Hi Assalammualaikum semua, Pertama sekali aku nak cakap terima kasih kepada FS sebab dah publish cerita aku, Ini kali pertama aku share cerita aku dekat FS. fyi aku memang everyday baca FS and now aku dekat pagi page 500 hehe . Okay aku nak cerita pengalaman aku selisih dengan hantu raya.
Kisah dia takde la seram macam cerita yang lain. Tapi korang baca je lah ok. Maaf kalau tak berapa seram.
Okay lets go, Ada satu hari tu aku dengan kawan aku baru balik keluar daripada KLCC, maklum lah masa tu zaman zaman raver vs budak hipster so memang setiap malam minggu lah aku dengan geng2 aku akan keluar and balik malam, ( aku tak raver ya ) .. tak baik tuduh haha
Ada satu malam tu, aku dengan kawan aku baru balik naik motor dari KLCC and kiteorang plan nak tidur rumah salah seorang dari kawan kami. Masa tu aku dengan kawan2 aku memang nakal sungguh , jenis tak reti nak balik rumah awal, kadang2 sampai tak balik sebab tidur rumah member punya pasal. So nak di jadikan cerita aku ada satu kawan rapat ni, aku gelar dia Atam lah eh and ada satu hari tu aku nak pergi lepak rumah Atam dengan member2 lain tapi sebab aku yang paling lambat sekali gerak so Atam tunggu aku and bawa aku lepas aku dah selesaikan urusan aku.
Kalau dulu nak pergi rumah Atam ni kena naik satu jejantas ni tau but now jejantas ni dah kena roboh sebab dorang nak besarkan jadi highway Duke. Jejantas tu memang suram sikit , akan ada Matp** isap g*m dekat bawah tangga jejantas tu heheh. But sebabkan aku memang orang dekat area situ so dah jadi kebiasaan untuk lalu sana sambil mengabaikan dorang yang tengah fly ke bulan tu .
So malam tu aku dengan atam lalu lah jejantas tu mcm biasa , selalu kalau pergi memang okay je, takde apa apa gangguan pun, tapi satu malam yang tidak bernasib baik tu datang menguji aku. Lupa nak bagitahu korang masa tu yang bawa motor adalah aku and Atam bonceng dekat belakang . Masa kiteorng nak turun jejantas tu aku tiba tiba terdengar sebelah telinga aku bunyi orang medengus kuat , mula mula aku ingat Atam yg buat . so aku tanya lah dia ” Kau dah kenapa buat bunyi mcm tu ” , pastu atam cakap ” Bunyi apa pulak aku buat kau ni ” . aku terus diam sebab masa dia buat tu automatik bulu roma aku naik . Pastu selang berapa saat aku dengar dia mendengus sekali lagi . Aku ckp lah dkt dia ” kau jgn main main tam haih ” lepastu ttbe aku rasa nak mengamuk sebab atam kacau kacau aku macam tu .
masa tu aku rasa geram gil* dekat Atam sebab mendegus dkt telinga aku macam tu ( bunyi dialah macam harimau yang tengah marah ), dah lah kuat pastu sejuk pula tu . aku tak tahu kenapa aku rasa geram sangat sampaikan kalau siapa yang tahu bila masuk je kawasan Kampung puah gombak, mesti kena lalu satu jambatan sungai gombak ni tau , and sungai tu memang keras sikit sebab aku pernah nampak bangkai bab* and anj*ng dalam tu, ( actually aku nampak sebab aku pernah mandi sungai tu dulu hehe ) biasalah nakal budak budak kan haha and sebenarnya orang2 kampung tu pun tak berani nak lalu jambatan tu malam2 .
ok sambung . so masa sampai je tengah jambatan tu aku terus berhenti kan motor pastu aku jerit ” aku cakap jangan , jangan lah !! ” . aku terus nak lompat dari motor tu and nak terjun dalam sungai, masa tu aku tak rasa tu diri aku sebab aku sedar aku menangis kuat and marah but aku takdapat buat apa apa dengan diri aku masa tu , aku rasa nak marah and nangis je.
masa tu Atam cepat cepat peluk aku lepastu suruh aku mengucap panjang, Atam ni dia pandai agama sikit sebab ayah dia pandai mengubat orang, so masa aku tgh menggil* tu, atam terus bacakan satu ayat suci yang aku sendiri tak ingat apa, aku terus nangis macam orang gil* kat situ, badan aku rasa lemah and Atam bertukar posisi dengan aku sebab aku dah takboleh nak bawa motor .
