JALAN LAMA.

Setiap kali raya aku dengan family mesti akan balik kampung. Sambut di sana dengan saudara-mara.

Sama jugalah dengan tahun ini. Dan macam biasa drive kereta bergilir dengan adik dan abah.

Mak tak pandai drive. Tahun ni we all decided nak merasa raya macam dulu-dulu, time bebudak yang balik kampung ikut jalan lama.

Lepas singgah shell beli kopi, isi minyak and kencing. Aku pula ambil giliran memandu.

Mula-mula memang lah tak sepi sebabnya kereta ada saja depan dan belakang kereta aku.

Adik pun masih terjaga lagi layari Instagram dia dan selfie.
Tapi dalam dok menyembang tu, boleh pulak adik aku tu terlena.

Aku tengok seat belakang pun mak dan abah tidur jugak. Tinggallah aku seorang diri memandu sederhana laju.

“Sepi oi! Baik aku kuatkan sikit lagu…”

“Sesuci di hening subuh sunyi. Sesuci terdengar nurani. Sesuci salam untuk Ilahi. Bagaikan memanggil insafi pada diri. Lebaran terasa kesayuan.
Lebaran takbir bersahutan. Lebaran memuji keagungan. Bergema suara syukuri nikmat Tuhan…”

“Sedap juga suara aku ni. Hihihi…” Aku masuk bakul tapi tak boleh nak angkat sendiri sebabnya dah berguling.
“Cha, bangunlah wei temankan akak. Dahlah kita dah masuk jalan lama ni. Gelap pulak tu. Kereta, motor, lori satu pun takde dah ni,” jenuh aku memanggil tapi adik aku tu tetap ternganga berjelejehan air liur basi. Ish!

“Jam dah pukul satu? Apsal masih tak nampak rumah-rumah ni, hah? Aku rasa lorong dah makin ke dalam masuknya,” aku mengomel sambil memandu tanpa sedar batu penanda jalan dah tiga kali aku lepasi.

“Bau wangi? Gulp…” Aku menegur sambil tertelan air liur. Dah kenapa ada bau wangi pulak ni?
Mak, aku dan adik memang tak pakai pun perfume. Abah lagilah tak adanya. Tapi aku tetap maintain tenang memandu. Aku husnozhon mungkin bau bunga-bunga hutan. Kan kiri kanan jalan kereta aku sedang meluncur ni hutan.

Aku memandu dan mata aku tak pandang pun kiri atau kanan cermin. Aku tak nak ada something yang boleh ganggu konsentrasi pemanduan aku.
Kali ini, bau busuk pulak. Pun aku abaikan. Aku anggap ia datangnya dari sampah-sampah yang orang buang semasa memandu.
Time aku tengah memandu tu, dekat side mirror ada sesuatu melayang mengekori kereta. Aku memang tak sedar masa tu sebab fokus drive.

“Zana!”
“Hah?” Aku yang tengah memandu terus berpaling ke arah adik aku, Cha. Aku ingatkan dia yang panggil aku. Rupa-rupanya tak, adik aku tidur lagi. Dada aku dah mula berdebar-debar bila panggilan itu terjadi lagi tapi kali ini dari arah cermin aku.
“Zana…”
Sreet…
Aku terpaksa tarik brek mengejut bila depan kereta aku ada seseorang.
Tapi ketiga-tiga makhluk Allah Swt dalam kereta ni langsung tak terjaga. Like seriously weh!
Kuat kut aku brek tadi tu. Aku sendiri pun nak tercium stereng. Apa barang stereng! Kalau Lee Min Ho takpe lah jugak!

Aku tengok depan semula. Susuk tubuh tu pulak tidak ke tahu bahaya bakal mendatang dok tercegat tengah-tengah jalan raya tu?
Kalau iya pun jalanan tu takde kereta sangat pun!
“Nak keluar ke tak ni? Wei, Cha bangun kejap. Cha! Mak! Abah! Bangun kejap!” Aku panggil dengan kuat. Radio dah off tapi haram nak bangun.
Dahlah hidung tak berapa nak mancung kalau tak mekap aku ni, dok hidu macam-macam bau. Ni datang balik bau wangi. Bau macam bunga tanjung pun ada.

“Sini ada kubur ke? Lupa dah pun. Berapa tahun aku tak lalu. Last masa aku form four kalau tak silap. Dengan tak sampai-sampai lagi ni, Cha! Bangunlah weh! Kau ni kan kalau dapat tidur. Aku letak kau tepi meerqen kesayangan kau tu pun, kompom lah tak sedar!”
“Cik kak oi tak reti ke pusing belakang!” Aku memekik dari arah tingkap kereta tapi angin kuat menyebabkan kepala aku masuk semula. Nyaris dia tak berpaling lagi aku sebenarnya seriau jugak.

Dahlah perempuan pula. Berkurung nasib bukan kebaya. Aku pun buka pintu dengan niat nak menegur plus membantu, kutlah dia perlukan bantuankan.
Telefon pintar aku berbunyi dalam beg atas dashboard. Aku pula dah berjalan ke arah susuk tubuh membagi belakang itu. Sah, perempuan rambut ikal paras pinggang.

“Kak… adik, boleh saya bantu apa-apa ke? Kenapa berdiri tengah jalan ni sorang-sorang? Mana kenderaan dik? Naik apa?” Aku ramah menyoal setelah langkah kian mendekat.
‘Bau wangi dia rupanya…’ Hati aku sempat berdesis. Kini aku dah pun berada di belakang susuk tubuh sama tinggi dengan aku tu.
Aku berpaling. Aku tengok mak, abah dan adik masih lagi tidur. Telefon pintar pula masih lagi berdering nama emak.

