terus pulang ke Melaka. Sebelum bergerak pulang, aku singgah untuk makan malam di sebuah kedai yang berhampiran dengan pelabuhan dan mengisi minyak.

Dari kejauhan ada sebuah lori yang membunyikan hon dan memberikan lampu tinggi ketika aku melalui jalan Bahau-Keratong pada pukul 11.30 malam. Aku berasa pelik kerana pada ketika itu tiada sebarang kenderaan di hadapan lori tersebut. Aku tidak mempedulikan lori itu dan meneruskan pemanduanku. Selang tiga minit kemudian, ada sebuah kereta yang melalui jalan itu dan turut melakukan perkara yang sama seperi lori tersebut. Pada masa itu, aku mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada keretaku.

Aku pun menoleh ke belakang tetapi aku tidak nampak apa-apa yang mencurigakan di bahagian tempat duduk belakang dan secara tidak sengaja, aku terpandang ke arah cermin sisi di sebelah kanan. Pada mulanya aku tidak mengesyaki apa-apa apabila memandang ke arah situ tetapi apabila diamati betul-betul, baru aku perasan terdapat kain yang berkibar di bahagian bonet keretaku dan kain tu terlihat jelas di cermin sisi keretaku tetapi apabila aku memandang melalui cermin pandang belakang, aku tidak nampak apa-apa.

Pada ketika itu, jalan yang aku lalui tidak mempunyai lampu jalan dan jalan itu hanya diterangi cahaya daripada lampu keretaku sahaja. Sambil memandu, aku masih sempat lagi menoleh ke arah cermin bagi memastikan kain itu masih berada di situ atau tidak. Aku mendapati kain itu masih berada di situ dan aku tetap meneruskan pemanduan seperti biasa walaupun pada ketika itu jantungku berdegup agak laju. Aku mendapati kain itu hilang dari pandangan apabila aku mula memberikan isyarat untuk memasuki simpang Jalan Palong Utama.

Sekian kisah seramku pada kali ini, maaf seandainya kisah pada kali ini agak panjang. Banyak lagi pengalaman seram yang terjadi padaku dan jika berkesempatan, aku akan menceritakannya di lain waktu.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.5]
Ayie

4 thoughts on “Jalan Bahau-Keratong”

  1. Dlm 13 perenggan, 2 je psl citer seram ko tu..lain2 psl ko nye keje…x yah citer la lagi bro..at least masa aku x terbuang…masa ko pun x terbuang..

    Reply
  2. Akak pun pernah kluar hantar anak balik Melaka kol 4.30 pagi ikut H/Way, 2 kali kena highbeam dari 2 kereta yg berlainan..jd ckp kt anak..” nampaknya ada yg mengikut, takpe nnt kita antar turun kt Stesen Minyak Petronas Ayer Keroh.
    Sampai kt situ jer akak suruh si dia turun..sbb dh bawak jln2 kn ..akak nk antar anak gi kerja..dan akak pun nk berbalik ke Seremban utk bekerja…kita kena pujuk si dia secara berhemah..ok lh tu kn ?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.