Aku peluk Atam kuat and Atam pegang aku erat2 sebab takut aku terjun dari motor, Atam nak bawa aku jumpa ayah dia sebab ayah dia kan pandai berubat orang, So bila dah sampai kawasan rumah dia kiteorng kena naik lif kalau sebab rumah dia rumah kondo, masa tu aku mat* mat* cakap aku taknak naik and menangis nangis cakap taknak tapi Atam paksa aku juga untuk masuk dalam lif sampaikan dalam lif tu ada orang ingat kan Atam pukul aku , tapi Atam bagitahu brother tu yang aku sakit sebab tu aku menangis so brother tu macam terus faham and tak tanya dah .
Sampai je tingkat rumah Atam , aku lagi rasa taknak masuk bila mana aku nampak ada kepala perempuan rambut panjang kusut serabut gila dekat dalam rumah dia , korang bayangkan kepala saja tau , badan semua takde and masatu aku cakap aku taknak masuk sebab dia ada dkt dalam rumah, kepala tu duduk diam je dkt atas almari kasut dia . tapi sebab dah malam , Atam taknak aku menjerit or menangis dekat lif time tu so Atam terus tutup mata aku and heret aku masuk dalam rumah dia, masa aku masuk je aku dapat rasa aura panas dekat sebelah kanan aku , bila aku cuba cuba jeling apa yang ada dekat sebelah kanan aku, aku nampak kepala masih ada dekat situ weh!! and boleh pula time time tu dia nak pusing and tengok tepat ke arah mata aku, muka dia ergh macam muka yang dah kena lenyek dengan lori , H*D*H gil* dengan d***h lepastu berlendir dengan mata terjolor keluar rambut dia serabai gil* masa tu (meremang bulu roma aku bila ingat balik), first time kot kena macam tu memang aku seriauw lah, lepas je aku pandang dia tadi tu aku terus menjerit and tak sedarkan diri.
Lepas aku tak sedarkan diri , diorang bawa aku dalam bilik untuk ayah Atam pulihkan aku, dekat 1 jam aku berlawan dengan ayah dia sampai kan 3 orang kawan aku yang badan jenis main muay thai pun boleh kebelakang haha kuat betul rasa masa tu , nak dijadikan cerita selepas dah berlawan2 semua aku dah separa sedar and ayah atam terus bagi aku minum air yang ayah dia dah bacakan ayat ayat ruqyah.
Alhamdullilah lepas dari tu aku dah makin pulih and ayah atam kata , aku kena lintas dengan hantu raya and disebabkan aku masa tu memang seorang yang tak solat baca alquran so benda tu senang untuk masuk dalam badan aku . benda tu ayah atam kata dah takde dah sebab ayah Atam dah suruh dia balik tempat asal dia .
Ayah Atam pesan, supaya jangan tinggal solat and perbanyakkan membaca al quran sebab itu lah tujuan kita dicipta dekat muka bumi ni iaitu untuk buat ibadat dekat tuhan kita , keseronokan yang ada dekat dunia ni cuma sementara je , at the end nanti sorang sorang je dalam kubur.
So nasihat aku pada semua orang yang baca ni, benda ni wujud . So kalau nak diri tu kuat untuk lawan dia, perbanyakkan lah solat and mengaji Insya Allah , atas izin Nya kita dijaga .
Last sekali saya nak minta jasa pembaca FS ini untuk mendoakan atau sedekah kan al fatihah kepada arwah atam ( Muhammad Asyraf bin omar ) & mintak maaf kalau ayat ni berterabur. Cerita ni tak seram pun. Cuma sebahgian pengalaman aku yang aku nak share. Maaf atas khilaf diri ini. Sehingga berjumpa lagi di lain waktu.
Model berjaya – Aamiin heheeh….
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI