Jalan Belakang

Assalamualaikum Admin. Terima kasih jika menyiarkan kisah saya ini. Tujuan saya menulis ini adalah untuk berkongsi sedikit pengalaman berkenaan kisah seram bersama pembaca FS.

Kisahnya berlaku pada tahun 2013. Masa itu saya berumur 20 tahun dan masih belajar di sebuah IPTA di Gombak.

Bulan Jun ketika itu. Masa itu cuti semester selama tiga bulan. Saya balik kampung. Sebab cuti lama sangat saya mengambil keputusan untuk bekerja. Kampung saya di Slim River. Saya memohon bekerja di stesen minyak di Tanjung Malim.

Saya berulang alik ke tempat kerja dengan menaiki kereta. Tempat kerja saya ini ada 3 shif. Shif pagi, shif petang dan malam.

Masa mula-mula masuk kerja, ada Kakak tempat kerja bercerita tunangnya kena kejar dengan hantu pocong masa balik kerja pada waktu malam di jalan belakang ke Proton City. Saya pada masa itu tidak rasa apa-apa sangat. Yelah, sebab tak kena shif petang lagi. Masa itu, dalam seminggu saya bertugas shif pagi. Jadi tidak pernah balik rumah pada waktu malam.

Tambah lagi, saya rasa macam mengarut je kisah Pocong kejar orang ini. Tak masuk akal. Laju betul dia lompat. Saya terbayangkan macam manalah Pocong tu lompat nak kejar kereta.

Hinggalah ditakdirkan saya ditugaskan pada shif petang. Masuk pukul 3 petang dan balik pada pukul 11 malam.

“Hati-hati balik malam-malam tu. Jangan ikut jalan belakang.” Pesan Kakak yang pernah cerita pasal Pocong sebelum dia balik.

Saya hanya angguk-angguk jelah.

Kawan-kawan, sepanjang hidup saya, tak pernah lagi saya tengok hantu. Jadi, saya rasa mengarut kalau ada orang cerita pasal hantu. Lagipun, hantu mana boleh b***h orang.

Walaupun waktu kerja habis pukul 11 malam. Tapi saya kena keluar dalam pukul 12. Sebab nak closing. Nak kira duit dan kira rokok. Bab kira rokok ini yang leceh sebab saya tak merokok jadi tak kenal jenis-jenis rokok tu.

Usai habis urusan saya pun beransur pulang. Terdetik dalam hati nak balik ikut jalan belakang. Jalan belakang tu menghubungkan Kilang Proton dan perumahan Proton City. Waktu siang tempat itu biasa-biasa je. Tapi bila malam, jalan itu gelap dan agak sunyi sebab tak ramai lalu situ.

Tambah-tambah ketika itu sudah melampaui tengah malam.

Saya memandu kereta kancil lama. Aircond rosak. Jadi saya memandu dengan tingkap terbuka. Semasa melalui jalan belakang itu, rasa sunyi memang ketara. Saya tak rasa apa-apa ketika itu. Cuma rasa sejuk sedikit. Mungkin sebab malam.

Selepas melepasi simpang ke ke Slim Village. Simpang itu ada lampu trafik dan ada lampu jalan. Selepas simpang itu, lampu jalan dah tiada. Tinggal lampu kereta saya je admin. Entah kenapa berdebar pula hati masa itu. Sebab rasa sejuk dan gelap pula tu. Rasa menyesal pulak balik ikut situ. Nak u-turn dah tak boleh sebab ada divider.

Lampu tinggi sentiasa hidup sepanjang perjalanan tu, sebab masa tu kereta yang lalu memang tiada. Kain Putih disebalik pokok yang ada di tepi jalan, membuatkan aku tertanya-tanya. Seperti satu makhluk yang sedang memerhati. Saya teruskan perjalanan tanpa menghiraukan lagi.

Dalam melayan perasan, saya terperasan macam ada sesuatu di belakang. Saya perasan melalui cermin sisi belah kanan kereta. Saya nampak ada benda keputihan bergolek-golek. Betul-betul dia dekat dengan lampu belakang kereta, baru saya perasan, benda tu macam batang pisang seperti berbalut kain putih. Mungkin benda ni yang saya nampak disebalik pokok itu. Masa tu bulu roma meremang sampai rasa muka macam bengkak.

Saya terus memecut kereta kancil yang saya pandu. Tapi apalah sangat kelajuan kancil lama. Saya lihat kelibat itu masih ada. Kejap dekat kejap jauh.

Saya dah mulai celaru masa itu. Menyesal tak sudah sebab degil sangat nak ikut jalan tu.

Saya baca ayat kursi bagi tenangkan hati. Kemudian saya cakap dekat dia, ” jangan ganggu aku. Kau dan aku makluk Tuhan kan. Aku tak kacau kau pun.”

Lepas berulang-ulang saya cakap macam itu, bulu roma saya dah tak meremang. Badan dah rasa hangat balik. Saya tengok cermin sisi, kelibat tu dah tiada. Tak sampai seminit, tiba-tiba kelibat itu muncul depan kereta. Alangkah terkejutnya saya, pedal brek ditekan habis. Allahu Akbar!!>… Saya terus pejamkan mata dan terus baca surah-surah yang ditahu masa tu. Seramnya rasa masa tu sampai rasa nak menjerit. Tapi, saya risau kalau saya hilang kawalan, takut kemalangan pula.

Jadi itulah pengalaman saya. Mungkin bagi yang tidak pernah merasai rasa macam biasa-biasa je. Bagi yang merasai, baru tahu erti penyesalan.

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Huzail

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

14 thoughts on “Jalan Belakang”

  1. lepas nampak dia di depan kereta apa jadi? adakah dia hilang? atau awak terbabas? jalan cerita menarik tapi tiba2 berhenti… tolong sambung dik

    Reply
  2. Lepas tu mesti awak langgar pocong tu…pocong tu m**i kena gilis ngan awak…sampai dia dah x kaco org lalu lalang kat situ….kannnn

    Reply
  3. Mungkin sebab awak tidak dengar nasihat kawan kawan awak kot serta awk asyik fikir pasal bende tu.. So far alhamdulillah okey tinggal situ(area awk lalu)…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.