“Akak. Dik, jawablah awat diam je ni? Jangan risau, saya bukannya ada niat jahat pun. Saya on the way balik kampung. Actually akak , ke adik ni ya? Naik apa? Ke tayar pancit?”
Sambil aku menyoal sambil itulah mata melilau nak tengok apa kenderaan gadis asing ini. Tapi tak nampak apa-apa pun dek gelap nan pekat.
“Kak, tolong saya kak kereta kami kemalangan tu…” Gadis yang sedari aku tiba di tepi dia tadi asyik mematung barulah nak bercakap.

Mata aku pun tengok sama arah tangan berbaju kurung bunga-bunga kecil tu tunjukkan. Aku kejap kecilkan mata, kejap besarkan mata sebab gelap so, agak susah nak tengok.
“Adik dah call polis? Ambulance ke? Macam mana boleh eksiden?” Aku menyoal dengan sesekali aku cuba nak pandang muka dia. Aku sebenarnya dah tercium bau benda hangit pula ni.
Aku meraba poket nak mengeluarkan telefon. Raba punya raba, barulah aku teringat yang phone aku ada kat dalam beg.

“Hmm…hmm… kak tolong saya kak. Tolong…” Gadis itu merintih. Sayu je aku dengar. Auto aku raba belakang leher yang disapa bayu.
“Adik, tunggu sat ya akak pergi ambik phone akak. Phone akak tertinggal kat dalam kereta,” ujar aku dan berlari ke kereta. Angin pula makin kuat hembusannya.
Dan-dan itulah. Perut aku memulas dan rasa nak terkencing lagi. Sampai je kat kereta, aku jenuh ketuk cermin kereta bila aku dekat luar tak boleh nak buka kereta.
“Ya Allah! Bukaklah! Yang kau tengok aku macam tu dah kenapa?” Aku memekik dari luar. Naik sakit tapak tangan mengetuk kaca cermin.

“Mak! Abah! Cha! Bukak pintu!” Aku makin panas hati. Anjing menyalak sayu. Leher makin meremang kesejukkan bila angin asyik memukul tubuh.
Aku dah mula rasa sesuatu time itu. Nak-nak lagi bila gadis tadi ghaib entah ke mana saat aku nak melihatnya semula. Aku tak tahu nak buat apa lagi saat itu.
Cha, emak dan abah makin terjegil mata pada aku. Aku gelabah. Memang gelabah beruk waktu itu. Aku kat luar kut, sorang-sorang.

“Akak tolong pasang tangan saya…”
Dengan terketar-ketarnya aku cuba berpaling setelah mendengar permintaan itu. Aku rasa seluar aku basah waktu aku memandang ke arah wajah gadis yang aku tegur tadi.
Semerta aku rebah. Aku tetap dapat dengar ngilaian sayup itu dan sesuatu yang aku tahu apakah ia. Lalu semuanya terlihat gelap.

“Mak, abah, opah akak dah bangun!”
Aku terdengar suara yang aku kenali itu. Itulah penyebab aku cuba membuka mata biar kepala masih berat dan dahi pula aku dapat rasakan macam ada sesuatu.
“Hah! Zana, bangun pun miker,” tegur Pak Su Lan. Mataku dah terbuka lalu aku lihat tubuh terbaring lesu aku ini sedang dikelilingi wajah-wajah yang aku kenali rapat.
Wajah-wajah itu pula aku lihat kesemuanya bertampang penuh tanda tanya. Aku mahu bangun tapi kepala berat aku ni bagaikan tidak membenarkan untuk aku berbuat demikian.

“Kamu kenapa tinggalkan mak, abah dengan Cha kat Shell? Kamu bawak siapa sebenarnya?”
Soalan itu buat aku makin tercengang. Aku pandang wajah Cha. Cha pun mengangguk mengiyakan pada kata-kata opah.
“Bukan Cha ke yang kejutkan akak masa akak tidur?” Aku pula menyoal makin celaru.
“Ni lah dianya. Tidur lagi waktu senja. Mak dan abah kejut haram nak bangun. Dengan solat pun tak. Bila masanya adik kamu tu kejutkan kamu. Kami bertiga sampai je kereta dah lesap. Abah call Ayah Chor kamu suruh ambil kami kat Shell. Nasiblah Pak Su Lan kamu tu lalu jalan tu, dia jumpa kamu dah terbaring atas rumput dan dialah yang bawa kamu. Kamu kenapa sebenarnya sampai boleh pengsan? Kamu nampak apa? Tegur siapa?”

Soalan abah buat aku keliru. Lidah menjadi semakin kelu. Kepala pula kian berdengap.
“Yang kome pun dah lama balik ikut jalan biasa yang gatal-gatal nak ikut jalan lama yang dah bertahun kamu sekeluarga tak lalu tu kenapa?” Opah pula mencelah.
“Kakak nak opah. Katanya nak merasa balik kampung macam dulu-dulu. Perjalanan lama kalau jalan baru cepat sampai…” Sahut Cha pula lalu menunduk.

“Nasiblah luka kat dahi je. Entah apa cakar. Dah-dah, Ila bawakkan aku segelas air. Aku rasa, Zana ni kena tegur tu yang rupa ini,” ujar opah mengarahkan anak bongsunya itu agar bawa segelas air kosong.

Opah lama pandang aku. Aku memang perasan. Badan aku time tu memang lemah. Aku rasa seram-sejuk bila pandang luar tingkap yang kian nak ke subuh itu.
Lepas aku minum air doa opah barulah aku rasa bersemangat sedikit. Pagi raya tu aku pun minta ampun kat mak, abah dan juga Cha. Lepas ni, aku tak nak dah ikut jalan lama biarlah balik kampung ikut jalan baharu.

Hantar kisah adna : fiksyenshasha.com/submit

Dhia Amira

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 16 Average: 3.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.